nuffnang

Monday, November 7, 2011

Cinta Merah ....(2/7) ... Secawan Kopi ..



Hujan turun dengan lebatnya, aku sedang menikmati secawan kopi sambil membaca seratkhabar. Kemunculan bunyi kerusi bergerak berdekatan mengganggu konsentrasiku.Perasaan ingin tahu memaksa aku mengalihkan pandangan daripada naskah yang sedsng aku baca. Aku mendongak dan di situ, di depanku, kelihatan dia. Berbaju kurung putih di hiasi bunga berwarna ungu, laksana bidadari, dia tersenyum. Senyuman yang paling indah pernah aku lihat, senyuman yang boleh membuat setiap lelaki memandang terjatuh, dan kali ini, senyuman itu untuk aku. Tanpa meminta kebenaran, dia terus duduk di kerusi yang berdepan dengan ku. Jantungku bedegup kencang seperti paluan seribu gendang. Aku cuba berlagak seperti biasa dan berpura meneruskan pembacaan ku.

Datang seorang gadis menghampiri untuk mengambil order, suara lembut dengan tone yang rendah samar samar kedengaran meminta secawan kopi. Tiba tiba suara itu menjadi semakin jelas,"Sejuk. Hujan Lebat." ringkas.

Kurang pasti suara itu di tujukan kepada siapa, aku mendongak ke arahnya, dan sekali lagi aku terpandang senyumannya yang manis itu sambil matanya tertumpu kepada aku. Terasa darahku bergerak laju seperti kereta lumba bergegas ke titik penamat. Muka ku terasa hangat seakan di pancar terik matahari tengahari. Aku tergamam, bermimpikah aku, bidadari tersenyum dan menegurku. Aku, sesuai dengan pekerjaan ku yang sering berulang alik ke tapak pembinaan, cuma berbaju t.shirt dan jeans serta bertopi, berpenampilan sederhana. Dengan lidah bagaikan dibius, mulut bagaikan di kunci, tidak bersedia dengan tegurannya, "mmmm.." terpancul tanpa aku sedari. Menyesal dengan ucapan bodoh dan ringkas itu, aku cuba bersembunyi di sebalik suratkhabar yang aku pegang.

"Hei, awak tak kisahkan kalau saya ambil bahagian hiburan ini?" sambil tangannya mendahului mencapai sebahagian lagi suratkhabar yang terlipat di sebelah cawan kopi ku.

Sekali lagi, "mmmm..." jawapku tanpa mengangkat muka ku yang masih berselindung di balik suratkhabar namun mencuba untuk mengintai tanpa pengetahuannya. Dan untuk sekali lagi, aku terasa seperti keldai. Bodoh! bentak ku dalam hati. Aku bertekad untuk menebus kebodohan aku dengan menyapanya.



"Excuse me," aku memulakan sapaan tanpa sebarang kesilapan, syukur. Dia mendongak dan memandang ku, masih dengan senyuman manisnya itu.

"Tolong hulurkan garam itu," keluar ayat yang begitu sempurna dari mulutku sambil jari ku menunding ke arah botol garam yang terletak berdekatan dia. Seakan telah melepasi satu beban yang amat berat, aku merasa sungguh gembira hingga ingin melonjak tinggi sambil menjerit yang aku telah berjaya. Kepujian harus di beri kerana keberanian aku!

Aku terlihat dia mengankat keningnya dan dahinya berkerut sambil bertanya,"Garam? Untuk apa?".

Aku yang mula menyedari sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Dengan keadaan yang keliru, mata ku liar mengarah sekeliling, mungkin aku terlepas pandang mencari kesilapan. Tidak terlihat oleh ku dua biji telur setengah masak di hadapan ku seperti yang aku sangkakan. Kerana asyik dengan angan ku, aku terlupa memesan sarapan pagi ku terlebih dahulu.Sudah sememangnya dia merasa hairan kerana cuma terdapat secawan kopi yang terhidang."Arrr ..aa .. eerrr .. sorry," hanya itu yang mampu aku luahkan.

Tanpa di duga, bagaikan gunung berapi yang mula meletuskan lavanya setelah berkurun lamanya terpendam, dia meledakkan ketawa sambil tangan kirinya menghempap permukaan meja berkali keli. Aku hanya duduk kaku dengan puluhan mata pelanggan yang memandang ke arah kami. Malunya aku namun keletahnya juga buat aku terhibur.

Dalam diam aku cuba menutup maluku dan berlagak macho, ku hadiahkan senyuman kepadanya. Ketawa mulai surut, dia membalas senyuman ku, tangannya di hulurkan kedepan seraya berkata, " sorry, nama saya Tina," dan di saat itu semuanya bermula ....



... cinta merah ... (1/7) .. Kerusi Kosong ..

... Cinta Merah ... (3/7) ... Gaun Cantik ...

... Cinta Merah ... (4/7)... sarung batik dan tali leher...

Cinta Merah .. (5/7) ... aku cinta kamu lebih...

Cinta Merah ... (6?7) cincin Berlian..

6 comments:

Anonymous said...

ADUH!!!kenapa nama "tina" digunakan...hmm..

Unknown said...

tina??? apa kaitan???

Anonymous said...

sejarah yg takkan dilupakan :(
its ok bro

Unknown said...

mm.. laki punya nama sapa pulak?

Anonymous said...

apa2 jak la bro..still gonna read it..but i hate the with shortform "tina" (sigh..trying so hard to forget the past)

Anonymous said...

apa2 jak la bro..still gonna read it..but i hate the name with shortform "tina" (sigh..trying so hard to forget the past)