nuffnang

Thursday, March 29, 2012

Cinta Malam ... Sepi... (b.6)



Kuching ... satu masa dulu hanya sebuah pekan kecil. Terletak di tebing sungai Sarawak, pusat perdagangan utama bagi negeri Sarawak sewaktu pemerintahan Brooke. Hanya terdapat sebilangan kecil bangunan yang diperbuat dari papan dan kawasan yang dilitupi hutan tebal masih luas. Suatu masa dulu aku sering ke sini samaada mengikuti ayahku semasa kecilku mahupun berniaga dengan orang orang cina dan inggeris sewaktu dewasaku. Juga sungai itulah tempat aku mencari ikan dan hutan itu tempat aku berburu. Semuanya kini berubah.



Kuching ... Kota yang sedang pesat membangun. Bangunan ketinggian mencakar langit megah berdiri. Terang bulan malam sudah diganti dengan terang lampu neon. Deruan enjin motor bingit kedengaran. Suara manusia sekeliling bercampur aduk dengan bunyi muzik, menambahkan kemeriahan malam walau matahari telah lama melabuhkan dirinya.

Cuba mengembalikan segala kenangan sewaktu aku juga manusia, aku duduk di sebuah bangku yang mengadap terus ke arah sungai. Di seberang sana, suatu ketika dulu, rumah aku amat jelas di pandang mata dari tempat duduk ku kini. Segala keriangan yang pernah wujud di situ saat aku bersama keluargaku, anak dan juga isteriku, jelas bermain di memori. Kerinduan pada gelak tawa membuat aku merasa teramat sedih. Waterfront yang diterangi lampu tidak berjaya menghiburkan aku, lalu lalang orang lewat depanku, tidak aku endahkan. Bagaikan si pungguk yang menyanyikan syair pujian ke atas bulan namun tetap bersendirian, aku juga sepi tanpa teman. Tempat kelahiran yang aku harapkan boleh memberi sedikit kecerian di dalam diri aku ternyata angan kosong belaka. Malah aku menjadi lebih sunyi ditambah ketiadaan Andre yang selama ini sentiasa berada dekat dengan ku. Seolah tiada tenaga, aku bangkit dari duduk ku. Ku turuti langkah kakiku yang lemah. Tunduk memandang bumi yang kupijak. Sebak yang tak dijemput mengisi dada ku. Tangan ku genggam erat di dalam saku seluarku cuba melepaskan geram pada kepedihan yang aku alami. Kaki terus melangkah tanpa diperintah. Dua minggu di bumi kenyalang ternyata menyeksakan sanubariku.

"Masuk Bang?" suara gadis tanpa sedar menusuk ke telingaku. Aku mengangkat wajahku dan terpandang seorang gadis berblaus hitam tanpa lengan serta skirt yang pendek, tersenyum sambil menyoal lag, "masuk bang?".

Aku yang masih memandang kerahnya, butang baju yang segaja di bukakan menampakkan pangkal dadanya yang montok terlindung sedikit oleh baju dalam yang dikenakan. Dalam kesamaran lampu malam, wajahnya kelihatan cantik dengan bibirnya yang penuh serta hidungnya yang sedikit mancung. Rambut hitam yang dilepaskan paras bahu menambah seri wajahnya.

Ku perhati sekeliling, kaki telah membawa aku ke lorong ini. Bangunan kedai yang berderet kebanyakannya telah menutup pintu. Namun lorong ini masih terang oleh kerdipan lampu dari beberapa kedai yang masih menjalankan perniagaan, termasuk di tempat aku sedang berdiri. Aku sempat membalas senyuman gadis itu sebelum aku melangkah masuk ke pintu yang telah pun di bukanya untuk ku.

Di dalam, lampu berkelip kelip, pandangan kurang jelas, hanya terlihat bayangan orang yang ramai sedang menari, gerakan tubuh badan yang mengiringi muzik yang rancak, di hadapan pentas dan sesetengah yang sedang duduk, ruang hampir penuh, susunan kerusi yang sudah tidak teratur, di atas meja yang berbentuk bulat terletak gelas yang diisi minuman berbagai warna, tin tin yang berselerakan serta botol yang separuh penuh.

Riuh suasana dengan suara orang yang menjerit cuba mengikuti lagu yang di mainkan lewat empat biji speaker yang tersimpan di kedua dua belah sudut tersembunyi, bagai satu pesta keramaian sedang berlangsung setiap wajah mempamirkan wajah ceria. Aku yang tidak dapat mengelak daripada memerhati setiap individu, dengan ragam yang tersendiri, pakaian yang berbeza beza, si lelaki yang kebanyakannya cuma berpakaian agak biasa berbanding dengan si perempuan yang lebih ramai mengenakan pakaian yang menjolok mata bagaikan menghadiri pertunjukkan fesyen , masing masing dengan pakaian yang terbaik, telah pun duduk di tempat yang ditunjukkan oleh gadis tadi.




Dari tempat duduk ku yang terletak agak ke belakang, meja yang kecil berbandiing dengan kebanyakan yang lain, bangku tinggi bersebelahanku masih kosong menanti diduduki gadis yang mengajak ku tadi, ku perhati dia yang sedang berdiri di counter minuman, ketinggian yang agak biasa bagi wanita asia, sekitar 5’2”, sesuai dengan tubuh badannya yang tidak gemuk. Dengan pakaian yang di kenakan , menampakkan lekuk tubuh yang boleh menggiurkan lelaki yang memandang, ukuran dada dalam jangkaan ku mungkin 32”, pinggang 28", dan pinggul 30", kelihatan sempurna terutama dengan skirt yang agak ketat yang dikenakan, bentuk montok punggungnya jelas kelihatan. Sebentar kemudian, dia menoleh kearah ku sambil tersenyum, senyuman yang manis. Di tangannya, dua tin Heineken, serta dua gelas kosong. Dia melangkah menghampiri, aku terus memerhati.

Dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong sebelahku seraya meletakkan gelas di hadapan ku dan menuangkan air Heneiken kedalamnya. Gelas yang satu lagi untuk dirinya yang juga telah di penuhi air Heneiken. "Minum?" tegurnya sambil mengangkat gelas.

"Minumlah, nanti saya minum," jawapku. Aku sememangnya tidak boleh minum cuba mencari alasan untuk menolak sambil mataku terus memerhati dia yang sedang mendongakkan gelas ke mulutnya. Gelas yang sudah separuh kosong diletakkan kembali di atas meja.

"Abang tak minum lagi", ujarnya sambil kepalanya dilenggokkan ke kanan dan ke kiri mengikut alunan muzik yang bergema.

"Nantilah", ringkas jawapku. Jarak yang dekat di antara kami membolehkan aku memandang wajahnya dengan lebih jelas. Ternyata dia mempunyai raut wajah bujur yang cantik. Dengan memiliki senyuman yang sentiasa terukir di bibir, bulu mata yang agak panjang melentik di atas mata yang sedikit sepet, kelihatan seksi serta menawan. Wangian yang di pakainya menusuk hidungku, harum bagai bunga yang baru kembang waktu pagi.

"Siapa nama?" tanyaku hampir menjerit kerana khuatir bunyi muzik yang agak bising menenggelamkan soalanku.

"Diana" jawapnya, juga dengan suara yang kuat. Diana! walau aku yakin itu bukan nama sebenarnya, aku tidak mahu terus bertanya. Bagi aku. itu tidak penting kerana keesokkan jarinya aku mungkin akan lupakan Diana dan tidak ketemu dia lagi. "Abang?". Diana kembali menyoal.

"Dhani. Kawan-kawan ku memanggil aku Dhani. Diana dah lama kerja disini?" bagi memenuhi ruang sepi antara kami aku cuba meneruskan perbualan.

"Agak agak dah hampir setahun, bang. Tapi bulan lepas Diana bercuti sebulan. Balik kampung sebab mak kurang sihat. Abang pula, asal orang sini ke?"

"Saya memang asal orang Kuching, mungkin kerana dah lama merantau menyebabkan loghat saya asing bagi Diana tapi saya tetap orang Sarawak. Oh ya, Mak Diana macam mana? maksud saya, sihat?"

"Mak dah sihat. Yang lain juga sihat. Abang, abang boleh belanja saya minum lagi tak?" jawapan yang disusuli soalan membuat aku berpalig ke arah gelas yang di pegang Diana. Sememangnya, gelas itu sudah kosong dan tin juga telah di remukkan. Aku cuma mengangguk tanda setuju, Diana bangkit dan terus ke kaunter bar untuk mengambil minuman.

"Diana memang suka minum air ni?" tanyaku setelah Diana kembali duduk di sebelahku.

"Dah biasa, Diana terpaksa minum untuk mendapatkan duit", jawap Diana selamba. "Abang belum lagi minum", terusnya.

"Tak pe, nantilah", Aku dan Diana meneruskan perbualan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling sehinggalah muzik perlahan dimainkan menandakan pub tersebut akan di tutup sebentar lagi. Diana juga kelihatan sedikit mabuk setelah berulang kali menambah minuman. Tubuhnya kini bersandar di dadaku. Aku hanya melihat dia. Wajahnya yang telah menjadi sedikit merah, matanya yang mulai layu serta senyuman yang tak lekang sukar untuk aku lepaskan.



"Diana, ayuh, pulang. Aku hantarkan Diana?" tanyaku pada Diana.

Diana menggelangkan kepalanya dan berkata,"Tak payahlah bang, biar taukey je yang hantarkan Diana. Abang baliklah dulu. Terimakasih ye bang, sebab belanjakan Diana. Esok malam abang datang lagi, k?".

Diana menghantar aku ke muka pintu. Diana, entah mengapa, malam itu gadis yang cantik bernama Diana telah berjaya membuat aku rasa terhibur. Bagaikan rasa sedih aku, kesunyian aku lupus ketika Diana berada di sampingku. Bukan saja wajahnya yang cantik tapi bicaranya yang sopan serta gurau sendanya juga sebati dengan jiwaku. Melalui perbualan kami tadi aku mendapat tahu Diana berusia 28 tahun. Walaupun umur yang sedemikian muda namun Diana telah mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Namun wajah serta tubuhnya tidak menunjukkan yang dia sudah mempunyai anak. Demi mahu memberi kehidupan yang lebih baik buat anak anaknya Diana telah memilih jalan untuk bekerja di pub sebagai GRO setelah di tinggalkan suami 3 tahun yang lalu. Menurut Diana lagi, sebulan sekali dia kembali ke kampung untuk berjumpa dengan anak anaknya yang di jaga oleh ayah dan ibunya serta menghantar barang keperluan mereka.



Sedang aku asyik memikirkan Diana sambil melangkahkan kaki ku di lorong yang semakin gelap ini, tiba tiba seekor tikus yang bersaiz agak besar melintas di depanku. Bagaikan pemangsa yang sudah bersedia, tangan ku sepantas kilat menangkapnya. Tikus yang kini sudah berada di genggaman ku meronta ronta untuk melepaskan diri namun segera juga ku putuskan kepalanya dengan satu gigitan. Darah yang terpancut dari leher yang tiada berkepala ku hirup kemudain bangkainya ku lemparkan ke parit di tepian lorong.Memang jijik tapi itulah yang aku hadapi sekarang. Jiwa ku memberontak supaya aku tidak lagi membunuh manusia. Hati aku menjadi lembut saat aku cuba menerkam seorang insan. Aku hanya memerlukan darah untuk hidup dan bukan bermakna hanya darah manusia aku perlukan cuma darah manusia itu lebih enak, bagi makhluk seperti aku, darah manusia itu umpama ginseng yang mempunyai kelebihan bagi memberi tenaga yang lebih untuk tubuhku. Kerana sayangkan bangsaku, darah haiwan seperti tikus, kucing ataupun anjing menjadi santapanku. Jijik, tapi itu lebih mulia daripada membunuh seorang manusia.

Setelah melakukan apa yang harus aku lakukan untuk hidup, gambaran Diana bermain semula di fikiranku. Mengapa harus aku fikirkan tentang dia? Kenapa wajahnya, suaranya, harumnya, sentuhannya yang berlingkar di benakku? Apa Diana yang aku perlukan dalam hidup aku? Apa Diana yang harusku jadikan temanku? Bukankah aku baru ketemu dia? Aku belum terlalu mengenali dia? Dia juga tidak tahu siapa aku? Dianakah yang akan mengisi ruang kosong di hati aku? Dianakah yang akan menceriakan hidupaku? Tapi .... mungkinkah ini semua akan berlaku? Aku dan Diana, 2 makhluk Tuhan yang berbeza penampilan, berbeza kehidupan, berbeza nyawa....

Wajah Diana terus mengiringi aku yang menuruti langkah kaki menuju ke peraduanku....