nuffnang

Saturday, November 12, 2011

Cinta Merah ... (4/7) .. sarung batik dan tali leher.



Khamis, aku baru sahaja selesai mandi apabila aku terdengar deringan dari handphoneku. Ku perhatikan jam yang terletak di atas meja sudut, 8.30 pm. Sejam yang lalu aku baru saja menghantar Tina ke rumahnya setelah menikmati makan malam bersama.

Aku mencapai handphone yang kulemparkan di atas katil sewaktu aku memasuki bilik mandi tadi. Di skrinnya terpampang nama Tina membuat aku tertanya tanya kenapa Tina menelefon aku di waktu sebegini padahal kami sering saling berbicara melalui telefon waktu tengah malam sebelum tidur. Aku menekan punat jawap, dan kedengaran suara Tina, "Hello, Daniel. Buat apa tu?"

"Tina, Aku baru sahaja lepas mandi. Kenapa telefon terlalu awal begini?" jawap ku membalas soalan Tina.

"Rindulah. Kenapa? Kalau tak nak, tak apa lah," kedengaran lagi suara Tina seolah olah merajuk.

"Samalah. Tapi tak boleh ke tunggu lewat malam sikit, macam biasa?". aku menyoalnya kembali.

"Tak , Daniel, macam ni, awak, hujung minggu ni, senang tak? Mak dan ayah ajak makan malam di rumah hari Sabtu. Boleh tak?" jelas Tina.

"Lagipun, mereka tu memang dah tahu tentang perhubungan kita cuma mereka tak pernah berjumpa dengan awak. Itulah sebabnya tadi Mak suruh ajak awak makan malam di sini." sambungnya lagi.

Dengan kata kata Tina itu, bagaikan sebutir bom telah meletup di dalam perut aku. Aku terasa mual tiba tiba. Perut aku memulas mulas. Lutut aku berasa tidak bermaya untuk menampung berat tubuhku lagi. Darah ku di pam secepat mungkin oleh jantung yang degupannya bagai enjin keretapi yang sedang bergerak laju. Mulut aku sedaya upaya menyedut seberapa banyak udara yang termampu. Terasa titik air timbul di permuaan dahi, Sintom serangan panic dan gemuruh. Tetapi semuanya hanya untuk seketika waktu, aku normal beberapa minit kemudian.

"Ok, Tina". jawapku dalam keadaan separuh sedar.

Sememangnya aku telah menjangkakan yang suatu masa kelak pasti aku perlu bertemu dengan ibu bapa Tina serta ahli keluarganya yang lain. Cuma aku menjangkakan ianya akan berlaku dalam beberapa bulan lagi dan bukannya sekarang, dengan keadaan dan masalah aku yang belum selesai, aku belum bersedia.

Aku cuba melelapkan mata ternyata, telefon dari Tina mengganggu jiwa ku. Terlalu banyak yang aku perlu sediakan. banyak persoalan yang bermain di fikiran. Akhirnya, aku terlena bersama seribu pertanyaan.

Sabtu datang dengan pantas. Aku sedang berdiri di depan cermin dengan baju T berkolar warna putih serta berseluar jeans yang baru aku beli semalam. Aku mahu kelihatan elok di mata ibu bapa Tina. Kata orang putih 'The first impression is very important', kerana itu pertemuan pertama ini amat penting bagi aku.



Tina pernah menceritakan tentang keluarganya kepada aku. Aku mendapat tahu dia mempunyai 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki yang semuanya masih bersekolah. Ayanhnya berkerja sebagai pegawai kerajaan manakala ibunya merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Tina, walaupun mempunyai cita cita yang besar namun buat sementara waktu dia harus memendamkan cita citanya itu. Tina mempunyai tanggungjawap yang besar dengan umur semuda itu. Kerana ingin melihat adik adiknya berjaya dalam pelajaran, Tina bekerja untuk membantu meringankan beban ayahnya yang perlu menyekolahkan 5 orang lagi adik beradiknya. Tina mengajar aku yang segala harta dan kemewahan yang ada di dunia ini cuma sementara manakala apa yang paling penting dalam hidup seseorang itu adalah keluarganya.

Aku tiba di rumah Tina 15 minit awal daripada waktu yang sepatutnya. Menurut Tina, makan malam akan bermula pukul 7 dan ayahnya tidak suka menunggu. Aku rasa, dengan kehadiran aku yang lebih awal akan memberi tanggapan pertama yang lebih baik. Sewaktu melangkah keluar dari keretaku, aku terpandang Tina yang sedang bersandar di muka pintu. Berpakaian sederhana dengan rambut yang disanggulkan serta apron yang masih melilit di pinggang dia menyambut ketibaanku dengan senyuman manisnya. Aku juga terpandang 2 anak gadis yang comel berdiri di sebelah Tina dengan senyuman lebar mengusik Tina, terlihat tangannya menolak adik adiknya itu. Aku menghampiri dengan perasaan gemuruh tapi senyuman Tina telah memberi aku kekuatan untuk melangkah terus.

Jambangan ros merah yang ku beli terlebih dahulu ku serahkan kepada Tina. Dengan berpakaian comot apron serta terdapat sedikit tepung di mukanya menampakkan keseksian Tina pada pandangan mataku. Walaupun saat itu hati aku memujuk supaya aku bertindak untuk mencium bibir mulus Tina namun akal fikiran aku mengajar supaya aku bertindak sebaliknya. Di tangan aku masih lagi memegang beg kertas, di dalamnya sutas tali leher yang berjenama dan sehelai kain sarung batik. Tina pernah menyebut barang itu adalah kegemaran ayah dan ibunya.

Aku mengekori Tina masuk ke ruang tamu. Rumah yang berukuran sederhana itu nampak kemas dan menarik walaupun tanpa perabot perabot mahal menghiasi. Seorang perempuan linkungan umur 40 an keluar dari satu bilik yang kelihatan seperti dapur. Dia mengesat-ngesat tangannya di apron yang di kenakan sebelum menghulurkan tangannya sambil tersenyum dia menyapa ramah," Masuk Daniel. Jangan malu malu, buat macam rumah sendiri".

Tina yang berdiri di sebelah ku menyiku aku ,"mama.." ujarnya perlahan.

Aku membalas senyuman ibu Tina, sambil menghulurkan buah tangan yang aku bawa,"Terimakasih, Makcik," aku berkata.

"Daniel!" kedengaran suara yang agak garau seolah olah seorang sarjan askar sedang memberi arahan kepada anak buahnya.Aku menoleh dan di sofa kelihatan 2 orang sedang memandang ke arah aku.

"DAniel, mari sini." kali ini dengan nada yang lebih perlahan aku melihat lelaki yang agak berumur melambai ke arah aku. Di sofa sebelahnya, seorang jejaka yang lebih muda sedang memegang segelas air tersenyum pada ku. Aku menghampiri keduanya dan berjambat tangan sebelum aku juga melabuhkan punggung ku di sofa berdekatan. Tina mengikuti ibunya ke dapur.

"Daniel, kopi?" tanya lelaki yang lebih tua yang aku yakin adalah ayah Tina kerana gambarannya mirip seperti yang Tina gambarkan. berbadan agak gempal dengan sedikit uban di rambutnya yang agak nipis. Aku cuma menggangguk dan ku lihat dia sedang menuang kopi yang tersedia ke dalam cawan.

"Ini Joe. Dia sepupu Tina dan rapat sejak dari kecil lagi." dia memperkenalkan seorang lelaki yang lebih muda, mempunyai susuk badan yang tegap serta berperwatakan yang agak tampan di sofa bersebelahan dengannya, menggenggam erat tanganku yang ku hulurkan.

Joe dan ayah Tina mula meneruskan perbualan yang terhenti dengan kehadiran aku. Aku yang sememangnya tidak berminat dengan isu politik hanya duduk seperti tunggul kayu yang cuma tunggu untuk di sepak. Perbualan rancak antara ayah Tina dan Joe, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keyakinan aku, mampukah aku menarik hati kedua ibu bapa Tina dengan kehadiran Joe yang memang mereka kenali dari kecil lagi? Kalu tidak pun, penampilan aku ini berjayakah menambat hati kedua ibu bapa Tina? Semakin lama aku duduk di sofa membisu , semakin banyaklah yang aku fikirkan. Semakin banyak yang aku fikirkan, semakin kecut perut aku dibuatnya. Kehadiran Tina mengganggu lamunan aku." Ayah, Joe, Daniel. Jum makan. Makanan dah disediakan," kata Tina, seakan memahami keadaan aku. Kata kata Tina itu bagaikan loceng terakhir waktu persekolahan dimana kebebasan bermula.

Dari dapur terdengar suara mak Tina memanggil,"Makan! Makan! Tina, jemput semuanya makan."



Cinta Merah ... (1/7) .... Kerusi Kosong ...

Cinta Merah ....(2/7) ... Secawan Kopi ..

Cinta Merah ... (3/7) .... Gaun Cantik ..

Cinta Merah... (5/7) .. aku cinta kamu lebih...

Cinta Merah ... (6/7) .. Cincin Berlian..

No comments: