nuffnang

Friday, December 9, 2011

Antara Cinta Dan Wang Ringgit ... Dimana kamu?



Cinta atau wang ringgit?... persoalan yang sering ditimbulkan. Sering kita dengar, dengan cinta walau tanpa wang ringgit kita juga boleh hidup.. kata orang juga, biar papa kedana asalkan dia ada bersamaku ... ada juga yang menyebut,"aku tak pandang wang ringgit, aku cuma perlukan dia dan cinta dia?,".

Betulkah? Sanggup kamu hidup bersusah payah demi cinta? Sanggup kamu meneroka lautan biru dan mendaki curam gunung untuk mencari sesuap nasi? atau kelak, sanggup kamu mengikat perut demi satu cinta?

Kalau cuma dua perut yang ada untuk diisi mungkin mudah untuk mencari suapan tapi kalau sudah punya anak? Bagaimana? Adakah bersandarkan pada janji, pada cinta, anak itu di besarkan? Adakah kerana sikap ibu bapa yang memilih jalan mudah, anak yang dikorbankan? Lahir dan di besarkan dalam dunia serba kekurangan?

Cinta, tidak dinafikan sebahagian daripada keperluan untuk menikmati kegembiraan berpasangan. Tapi tanpa wang ringgit adakah kegembiraan itu akan berkekalan?

Pernah dulu aku dijanjikan, biar kamu susah, aku akan turuti. Biar kamu lapar aku juga akan lapar. Tapi setakat mana perut kamu, nafsu kamu dapat bertahan? Dan saat itu kamu mula meleteri kehidupan kamu dan aku. Saat itu mula timbul penyesalan di hati kamu tentang pilihan kamu. Saat itu wujud rasa benci dan menyampah kamu pada aku, yang tak mampu memberi kesenangan pada kamu. Maka adilkah aku seorang yang dipersalahkan sekiranya terjadi perhubungan yang serba kekurangan kerana pada dasarnya kamu juga bersetuju dengan aku dan kamu juga menerima aku seadanya?

Dengan demikian berpalinglah pada harta? Mampukah harta yang benyak menjamin kesenangan? Mampukah wang ringgit berpuluh malahan beribu kali lipat dapat memberi kegembiraan tanpa adanya cinta antara kamu dan aku? Senangkah hati ini sekiranya tiada cinta saat mahligai disinari cahaya emas? Tiada peluk rindu , tiada kucup rayu, taia manja sayang ... bahagiakah kamu cuma dengan menadah tangan meminta wang ringgit?



Aku mengabaikan kamu kerana mengejar kekayaan. Aku tinggalkan kamu pada satu satu masa demi mencari keuntungan. Aku lalai dengan tugas aku sebagai ketua keluarga kerana mahu menghidangkan lebih daripada sesuap nasi di atas meja makan. Layakkah aku untuk kamu cintai? Maka kamu yang kesunyian mula mencari keseronokkan peribadi. Kamu yang ketandusan kasih sayang mula mencari madah madah cinta tersembunyi di luar sana. Kejujuran pudar, keikhlasan lesap, kesucian ternoda, keagungan cinta lenyap ... kerana harta semuanya berpunca.

Cinta atau harta? Kembali persoalan menyengat pemikiran. Ternyata kedua duanya jika digabungkan membawa kebahagiaan hakiki. ternyata kedua duanya punyai peranan masing masing yang begitu penting untuk menggenbirakan hati orang yang hidup berpasangan. Ternyata tiada cinta tiada seri hidup berpasangan. Ternyata tiada harta, tiada sinar hidup berduaan.

Aku, lelaki seharusnya tahu tanggungjawap aku. Jika aku memilih kamu maka aku bertanggungjawap membahagiakan kamu. Jika aku sayang kamu maka aku harus memberi makan kamu secukupnya. Masakan aku cinta kamu sedangkan aku biarkan kamu menderita? Kurang harta, aku carikan. Kurang cinta, aku berikan. Tapi kamu juga harus berperanan, aku juga perlukan kamu untuk menyedarkan aku akan keseimbangan yang kamu perlukan untuk merasa bahagia bersama aku. Sememangnya sukar untuk melaksanakan apa yang perlu tapi percubaan untuk menjayakan apa yang diimpikan harus dilakukan.

Kalau sudah pilihan kamu seorang yang tak berharta bukan bermakna itu satu masalah cuma pastikan dia tahu akan tanggungjawapnya. Jangan kerana janji kamu sanggup hidup susah dengannya bermakna dia hanya berpeluk tubuh melihat kamu menderita.

Seandainya pula jodoh kamu pada orang yang berharta tanpa ada rasa cinta kamu padanya, itu juga bukan satu masalah. Cuma pastikan yang dia cintakan kamu dan kamu belajar menerima kasih sayangnya nescaya satu hari kelak kamu juga akan jatuh cinta kepadanya.

Kesabaran adalah kuncinya, tiada yang senang sebelum susah dahulu dan tiada yang cinta sebelum kenal.

Seandainya pilihan kamu memiliki kedua duanya, kamu beruntung maka jangan kamu persiakannya. Hargailah apa yang kamu ada dan gendonglah sebaik mungkin.


image source : JPJPHOTOGRAPHY

1 comment:

Anonymous said...

double THUMBS UP for the idea.