nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Cinta Malam ... jejak (b.13)



Kami mula menyelongkar akhbar akhbar lama. Setiap mukasurat dibelek satu persatu mencari berita tentang pembunuhan yang berlaku dan setiap berita yang kami temui diasingkan disatu tempat. Setelah selesai, berita yang dikumpul disusun rapi dan dibaca untuk mendapatkan apa saja maklumat tentang kejadian itu terutama tempat berlakunya pembunuhan . Dari kaji selidik dan pengamatan yang kami buat melalui akhbar , pembunuhan bukan saja terjadi di di Kuching malah di desa desa kecil, di kawasan luar bandar, di bandar bandar utama yang terdapat di Bumi Kenyalang ini, mungkin Lucas dan kumpulannya bergerak di seluruh pulau Borneo. Mereka bijak memadam jejak. Mereka akan membunuh untuk kali pertama, kemudian pembunuhan kedua atau ketiga dilakukan pada malam berikutnya sebelum mereka mula beredar. Di sesetengah tempat, hanya satu pembunuhan yang dilapurkan.Ini menjadikan kegiatan mereka agak sukar diramal.Tidak mustahil bagi mereka untuk bergerak sedemikian cepat. Aku dan Andre juga mempunyai kebolehan untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam sedetik masa. Tidak berpuas hati dangan maklumat yang diperolehi, aku mencadangkan kepada Andre untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada fail fail kes pembunuhan yang ada dalam simpanan pihak berkuasa. Akhbar hanya menyiarkan berita yang dibenarkan, lebih banyak maklumat yang tersimpan demi tidak menghalang penyiasatan yang dilakukan oleh polis.

Setuju dengan apa yang aku cadangkan, kami menyelinap masuk ke Ibu Pejabat Polis Cawangan Jenayah yang teletak di Simpang Tiga. Bangunan empat tingkat itu dikawal rapi 24 jam sehari, 7 hari i seminggu tetpi kerana kelebihan yang kami miliki, kami tidak mengalami apa apa masalah. Fail fail yang dicari juga mudah didapati, mungkin kerana fail fail itu kini dalam perhatian dan siasatan sedang dijalankan, semuanya terkumpul di satu meja besar dalam satu bilik yang kosong. Dinding putih yang terdapat di dalam bilik itu juga tertulis dengan nama - nama dan tempat tempat seperti yang telah dibaca kami di dalam akhbar tadi. Kerusi kerusi berselerakan seakan akan satu parti baru saja selesai dengan gumpalan gumpalan kertas serta bekas abu rokok juga memenuhi ruang meja menunjukkan pihak berkuasa bertungkus lumus menjalankan tugas mereka . Aku yakin, mereka menemui jaan buntu.Pendapat aku ini disokong oleh Andre. Meneliti setiap kandungan isi fail di dalam gelap untuk mengelak dari kehadiran mereka diketahui oelh pegawai yang sedang mengawal dan kemudian mencatitkan apa yang penting dan perlu sebelum meninggalkan bilik mesyuarat itu.

Di apartmentku, kami menyusun semula keratan akhbar itu dan membandingkannya dengan maklumat yang kami ambil dari fail pihak polis. Memandang Andre, aku bertanya,”Macam mana? Dah dapat?Cukup maklumatnya?”

Andre yang terus menatap catitan yang ada pada tangannya menggelengkan kepala.“ Kita bermula dari Miri.,” katanya kemudian.

“Miri?” aku bertanya untuk memastikan apa yang aku dengar itu betul.

“Ya.Miri.Lihat sini.Pembunuhan terakhir yang direkodkan berlaku di Miri. Dua mayat perempuan yang bekerja di sebuah pusat karaoke di temui di dalam keadaan yang mengerikan di perkarangan letak kereta Imperial Mall, Miri. Keadaan mayat menunjukkan ini kerja tak lain dan tak bukan pembunuhan yang dilakukan oleh Lucas dan kumpulannya,” Andre menjawap tenang.

Aku beralih tempat dan merapati dia. Aku baca apa yang tertulis pada kertas catitannya .Tarikh yang tertulis mengatakan kejadian berlaku seminggu yang lalu.Seakan akan tahu apa yang aku fikirkan, Andre bersuara,” kita terlewat satu minggu.Kita harus bergerak secepat mungkin. Dari Miri mungkin mereka telah ke kawasan lain. Mungkin telah memasuki Brunei atau Indonesia atau Sabah.Kita akan cuba mencari petanda di tempat kejadian dulu”.

“Baiklah.Kamu yang lebih tahu tentang mereka,” aku menyetujui saranan Andre.

Ku lihat Andre memandang penuh minat pada pada beberapa bilah ilang, parang atau pedang milik pahlawan kaum pribumi yang digunakan untuk mempertahankan diri, juga berperang serta banyak digunakan untuk memenggal kepala musuh, yang aku gantungkan di dinding sebagai perhiasan. Ilang antik yang berusia puluhan dan ratusan tahun itu sebahagian daripada koleksi barangan antik yang terdapat di dalam apartmentku. Bagaikan terpukau Andre dengan perlahan bangkit dan barjalan kearahilang tersebut tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Diambilnya salah satudaripada ilang itu.Bilahnya ditarik keluar dari sarung yang di perbuat dari tanduk rusa dan diukir dengan motif etnik tempatan kelihatan berkilat tanpa dicemar karat.Menggenggam hulunya yang juga diperbuat dari tanduk rusa dengan rambut hitam tersimpul pada hujungnya, dia menghunuskannya kearah ku seraya berkata,” Pedang ini cantik.Apa kegunaanya?”

“Pedang itu dinamakan Ilang.Ilang adalah senjata bangsa pribumi Sarawak. Terkenal dengan pemburu kepala, masyarakat pribumi disini menggunakannya untuk memenggal kepala musuh mereka,” aku menjawap pertanyaannya.

Berpuas hati dengan jawapanku, Andre memasuki bilah ilang itu semula ke sarungnya dan diletakkan di tempat asal. “Baik kita masuk berehat sekarang.Kita mulakan perjalanan kita seawal mungkin malam nanti,” katanya sambil melangkah menuju bilik peraduan kami. Meninggalkan akhbar akbar yang masih terbentang di lantai, aku mengikuti langkahnya.

Aku dan Andre tersedar sebaik suria berlabuh.Setelah menyiapkan diri, Andre member i isyarat agar kami memulakan perjalanan.Apabila berada di muka pintu, Andre berpatah balik dan menuju ke ilang yang tergantung, dicapainya ilang yang terpanjang.Di cabutnya bilah ilang itu dari sarungnya dan membelek belek untuk mencari kecacatan pada mata bilah ilang yang berkilau itu sebelum memasukkannya semula ke dalam sarung dan diikat kemas di belakangnya.Dia menoleh kepadaku yang cuma berdiam memerhati kelakuannya dan berkata,”kita perlukan ini. Cara untuk membunuh Lucas dan konco -konconya hanyalah dengan memenggal kepala mereka. Kamu juga patut membawa sebilah untuk dirimu .”

Aku memilih sebilah ilang yang mempunyai sejarah tersendiri.Ilang yang ku pilih bersarungkan kayu belian yang diukur halus dengan lilitan benang merah pada hujungnya. Hulunya juga diperbuat dari kayu belian yang diukir dengan kepala burung helang. Rambut hitan lebat panjang tersimpul menghiasi hujung hulunya. Menurut apa yang aku ketahui, ilang itu dimiliki oleh seorang pahlawan iban yang menjadi lagenda kerana keberaniannya. Dikatakan, dengan ilang tersebut, dia telah memenggal lebih 50 kepala musuhnya.Garisan halus bagaikan ditetak yang terukir pada sisi sarung itu menunjukkan jumlah mangsa ilang tersebut.Bukan kerana lagendanya aku memilih ilang tersebut tetapi kerana saiznya yang sederhana besar unutk mempermudahkan aku membawanya.Tali yang teikat pada ilang tersebut aku lilitkan di pinggangku.

Selesai memilih ilang, kami meneruskan perjalanan yang tergendala seketika.Bulan penuh menerangi setiap langkah kami. Bergerak pantas membelah angin dingin malam, meredah hutan dan pohon pohon, menyeberang sungai untuk sampai ke destinasi yang jauh. Sesekali kami berhenti berehat. Sempat di tengah perjalanan kami membunuh seekor rusa untuk diminum darahnya. Sesekali juga kami menumpang lori atau treler yang lalu tanpa pengetahuan pemandunya. Usaha kami membuahkan hasil apabila terlihat papan tanda yang bertulis ‘ Selamat Datang ke Miri’ . Tidak meneruskan perjalanan ke bandar Miri kami menyimpang dan masuk ke dalam hutan.Kokokan ayam jantan yang pertama kedengaran, menandakan suria bakal bangkit semula.Segara kami menggali lubang sebesar tubuh kami dan cukup dalam untuk kami bersembunyi dari pancaran sinar suria. Setelah pasti dengan kedalamannya, aku memasuki lubang yang digali dan menimbusnya semula dengan aku berbaring didalamnya . Andre juga melakukan perkara yang sama. Tidak seperti manusia biasa, kami tidak memerlukan oksigen yang banyak untuk hidup, oksigen di dalam tubuh kami boleh membuat kami bertahan untuk 16 jam seterusnya di dalam timbusan tanah.

Bangkit semula keesokan malamnya, kami meneruskan perjalanan.Tempat pertama yang kami tuju adalah perkarangan Imperial Mall untuk mencari jejak yang mungkin ditinggalkan secara tak sengaja oleh Lucas dan sekutunya. Tanpa menjumpai apa apa yang boleh dijadikan panduan, kami bergerak lagi. Dengan ketinggalan satu minggu, kami pasti yang Lucas sudah beredar dari bandar Miri. Jarak antara Miri dan Bandar Seri Bagawan tidaklah begitu jauh, kurang dari satu jam kami sudah berada di situ. Setiap deria kami gunakan sebaiknya, kepekaan deria lihat, dengar, hidu, sentuh dan rasa tidak dapat membantu kami. Bagaikan meraba dalam kegelapan, begitulah akau dan Andre, tanpa maklumat yang lengkap, tanpa panduan yang betul, kami terus bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Menjelajah seluruh pelusuk Borneo dan di setiap persinggahan kami terlewat.Lucas bagaikan tahu dirinya di kejar telah jauh mendahului kami.Berputus asa kami kembali ke Kuching.

Merancang untuk menunggu Lucas dan kumpulannya muncul di Kuching, merupakan jalan terakhir kami. Kami tahu dia dan rakan rakannya masih berada di luar kawasan. Yakin sepenuhnya Lucas akan kembali, kami mengawasi seluruh ceruk bandar ini setiap malam tidak mahu terlepas walau seminitpun untuk berjaga dan gagal untuk memerangkap lucas lagi.

Walaupun sibuk dengan tugas baru ini, Diana tidak pernah terlepas dari fikiranku. Wajahnya muncul setiap kali aku memejamkan mata untuk berehat.Khabar apakah dia sekarang?Rindu aku pada bicaranya.Rindu aku menatap wajahnya.Rindu aku merenung matanya.Rindu aku mencium baunya.Rindu aku pada Diana.Rindu yang terpaksa aku pendam demi menjalankan tanggungjawap.Rindu yang terpaksa aku simpan untuk kerharmonian manusia dan makhluk gelap.Rindu yang tersumbat penuh bagai mahu memecahkan hati yang sudah tidak mampu menampung nya terpaksa aku tahan demi satu perjuangan yang akan manfaatkan aku, Andre, Pengawas, golongan terawaldan bangsaku serta manusia sejagat. Apakah Diana juga merindui aku?Apakah Diana juga memikirkan aku sewaktu tidurnya?

Tanpa jemu, tanpa putus asa kami terus menunggu , dari malam ke malam, kemudian beralih ke minggu dan akhirnya melebihi sebulan sudah sejak kami cuba menjejaki Lucas dan kumpulannya. Seperti malam malam terdahulu, aku dan Andre bersedia.Berada di kemuncak menara tertinggi, melihat seluruh kawasan Kuching dengan jelas, kami bersedia menanti satu kemungkinan yang kami harap- harapkan.Mata liar memerhati setiap lorong, setiap sudut, kawasan tertutup, megenal pasti kawasan yang mungkin menjadi tumpuan Lucas.

“Shhh..” tiba tiba Andre bersuara sambil mengisyaratkan supaya aku tidak mengeluarkan bunyi, “dengar! Mereka sudah datang!” bisiknya lagi. Aku yang memandang Andre, berdiam diri dan menajamkan deria telinga untuk mendengar sebarang bunyi yang ada. Apa yang di dengar Andre tidak aku dengari, mungkin kerana usia dan pengalamannya, deria Andred lebih peka dari deria aku. Kemudian sepantas kilat Andre melompat jauh dan berlari pantas. Aku yang tergaman dengan perbuatan Andre , mengejarnya. Andre terus berlari, melompat dari satu bumbung yang lain dari satu bangunan ke bangunan yan lain, dari satu pokok yang lain tanpa mempedulikan aku dan aku juga tidak berhenti dari terus mengejarnya. Andre akhirnya berhenti di satu bangunan yang agak rendah, aku juga sudah berada di sebelahnya.

Pandangannya tertumpu ke satu arah, dengan tangannya dei menarik lenganku dan mengajak aku untuk merendahkan badan. Kemudian dia menunding ke depan. Aku yang masih menarik nafas stelah bergerak begitu jauh dan cepat, hanya menurut.

“8 orang” kedengaran suara Andre kurang jelas.Aku juga tidak tahu samada dia mengatakan kepadaku atau hanya berkata pada dirinya sendiri. Tetapi apa yang aku lihat juga lapan orang, kesemuanya berpakaian jacket. Melalui pakaian, rambut dan susuk badan aku menjangkakan enam orang daripadanya adalah lelaki manakala dua lagi perempuan . Salah seorang daripada lelaki itu sedang memeluk bahu seorang perempuan berambut perang. Dalam kesamaran malam aku tetap dapat melihat dengan jelas dari tempat persembunyian aku dan Andre.Dari gambaran yang diberikan, perempuan itu mungkin Lucy dan yang memeluknya mungkin Lucas.Lucas dan Lucy hanya berdiri memerhati enam orang lagi rakannya sedang mengerumi seorang lelaki yang terbaring di lantai.Lelaki itu mungkin mangsa mereka dan telah mati. Ku menoleh kearah Andre apabila aku mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh kakinya ketika dia mahu bangkit. Dengan pastas aku menarik lengannya dan menahannya.Andre memandang aku dengan seribu persoalan tertera di wajahnya.

“Mereka berlapan, kita hanya berdua,” aku cuba menjelaskan.

“Andre yang telah tunduk semula berkata,”Kalau kita tidak lakukan malam ini, mungkin kita tak akan berpeluang lagi.”

“Kita mampu bersabar selama ini, kita masih mampu untuk bersabar satu malam lagi.Begini, kita Cuma berdua manakala mereka berlapan.Kamu juga mengatakan, tenaga mereka lebih kuat. Kalau kita menyerang mereka sekarang, tidak mungkin kita dapat menghapuskan mereka semua sekali gus. Apakata, kita tunggu dan lihat ke mana mereka pergi selepas ini. Mungkin mereka akan membawa kita ke tempat persembunyian mereka. Di situ kita akan merancang sesuatu yang lain dan menyerang mereka secara diam diam” ujarku dengan satu penjelasan yang lebar.

“Baiklah,” singkat sahutan Andre. Pandangannya masih tertumpu ke arah yang sama seperti juga aku. Kemudian dapat ku lihat salah seorang daripada mereka berenam itu bangun dan meghulurkan sesuatu ke pada Lucas. Benda yang sudah berada dalam tangan Lucas diangkat keatas sebelun dia mendongak dan memasuki benda yang berwarna merah itu ke mulutnya. Tidak menghabiskannya, dia beri apa yang tertinggal kepada Lucy. Beberapa minit kemudian Lucas dan kumpulannya meninggalkan tempat itu.Serentak aku dan Andre juga bangun dan mula bergerak mengikuti mereka.Orang yang terbaring masih kelihatan sudah tidak bergerak dan dengan tubuh badannya yang berlumuran darah dan dadanya yang dirobek, aku yakin dia telah mati.

Lucas dan kumpulannya yang bergerak pantas dan senyap itu akhirnya berhenti di sebuah kawsan pembinaan yang telah lama diabaikan. Bangunan yang separuh siap itu, walaupun sudah berdinding dan mempunyai bumbung namun sebahagiannya lagi hanya terbentuk tiang tiang konkrit yang tidak sempurna. Rumput lalang yang tinggi mengelilingi bangunan tersebut menunjukkan yang bangunan itu tidak terurus dan pembinaannya terbantut. Tiada bekas manusia pernah kesitu. Ini merupakan tempat persembunyian yang cukup baik buat Lucas dan kumpulannya. Dari satu jarak, aku melihat mereka berkumpul dan di dalam satu bilik dan mulai sibuk menutupi segala lubang yang dapat dikesan dengan papan.

“Mereka akan berehat di sini, aku pasti,” kata ku kepada Andre.
“Kita akan kembali ke sini.Ayuh, tak perlu lagi buang masa.Kita balik dan berehat,” ujar Andre pula.Segera aku dan Andre meninggalkan tempat itu.
“Aku mahu ke satu tempat. Ada sesuatu yang perlu aku lakukan dulu,” kataku.
Andre tersenyum memahami apa yang mahu aku lakukan,”Pasti kamu sudah tak tertanggung rindu pada Diana.”

Terkejut dengan kenyataan Andre, aku membalas senyumannya.Walaupun kehairanan kerana tidak menyangka yang Andre tahu mengenai Diana, aku tidak menyoalnya.

“Pergilah, uruskan saja dirimu itu.Aku balik dan sediakan apa yang perlu untuk kita menyerang Lucas dan sekutunya,” sambungnya semula. Kami berpisah dengan haluan masing masing, Andre menuju ke apartmentku manakala aku mengorak langkah kearah rumah Diana… bertemu Diana kemudian kembali ke apartment kemudian bertemu Andre semula dan bersedia untuk melakukan apa yang perlu dilakukan malam berikutnya.
Sebagaimana yang telah dirancangkan, aku dan Andre bersiap diri dengan berbekalkan ilang setiap seorang, kami meninggalkan apartment menuju persembunyian Lucas dan kumpulannya. Dan seperti nak dijangkakan, Lukas dan kumpulannya telah pun meninggalkan tempat mereka, Kemana mereka pergi tidak kami pedulikan, yang penting, Lucas dan kumpulannya akan kembali semula. Meneliti sekitar kawasan bangunan yang ditinggalkan itu, kami mencari tempat untuk bersembunyi sehingga kemunculan Lucas dan kumpulannya.

Beberapa jam kemudian, penantian kami terjawap apabila terdengar hilaian ketawa menandakan Lucas dan rakan rakannya telah kembali. Mengendap sambil bersedia untuk bertindak, hulu ilang digenggam kemas. Saling berpandangan, dengan satu anggukan, Andre meloncat kelar dai persembunyiannya. Dengan ilang yang telah terhunus, dia memenggal kepala salah seorang daripada rakan Lucas hanya dengan satu libasan. Aku juga telah menghayun ilangku tepat ke leher salah seorang lagi rakan Lucas menceraikan kepala dari tubuhnya, Tubuh yang rebah ke tanah itu terus menyalakan api kebiruan biruan, dan secepat kilat terbakar hingga meninggalkan abu dan diterbangkan angin.

Tindakan kani itu telah membuat Lucas bersama rakan rakannya yang lain tergamam seketika sebelum menerkam kearah kami. Seperti dirancang, mereka terbahagi kepada dua kumpulan dan masing masing menyerang kami berasingan.Dengan kepantasan yang dimiliki, aku dan Andre juga segera mengelak dan membalas serangan mereka. Ternyata tenaga darah muda ini lebih kuat daripada yang aku sangkakan, Berusaha dengan apa yang aku miliki tetap gagal menewaskan mereka. Sedang bergelut dengan seluruh kudratku, Andre mencelah membantu,”Biar aku uruskan mereka, Lucas lar!.Pergi kejar dia!” katanya separuh menjerit.

Aku melihat sekelilingku, sempat aku melihat kelibat Lukas dan Lucy yang keluar lewat pintu utama bangunan sebelum aku juga membuka langkah seribu mengejar mereka. Sampai di muka pintu , kelibat Lukas dan Lucy telah pun hilang dalam kepekatan malam . Mengikut gerak hati, aku mengadap kearah barat dan terus berlari namun apa yang ada di depan aku hanyalah kegelapan tanpa langsung ada kesan Lucas mahupun Lucy. Tidak berputus asa aku terus berlari sepantasnya dan sejauh mungkin, Lucas tidak boleh aku lepaskan. Akhirnya, aku berhenti apabila terdengar suara Andre lantang memanggil namaku.Aku menyahut panggilan Andre dan berpatah balik kearahnya.
Melihat aku datang, wajah Andre yang serius berubah dan tersenyum,”Sudah berulang kali aku memanggil nama kamu tapi tiada balasan. Ingatkan kamu sudah tertewas oleh Lucas,” katanya selamba.

“Jangan memalukan aku!Budak mentah itu tak mudah untuk menewaskan aku.Tapi aku gagal menjejaki mereka berdua,” menarik nafas yang mesih kepenatan.

“Biarkan dulu.Sekurang kurangnya, Lucas kini tinggal berdua,’ ujar Andre.
“Tapi kini Lucas akan lebih berhati hati, pemburuan kita mungkin menjadi lebih sukar.Lucas juga boleh menggantikan rakan rakannya yang tumpas dengan yang baru,”aku membalas.

“Aku tidak menafikan, pemburuan kita akan menjadi lebih sukar selepas ini tetapi aku tak fikir Lucas akan bermula secepat mungkin untuk mendirikan tentera tentera barunya. Lucas bijak, dia perlu menyembunyikan dirinya dulu.Dengan ahli kumpulan yang ramai, pergerakan dia dan Lucy akan lebih mudah di kesan,” Andre membidas.
“Sekarang aku rasa kita balik dulu.Kita cari jalan untuk mendapatkan Lucas.Malam pun tinggal tak berapa lama lagi,” aku mencadangkan.

Pukul 3 pagi, Kuching sudah mulai lengang walaupun masih terdapat beberapa kereta yang meluncur di atas jalan.Waktu sebegini kebanyakan warga Kuching telah pun nyenyak di buai mimpi tetapi tidak semuanya, masih ada yang berkeliaran dan menikmati kehidupan malam.Aku dan Andre berjalan diantara lorong lorong, perlahan sambil berbua kosong.Aku ceritakan kehidupan aku sejak mula datang ke sini.Bagaimana aku bertemu Diana dan kemudiannya membuka sebuah restoran.Andre yang asyik mendengar sesekali mencelah untuk bertanya.Sudah terlalu lama keakraban sebegini tidak aku rasai.Rasa kagum Andre kepada aku jelas ditunjukkan pada wajahnya.Bergurau senda, geak ketawa membuat kami terlupa pada masalah Lucas. Kenangan manis sewaktu kami bersama diungkit dan dijadikan jenaka atau sekadar bercerita. Tidak langsung aku ataupun Andre, membuka cerita pahit yang berlaku antara kami dulu.

“Selepas ini, apa rancangan kamu?” tanya Andre.

“Aku belum memikirkannya tapi aku akan meneruskan apa yang telah aku rancangkan,” aku menjawap.

“Dengan restoran dan Diana?,” soalnya kembali.

“Ya.Aku telah merancang semuanya.Restoran dan Diana.Dan kamu?Apa pula rancangan kamu?”

“Aku berharap kamu akan menjemput aku untuk tinggal sebentar disini.”Tersenyum dengan satu pandangan yang penuh makna kemudian menyambung,”Aku tidak mempunyai rancangan khusus, aku cuma mahu menjelajah seluruh muka bumi, dari timur ke barat, selatan ke utara.Mengembara ke serata pelusuk dunia hingga aku bertemu dengan jodohku seperti kamu.”

Ketawa terlepas dari mulutku. Andre memandangku dan turut sama tertawa. “Mungkin satu hari nanti, segalanya akan terjadi,” ujarku dan kami terus berjalan sehingga sampai di ruang tamu apartmentku. Andre dengan tenang melabuhkan punggungnya pada kerusi kegemaran dia sambil mencapai sebuah buku. Aku pula yang kerinduan pada Diana, bergerak ke meja tulisku….

No comments: