nuffnang

Monday, November 14, 2011

Cinta Merah... (5/7) ... aku cinta kamu lebih....




Meja makan kayu jati berbentuk bujur bersaiz sederhana dengan sedikit ukiran di permukaannya di penuhi lauk beraneka rasa, kelihatan terlampau banyak. Aku yang sememangnya tak sempat menjamah apa apa makanan pun dari tengahari mula terasa lapar melihat segala yang terhidang di depan ku. Masing masing mengambil tempat duduk seolah olah seperti telah di atur terlebih dahulu. Aku duduk di antara Tina dan ayahnya. Manakala Joe duduk di sebelah kanan Tina. Adik-adik Tina, Claire, Tiffany dan Michelle juga turut mengambil tempat masing masing Tidak kelihatan adik-adik lelakinya. Aku mendapat tahu kesemua adik lelakinya mengikuti satu rombongan perkhemahan sekolah setelah ditanya oleh aku.

Ayah Tina dengan lancar membaca doa makan. Aku yang agak malu walaupun sebenarnya sudah tidak sabar untuk menyuapkan nasi berserta lauk ke mulut ku hanya mula menyeduk kari setelah di jemput oleh ibu Tina yang duduk bertentangan denganku. Cuma kedengaran sudu dan pinggan berlaga, mungkin yang lain juga seperti aku, sedang sibuk melayan nafsu. Sedang aku menikmati keenakkan makanan yang terhidang, kedengaran suara ayah Tina memuji isterinya,"Memang enak masakan awak, mama. Banyak pulak tu, mampu di habiskan?".

"Tak apalah, kalau lebih pun masih boleh di simpan dan di makan esok. Lagipun kita ni kan ada tetamu tapi yang sebenarnya, semua makanan ni Tina yang masak. Mama cuma jadi mandur dapur ja.", balas ibu Tina.

Aku tergamam, nasi di mulutku hampir tersembur keluar apabila ayah Tina menepuk belakang bahu ku berkali kali sambil tersenyum bangga seraya berkata,"Hebat! hebat anak ayah!". Terfikir oleh ku sebab kenapa ayah Tina menepuk aku sedangkan aku langsung tidak terlibat dalam penyediaan jamuan malam ini.

Tina yang dari tadi cuma diam hanya tertunduk bisu sehinggqalah ayahnya menyambung semula katanya,"Tina, kalau macam ni, Tina berhenti kerja dan buka restoran ja," berseloroh.

"Papa ni, macam tak pernah ja makan masakan Tina. Hari ini Tina masak istemewa sikit untuk Daniel bukannya papa."balas Tina manja. Aku terasa betis ku di sepak sepak Tina bila aku ketawa kecil. Kemesraan di antara anak dan bapa memang membuat aku terhibur. Kedengaran adik adik Tina turut menyampuk menyokong kakak mereka. Yang tadi sunyi, kini meja makan sudah mulai riuh. Masing masing mahu bercerita, dan aku cuma mampu mengangguk bila terdengar namaku di panggil.

"Hello. Wah.. harum bau, pasti sedap. Maaf, saya terlewat,kena siapkan kerja di pejabat dulu tadi," kelihatan seorang perempuan yang agak sebaya Tina mengambil tempat di kerusi sebelah Joe yang sememangnya kosong dari mula.

"Lin, Daniel. Kawan saya. Daniel, Lin, isteri Joe." Tina memperkenalkan kami. Sebaik mendengarnya, aku terasa lega yang teramat sangat. Persoalan dan kerisauan aku telah terjawap. Joe bukanlah saingan aku untuk memiliki Tina. Dengan penuh selera aku meneruskan suapan aku dan Tina terus meletakkan telapak tangannya di atas peha aku. Sekali sekala mengusap ngusap manja walau berkali kali aku berusaha mengalih tangannya kerana takut terlihat oleh ayahnya, tangan aku jadi mangsa cubitannya.

Selesai makan, aku , Joe dan ayah Tina duduk semula di sofa manakala yang perempuan bergotong royong mengemas dapur. Dengan cerut dan rokok masing masing kami melangkah menuju ke kerusi yang terletak di luar. Menghembus asap menggambarkan kepuasan setelah makan, kami berborak mengenai bolasepak. Aku peminat setia Liverpool cuba mempertahankan diri apabila dipermainkan oleh kedua dua peminat Manchester United. Sedang asyik berbalas bahas, Tina datang membawa dulang yang di isikan dengan sebuji teko dan beberapa cawan, diikuti oleh Lin dan ibu Tina.

Seketika kemudian, Joe dan Lin minta diri untuk pulang. Setelah berjabat tangan, Tina dan ibunya masuk semula ke dalam rumah. Tinggal aku dan ayahnya. Janggal, aku cuma berdiam diri. "Daniel, awak buat apa?" tanya ayah Tina.

"Saya cuma konsultan pembinaan", jawap ku ringkas.

"Oo. Kata Tina, awak ada mempunyai seorang anak perempuan," tanya ayah Tina lagi.

"Ya," jawapku. Sambil menyeluk saku mangambil dompet yang tersimpan gambar Sara, aku meneruskan, "Sara. Umurnya masuk 4 tahun".

Aku tunjukkan gambar seorang anak kecil berambut hitam lebat, berkulit cerah serta memiliki susunan gigi yang menarik. Sara sedang duduk di bangku, gambar yang aku ambil ketika bersamanya bermain di Taman Budaya. Ayah Tina menatap gambar tersebut dan bertanya," Mana dia sekarang?".

"Dia dijaga oleh ibunya yang juga tinggal bersama neneknya. Sekali sekala saya berpeluang menhabiskan masa dengannya," aku menjawap. Kerinduan aku terhadap Sara terasa, dua minggu yang lalu kali terakhir aku bertemu dia.



Seperti yang aku duga, ayah Tina terus menyoal aku."Apa yang terjadi antara awak dan ibu dia?"

"Kami tidak menginginkannya dan kami juga berharap hubungan kami kekal selamanya. Namun kami tidak menolak yang jodoh kami hanya sampai disini. Kami jarang bersependapat dalam banyak perkara dan kami merasakan perpisahan kami ini jalan yang terbaik untuk diri masing masing," aku yang sudah lali dengan soalan sebegitu menjawap lancar seolah olah telah tersedia script yang dihafal.

"Duduklah Daniel, saya nak ke dalam kejap, perut ni," sambil menepuk nepuk perutnya, ayah Tina meninggalkan aku sendirian di prkarangan rumah.

"Daniel, Tina amat menyintai Daniel. Terasa bahagia sangat bila Tina disamping daniel," Tina berbaring dan kepalanya diletakkan di peha aku. Tangannya, di labuhkan di atas perutnya. matanya di pejam rapat. Aku memandang wajahnya yang kelihatan tenang. Jari jari ku bermain di pipinya yang gebu itu, mengusap lembut.

"Daniel,mahukah daniel mencintai Tina sehingga hari tua Tina? Sehingga putus nyawa?" sambungnya.

"mmm.." angukkan ku tak terlihat oleh Tina. Apabila Tina membuka matanya, aku meneruskan, " Aku akan mencintai kamu selagi kamu mencintai aku".

"Itu ja? Kalau Tina dah tak cintakan daniel? Daniel cari orang lainlah?", tanya Tina separuh merajuk.

"Ye lah. Kala kamu dah tak cintakan aku, tak sayangkan aku, aku tak akan terus mencintai sesuatu yang boleh buat aku sakit. Tapi aku juga tak akan mencari orang lain untuk di cintai kerana aku mahu memori cinta kita tak terhapus dan kekal menjadi sesuatu yang indah dalam hidp aku," panjang aku menerangkan.

"Ok! kalau macam tu, Tina janji Tina akan terus mencintai Daniel sehingga hari tua, sehingga muka kerepot, sehingga akhir zaman walaupun nyawa tercerai dari jasad, cinta Tina tetap kukuh .. tetap milik Daniel. Cinta Tina abadi untuk Daniel," ujar Tina. Dia memusingkan badannya dan mukanya mengadap perutku sambil tangannya memeluk erat tubuhku.

"aku juga Tina. Aku juga berjanji jika itu janji kamu kepadaku." Aku tunduk dan mencium rambutnya.



"Daniel!" sergah Tina, "mengelamun jauh, sampai mana dah?"Terpandang Tina dengan senyuman manisnya.

"Masuk Daniel, mama dengan papa menununggu Daniel di dalam tu. Katanya, nak cakap sikit dengan Daniel," sambung Tina.

Aku yang tersedar dari lamunan cuma mengangguk. Melangkah ke dalam dengan hati yang berdebar debar. Entah apa lagi yang mahu di bicarakan, kata aku di dalam hati.


Aku mengambil tempat di sofa berdekatan, Tina duduk di sebelah aku. Dengan sabar aku menunggu ayah Tina untuk membuka mulut. Ibu Tina di sebelahnya, memegang gambar Sara yang belum lagi dikembalikan oleh ayah Tina. Sedetik terasa begitu lama. Tak senang duduk, aku resah, seperti seorang di kandang pesalah yang menunngu keputusan hakim mahkamah. Aku tunggu.. sambil melafazkan doa dalam hati.

"Daniel," Ayah Tina memulakan bicara, " Kebelakangan ini Tina banyak menghabiskan masa bersama kamu. Itu kami sudah sedia maklum kerana Tina sering meminta kebeneran sebelum bertemu kamu. Tina juga kelihatan semakin riang. Kami sebagai ibu bapa juga turut gembira dengan keadaan Tina. Kamu telah menjaga Tina dengan baik selama ini dan kami tidak mempunyai apa apa masalah jika kamu terus mahu menjaga dia."

"Betul, Daniel. Kami percaya Daniel dapat membuat Tina terus gembira. Kami sebenarnya nak katakan yang kami merestui perhubungan kamu berdua cuma" sampuk ibu Tina.

Cuma apa lagi? Tanya ku di dalam hati. Soalan aku terjawap bila ibu Tina meneruskan,"cuma, lain kali kalau bersekesempatan, bawalah Sara datang", sambil tangannya mengembalikan gambar Sara kepadaku.

Tina cuma senyum memandang aku, seolah olah dia sudah tau apa yang bermain di kepala ayah dan ibunya. Aku lega dengan pertuturam kedua dua orang tua Tina membalas senyuman Tina. Selang beberapa jam kemudian aku meminta diri untuk pulang setelah berbual dengan kelaurga Tina termasuk adik adiknya.

Andainya saat itu, keajaiban berlaku dan aku ditumbuhi sayap yang boleh membawa aku ke langit tinggi, akan ku jerit kepada dunia bahawa Tina adalah milik ku. Andai pada saat itu juga aku mampu berlari pantas, akan aku berlari ke seluruh penjuru benua dan mengukir nama Tina di setiap batu agar setiap insan di muka bumi tau kisah aku dan Tina. Andai aku berkemampuan, akan aku menyelam ke dasar lautan, biar ikan menyebarkan cerita cinta ku ke tujuh lautan. Mahu juga aku berdiri di puncak tertinggi dan menyeru nama Tina, biar seluruh mahluk alam memuji ketulusan cintaku terhadap Tina. Biar cinta ku di bukukan seperti Rama dan Sita, Romeo dan Juliet, Jack dan Rose, Edward dan Bella... aku gembira .. aku bahagia...

Aku gembira melangkah keluar diiringi Tina ke kereta ku. Aku sempat mengucup dahinya dan mengucapkan selamat malam. Sekali lagi Tina berbisik,"I love you..."

"aku cinta kamu lebih....."



Cinta Merah .. (1/7).. Kerusi Kosong ..

Cinta Merah.. (2/7).. secawan kopi..

Cinta Merah.. (3/7).. gaun cantik..

Cinta Merah.. (4/7).. sarung batik dan tali leher..

Cinta merah.. (6/7) .. cincin berlian ..

No comments: