nuffnang

Thursday, June 14, 2012

Cinta Malam ... Sekadar Teman (b10)




yang telah dijanjikan, Aku telah berada di rumah Diana pada pukul 8 malam. Diana sedang bersiap di kamarnya, Daniel juga tidak kelihatan. Ibunya juga sedang membuat minuman di dapur. Duduk seorangi diri di ruang tamu rumah yang diperbuat dari papan itu mengingatkan aku pada zaman hidupku dulu. Ruang yang kelihatan luas hanya diisi sedikit perabot yang juga kelihatan sedikit usang. Yang ada, sebuah TV flat screen serta Hi Fi set yang menampakkan kemodenan.

Ibu Diana muncul dengan membawa satu dulang yang berisi teko serta cawan dan sepiring roti diletakkan di depanku, “Jemputlah minum dulu, sementara menunggu Diana bersiap. Dia memang macam tu, kalau bersolek, tak sejam tak sah,” sambil tersenyum dia menegurku.

“Terimakasih. Susahkan makcik je buat minuman,” balasku juga tersenyum.

“Katanya, anak ni, manawarkan kerja kepada Diana. Baguslah. Makcik ni risau juga lihat Diana tu sering pulang lewat pagi. Maklumlah, anak perempuan. Anak ni asalnya dari mana?” tanya ibu Diana.

“Ya Makcik. Saya mengajak Diana berkerja di restoran saya yang baru saya buka. Saya faham kerisauan makcik, sebab itu saya menawarkan pekerjaan ini kepadanya supaya lebih senang untuk dia mengawasi anaknya serta membantu makcik. Lagi pun, saya rasa Diana memang bekelayakan. Saya juga berasal dari sini, orang Kuching seperti makcik dan Diana. Mungkin loghat saya agak pelik kerana saya telah lama tinggal di Perancis. Kesihatan makcik macam mana? Kata Diana, makcik kurang sihat,” jawapku panjang lebar untuk menghilangkan rasa gugup.

“Ibu, apa yang ibu tanya tu?” tanpa di sedari, Diana telah berada di belakang aku. Diana yang berblaus hitam dengan butang yang terbuka di bahagian dada menampakkan pangkal buah dada gebunya yang sedikit di tutupi singlet berwarna putih. Berseluar jean ketat menjelaskan bentuk punggungnya yang montok. Rambut yang diikat kemas dengan sedikit make up dikenakan pada wajahnya, Diana kelihatan sungguh menawan. Di belakangnya, tersembunyi seorang anak kecil yang tidak mahu melepaskan peha Diana yang dipeluknya erat.

“Daniel, mari sini dengan nenek. Tak ada apa apa lah , Diana. Dhani.. Makcik sakit sikit je, biasalah orang tua,” sambil tangannya melambai lambai ke arah Daniel yang masih tidak mahu melepaskan ibunya.

“Daniel, Mama mahu pergi kerja. Daniel tinggal dengan nenek, ya? Nanti mama belikan burger untuk Daniel,” dengan pujukkan itu, Daniel diangkat Diana dan diserahkan kepada ibunya.

“Dah, bu. Diana mahu jalan dulu. Daniel, sayang Mama dulu,” sambungnya kemudian seraya mencium pipi ibunya dan mengucup dahi Daniel.

Aku bangkit dan juga menghulur tanganku untuk bersalaman dengan ibu Diana. Rambut Daniel ku usap. Ku lihat Daniel tersenyum padaku. “Airnya tak minum?,” tegur ibunya setelah aku mula mengorak langkah menuju ke muka pintu. Berpatah balik, untuk tidak mengecilkan hati ibu Diana aku berpura pura meneguk teh yang terhidang. Diana sudah berdiri di motosikal yang ku letakkan di luar.

“Kemana kita Dhani?,”tanya Diana setelah mengenakan helmetnya.

“Kita ke restoran dulu untuk uruskan kerja Diana kemudian kita pergi jalan jalan,” ujarku.

Di restoran aku memperkenalkan Diana kepada pekerja pekerja yang lain. Diana akan membantu pengurus yang aku lantik dan hanya bekerja di pejabat seperti beberapa orang lagi pekerja ku yang lain, mengikut waktu kerja biasa dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Setelah segala urusan selesai, aku menjamu Diana dengan hidangan restoran sebelum aku membawanya ke waterfront.

“Dhani sering ke sini?” tanya Diana sebaik kami melabuhkan punggung di sebuah kerusi. Kerusi yang terletak di bawah rimbunan daun lebat sebatang pokok, membelakangkan muzium cina den berhadapan dengan Hornbill Foutain ini memang menjadi kegemaranku kerana pandangan aku jelas melihat tingkah laku orang ramai yang lalu lalang di waterfront ini.

“Dulu, sebelum ada restoran , saya sering kesini,” jawapku ringkas.

“Sendirian atau berteman?” tanyanya lagi.

“Sendirilah. Lepas saya bertemu Diana, saya sering berangan untuk membawa Diana menemani saya di sini,” balasku.

Ku lihat Diana tersenyum lebar. Diana kelihatan ayu dengan wajahnya yang hanya diterangi cahaya bulan malam.

“Dhani tak pernah punya temankah? Kenapa Dhani bersikap baik sangat terhadap Diana?” dua sekali soalan yang terpancul dari mulut Disana.

“Saya pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki tetapi keduanya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Dan terus terang saya katakan , sejak itu saya tak pernah ditemani sesiapapun tetapi saya mengharapkan kemunculan Diana bisa mengisi kesunyian saya walaupun sebagai teman rapat cuma. Diana berhak mendapat yang terbaik dan saya cuba lakukan apa yang terbaik buat Diana. Ikhlas tanpa saya mengharapkan apa apa balasan cuma kejujuran dalam persahabatan kita. Masih jelas dalam ingatan saya, sewaktu Diana mengatakan yang kita hanya bisa berkawan dan tidak lebih dari itu. Sebenarnya, saya ingin tahu mengapa Diana berkata demikian?” Panjang jawapanku cuba menyembunyikan cerita sebenar dan aku kembalikan dengan satu soalan.

Diana yang tekun mendengar bicara ku akhirnya menundukkan kepalanya,”Maaf. Berat untuk Diana menceritakannya sekarang. Suatu masa nanti, Dhani akan tahu. Tapi sekarang Diana mohon jangan di ungkitkan perkara itu. Diana senang dan gembira bersama Dhani, jangan nanti hal itu akan merubah segala yang sedang kita nikmati”.
“OK! Tapi kalau Diana ada apa apa saja masalah yang menggangu fikiran Diana, jangan Diana simpan sendiri, kongsikanlah dengan saya. Itu gunanya sahabat, kan?”
“OK! Diana janji, Dhani akan jadi orang yang pertama tempat Diana mengadu,” wajah Diana kembali ceria tersenyum.

“Ayuh, saya ada satu kejutan buat Diana,” aku bingkas bangkit sambil menarik tangan Diana supaya mengikuti aku.

“Ada apanya, Dhani?” hampir menjerit terkejut dengan tindakanku, Diana bersuara.
Tanpa menjawap pertanyaannya, aku terus menarik tangan Diana dan memaksanya memakai helmet dan menurutiku.

Di atas motosikal , solan yang sama masih ditanyakan Diana. “Ke restoran,” jawap ku akhirnya, ringkas.

Berhenti di hadapan restoran di samping sebuah kereta Perodua Viva berwarna merah, aku mengarah Diana turun. Aku pun turut turun sebelum aku mengeluarkan anak kunci yang tersimpan di saku seluarku dan menghulurkannya kepada Diana. Diana yang masih tidak memahami apa apa mengambil anak kunci tersebut dan memandangku dengan pandangan heran dan penuh tanda tanya.

Aku hampir ketawa melihat keadaan Diana tapi aku cuma mengukir senyuman,”Anak kunci kereta Viva tu,” sambil mataku melirik ke arah kereta Viva merah yang sedia parking di disitu.

“Apanya?” tanya Diana kurang pasti.

“Kereta Viva itu adalah kejutan buat Diana. Saya hadiahkan kepada Diana untuk memudahkan Diana berulang balik ke tempat kerja dan rumah serta membawa ibu dan anak Diana kemana saja. Dan ini anak kuncinya. Harap Diana suka dengan warna merah,” aku menerangkan kepadanya.

“Dhani! Warna tak penting!,” jelas kegembiraannya apabila dia menerkam dan memelukku.
Aku yang tergamam hanya membiarkannya. Perlahan lahan pelukan dilepaskannya, wajahnya yang riang diwarnai merah, mungkin malu dengan tindakannya tadi. Tersipu sipu dia berkata,”Maaf. Tak sengaja. Tapi, hadiah ini terlalu mahal untuk Diana.”

Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat Diana,”Saya hadiahkan untuk Diana, senang hati saya kalau saya tahu yang Diana selamat dan tidak mengalami kesusahan. Lagipun, saya bukan selalu ada untuk membantu Diana. Sekurang kurangnya dengan adanya kereta ini, saya pasti beban Diana akan ringan sedikit.”

Aku mangambil anak kunci kembali dari tangan Diana dan menekan punat untuk membuka pintu. Ku persilakan Diana masuk kemudian ku masukkan anak kunci kedalam lubang nya. “Diana pandai memandu dan punya lesen memandukan?” tanya ku.

“Ada. Tapi dah agak lama tak pandu kereta,” jawapnya.

“OK. Jum, kita balik. Dah agak lewat dah ni. Diana pandu kereta ni , nanti Dhani akan ikut dari belakang,” ujarku.

Kedengaran bunyi enjin Viva dihidupkan. Aku juga telah menghidupkan enjin motosikal ku. Perlahan Diana memandu keluar kereta Viva dari parking dan terus meluncur lancar di jalan. Aku mengekori dia dari belakang hingga ke rumahnya. Lampu yang terpasang menandakan isi rumah masih belum tidur. Belum sempat Diana keluar dari kereta, kelihatan ibunya dan Daniel tercegat di muka pintu, tersenyum. Aku mengucapkan selamat malam kepada Diana dan ibunya kemudian memberi burger serta keropok yang sempat di beli tadi kepada Daniel sebelum meninggalkan perkarangan rumah Diana.

2 comments:

T-ara Arzeillia said...

bagaimana penghujung nya nnt? x sabar nak baca lagi..

Bobby Behos said...

penghujung ... emm .. tak suspens la .. kalau kasih tau