nuffnang

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Merah ... (6/7) ... Cincin Berlian ...




Tina duduk sendirian. Di bangku berwarna putih. Di bangku menghadap sungai yang airnya dulu mengalir tenang. Di bangku di bawah pohon yang dulu nan rimbun. Bangku yang dulu sentiasa dihangatkan cinta sepasang kekasih. Bangku yang menjadi saksi kepada satu janji. Bangku yang kini turut bersedih seperti mana sedihnya hati Tina. Bangku yang kini hilang serinya cumanya dibasahi tangisan jiwa Tina.

Senyuman Tina telah pudar. Mata Tina tiada sinarnya. Wajah Tina muram. Bunga bunga yang pernah mekar mendengar gurindam pujuk rayu merpati sejoli turut tunduk. Angin yang suatu ketika dulu membuai membelai mendengar syair puitis madah cinta dua insan, kini hanya berlalu pergi tanpa menegur. Sang suria malap sudah cahayanya. Alam seakan turut mengerti dan bersimpati. Tina hanya duduk dengan kedua belah tangan menekap mukanya.

"Satu hari nanti, aku akan membawa Sara ke sini. Dia pasti suka. Kamu pasti juga gembira bermain dengannya, Tina".

"Kalau aku punya rezeki yang murah nanti dan berkemampuan, aku mahu beli tanah ini supaya kita tak perlu lagi balik".

"Lihat Tina, sepasang burung merpati di hujung dahan itu. Mereka sedang membina sarang mereka. Aku juga mahu tempat ini menjadi sarang kita. Aku mahu anak anak kita dan Sara bermain, membesar dan belajar erti kehidupan di sini sebagaimana anak anak burung itu akan belajar terbang dari dahan itu".

"Aku sayang kepada kamu. Aku punyai mimpi bersama kamu. Aku ada impian yang ku kejar untuk kamu. Aku ada rencana untuk masa depan aku dan aku mau kamu menjadi sebahagian daripada masa depan aku. Sudikah kamu?"

Satu persatu kata kata Daniel yang dilafazkan kepadanya di bangku ini bergilir bermain di kepala. Satu persatu bagaikan album yang diselak, wajah Daniel menjelma
di fikiran. Sebak di dada tak tertahan, tangisan pilu halus kedengaran, airmata bercucuran membasahi telapak tangan. Hancur. Musnah. Tiada lagi masa depan. Tiada lagi impian. Mimpi cuma kisah semalam. Rencana sudah basi.

Adilkah aku menjadi mangsanya? Adilkah aku menerima peritnya? Sakit ku tanggung tanpa ku pinta. Pedih ku rasa seakan hatiku di robek pisau. Apa salah ku sehingga begini kejam aku diperlakukan? Apakah dosa ku sehingga sengsara menjadi balasan?

Mana janji Daniel pada Tina? Tina masih sayangkan Daniel. Tina masih cintakan Daniel? Mana janji Daniel untuk terus mencintai Tina selagi Tina mencintai Daniel, sehingga hujung zaman?

Ingatkah Daniel sewaktu kita melewati Queens Bridal tempoh hari? Ingatkah Daniel yang Daniel mahu Tina memakai gaun berwarna putih tanpa lengan dengan bunga yang melingkar di dada. Kata Daniel, Tina akan nampak cantik. Tina akan menjadi pujian semua orang sewaktu kita melafazkan janji. Ingatkah Daniel, Tina memilih gaun berwarna purple untuk resepsi sebelah malamnya. Undangan band akan memainkan lagu kita? Ingatkah Daniel, Lagu The Groovy Kind of Love yang sering Daniel nyanyikan untuk Tina? Ingat? Mana semuanya? Harapan kini punah!

Di mana cincin yang akan Daniel pakaikan di jari Tina? Tina bukan minta cincin bertahta berlian, Tina cuma mahu cincin tanda yang Tina milik Daniel mutlak. Tina tidak menginginkan hantaran kahwin beribu ringgit, Tina cuma mahu cinta dan kasih sayang sepenuhnya dari Daniel. Tina cuma mahu Daniel!




Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Tina. Dikesatkan air mata sebelum dia mencari telefonnya dari dalam beg yang di tempatkan di sebelahnya."hello ... mama.." suaranya tersekat sekat cuba menyembunyikan kesedihan hatinya.

"Tina, kemana Tina pergi? Dari tadi mama cuba hubungi Tina, Papa juga sama. Kami risaukan Tina. Di mana Tina sekarang?" suara ibunya kedengaran.

"Tina di sini, mama. Tak payah risau. Tina ok. Kejap lagi Tina akan balik", cuba membohongi ibunya, namun suaranya masih terketar ketar.

"Dah lah Tina, Di mana Tina? Biar mama suruh papa ambil Tina". ibunya seakan akan tahu hati Tina, bertambah risau.

"Tak usahlah mama. Nanti kejap lagi Tina balik, Tina janji, lepas ni Tina balik", jawap Tina.

" Ok la kalau begitu. Mama cuma risaukan Tina. Sudahlah Tina, jangan dikenangkan lagi. Cepat balik ya, mama tunggu. Nanti kalau ada apa apa, Tina hubungi mama, k? Bye", dengan berat hati, ibu Tina akur dengan kemahuan Tina.

"Baik Mama. Bye." balas Tina singkat.

Selesai berbicara dengan ibunya, Tina mulai menyedari yang matahari sudah pun berlabuh. Bulan yang berusaha menerangi malam kelihatan pucat. Tina, dengan langkah lemah, berat meninggalkan bangku yang menyimpan 1001 kenangan dia bersama Daniel.

Menjejak kaki di dalam rumah, Tina terus ke bilik. Mengangguk pada teguran ibunya tanpa sepatah kata.

Di dalam bilik, Tina duduk di penjuru katil. Bilik yang berwarna merah jambu kelihatam suram. Tina mengambil bingkai gambar yang terletak di atas meja soleknya. Bingkai gambar yang tersimpan potret Daniel di rapatkan di dada. Dua minggu yang lalu, Daniel masih ada di sisinya, Daniel masih lagu mencium dahinya. Dua minggu yang lalu, di perkarangan rumah ini, Kali terakhir Daniel mngucapkan 'I Love You'. Air mata yang meleleh ke pipi tidak di pedulikan. Tangannya menarik laci di almari baju, botol pil tidur yang di belikan beberapa hari lalu untuk membantunya tidur, di capai.

"Daniel, Tina mau tidur. Tina penat. Tina tidak mampu lagi. Tina rindukan Daniel. Izinkan Tina tidur dengan tenang. Hadirlah dalam mimpi Tina, peluklah tubuh Tina seperti mana Daniel pernah memeluk Tina. Belailah rambut Tina dengan jari jari Daniel macam yang sering Daniel lakukan. Kucuplah bibir Tina seghairah Daniel. Nanyikanlah puisi cinta, lagukanlah sajak kasih, bisikkanlah madah sayang di telinga Tina semahu Daniel. Lupuskan rasa rindu Tina pada Daniel .. Tina penat, sayang.. Tina mau tidur..."



"Tina! Tina!Ayuh makan Tina", ibu Tina memanggil manggil sanbil mengetuk pintu bilik Tina.

"Tina! Tina buka pintu, nak. Tina! makan jum!". semakin kuat ketukan di pintu, semakin kuat panggilannya.

"Tina!Tina! buka pintu nak! Tina!" dengan pekikan yang kuat serta ketukan pintu yang bertubi tubi, ibu Tina menjadi risau kerana tiada jawapan dari bilik Tina kerana dia pasti Tina masih di dalam biliknya.

"Tina! Tina!" ibunya terus menjeritkan nama Tina berulang kali, malah pintu mulai di tendangnya dengan harapan pintu akan terbuka. Ayah Tina yang terdengar jeritan dan tendangan pada pintu bergegas mendapatkan ibunya.

Sambil menarik isterinya, dia bersuara,"Kenapa, Mama?".

"Tina, papa. Tina tak buka pintu, Mama pasti dia ada di dalam. Kenapa dia tak dengar suara Mama?", dengan nada cemas dia menjawap.

"Dah. Biar Papa cuba", berpaling ke arah muka pintu bilik Tina, ayahnya mula memanggil,"Tina, Tina, Tina!"

Setelah berusaha beberapa kali tanpa hasil, ayahnya berundur beberapa tapak ke balakang sebelum merempuh pintu yang tertutup. Sebaik saja terbuka, ibu Tina meluru ke bilik. Diikuti ayahnya.

Langkah ibunya menjadi perlahan bila terlihat Tina dengan mata terpejam rapat, tangan mendepa luas sebelah dan sebelah lagi menimpa bingkai gambar yang terlungkup di dada, dengan wajah tenang, berbaring di atas katil. Keluhan kelegaan dilepaskan segera.

Tergerak hatinya untuk membiarkan Tina terus tidur, namun menyedari Tina yang tak makan dari semalam memaksa ibunya mengoyangkan bahu Tina,"Tina, bangun. Makan, jum". dengan nada lembut ibunya berkata.

Tanpa ada reaksi dari Tina, ibunya mengalih bingkai gambar dari dada Tina sebelum menggoncangkan bahu Tina dengan lebih kuat,"Tina, bangun nak. Tina, makan, nak".

Tetap tanpa sebarang reaksi sewaktu suaminya, ayah Tina, menghampiri dan mengangkat tubuh Tina yang longlai turut cuba membangunkan Tina. Di dalam genggaman ayahnya, botol pil yang kosong, terlihat oleh ibunya. Ingin mencari kepastian dengan penuh tanda tanya ibunya memandang tepat kewajah ayahnya. Ayahnya cuma mengangguk dan mengharapkan matanya menyampaikan segalanya,"Papa dah telefon ambulan", lemah suara ayahnya.

Seakan akan faham apa yang diperkatakan, ibunya lantas menjerit,"Tina!Ya Tuham!" sambil tangannya menggoyangkan tubuh Tina yang kini di pangkuan ayahnya.



Cinta Merah ... (5/7) .. aku cinta kamu lebih..

Cinta Merah ... (4/7) .. Saung Batik dan tali leher ..

Cinta Merah ..(3/7) .. gaun cantik ..

Cinta Merah ..(2/7) secawan kopi ..

Cinta Merah... (1/7) Kerusi kosong..

5 comments:

T-ara Arzeillia said...

aduhhh...sian tina

Unknown said...

memang .. berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul ....

Anonymous said...

seakan tidak percaya.

Anonymous said...

seperti semalam mimpi kita berakhir..mea

Unknown said...

emm .. tiada apa yang perlu diingatkan lagi ...