nuffnang

Sunday, November 22, 2009

-aku yang sendiri-

Bagaimana hendakku mulakan dengan segala-galanya... Tidak seperti malam-malam sebelumnya,..aku ditemani tawamu,..kata-kata manismu,.dan segala suka duka denganmu,.. Bagaimana ia bermula, tidaklah seperti yang ku harapkan akhirnya,.. Kau pergi tanpa kata,.. Tidak ku sangka begini jadinya, namun terpaksa ku terima..

Aku masih dibayangi dengan hidup semalam. Dimana pada ketika itu, aku tengah bergayut denganmu melalui telefonku. Dan semalam mengingatkan aku pada dirimu... Dirimu yang sentiasa aku cintai dan sayangi selalu... Semalam jua aku bermain dengan imaginasiku, kau memelukku erat dalam tidurku... Bahagianya aku pada ketika itu...

Aku masih mengira hari-hari berikutnya dimana aku akan ketemu denganmu. 14 hari lagi sayang,..namun semua itu kini sia-sia,.. Aku kini bagaikan bermimpi di siang hari,.. Aku kecewa dengan angan-anganku sendiri,.. Bayangkan aku sentiasa bermimpikan menemanimu sepanjang kau berada di sini,.. berpegang tangan denganmu sepanjang masa, dan kau membelai rambutku di mana jua,..Alangkah indahnya masa itu,..tak dapatku luahkan dengan kata-kata...

Dan kini,..semua itu tiada lagi,..Hanya satu impian yang tak pasti!! Aku kini bersendiri,.menemani malam-malam sunyi dan sepi,.. Dan kini,..aku menyedari,..kau memang benar-benar tiada lagi,.. Biarkanlah aku di sini,..melayari hidup yang tak kesampaian ini,.. Dan kini,..aku ditemani,..insan yang kusayangi,..yang masih tidak mengerti apa makna hati ini,..

Terima kasih kerna kau sanggup biarkan kami hidup begini,.. Menganyam cinta abadi,.menunggu hati mati,..dan tersungkur di sini,.........

Monday, October 19, 2009

.. biarlah ..

.. tidak pernah aku merasa jemu mengucapkan aku cinta padamu .. tidak pernah aku merasa bosan memanggil mu , sayang ..
.. tapi bagaimana harus aku lalui hidup dengan seribu persoalan bermain di minda ku ..
.. parahku rasakan batin ku meronta .. jiwa yang merana ku tanggung sendiri .. hati terluka ku hias dengan senyuman .. aku menari ketika menyanyi lagu pilu ..
.. biarlah ... biarlah ..

Friday, October 16, 2009

~semalam~

Bagaimana harus ku nyatakan hati dan perasaanku. Sedangkan aku amat menyayangimu seperti mana diriku.. Malam tadi, sekali lagi aku bermain dengan perasaanku. Nafasku tidak menentu. Aku takut,.kiranya apa-apa berlaku kepadamu. Telefon yang ku letakkan di bawah bantal tiba-tiba tiada di sisku.

Aku paling ke depan, rupanya Dia bermain-main dengan telefonku.. Arghh..seksa nya diriku. Pedihnya hatiku.. Tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata bila handphone yang menjadi miliku di tangan orang lain.. Penat nya fikiranku. Dan akhirnya, aku tertidur.. Dan jam 4.43 pagi tadi aku bangun. Aku cari handphone namun tidak berjumpa.. Dia pun terbangun sama.. Mungkin dia tau apa yang terlintas di fikiranku..

Malam ini,..aku nekad tak ingin tidur.. Aku cuba elakkan “apa” berlaku terhadapku.. Aku ingin bersendirian... Sebab itu, aku beli banyak-banyak disc untukku.. Malam esok. Aku jua ingin mengulangi cerita itu.. “Titanic” Apatah lagi kalau ada dirimu yang disampingku.. Huh..sayang.maafkan aku kerna sering hilang.. Maafkan aku jua kerna aku masih menyayangimu teramat sangat..Maafkan aku juan kerna amat merinduimu.. Aku pening dan sememangnya pening..

Bilakah kita akan letemu..? Bilakah kita akan bersatu..? Hanya Tuhan yang tahu... Cukup lah sampai di sini.. Aku kepenatan..Lain hari aku coretkan sekali lagi untukkmu..

Thursday, October 15, 2009

.. terimakasih .. sayang ...

sayang .. jangan terlalu runsingkan perasaan aku. Aku sangat sangat mempercayai kamu dan setiap kejujuran kamu aku hargai. tidak aku nafikan.. perasaan cemburu tetap ada tapi itu kerana aku menyanyangi mu sepenuh hatiku. cintaku padamu umpama matahari .. takkan padam walau dalam hujan ribut. yang aku perlu dari kamu hanya teguran I Love You ..

hari ini .. aku terlalu sibuk, maafkan aku kerana tidak dapat melayani mu .. janji ku pada mu . walau seribu tahun aku akan tunggu tetap, ku pegang .. takkan ada apa apa yang boleh mengoyahkan perasaan cintaku padamu .. kawan kawan ku tahu .. kerana hanya nama mu yang sering bermain di bibirku.. tuhan juga tahu kerana setaip malam aku bermohon padanya agar dirimu dilindungi dari segala jua malapetaka .. alam turut menjadi saksi kerana sering ku nyanyikan namamu dalam setiap langkahku .. burung bersiul mengikut irama laguku ..
namamu teratas dalam kejadianku .

sayang .. aku menggagumi rupamu .. kecantikan mu aku abadikan dalam mindaku .. kerana aku tak mahu terlepas sesaat pun untuk tidak mengingati mu .. kemerduan suara mu ku semadikan di hatiku .. agar di setiap hembusan nafasku .. aku melafaskan namamu .. tapi bukan kerana hanya rupa .. bukan hanya kerana suara .. aku lebih menyanjungi mu kerana kamu memiliki sifat sifat menarik seorang wanita yang di idamkan setiap jejaka .. aku beruntung kerana itu.. anugerah tuhan yang diberi padamu .. telah kamu gunakan sebaik mungkin ..

aku bangga memiliki gadis seperti kamu yang penyayang .. kesusahan kamu tanggung sendiri kerana kamu mahu keluarga mu menikmati kesenangan.. aku gembira kerana kamu .. kerana pengorbanan yang kamu curah padaku .. tapi aku amat sayang kepada kamu kerana cintamu tidak pernah meninggalkan aku .. aku bersyukur .. kerana tuhan mengkurniakan seorang teman seperi kepada ku ..

terimakasih sayang ....

Sunday, September 27, 2009

... diari untuk dia ... hari ke terakhir ...

Handphone ku berbunyi ketika kau sedang lena tidur .. aku angkat hp ku dan tertera namanya … jam pada hpku pula menunjukkan pukul 4 am . Sebenarnya , aku Cuma menjangkakan message dari dia awal pagi , tidak panggilan telefon seawal itu.

Adik Lina telah memberitahu bahawa Dylan akan kembali dengan bas pukul 4 pagi. Dan dia akn berada di rumah pagi itu. Untuk satu jam berikutnya .. dunia ini adalah milik ku .. dia bercerita , aku bercerita .. tapi tetap ku rasakan suaranya begitu sayu sekali .. tidak serian biasa .. tapi aku telah berjanji tidak mahu menambah beban di kepalanya dengansoalan remeh .. biarlah .. satu hari nanti , bila dia sudah bersedia .. aku pasti dia kan meluahkannya … buat masa ini , aku cuma perlu mengotakan janji ku ..

“ Dan , aku busy ,, sekejap,k? “ katanya .. setelah kami berbalas message.. aku terus menanti dan menanti sehingga ku setalah adik Lina memberitahuku , kakak dah check in .. ku hantarkan message padanya ..
Balasan message tadi ku terima pada pukul 7.25 pm … dia sangka ku marah padanya ..
Percayalah .. tak terlintas aku untuk memarahinya kerana aku tahu dia mempunyai alasan untuk berbuat begitu . Cuma terkilan rasa hati ku kerana aku dibiarnya menunggu ..

.. ada masanya , berterus terang boleh menyakiti hati atau melukai perasaan seseorang tapi itu perlu untuk mengekalkan kepercayaan dalam perhubungan .

Malamnya.. sungguh aku merinduinya kerana hari ini aku telah berharap dapat berbual dengannya .. tapi dia keletihan .. penat .. berat rasa hatiku tapi aku harus membiarkan dirinya berehat seawal mungkin . Ku hubungi dia untuk mengucapkan selamat malam tapi suaranya tetap sayu .. tak bermaya … keletihan mungkin …

Adik Lina yang menemani aku .. petang dan malam … terimakasih kerana memperkenalkan adikmu kepada ku …

Selamat Malam .. Sayang …..

As I lay my self to sleep.. I pray the lord my soul to keep ..
If I die before I wake … I pray the lord my soul to take ..
AMEN …

... diari untuk dia ... hari ke tujuh ...

Emm .. aku kerja seperti setiap hari sabtu .. tak banyak buat kerja sebenarnya ..
Pagi aku bercerita dengan adik Lina .. tidak lama .. sehinggalah ke petang setalah aku bangun tidur .. ada request dari adik Lina .. aku tak dapat tunaikan permintaannya kerana aku juga tidak mempunyai kredit ..

.. aku dan abang aku kembali dari kampung setelah melawat kubur emak serta berjumpa dengan uncle di kampung aku aku singgah di kedai .. ingatkan nak tambah kredit tapi tak buka pula kedai hp tu ..

.. malamnya aku dan hijau ke Lo Yau untuk menonton EPL antara Liverpool dan Hull City … dalam perjalanan kami mengalami kemalangan kecil .. kereta di langgar orang .. mujur kecil ja .. segala kerosakan di tanggung oleh orang yang melanggar .. sampai di Lo Yau aku terus ke 7 Eleven yang berdekatan situ untuk mengisi kredit ku .. ku sharekan dengan Adik Lina ..

“kenapa koko sent kredit kat adik ? adik tak minta pun” tanya Adik Lina.

“kan petang tadi adik ada request dari koko”, tanya ku kembali.

“itu kakak yang request dia ada datang sekejap tadi tapi dah balik ke sana”, balasnya. Katanya itu memberi aku seribu penyesalan. Kenapa aku tak isi kredit aku awal awal tadi. Kan kah boleh aku berhubung dengannya tadi. Bukankah dah aku berbicara dengan orang yang aku rindui .. geram aku dengan diri sendiri .. tapi tiada guna ku sesalkan lagi…

Aku terus melayani kerenah adik Lina .. penghibur kala dia tiada ..

Jam 2.38 pagi

Friday, September 25, 2009

... diari untuk dia ... hari ke enam ...

.. aku sempat berbicara dengan adik Lina .. agak banyak yang kami bualkan .. aku mendapat tahu mereka sekeluarga pulang ke sibu hari ni .. aku lebih mengenali adik Lina .. semakin rapat dengannya ..

.. petangnya aku agak sibuk dengan urusan kerja ku .. banyak yang telah aku selesaikan .. puas rasa hatiku ..

.. makanan malam ku bungkus dari kedai yg berdekatan .. ke jamah pukul 9.00 malam .. membazir rasaku sebab tak habis ku makan ..

.. adik Lina berkongsi masalah dengan ku .. aku bersyukur kerana dia mempercayai aku sehingga tidak segan untuk menceritakan segalanya padaku .. ku tanya tentang dia .. " sedang bermain dengan cousin yang kecik," jawak adik Lina .. memang sifat dia .. penyayang ..

.. sehinggalah satu ketika adik Lina mengatakan " kakak dah balik ke rumah mentuanya," ..
hati aku mula bergelodak .. pening kepala ku datang kembali .. panas rasa muka ku .. tapi aku cuba untuk menahan perassan yang sebak ..

.. ku tanya pendapat adik Lina, " salahkah aku menyanyangi kakak mu, adik?"

".. maksudnya, koko mencintai kakak?.. my god... ", balas adik Lina .

".. segala rasa.. sayang, kasih , cinta ... pada kakak adik , adik terkejut?.." jawap ku.

".. entahlah .. susahlah adik nak beri pandangan ... " saut adik Lina lagi ..

.. aku tidur dengan kegelisahan .. tapi tidak ku lupa untuk berdoa ..

.. aku terjaga tengah malam .. sms dari adik Lina ku terima .. tidak ku balas sebab aku mengantuk .. dan akhirnya aku kembali lena .. aku bermimpi .. rasaku tidak bagus mimpiku itu ...

.. kembali lena ...

jam 9.51 pagi .. keesokan harinya ..

.. diari untuk dia ... hari ke lima ...

Hari ini aku menjalani hidup aku seperti biasa … meeting di awal pagi tidak menjejaskan mood aku .. petang seperti yang aku katakana pada Adik Lina … aku pergi menonton wayang bersama rakan rakan sekerja.

Balik petang , kawan kawan datang ke rumah .. kami memanggang ayam .. sambil berborak .. telefon aku alihkan jauh sedikit .. dengan kesabaran aku menunggu tone message berbunyi .. dan kesabaran ku terbalas bila message dari adik Lina ku terima ..
Sempat dia berpesan melalui adik Lina agar aku tidak lupa untuk berdoa … percayalah sayang , setiap malam sudah menjadi rutinku untuk berdoa .. Cuma ketika ini , tiada orang yang berdoa bersama sama aku ..

Tetap aku merindui …..

Jam 12.30 pagi …

.. diari untuk dia ... hari ke empat ...

Aku terima mssg pertama darinya lebih kurang pada pukul 10 pagi tadi. Katanya, dia dan adik adik nya keluar ke pasar. Kemudain dia menelefonku .. suara yang ku rindu akhirnya hinggap jua ke cuping telinga ku . aku amat gembira sekali ..

Hari ini ku rasakan bahagia sekali .. aku rasa diriku begitu hampir dengannya .. dan dia melayan message ku tanpa jemu walaupun dirinya begitu sibuk dengan urusan peribadinya namun tetap dia mempunyai masa untuk melayan kerenah aku .. aku rasakan hidup ku begitu sempurna .. suaranya yang masih terngiang ngiang di telingaku .. untuk seketika terubat rindu ku .. untuk seketika waktu dirinya adalah milik ku …

Dengan setiap lafaz kata rindu .. kata sayang .. kata cinta yang aku terima darinya .. membuat diriku ingin terus terbang dan mendakap dirinya .. andai aku mampu .. tak mahu aku lepaskannya lagi .. kerana kau tahu tanpa dirnya .. betapa siksanya jiwaku ..

Tapi aku tetap bersyukur .. dalam kepayahannya menghadapi onak dan duri liku liku hidupnya .. tetap aku yang diingatnya .. aku bersyukur kerana Tuhan memberi aku kerpercayaan untuk mengambil berat tentang dirinya .. aku juga bersyukur kerana diriku tidak pernah hilang dalam segala perancana hidupnya ..

Terimakasih sayang .. kerana menyayangi aku seperti mana aku menyayangi dirimu ..
Terimakasih kasih .. kerana mengasihi aku seperti mana aku mengasihi dirimu ..
Terimakasih cinta .. kerana mencintai aku seperti mana aku mencintai dirimu …

Jam 7.34 malam

... diari untuk dia ... hari ke tiga ...

Betapa aku merindui dirinya … tiada sepatah kata pun yang aku terima sejak sekembalinya ke kampung halaman. Mungkin aku tau apa sebabnya tapi aku lebih rela mengandaikan dirinya sukar untuk menyampaikan sebarang berita kerana talian telekomunikasi yang kurang elok .

Kerja yang ku lakukan terhadap bilik tidurku dah siap. Setalah 2 malam aku tidur di ruang tamu , malam ini aku akan melenakan diriku di kamar ku yang berwajah baru.. bilik ku yang ku cat dengan warna hijau muda serta kuning tanah ini ku rasakan aman . tambahan .. cadar dan sarung bantal yang baru ku cuci .. tambah menyerikan bilik ku.. alangkah baiknya jika dia dapat melihat bilik ku ini .. aku pasti dia akan berbangga dengan hasil kerja ku ini… aku lakukan kerna dia ..

Petang tadi aku sempat merehatkan tubuhku.. dan sempat aku di jamah mimipi. Aku tidak pasti tapi ternyata dalam mimipi ku , aku berada di satu tempat yang asing.. yang menenamaniku adalah Adik Lina .. memimpin tanganku … aku tidak menjumpai apa yang aku cari tapi kehadiran Adik Lina dalam mimpiku cukup membuat aku gembira ..

Bagaimana harus aku gambarkan pada dirinya rindu ku yang membuak.. tak tertahan rasanya aku membendung kerinduan yang kian memuncak .. tapi demi dia aku harus berusaha .. aku harus bersabar .. aku harus memendam rasa .. aku tak mahu tertewas hanya kerna rinduku .

Pengalaman mengajar aku untuk terus menentang perasaan .. melawan kekosongan .. hidup aku mempunyai matlamat .. hidup aku mempunyai tujuan .. setelah bertemu dia ..
Aku tetap kekal dengan pendirian ku .. tidakkan goyah sayangku padanya hanya dengan prasangka ku .. aku tetap sayangkannya …

Jam 11.29 malam ..

.. diari untuk dia ... hari ke dua ..

Aku terjaga pukul 7 pagi tadi tapi aku tidak mahu bangun dari tidurku. Aku mahu terus tidur supaya masa berlalu dengan lebih pantas. Aku trebangun lagi setelah handphone ku berbunyi. Adik Lina yang menghantar sms kepada ku. Buat aku bingkas bangkit dari tilam ku.

Aku menghabiskan masa ku pagi tu dengan menyambung kerja mengecat bilik ku .

Selepas makan tengahari, seperti biasa , mee dan telur , aku tidur dan bermimpi. Aneh ku rasakan mimipiku .

Aku mimpi yang aku berada di rumah anak yatim dan seorang budak lelaki meminta aku mengajarnya bermain lastik. Aku dikejutkan skali lagi oleh adik Lina. Message dari nya datang lagi .

Aku meneruskan hari aku yang bosan dengan kerja kerja rumah. Tiada yang menarik berlaku. Sehingga Adik Lina message ku lagi . Katanya , dia ada satu permintaan , dia mahu aku memanggilnya ‘Adik Lina’. Aku gembira . Terasa kehadiran aku dalan hidupnya dihargai. Sempat ku sampaikan ‘mushroom’ ku padanya. .

Aku amat merinduinya, aku cuba mengelak memikir dirinya bersama orang lain, tapi andai dia bergembira di sana , aku bersyukur. Dia berhak untuk bergembira!

Jam 9.59 malam .

Saturday, September 19, 2009

diari ku untuk mu .. hari pertama ..

.. jam 10.33 pagi.


.. ari ni , ari pertama hari raya aidilfitri. hari pertama juga aku ditinggalkan ..


pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. tanpa melengahkan masa aku menelefonnya kembali. Aku terpaksa berlakon ceria kerana aku tau dia tak mungkin dapat menerima keadaan aku ketika itu. betapa kosongnya hati aku ..dari semalam aku telah menghitung saat in .. dan setiap saat seakan akan memerli aku . jarum jam bergerak dengan begitu pantas , meninggalkan aku yang tak ketentuan waktu.





".. dan, aku dah on the way ke airport", katanya .. suaranya sayu dengarku. aku tidak tahu apa rasanya waktu itu, yang pasti, aku terasa yang sedih amat. Aku berlagak ceria dan membalas kata katanya.. aku yakin dia pasti kembali kepadaku. aku guna sebaik baiknya masa yang tinggal.





".. Sorry Dan, aku harus pergi sekarang, bye.. bye .. " katanya untuk sekian kali.





".. pergilah.. nanti dah sampai , kol aku, k? " kataku sebelum menekan butang off pada handphone ku.





Aku harus membuatkan diri aku sibuk. Aku tidak sanggup memikirkan tentang dirinya. Mujur ada Lina, adiknya, menemani .. berbicara denganku melalui sms. Dan aku mengabdikan diri pada kerja di rumah yang harus aku sempurnakan.. sebelum aku menziarahi keluarga yang sedang bergembira menyambut 1 syawal.





... jam 10.45 pagi.





mssg dari dia baru sampai ke hp ku .. " dah datang. Tak payah balas mssg, mssg ngan Lina ja", betapa kecewanya kau .. aku teringin mau dengar suaranya kala ini.. tapi aku harus tabah ...



... jam 06.36 petang



aku pergi ke rumah kakak ku . terhibur sedikit hati ku ... namun ingatan ku padanya tak pernah lengkang dari kotak fikiranku... mssg dari Lina ku terima. sempat kami berbalas mssg . Aku cuba menyampaikan kisahku pada dia melalui Lina. Aku tahu yang dia telah selamat balik kampung bersama sama keluarganya.



sampai ke rumah aku sunyi kembali, aku buka laptopku lantas ku karang sepatah dua kata untuk tatapan dia agar dia tahu .. hari ini aku merindui dirinya..

Monday, September 14, 2009

.. so it has been told ..


After I left her.. Dylan came and joins her. He wanted to leave her there but her cousin stops him from doing so. While eating, Dylan opens her laptop. She let her do so. That night the bus they were on had a difficulty and force to stop. Lucky that she has brought her medicine with her.


-the saddest part is , when she ask me to leave. Not that I am not prepared to leave but the way she make me go.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Reaching home at 7.00 am, she had plan to take a nap but have to cancel because she had promise her siblings to bring them out. They went to town that morning and spent the time together until afternoon. That evening Dylan open her laptop again and I guess that where all the things started. Dylan invites her to the room and with simple sentences “tell me what had happen? I open your page a while ago and.. Daniel sharing the page, right?” She has a choice but choose to tell everything. Dylan let his tears go. From the beginning until she has finish telling him everything. “All this while, I really love you, I have put lots of hope on you. Never have I thought! All this while I have ask you to follow another guy ...” She argues on everything. And the whole day she is trying to avoid being together alone with Dylan.


- She tired at yet she is not selfish. I like that. I am truly glad that she has been honest with him though it is a diffcult thing to do. Woman like man shed their tears for them. sensitive.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

She went to church. Back from there, Dylan and her two brothers, which has grown up, were drunk. Inside the car, Dylan has told her that she is having an affair, in front of her parents, grand parents and siblings. She felt embarrassed. Reaching home, 11 pm, Dylan became a different person, He act aggressively, he has lost his mind! He banged his head on the wall and he tells it all to his family. She stays silent and let him be. She just let go everything to her own family. Since Dylan had accused her, she let Dylan talk. Her in-laws was fine with this, but she has to stay overnight at Dylan house not because it was late but she has no choice.

- At least, heer family understand her and that was really relieved for me. Honestly, I don't care what he is doing to himself. Not to her!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dylan family went back and she manages to kiss her mother in law goodbye. She loves Dylan’s family more than Dylan himself. They always look after her like their own family. What ever it is, she loves her family more. She never divides her love. She felt guilty to Dylan because Dylan has been loyal to her all this while. never! Dylan has been taking good care of her. During the night, when she was short of breath, Dylan will pat on her back rub her chest, most of the night, Dylan has sleepless night because taking care of her and he is good on that just like her father always did to her. There is one time while she was crying, she put her ear on Dylan’s chest and heard something and Dylan says that recently his health was not very good. He always coughing and he have a sickness history with a small surgery while he was just a boy.


-looks like he was taking good care of her. I envy that because I do not have the chance. I pity him, He has to be strong to fight what he was suffering for. But that is not the reason for me to let her go.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

She felt like Dylan would leave her in another way. Dylan has told her that she forgive her for what ever she has done and when she brought her for an x-ray.


-Forgiveness is a gift. She should appreciate it.


She ever read his diary on his laptop. She has never thought that Dylan would use her birthday as a password to his document.

-I don't know what she thinks. Maybe now she knew how special she is to dylan.


Dylan always says the final word but at the end, he will ask for forgiveness and the same goes with her. But he had done it more.

-if forgive and forget is as easy as 123 abc .. they will be no value in the word 'sorry' anymore.


She loves Dylan and Daniel both but she doesn’t know who is she has her heart for. Honestly, she misses Daniel more.


-this last sentences has broke my heart but I valued her honesty.

Sunday, September 13, 2009

Kasih Merah

Semalam aku kenal dia,
Dengan hanya satu nama,.
satu kata, satu suara,,.
Dan kini aku kenal dia dengan satu cinta.
Rinduku hanya untuk dia,..
Cinta sayang makin mendalam,..
Tak pernah ada dusta,..
Namun masih tidak ku temui bahagia..

Sepinya hati dikala,.
Gelapnya malam,..
Di kala pungguk rindukan bulan,
Namun,.
Aku sebenarnya masih terjaga,.
Aku masih di sini,
Merindui,..Menyintai dan Masih menyayangi,..
Dirinya yang kejauhan

Walau seribu tahun,
Aku masih ada di sini,
Andai aku tidak dimiliki sesiapa,..
Aku merasa lebih baik..
Cukuplah aku merasa disayangi dan dicintai,..
Kerna aku ingin semua tahu,..
Aku rela di sini dan menjadi elergi sepi...

Percayalah,..
Bak nyanyian Siti Nurhaliza,..
Kasih merah,..
Kau masih ada dan sentiasa ada,,.
Ada dihatiku,..
Ada dijiwaku..
Selamanya,...
Aku amat merinduimu..

Thursday, September 3, 2009

.. aku cinta padanya ..

Love’s hurt !!! that what they say. Love is beautiful and pure , the others might think. Whatever it is .. still it is Love. I felt both. It is hurt when you really miss someone that you love. I have been in the situation when my love has gone for two days. It has hurt so much that I could no longer see another sunrise or hear another thick of the clock.

There she was, once she was here, looking at my face, smiling at me, rubbing skins and touching hands, talking , giggling, those were the happy moments.

Then she was no more, thinking about her with someone else , in some place, looking at another man’s face, smiling , talking, giggling, in another man’s presence was the most excruciating pains I could no longer bear, not for another day, not for another hour, minute or even second. But the thought of she is suffered more than me has kept me going.

The Love I have for her had me survived the suffering and endured the pain. In faith. I believe that she , in her awake or in her dream that I am always in her mind.

Peritnya, pedihnya, sakitnya bila ditinggalkan sendiri tanpa mengetahui apa yang akan terjadi. Tanpa sebarang kata ransangan , tanpa sebarang ucapan selamat tinggal, tergantung tidak bertali, tak tau kemana harus melangkah.. meraba dalam gelap. Berpandukan kasih sayang, kepercayaan terhadap cinta , hanya itu yang dapat di jadikan papan tanda namun kemana tujunya masih lagi belum begitu jelas.

Tidak adil jika dia kusalahkan, tidak juga takdir yang perlu aku marahkan. Hati begitu rapuh, begitu mudah patah .. kekecewaan hadir tanpa aku sedari. Kerinduan yang memuncak menjadikan aku leka pada kehidupan , pada dia.. cemburu ! pembunuh cinta! Itu yang harus aku elak .. tapi jiwa tetap memberontak kerana tidak mungkin aku tidak cemburu kerana aku sayangkan dia. Tidak mungkin aku tidak cemburu kerana dia seharusnya milik orang lain sebelum aku?

Mungkin hati, perasaan , jiwa nya telah aku miliki. Tapi haruskah itu mencukupi? Perlukah aku berbangga hanya kerana itu? Matanya? Rambutnya?harumnya?tubuhnya? milik siapa? Aku pasti bukan milik ku lagi .. kasih sayangnya, cintanya .. milik ku tapi kehadirannya di sisiku perlukah di perbataskan ?

Pernah katanya.. aku tidak mahu berkongsi sayang!!! Aku sayangkan mu .. aku juga sayangkan dia .. katanya pula.

Love is HURT!!! I can hold the pain as long as she still love me ..

How beautiful is Love? As beautiful as the morning roses. As pretty as the full moon in the mid of June. As divine as the sun that shine bright upon god’s creation. As colorful as the bridge on rainbow. It fills the empty spot in your heart with sweet rhythm. Put a smile on your face. Bringing joys to life as the rains pour it waters to the plant and keep it alive.

Cintaku indah. Hadir dirinya menjadikan hidupku berubah. Kesanggupan dia mengisi kekosongan hati ini membuat aku sempurna. Kasih sayang diluahkannya telah memeriahkan jiwa ini yang telah lama tandus.

Aku cintakan dia ! aku pasti dan aku yakin dengan perasaan aku !

Biar aku susun setiap huruf manjadikan kata madah indah untuk ku syairkan cintaku padanya namun tidak mungkin itu cukup untuk memuji dirinya yang sebegitu sempurna bagiku. Ku himpun segala alat muzik dan ku cipta irama agung untuk persembahkan padanya namun tidak mungkin juga menyamai keindahan namanya yang tepahat di hatiku. Di setiap penjuru dunia ku petik bunga bunga mekar segar , kugubah menjadi karya terindah tapi tidak mungkin itu dapat menghiasi dirinya yang sedia cantik mekar di taman cintaku.

Tiada syair .. tiada irama .. tiada gubahan.. yang dapat ku hadiahkan padanya kerana dialah syair, irama dan gubahan dalam hidupku.

Aku rindukanya setiap masa .. dalam jagaku .. dalam lenaku …

Aku dambakan kasihnya …

Aku dahagakan cintanya.. .

Aku impikan pelukannya…

Love is BEAUTIFUL … so is life!!

Thursday, August 27, 2009

~Untuk Esok~

Payahnya aku lelapkan mata ini.. Dadaku makin berdebar debar dan laju dan bertambah laju.. 14 jam lagi, aku bakal bertemu dengan si dia.. Dia yang aku pernah rindui dan cintai selama ini.. Huh...bagaimana respon nya nanti..itu lah yang masih merungsingkan diriku. Aku tak yakin pada diri sendiri untuk ketemu dengan nya,. Nmun aku teringin sangat. Walau bagaimana pun, aku harus pergi dan bercakap dari hati ke hati dan bersemuka dengan nya.. Aku jua ingin meluahkan betapa aku merinduinya selama ini.. Perit nya menanggung rindu berbulan lama nya..
Aku dapat merasakan mungkin aku kelu..dan bkn dia yang gelabah..tetapi aku.. Namun aku berjanji dengan diriku sendiri akan berbual dengan nya seperti mana aku berbicara dengan nya melalui telefon selama ini.. Aku tak nak ada gundah di dalam dadaku. Aku tak ingin membuang masa emas itu begitu sahaja.. Aku teringin sekali untuk menggunakan masa yang ada untuk bercerita tentang masa lalu antara dia dan aku.. Teringin sekali... Namun mampu kah aku ucapkan semua itu..
Penatnya aku hari ini kerna untuk dia pada hari esok.. Aku tak kisah pun berhempas pulas bekerja hari ini kerna aku tak mahu susah pada hari esok.. Biarlah aku lapang esok.. Aku perlu tenangkan fikiran. Aku perlu kan kegembiraan sebelum ketemu dengan diri nya.. Harus ada ketenangan dalam jiwakau yang akan membuahkan satu keyakinan yang pasti..
Mungkin esok, aku tak seperti ini.. relak daripada biasa.. Dan esok,..aku akan memakai kemeja, skirt, selendang dan baju luar yang akan ku padankan dengan baju kemeja ku nati.. aku ingin tampil lawa esok..dan aku ingin semua orang akan ambil perhatian kepada diriku.dan ingin sekali aku..menjadi seorang wanita pujaan di sini..walau hanya seketika..cukuplah..kerna itu lah pendorong diriku untuk pertemuan itu...
Dan mungkin esok..semua nya akan terjawab.. dan esok..mungkin jua ia berakhir dengan satu kegembiraan @ perpisahan dan kita tidak mengetahui nya.. Namun yang pasti..dia akan merasa sunyi yang amat sangat.. Aku tak sanggup membiarkan dirinya seperti itu,.. Dan aku berjanji akan menghubungi dirinya dari semasa ke semasa.. Tak sanggup aku kehilangan suara nya yang romantis.yang menemani lenaku..dan aku juan tak ingin kehilangan dirinya dalam skype @ mahupun dalam msg...ku..
Gembiranya aku pada hari ini...kerna aku sempat jua membelikan sesuatu untuk Claire, Damien dan Faith .. Aku belikan beg BARNEY dan gown untuk Claire.. Manakala untuk Damien hanya sehelai baju..dan untuk Faith..aku belikan baju dan jua selendang untuknya..dan aku sudah tidak sabar unuk melihat mereka bertiga menggayakan pakaian itu.. Moga dirinya sempat ambil gambar dan mengirimnya pada diriku.. Miz u Claire, Damien dan Faith.. Teringin sekali aku betemu dengan kamu bertiga.. Moga ada jodoh untuk kita...
Selamat malam semua.. mz u all..muahzzzz.. mushroom..swewt and sour..

Thursday, August 20, 2009

.. terimkasih ..


terimakasih kerana masih sudi menerima aku sebagai kawan kamu .. besar hati ku kerana kamu maafkan semua salah ku .. ku janji , kita akan bertemu ..

satu ja pinta ku kali terakhir .. jangan kamu membuat andaian sendiri.. tanpa kamu meluahkan .. aku takkan dapat menyatakan yg apa difikir kamu mungkin ada kebenarannya ..

biarlah ..

Wednesday, August 19, 2009

~AKHIRNYA~

Bagaimana harus ku katakan jika kau sudah menyatakan begitu,..
Jika tiada lagi cinta untuk aku, apa yang aku perlu nantikan sekali lagi..?
biarlah jika hanya sampai di sini jodoh kita..aku pun rela melepaskanmu..
cinta kita biarlah aku lakarkan di atas batu...kerna aku jua ingin mengabadikannya menjadi lipatan memori kita..
sudah lah b..tak usah lagi kita bertengkar..kerna aku sudah ada jawabnya.. dan aku tak ingin tahu pun apa-apa yang berkaitan dengan cintamu.. pernah jua ku katakan..kita akan menjadi kawan..bukan kekasih..sleeping dictionary..@ mahupun partner mu..sepanjang hidup.. sedikitpun aku tidak menyalahkanmu..
kita hanya mampu merancang, tetapi TUHAN yang menentukan.. Terima kasih atas kesudian mu selama ini mendengar luahan, rintihan dan keluhanku..selama ini.. Terima kasih atas segalanya...

friday, 28 August 2009 Flight AKA 5208
DEPART : 12.55 PM
aRRIVE : 14.40 PM

.. biarkan ...

bagaimana nak aku mula ? .. tiada kata kata aku yang bermakna buat kamu.. aku tau kamu mencintai aku .. aku tau kamu amat sayangkan aku .. aku juga merasakan kamu amat merindui aku.. aku tau semua itu ..
..tiada juga alasan yang dapat aku berikan pada kamu .. tiada sebab yang harus aku utarakan pada kamu .. kenapa aku bertindak sedemikian rupa ... aku sedar , aku menyakiti hati kamu .. hirisan yang bisa menusuk hati kamu bukan sengaja aku lakukan ..
.. aku juga tidak mahu melafazkan apa yang pernah aku lafazkan pada kamu .. sejujur jujurnya itu adalah perasaan aku terhadap kamu .. bukan madah cuma tapi dari hati aku berbicara ketika itu .. kini tetap dalam hati aku merasakan yang sama... cuma aku sudah tewas dengan desakan dan perasaan yang kian memberontak dalam jiwa mengatakan aku perlu lepaskan kamu .. biar aku di persalahkan .. aku rela di tuduh apa apa saja .. aku sudah lali .. aku sudah kebal .. aku cuma mahu kamu tau saat ini aku dengan berat hati .. merelakan apa jua yang kamu lakukan terhadap aku .. aku terlalu menyakiti hati kamu .. bukan hanya kali ini tapi telah beberapa kali sebelum ini .. maaf sudah tiada erti dalam kamus cerita kita .. aku tidak akan mengucapkan untuk sekian kalinya lagi ...
.. biarkan ..

~Andai Aku Sebelum mu~

Payahnya aku melupakanmu,
Pedih nya aku tanpamu,
Aku bukan lah sekuat mana pun,
Sakitnya di kala aku mula menidakkan diri tanpamu,

Datangmu hanya seketika,
Kau bukan bayu mahupun angin,
Namun kau umpama keris yang mengiris,
Pedihnya tusukan itu,.
Hanya aku yang tau dan mengerti bagaimana besarnya luka ku itu,
Bukan iodin mahupun acraflavine penyembuhnya,..
Bukan..tapi, ..hanya cinta yang dulu..
Cinta yang aku dambkan setiap hari,
Tanpa ada malam nya..

Sungguh,
Aku dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku,
Namun aku tidak menyangka,
Kita terpisah dengan cara begini,..
Dimana aku sangat merindukan kasih sayangmu..
Ke mana harus ku cari sedangkan kau hilang dan terus menyepi,..

Indahnya cintamu,
Namun aku tidak berkesempatan merasakan belaianmu,
Sungguh, kau hanya pandai bermain dengan kata,
Mencipta seni asmara hingga mampu membelai jiwa,
Namun aku harap kau tidak lupa,..
Hidup ini hanya sementara..

Kini,
Aku umpama layang-layang yang putus tali,
Melayang tanpa arah dan tujuan,
Sendiri aku melalui di kala kau ku perlukan,
Usah lah dikau memujuk,
Aku tau kau bukan lelaki itu,
Dan bukan hanya aku cintamu,
Namun aku harap kau tidak menyesal jika aku pergi dulu sebelumu,..
Cuma satu yang aku minta,.
Kau jadi lah saksi nya nanti..

Selepas itu,
Sayangi lah anak-anakmu di mana jua kau berada,
Sahabat-sahabatmu yang selalu di sampingmu,
Hargai lah mereka..
Dan tak lupa jua kepada pengganti kepada diriku,
Kudoakan kau bahagia selama nya,.AMEN..

Aries & Leo

ARIES - The Daredevil
Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun. Loves a challenge... EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse. (Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit. Outgoing. Lose interest quickly - easily bored. Egotistical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.
16 years of bad luck if you do not forward.

LEO - The Boss
Very organized. Need order in their lives - like being in control. Like boundaries. Tend to take over everything. Bossy. Like to help others. Social and outgoing. Extroverted. Generous, warm-hearted. Sensitive. Creative energy. Full of themselves. Loving. D oing the right thing is important to Leos. Attractive.
13 years of bad luck if you do not forward.

.. aku pun tak tau ! ..

.. bukan untuk memujuk .. sekadar untuk meluahkan .. jangan kamu meminta maaf kerana kamu tidak bersalah..
.. curang katanya? .. tidak!
.. takut mungkin sebabnya ..
.. takut dengan commitment ..
.. takut dengan beralih sayang ..
.. takut atas segala yang merubah diri aku ..
.. takut !!! kerana aku kurang yakin !!!
.. aku yang perlu meminta maaf ..
.. kerana aku masih takut untuk menurut kata hatiku ..
.. takut sebab aku masih belum terubat ..
.. ntahlah cik! aku pun tak tau ...

Tuesday, August 18, 2009

~Warkah Untukmu~

Kepada : daniel

Sunyi nya aku pada hari ini. Tiada skype yang menyapa ku. Entah kenapa aku berperasaan begini. Aku seolah olah membiarkan semua nya berlaku begitu sahaja. Entah..mungkin jua aku merindui nya. Aku tahan,..dan tak pasti berapa lama aku boleh begini..tanpanya...namun yang pasti hatiku keras seperti batu. Rumah panjai.com pun aku tak buka lagi, selepas GOE yang kubuka bisa menenggelamkan blog, skype..dan apa-apa carian yang berkaitan dengan intenet.

Aku tatap skrin telefonku. Namun tiada msg @ mizcall yang ada.. Mungkin dia menuduh ku sengaja tak angkat telefon. Aku tak menafikan. Hatiku bertambah sayu bila dengar suara nya. Mungkin buat sementara waktu, aku ingin mengelak dari suara nya. Aku tak ingin meyemai rindu di hati. Biarlah aku begini. Menanti sesuatu yang aku tak pasti ada jawabnya. Tidak mengapa kata hatiku, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku jua ingin tahu, apa yang ada. Namun, adakah jawab nya..? Entah, kelu seribu bahasa, tak akan memberi seribu makna.

Aku buka microsoft office words 2003. Ku luahkan bicara hatiku kerna aku tak tahu hendak luahkan pada siapa lagi. Mungkin aishetaru peneman setiaku. Aku selesa berbicara dengan nya. Dia tak pernah mengiakan mahupun menidakkan. Tapi, aku kena jua luahkan segala isi yang terpendam.

Pening nya kepalaku akibat ubat yang ku telan pagi tadi. Badanku lemah walaupun aku sudah mengambil sedikit makanan pagi untuk sarapan pagi. Bubur, telu masin, dan ayam sudah cukup mengenyangkan walaupun aku tidak berselera. Semuanya kerna arra dan math. Aku tidak ingin mereka tahu apa yang ada pada hatiku. Aku hanya boleh bercerita dan menyatakan aku demam. Memang aku demam, tapi ada sesuatu lagi di sebalik semua itu. Ada lagi sakit yang kian menunjah-nunjah kepalaku. Fikiranku berserabut dan aku kini menjadi seorang penunggu.

Aku masih sayangkan dirimu. Aku bukan pelangi yang menyinari hidupmu. Aku tak layak diibaratkan seindah itu. Aku mungkin hanya persinggahan dimana pertemuan kita diatur dengan cara begini.. Cara yang mungkin tidak boleh diterima oleh insan-insan lain.. Sekali lagi maafkan aku.. Jika ada jodoh, tunggu lah aku. Dan biarlah Tuhan yang menentukan segala nya..

Yang merindui..
Anne angel.

pelangi petang...

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

~Jika Itu Mahumu~

Aku belum puas berbicara denganmu. Terasa selama 3 hari nie hubungan kita agak renggang. Kau kata kau rindukan anak-anakmu. Aku tau dan sangat faham. Tapi, aku merasakan bila kau di sisi sahabatmu, aku diketepikan. Kau seolah-olah tak pernah ada aku. Semalam kau minum lagi. Kau kata, itu budaya kita. Aku tak kisah.. Aku mengiakan sahaja kata-katamu itu. Kalau aku rindu dengan anak-anakku, aku perlu cari sesuatu untuk ketenangan..aku tak kisah.. Aku faham...

Tapi, aku kisah bila aku mula merasakan diri sebagai pelepas segala seribu perasaan. Adakah aku mungkin hanya menjadi sleeping dictionary seperti yang pernah kau ceritakan padaku. Mungkin itu lebih baik..namun lebih parah lagi, bila aku msg kau balas, aku kol memang lah kau tak pernah angkat, sebab kau kata nanti aku kehabisan kredit. Kau kata juga kat aku, kau akan kol balik bila tau aku miz kol. Betapa gembiranya aku pada ketika itu. Namun itu semua nya berlaku sebulan yang lalu. Pernah jua kau kata padaku, misscall je kalau kau rindu dan kalau kau kesepian..atau kesunyian.. Sampai sekarang pun kau selalu kata macam tu. Namun, kau gagal.. Kau selalu gagal.

Tau tak kenapa aku kata kau gagal...? Kadang-kadang aku buat misscall sampai 12 kali, kau selalu tak angkat,.kau selalu tak return call. Kau tau tak apa yang aku rasa...? Aku sedih awak.. Aku kecewa dan kadang-kadang aku keliru.. Keliru dengan layanan mu. Kadang-kadang kau buat aku sayang kat kau. Kadang kadang kau buat aku benci, marah, geram dan beribu macam perasaan. Hendakku luahkan pada siapa semua tu..? Bukan Arrabella, Mas ..@ sesiapa..cuma hati.. Hati yang semakin hari..semakin rapuh..semakin hari semakin hampir masa untuk berderai.. Macam mana awak..?

Tapi,..bila kau pujuk aku. " Sorry"..Entah lah,..aku rasa kasihan. Walaupun air mata bercucuran, tapi aku rindu sebenar nya.. Aku amat rindu.. Banyak kali aku minta kau tinggalkan aku.. Tapi, aku tak rela sebenar nya... Sebab itu, aku menitiskan mutiara jernih itu, sebab aku tak mampu nak berjauhan darimu. Aku tak rela kau hidup tak tentu arah.. Aku tak ingin...

Sekali lagi,..aku terluka lagi.."miz u odie..".."miz u garfield".. apa makna di sebalik semua itu..? Kekasih gelap..cinta yang sebenar nya..? aku tak tau.. Kau kata kau selalu sms kat dia..kol dia..namun tak sekerap aku... Kau baca ke hati perempuan tu...? Kau buat dia perasan tau tak..?!!! Kalau aku ada di tempat itu..situasi di mana dia berada,.aku rasa lain.. Mungkin biasa bagi kau..sebab kau banyak aset yang boleh perempuan terpikat kat kau..Aku..? Aku tak akan pilih orang seperti kau.. Tidak sama sekali!!! Cuma satu,..kau ambil lah dia jadi pengantiku...Aku tak rela berkongsi segalanya melainkan dengan anak-anakmu...

Jika terpaksa,..aku akan pergi.. Bukan kerna aku ada pengganti, tapi kau terlalu tamak untuk mencintai.. Maafkan aku.. Aku tak rela begini... Esok..lusa..dan selama nya..aku masih ada di sini... Aku lepaskan kau dengan kerelaan aku sendiri..
Jika itu Mahumu..

Lama sudah aku tidak merasakan kucupan darimu.. Aku amat merindui nya.. Tapi,..rasanya sudah terlambat.. Mungkin bukan aku miliki semua itu lagi.. Usah lah dikau bertanya,..engkau sendiri sudah ada jawapannya..

-MAAFKAN AKU..AKU AKAN SELALU MERINDUIMU-

Thursday, August 13, 2009

...skali lagi ...

.. aku tau .. kau marah padaku .. aku tau kau amat terseksa dengan diri ku .. aku juga sedar bukan ucapan maaf yang bisa mengubat segala keperitan yang kau alami. Maaf juga tidak bisa membuat kau lupa pada apa yang telah aku lakukan. maaf sekadar perkataan .. walau cuma perkataan .. amat bermakna kiranya di ucap dengan ikhlas .. sebagaimana aku yang ego akan mengatakan padamu .. " maafkan aku".. untuk sekian kalinya .. maafkan aku.

.. aku sangka aku boleh meluahkan segala apa yang aku rasakan pada mu tapi aku silap. Terlalu perit hendak ku nyatakan padamu bahawa aku amat merindui serta menyanyangi mu. Sungguh , mungkin diri mu merasai aku telah berubah .. dan mungkin kata kata cinta yang aku lepaskan tiada lagi meresap ke hati mu, tetapi tidak mungkin itu bermakna aku tidak lagi sayang pada mu..

.. pernah aku katakan, keadaan aku menjadikan aku pemberontak. aku sering melarikan diri aku dari tekanan, dari masalah, dari hidup .. kadang kadang .. aku cuba menghilangkan kewujudan diriku dalam dunia ini.. atau aku sering mengimpikan kehidupan yang berlainan... akhirnya aku sendiri juga yang kecewa.

.. mungkin tidak seperti dulu, kau akan anggap angan angan aku cuma mimpi di siang hari. mungkin kau rasa yang dirimu lebih berusaha untuk menjadikan angan angan itu satu kenyataan.. manakala aku hanya menafikan segala tindak tanduk mu .

.. aku lelaki, aku akui , ego ku yang berbintangkan leo tidak mudah tunduk dengan apa apa pun. tapi aku juga insan.. dan kesempurnaan tidak hadir dalam setiap insan, begitu juga aku.. aku juga lemah .. ego ku juga bisa goyah.. sombongku bisa roboh..
tetapi aku bukan perayu .. atau seniman asmara .. aku tidak tahu meluahkan perasaan dengan kata dengan tingkahlaku. aku hanya pandai berdiam ..... berdiam dan terus berdiam .. biarkan diriku yang kecewa!

.. aku faham kiranya segala kasih sayang, cinta, rindu... untuk dirimu berkurangan ..
.. aku faham dan itu semua adalah salahku ..

sekali lagi .. maafkan aku ..

Tuesday, August 11, 2009

~Naluri~

Sukarnya untuk ku lelapkan mataku ini. Di kala Bella seronok dibuai mimpi, aku masih di sini. Menatap skrin laptop dan menaip dengan pantas apa yang tergerak di hatiku. Entah lah, apa yang aku cuba luahkan pada malam ini. Mungkin dengan ada nya diari yang menggunakan hujung jari segala kegelisahan dalam hatiku boleh lenyap degan sekelip mata. Aku tenung muka Bella. Erm.nyenyak nya dia pada waktu ini.. Tiba-tiba aku tersenyum.. Mungkin diri nya tengah menganyam bermimpi bertemu dengan jejaka idaman nya pada masa ini. Aku..? Aku kini ditemani cahaya lampu telefon untuk meneruskan kerja yang bukan sesuai aku lakukan pada waktu ini.

Malam yang agak merimaskan membuatkan aku susah hendak melelapkan mata. Jam di depan laptopku kini baru sahaja menunjukkan angka 2 am. Mungkin penulis akan memilih waktu ini untuk melahirkan curahan idea yang sering tak kesampain seperti diriku. Saban malam aku cuba menghasilkan ayat-ayat baru, kepedihan nya menjadikan penulis yang tak bertauliah seperti aku ,hanya dibayar dengan kesabaran. Namun, demi kerna minat, aku tidak puas untuk mencuba. Aku tak ingin diibaratkan “hangat-hangat tahi ayam”.

Aku cuba membetulkan dudukku. Kaki kiriku mula kejang, mungkin agak lama aku tidak membenarkan darah mengalir dengan lancar dari urat saraf kakiku. Kepalaku mula terasa berdenyut-denyut seolah olah aku tidak cukup tidur. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa. Mataku payah hendak aku lelapkan. Aku masih menunggu seseorang dan cuba menghasilkan satu cerpen, namun aku tidak memperoleh apa-apa idea untuk menghasilkan karya tersebut.Seseorang yang amat aku rindui membuatkan aku tiada tumpuan untuk terus menaip tentangnya. Berapa lama aku harus menunggu, aku tidak pasti. Cuma yang pasti, mungkin bukan pada malam ini.

Huh..aku mengeluh kerna kini aku menjadi seorang perindu. Perindu yang setia mungkin.. sebolehnya, aku cuba melupakan apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Namun, makin aku cuba, makin ia dekat di lubuk hatiku. Makin terguris hatiku, makin sebak dadaku dan kemudian,..aku cuba mengandaikan perkara buruk terjadi pada dirinya. Oh..!! tidak. Aku harap, semua itu tidak berlaku pada dirinya. Mungkin itu hanya bayangan yang harus aku tepis di tepian fikiranku.

Aku cuba mententeramkan perasaanku. Cuba untuk berfikiran positif. Maafkan aku kerna buatkan kau tertekan. Walau apa pun, aku harus pulang. Mungkin sebab itu, kau cuba mengelak dariku. Hatiku tetap sama dan tega. Keputusan ku tetap satu. Aku rindukan keluargaku. Seperti kau rindukan insan-insan yang amat kau sayangi.iaitu Emma, Sean dan Erica. Begitulah aku.. aku tak perlukan penjelasan darimu. Biarlah kau hendak mengelak seberapa lama pun, aku rela. Aku rela begini.. seperti kau, aku juga tak tak ingin kau bertanya..mengapa aku besikap begini pada dirimu..dan usahlah lagi kau bertanya “r u stll lov me..?”. aku tak jemu dan tak bosan..sedikit pun tidak.. tapi janganlah dirimu menjadikan semua itu sebagai satu alasan untuk apa yang akan berlaku selepas ini. Aku tau, kau bukan kura-kura yang sentiasa bersembunyi di sebalik perahu tetapi engkau sebenar nya engkau harus lebih tahu . Engkau sendiri yang merasa, bukan aku..atau orang lain..

Good nite n sweet dream.... I send my an angel to keep an eye on u..

“as I lay myself to sleep, l prayed the lord my soul to kept, if I die before I wake, I prayed the lord my soul to take. Amen..”

Thanks for the sleeping prayer that u teach me everynight..



"Anne Angel"

Sunday, August 9, 2009

Aries Dan Leo

Leo sign compatibility with Aries
Leo and Aries. I and I. Two egos in a relationship... Fire and passion only. Can two strong signs such as these ones get along? Of course they can.

You - one of the best specimens of humanity, made to shine and be the first. The Aries - a brain full of ideas and a heart full of passion. How could you NOT get along? The superstars of the zodiac (as I like to call Aries and Leo) can only have a great relationship, meaning always passionate, exciting, active and thrilling.

It is true that the sooner two fires catch light the more volatile future becomes. Aries has much the same flaws as you have, and when you argue, there is fire literally. Neither of you stops in the middle of things. This means enthusiasm when in action but stubbornness in discussions. As for the old problem of proofs and arguments, you are both good at finding them so it is possible (make that highly, highly probable!) that your fights last, be fierce and end up with karate lessons...

So you'd better not get into arguments with your Aries! If you are still at the beginning and feel tempted to ignore this paragraph, wondering how you could argue with your twin soul, I'll give you a clue: Aries sets his/her eyes on other women/men. Flirting is so fascinating to him/her, that (s)he sometimes does it just for the sake of it... (S)He doesn't take the next step, but (s)he certainly likes watching.

Aries With Leo:

This is a really good astrological match up. You will both have the same energy levels, and stamina plus you will also have the desire to go and do, but the Leo will be more success oriented and driven, most likely will be the dominating force in this relationship. While you like success, when it comes from someone else, it often irritates you, and this is the ONLY drawback that I can seeLearn to take a back seat as far as money is concerned and you will be ok. Aries will be the more dominant in the love department though, and this makes up for a lot! These two will have no problem having fun together and staying together for a long time.
aries and leo - astrological compatibility rank = 10 (10 is best)

LEO & ARIES: Pasangan yang pas. Ketertarikan kamu terhadap hal yang sama dan sifat alami yang berhasrat akan membawakan pertemuan sosial dan seksual yang luar biasa.

Thursday, August 6, 2009

~Diari Untuk Mu, Daniel..~

03.08.2007

Erm,..sejuk nya malam ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Aku menarik rambutku ke belakang dan membetulkan pembaringan ku di kerusi rehat yang berada di ruang tamu. Mataku memandang segenap penjuru ruang tamu rumahku. (senyum) Kemasnya rumahku, namun tiada sesiapa di sini. Cuma ada aku. Aku yang ditinggalkan keseorangan. Termenung aku seketika.. mungkin termenung panjang..terekan nya aku beberapa hari nie. Entah,..jiawaku makin sensitif sejak akhir2 nie. Aku lupa pada keluarga ku, lupa pada nenekku dan lupa pada Adam. Akhirnya ,.belum sampai 10 saat,..mataku terpejam rapat. Mengantuk nya..

................................................................................................................................................

Dan : Dhia
Aku : B baru sampai rumah ke..?
Dan : hmm..kenapa sayang tidur kat atas kerusi..? Masuk lah dalam bilik. Pintu pun
Dhiya tak tutup. Nanti kalau ada apa2 jadi kat Dhiya kan Dan ga yang susah. Dhiya
dah makan..?
Aku : Belum,.Dhiya tunggu Dan.. Sejak akhir-akhir nie nie b salu balik lambat..
kenapa..?
Dia : Dan banyak kerja sayang..
Aku : Dhiya pun banyak kerja.tapi Dhiya tetap ingat pada Dan.. Dhiya selalu risau bila Dan
balik awal dari Dhiya.. Dan tak macam nie dulu.. Dan selalu balik awal.. Cuma sejak
akhir2 nie..ntah..( hatiku mula sebak. Aku sunyi, aku rindu pada Dan. Cuma Dan
terlalu sibuk dari aku. Harapkan semua ada, tapi sebenar nya hidupku kosong..)
Dia : Dhiya,..Dhiya kena faham tugas Dan.. Dan tau tak makna nya kepuasan dalam
hidup..? Dan puas bila bekerja dengan orang lain. Dan puas bila buat sesuatu yang
melibatkan kerja Dan..
Aku : Habis hati Dhiya nie, siapa yang nak puaskan..? Dan,.Dhiya sunyi Dan.. Dan makin
jauh.. Mungkin nama Dan dah mula terhakis sedikit demi sedikit di hati Dhiya..
Dia : Apa maksud Dhiya..?
Aku : Dhiya tak yakin lagi dengan hubungan nie. Mungkin esok atau lusa,..Dhiya akan
pergi jauh dari hidup Dan.. Mungkin Dan tak merasa.. kerna ramai lagi yang menanti
Dan di luar sana. Dhiya tak heran Dan. Dhiya pun ingin merasa apa yang orang rasa..
Dhiya terlalu rindukan Dan. Lama dah kita tak bercerita tentang harapan dan
impian kita Dan.. Hati Dhiya Dan tak pernah tanya kan. Dan..Dhiya rindukan Dan..
Dia : Dhiya..Dan faham. Walauun Dan kerja. Tapi Dan selalu rindukan Dhiya. Dan peluk Dhiya
setiap malam. Dhiya boleh rasa tak bagaimana hangat nya cinta Dan itu..? Dan selalu
rindukan Dhiya. Mungkin sejak akhir2 nie masa Dan terhad. Dhiya,.i’m sorie
sayang..
Aku : Dan,..maafkan Dhiya.. Dhiya dah kemas bilik ini. Mungkin dalam seminggu lagi
Dhiya akan balik. Biarlah Dhiya tenangkan fikiran dulu.. Dhiya kecewa.. Dhiya
rindu Dan..
Dia : Dhiya, janganlah macam tu. Dan tak mampu hidup tanpa Dhiya. Janganlah pergi
kemana mana buat masa nie.. ( Dan mendakapku erat. Namun hatiku tega. Aku
masuk kamar tidurku lantas menggapai beg tanganku dan beg galas ku. Tidak
lupa, aku kucup pipi Dan. Mata Dan merah. Mungkin Dan tahan hati. Beribu ribu
mungkin perasaan Dan pada ketika itu. Sayu nya pandangan nya itu. Lemah nya
jiwaku pada masa itu. Berat kakiku hendak melangkah pergi meninggalkan
dirinya. Mataku tertacap pada gambar perkahwinan kami. Foto itu ku simpan
dalam beg galas..dan aku terus berlalu pergi meninggalkan Dan. )
Sayang Dan..Janganlah pergi...Dhiya..jangan Dhiya.( Dan merayu rayu namun tidak
berbuat apa.. dia hanya mampu memandangku sepi....mungkin sesepi hatinya
nanti..)

Aku sempat menoleh ke belakang.. lantas aku berlari ke arahnya. Aku peluk nya sepuas puas hatiku. Aku menangis semahu mahu nya.. aku rindukan dirinya.. dirinya yang membuatkan aku hilang keluarga, saudara dan mungkin sesiapa sahaja yang dekat denganku. Aku meleraikan pelukan ku..dan..

................................................................................................................................................

Oh..Tuhan..Aku hanya bermimpi.. dan kini aku berada di rumahku sendiri.. Aku bukan meninggalkan Dan selama semingu tapi aku tak pernah meninggalkan dirinya. Aku tak pernah mengahwini Dan.. Aku cuma bermimpi.. Mungkin sejak akhir-akhir ni aku selalu merindui Dan.. Rindu nya hati ini..rindu yang teramat sangat.. Aku tatap album gambar dalam hp ku. Aku cium gambar Dan.. rindunya aku pada Dan..

Suasana sepi seketika. Aku terasa ingin menghubungi B.. aku rindukan suara itu.

I love u B..LOVE U SO MUCH AS MUCH MUSHROOM..

Monday, August 3, 2009

~Hanya Satu Imaginasi~

Dia masih seperti tadi, tidak berbicara sepatah pun. Aku pula kelu seribu bahasa. Seolah-olah aku kini adalah Tuan yang bersama drebar. Kadang-kadang aku menyanyi-nyanyi megikut rentak lagu yang diputarkan di radio dalam kereta serba mewah itu.Aku buka beg untuk mengambil gula-gula hacks yang masih ada 2 biji lagi. Satu kuhulurkan kepada nya, dan dia terus memasukkan gula-gula hacks yang sudah aku buka plastiknya ke dalam mulut. Aku teringatkan nombor telefon yang diberi oleh kedua-dua lelaki tadi. Dan alangkah terkejutnya aku bila aku buka kedua duanya adalah nom yang sama tertera .. 016-xxxxxxx..

Aku : Apa nie b.(aku bertanya sambil mengulurkan kedua-dua nombor itu.)
Dia : Sayang rasa macam mana..?(senyum)

Aku masih ingat lagi bagaimana seorang lelaki yang berbadan agak gempal, tinggi dan berkulit sawo matang menegurku.

Dia : “Hai, awak Damya kah.?”
AkU : Ya, kenapa.?
Dia : Saya tengah tunggu kawan saya yang bernama Damya?
Aku : (Dalam seba salah) Oh, ye ke..?Kkawan awak macam mana ye..? Awak tak
boleh
cam muka dia ke.? Manalah tau, kalau-kalau bukan hanya saya sahaja bernama
Damya. Saya tak kenal awak lah. Jawabku jujur.
Dia : Tak pe. Sebenar nya orang yang saya cari dah ada kat depan mata saya. Tapi,
ada sesorang kenal awak.
Aku : (Masih blur) Oh..ye ke..? Siapa..? Mana.? (dengan kepala terjenguk-jenguk aku
bertanya)
Dia : Hati saya…
Aku : Ya, Tuhan!! Biar betul kamu nie. Tiba-tiba je awak tahu nama saya Damya,
pastu awak sempat plak kata hati awak kenal saya…? (Sambil
membelakangkanya aku menarik muka masam. Gila agak nya dia ni. Aku mana
lah kenal dia. Orang yang aku tunggu nie tak pula kunjung tiba. Yang tak
diharap pula datang nak mengorat kita. Eeee..menyampahnya!!)
Dia :Janganlah sombong cik adik oi!! Kalau awak dah tahu siapa saya, baru awak
akan merasa teruja. Sebelum nie memang lah hati nie yang kenal awak. Sebab
dari mata turun ke hati kata orang tua-tua.hehehe…
Aku : Ek, eleh,jangan nak perasan kacak lah!! Awak ingat saya nie perempuan
murahan ke..? Sorry lah encik, mungkin tadi hanya kebetulan awak sahaja
terkeluar nama Damya. (Daniel,..mana kau..? Manalah mamat nie..? Orang dah
lama tunggu nie. Mamat perasan yang kat sebelah aku ni pun tak reti-reti bahasa
plak. Kalau kau terjumpa pak we aku baru kau tau. Tiba-tiba aku terdengar lagu
“u r not alone” menandakan ada msg yang datang. Ku buka msg, rupa nya dari
Daniel. Aku tersenyum bila dapat tau dia dah ada dekat sini. Berdebar-debar
pulak rasanya. Di kala itu, aku berpaling kearah lelaki itu tadi sambil tersenyum
sinis.
Dia : Eh, cantik pla muka awak bila awak senyum. Rasa tak puas nak pandang. Awak
betul tak kenal saya ke..? mungkin saya pernah hadir dalam hidup awak tanpa
awak sedari. Cuba chek dalam senarai kawan-kawan awak yang teristimewa
pernah bertaktha di hati awak. Tentu awak akan ingat lepas itu.
Aku : Saya betul-betul tak ingat lah awak.kan saya dah kata, saya tak kenal awak dan
saya tak kenal awak!! Awak faham ke..?( Dalam hatiku mula mendengus.
La,.manalah Daniel nie.? Janji nak ambik aku awal daripada biasa. Benci nya!!
Tidakkah dia tahu aku tak kenal dia langsung. Kalau kenal pun hanya suara je.
Tu pun, dalam telefon. Tanpa membuang masa, aku try kol Daniel. Namun tak
berangkat. Alamak?!! Mana dia nie..? La,..nak cepat nie.
Dia : Kenapa awak kelihatan gelisah..? Saya ada nampak seperti penyamun ke..?
Aku : (diam) tak. Sedang tunggu kawan.
Dia : Ow, kawan. Kawan yang macam mana.? Istimewa ke..?
Ak : Kenapa awak nak tau sangat erk..?
Di : Mungkin saya orang nya. Hehehe(dia ketawa)
Aku : Kenapa dengan awak nie..? Perasan tak habis-habis lah. Awak nak tau tak orang
yang saya tunggu tu adalah seorang lelaki. Berbadan sasa macam awak.
lebih bidang dan sasa dari awak lah kot. (aku dengan bangga nya berkata begitu)
Dia : Ok, Kalau macam tu, saya terpaksa pergi dulu. Awak jaga diri baik-baik erk..
Aku : Tau…Saya bukan budak lagi..

Leganya hatiku ketika itu bila melihat kakinya melangkah pergi. Aku mengiringi pemergian nya dari jauh. Bagus!! Kata hatiku. Belum sempat dia hilang dari pandangan aku melihat kelibat orang lain bersamanya. Berbaju putih dan berkolar dipadankan dengan seluar jeans. Itu ke Daniel.? Tak mungkin lah. Kelirunya aku ketika itu, lelaki yang duduk di sebelah ku tadi pun berpakaian sama. Ini tak boleh jadi nie. Apa aku nak buat nie. Apa kata aku buat mizcall terlebih dahulu. Manalah tau kalau-kalau salah seorang daripada mereka menjawab telefon.

Lantas aku mengambil telrfon dari begku. Dalam masa yang sama aku cari perkataan Daniel. Opss..alu lupa lah yang aku tak save nombor dia. Dengan pantas aku dail O16-xxxxxxx. Dari jauh aku perhatikan kedua-duanya. Kenapa tak ada seorang pun yang angkat telefon tetapi orang yang berada di kerusi belakangku telefon nya berbunyi. Spontan aku menoleh ke arahnya. Bersamanya ketika itu, ada seorang wanita awal usia 30-an dan seorang bayi sedang tidur dengan nyenyaknya “isteri dia kot” dalam hatiku membuat andaian sendiri..

Alangkah terkejut nya aku pada ketika itu, pakaian nya pun sama dengan kedua-duanya manusia yang aku lihat sebentar tadi. Mana satu nie.? Tapi, aku rasa bukan dia. Dah sudah berkeluarga. Kepala ku mula pening. Nafasku turun dan naik menandakan asma ku boleh datang menyerang bila-bila masa. Ku ambil beg galas yang berada di bawah kakiku ke ribaku. Tanganku dengan pantas menyelongkar segala isi yang ada. Namun tidak berhasil. Tidak puas dengan itu, aku mengambil beg tanganku yang berada di sebelahku. Namun hampa!!!

Aku terpaksa menarik nafas dalam-dalam, pejamkan mata dan akhirnya aku tunduk. Cuba mengurangkan tekanan yang berada di kepalaku. Saraf adrenaline mula memanipulasikan apa yang ada di kepalaku. Mungkin cuba mengimas segala data-data yang ada dalam fikiranku. Aku cuba mengosongkan fikiranku, agar otakku boleh berehat seperti sedai kala dan tidak penat untuk berfikir. Dalam keadaan itu, mujur ada seorang lelaki menegurku.

Dia : Cik,awak ok ke..?
Aku : Awak rasa saya mcam mana.? (kataku tanpa berpaling kearah suara nya)
Dia : Apa yang saya boleh tolong cik..?
Aku : Ada farmasi tak dekat sini..?
Dia : Di depan tu..kalau cik pening saya boleh belikan ubat sakit kepala, kalau
selesema saya belikan cik ubat clarinase. Ubat tu sangat berkesan. Tapi, kalau
Ck tak biasa boleh menyebabkan hidung berdarah. Tapi, Cik ni nampak penatlah
kan.. Cik ada menghidap asma ke?
Aku : Belikan saya salbutamol. Ubat asma. Cakap dengan pekedai tu, saya nak inhaler
bukan pil ok..?

Pada ketika itu, aku tidak tahu samada dia faham atau tidak apa yang aku cuba sampaikan. Namun dalam hatiku berharap, agar dirinya faham dengan penjelasan aku sebentar tadi. Tidak lama selepas itu, aku terdengar derap tapak kaki dari kananku. Aku tidak ingin menghiraukan siapa orang tu,. Cuma aku berharap dia adalah bukan penyamun, perompak atau perogol. Aku merasa kerusi di sebelahku sedikit terhinjut apabila ada orang lain duduk. Beg galas aku letakkan di tempat asal. Manakala beg tanganku masih di dalam pelukkakun, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dia : Damya…
Aku : Ya.. Dan kah….?(mataku masih terpejam dan kemudian sebelum berpaling ke
arahnya. Alangkah terkejutnya aku pada ketika itu. Dia bukan Dan. Dia adalah
lelaki yang duduk di sebelahku sebentar tadi. Malunya aku ketika itu. Aku naik
marah dan sedikit penat. Aku cuba mengawal pernafasan ku. Makin penat
rasanya.)
Dia : Dan..? Siapa Dan.? Eh, awak tadi nampak ok je..? Mengapa sekarang macam
awak susah nak bernafas..? Awak nak pergi hospital tak..? cuba minum air nie
dulu..(dia nampak panik ketika itu, muka nya membayangkan kerisauan yang
teramat sangat.. dan air yang berada di tangan nya akhirnya bertukar tangan)
Aku : Thanks. (aku yang malas hendak melayannya pada ketika itu hanya mampu
menjawab sepatah kata sahaja. Air yang berada di tanganku hanya ku minum
seteguk sahaja. Aku tidak ingin mengundang bahaya. Air yang berlebihan
diminum pesakit asma, boleh menyebabkan mereka pada tahap kelemasan. Aku
tidak ingin seperti itu. Cukup lah minum seteguk walaupun tekakku merasa
haus)

Aku berpaling pada seorang lelaki yang aku rasa seperti aku pernah nampaknya sebelum ini. Ya..baru sebentar tadi rasanya. Dan rasanya sewaktu mereka terserempak tadi kot. Mereka nampak saling mengenali antara satu sama lain.

Dia : Cik, ini ubatnya
Aku : Ow,Encik ni lah yang bertanya pada saya sebentar tadi ya..? Thanks ( tanpa berfikir panjang aku menekan-nekan inhaler itu sebanya dua kali. Aku tahan selama 10 saat bagi membolehkan ubat yang aku sedut itu betul-betul sampai ke peparu. Pancutan yang kedua membuatkan aku benar-benar segar, Jantungku mengepam dengan lebih laju lagi kesan daripada ubat tersebut bagi membolehkan oksigen masuk dan memastikan saluran pernafasan ku tidak tersumbatt)
Dia : Macam mana.? Dah ok ke..?
Aku : Huh.. rasa lebih lega lah. Kalau Encik tak ada tadi, tak tau lah nak buat apa.
Dia : Tak apalah. Saya hanya menolong setakat yang mampu je.Ok, saya pergi dulu.
(katanya sambil melambai tangan ke arahku dan lelaki di sebelahku. Belum
sempat aku berkata-kata, akhirnya dia melangkah laju meninggalkan aku dengan
seorang lelaki yang aku sangkakan sahabatnya. Rupanya aku tersilap. Mereka
tidak pernah mengenali dan mungkin hanya setakat bertegur sapa mungkin.. dan
dari tadi dia hanya menjadi pemerhati. Tiada kata yang terucap dari bubirnya)

Aku masih mengekalkan posisi ku seperti tadi. Ku pejamkan mata seolah-olah tiada sesiapa yang berada disisiku. Setelah merasa tenang, kubuka mataku semula. Tiba-tiba aku merasakan tingkah lakuku seperti diperhatikan. “ler, tak pergi lagi ke mamat nie” dengus hatiku.

Dia : Awak ada asma ke..?
Aku :Ya, kenapa awak tanya kalau dah tahu. (kataku geram!! )
Dia : Ow,..adik saya pun ada asma dulu. Tapi sekarang dah ok dah. Awak ada
amalkan cara tradisional ke..? berubat kat kampung ke..?
Aku : Awak tau nak berubat kat mana..?!!!( tanyaku sedikit teruja)
Dia : Pak cik saya..(balas nya bersahaja)
Aku : Dimana..? (bagaikan satu kuasa yang membuatkan aku benar-benar ingin tahu
dan tak sabar nak tahu)
Dia : Dekat sri aman.
Ak : Ow,..saya jauh lah dari kuching.. Habis tu ,macam mana. ?Saya tinggal jauh
dari sini. Kampung saya kat Julau.. Keluarga saya kat Sibu (ceritaku tanpa ragu-
ragu. Entah kenapa pada msa itu, aku berasa senang bercerita dengan nya.
Sedangkan aku tak pernah kenal dirinya. Aku merasa selesa akhirnya pada lelaki
nie.)
Dia : Maknanya malam ni awak nak tidur kat rumah sapa..? atau awak nak balik
malam nie dengan bas. Nanti boleh saya tolong hantarkan.
Aku : Ow,.tak pe lah. Saya bermalam kat rumah kawan. Dia datang jemput saya
sebentar lagi. Katanya dah dekat sini dah.
Dia : Perempuan ke lelaki..?
Aku : Lelaki.. kenapa awak nak tau sangat.? (aku mula mengerutkan dahi. Pelik juga
dia nie. Baru kejap kenal aku. Tapi, macam-macam dia nak tau. Heran..)
Dia : Pak we ke..?
Aku : Erm..(aku nak jawab apa ya..? Dia nie buat aku rimas lah. Penyibuk tak tentu
pasal. Suka hati saya lah. Kenapa nak tau sangat. Memang bengang lah kalau
layan dia nie..) Erm.. kalau awak tak kisah, saya rasa, saya tak nak jawab soalan
awak tu.
Dia : Lelaki tadi siapa.?
Ak : Maksud awak…….?
Dia : Lelaki yang bagi awak ubat tadi.
Aku : Dia kebetulan lalu kat sini (senyum)
Dia : Ok. Cam tuKalau macam tu, saya kena pergi dulu lah..

Dia bangun dari kerusi yang didukinya. Aku merasa heran dengan kehadirannya yang bagaikan chipsmore. Datang dan pergi sesuka hati je. Kadang-kadang rasa geli hati juga bertemu dengan orang yang macam dia nie.

Dia : Jaga diri baik-baik…saya kena pergi dulu k.
Aku : Ok. Awak pun sama.
Dia : Ambik nom nie. Simpan je lah. Buat kenang-kenangan. Kalau sudi hubungi lah
saya. Saya rasa ia perlu. (katanya sambil menghulurkan kertas.)
Aku : Terima kasih. Kalau saya perlu, saya akan kol. Mana lah tahu kalau tak ada
sesiapa yang berada di sini nanti bila saya perlukan pertolongan. (kataku cuba
berselorah sambil mengambil kertas dari tangannya. Kertas yang aku ambil dari
tangan nya itu, cepat-cepat aku simpan dalam beg kerna aku perlu menjawab
panggilan. Aku takut Daniel yang kol. Manalah tau, kalau-kalau dia tak jumpa
nampak aku..)

Aku mencari-cari telefon yang menjerit-jerit minta diangkat.Hah!! Jumpa dah. Aku tatap skrin yang berada di tanganku. 0h..Bella rupanya. Aku tekan butang yes pada punat kekunci telefon.

Bella : Hello, Damya..? (riangnya suara di sana)
Aku : Ha!! Kenapa..? Tak sangka kau kol aku. Hmm.kenapa..?
Bella : Saja nak tau kat mana. Aku risaukan keselamatan kau lah.
Aku : Aku ok je. Aku tengah tunggu orang jemput aku nie.
Bella : Aku rindukan kau lah. Rumah nie sunyi sangat kau tak ada. Macam kosong je
rumah nie paduhal Cuma ko sorang yang tak ada.
Aku : La..bukannya kau tak biasa pun..
Bella : Biasa ga.. tapi, kalau ada kau kan lagi bez. Ada lah teman mengumpat
aku..hehhe..
Aku : Awak nie tak ada perkara lain ke..? ( aku bergurau je sebenar nya. Saja je nak
sakitkan hati dia)
Bella : Ada. Cari pasal dengan kau!! (katanya merajuk)
Aku : La..takkan sampai kat situ pla. Kau tengah buat apa sekarang..?
Bella : La..mana lagi. Baru nak turun keluar makan ni, temankan pak we aku. Kalau aku
tak ada, jangan harap dia makan. Jadi, baik aku temankan dan jadi pemerhati dia.
Hehehe (katanya ketawa bahagia)
Aku : Tak pe lah. Sekurang-kurangnya kau ada temanlah kan..?
Bella : Teman apa ke benda kau nie.? Aku belum kawin lagi tau!! Tak pasal-pasal JAIS
datang ketuk pintu rumah aku malam-malam buta. Siapa yang malu..? Aku juga
yang malu. Keluarga aku kat kampung tu, lagilah. Jangan-jangan mak Temah
yang ada kat kampung tu lagi rancak nak mengumpat pasal aku. Ayah aku pula
sakit jantung kerna tak dapat terima umpat keji orang kampung. Tu dah kira ok
jugak. Macam mana kalau aku dan dia kena buang kerja. Kau nak ke tanggung
hidup aku.? (aku tak pasti dia marah ke tak. Tapi, aku tau Bella bukan semudah
tu pun. Dia jenis yang tak akan menyerah kepada mana-mana lelaki pun.)
Aku : Ok..ok.stop !.Panjang juga ceramah kau ye..? Bagus!! Boleh jadi ustazah
nie..haha..hhehhe..(usikku lagi)
Bella : Tak lah sampai macam tu sekali. Tapi, aku masih ingat siapa diriku Damya. Aku
tau jaga diri aku. Cuma aku risaukan kau je. Dah malam nie, takkan orang yang
jemput kau tak sampai lagi.
Aku : Tak taulah bella. Janji macam nie, pastu jadi cam nie plak. Eh!! Ada incoming
call lah plak. Kite stop kat sini je erk..
Bella : Ok. Balik nanti jangan lupa beli ikan terubuk masin k.
Aku : Ok. Bye (belum sempat dia membalas kata-kataku aku sudah menekan punat yes
pada incoming call. Dari Daniel rupanya.)


Daniel : Hello,..Damya.
Aku ; Mana nie.? Nak orang tunggu berapa lama lagi..?
Daniel : La..ok. Dan tau, Dan yang bersalah. Dan dah nampak sebenar nya. Cuma Dan
belum bersedia. Beri Dan masa ok.sayang..
Aku : Erm,,,( tertunduk malu sambil bermain main dengan mafelaku)
Daniel : Kenapa..? Damya ok ke..?
Aku : Ok. (jawabku ringkas tetapi lemah sekali. Mungkin sayu-sayup di telinga Dan,
mungkin………..)
Daniel : Dan akan datang sekejap lagi.
Aku : Ok. Tapi,..berapa lama.? Kite dah penat nie. Lama dah tuggu.
Daniel : Tu, Dan tau lah. Dan dah nampak pada mata Damya. Dan dah dapat baca segala-
galanya dari mata Damya. (cukup romantis bicaranya pada ketika itu.) Terbuaiku
oleh suara nya seketika. Aku tak tau kenapa aku teringin menemui. Apa yang
pasti adalah perlu!!
Aku : Apa kata tak payah jumpa sekali lah…….(balasku lemah. Aku kecewa dengan
dirinya. Aku ke yang tak tau malu @ dia yang terlalu permalu...? Semua itu
menjadi tanda tanya pada diriku.)
Daniel : Dah lah. Dan akan jumpa Damya sebentar lagi k..(katanya dengan yakin)
sebenar nya Dan dah jumpa Damya sebentar tadi. Damya perasan tak….? N
honestly, b malu and I’m not ready, sorry sayang.
Aku : Hah!!! (terkejut) Bila.? Di mana.? (sambungku lagi dengan perasaan ingin tahu )
Daniel : La..berapa ramai lelaki yang Anne numpa nie. Cuba ingat semula. Kan Dan dah
janji nak pakai baju putih berkolar dan dipadankan dengan jeans semalam.
(katanya cuba menerangkan sekali lagi)
Aku : Damya tau. Tapi Damya jumpa 3 lelaki berpakaian sama sebentar tadi. Yang
mana satu..?
Daniel : Ye ke.? Kalau macam tu, aura Damya menyatakan yang mana satu..?
Aku : Erm,.ntahlah..tapi rasanya yang tau nama kite tu kot.
Daniel : Hehhehe..yahoo!! pandai!! bagus!! (katanya gembira..)
Aku :Betul ke….?
Daniel : Bukan!! Damya salah..
Aku : Heran plak degan Dan nie. Orang tak kenal dan tak dapat cam, Dan yang suka.
Sepatut nya Dan harus ada perasaan cemburu tau!! Tapi,.Damya masih tak
faham,.kenapa lelaki yang first tadi boleh kenal Damya..tapi Damya harap bukan
yang tu lah. Tak lawa. Gempal ..pendek lagi tu.
Daniel : La..tak baik Damya cakap macam tu.. Dan pun bukanlah lawa sangat. Macam
biasa je. Mungkin Dan macam orang tu. Jadi Damya nak jawab apa..?
Aku : Entah!! Dah jodoh dipertemukan dengan orang seperti Dan.
Daniel : La..nie lah tak bez!! Kalau macam tu..susah lah macam nie Damya..( katanya
lemah..) Dan makin tak yakin lah nak jumpa Damya.
Aku : (tersenyum) Hehhehe..tak adalah..Dah lah.. mana nie..?
Daniel : Dan dah nampak dah Damya senyum. Aisehmen..lawalah…. nampak lesung
pipi..hehehe..suka lah. Macam tu lah….
Aku : la…mana nie..? (aku tertinjau-tinjau tapi mataku tidak nampak sebarang kelibat
pun… sesiapa yang tengah menjawab telefon)
Dia : Damya duduk lah dulu. Nanti Dan jumpa Damya k. Dan nak pergi toilet dulu.
Dan pun penat dah memerhatikan Damya dari jauh nie. Tak sabar plak nak
jumpa Damya.

Telefon dimatikan tiba-tiba dari sana. Huh..geramnya hatiku pada ketika itu. Aku cuba daill semula nombor dia.tapi tak berangkat. Sakitnya hati. Dengan tak semena-mena telefonku terpadam kehabisan bateri. Alamak!! Macam mana dia nak cari aku nanti. Alamatnya terpaksa lah aku bermalam kat sini malam nie. Aku bangun dari tempat duduk. Merayau-rayau di segenak lapangan terbang dengan satu harapan terjumpa public phone. Namun hampa..ada.tapi rosak. Kenapa lah selalu je cam nie..? Saje je nak kenakan aku. Mamat tu plak nak suruh aku tunggu. Tak jumpa aku baru padan muka!!

Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditepuk dari belakang. Aku tanpa berfikir panjang terus melonggarkan beg galasku lantas menghayunkan begku ke belakang!! Pap!! Dan 1,..2..aku yang masih terkejut berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku bila melihat lelaki yang membelikan aku ubat sebentar tadi menahan kesakitan akibat beg yang ku hayunkan. Aku terpaku dan membiarkan dirinya yang terbaring atas lantai. Lidahku kelu seketika. “alamak!! Apa yang telah buat nie..? nak buat apa erk..? nak hulurkan tangan bagi bantuan ke..? tidak!! Malu lah.. tapi, takkan nak biarkan dirinya macam tu je..?” dalam hatiku mula-mula berkira. Spontan..aku hulurkan tangan kearah dirinya.

Aku : Awak ok ke..? sorry..saya ingatkan orang yang cuba menyamun saya tadi..aku
cuba menerangkan segalanya dengan perasaan serba salah )
Dia : Tak pe lah.. saya ok je..Cuma saya risaukan awak sebab tu saya tepuk belakang
awak. Ingatkan nak panggil awak tadi tapi saya tak ingat nama awak. Nak buat
macam mana. ..? salah saya juga lupa nama awak.. kalau saya panggil “Oi” tadi,
tentu semua orang pandang saya. ..( dengan sedaya upaya dia cuba menerangkan
perkara yang sebenar..)
Aku : Macam mana awak boleh kata awak lupa..? sedangkan awak memang tak
sempat nak tanya pun .. (aku mengerutkan dahi dan memandangnya heran.)
Dia : a..aa..erm.. ow..ha ah..? Saya lupa lah tadi. Saya tak tanya pun nama awak tadi
kan. Betul juga apa yang cakap tu. Erm,.nama awak siapa..?
Aku : Panggil saja saya Damya. Semua orang panggil macam tu kat saya.
Dia : Lawa nama tu, macam orang nya. (katanya ikhlas)
Aku : Thanks.. erm,..awak buat apa kat sini.(aku tersipu-sipu malu)
Dia : Tunggu orang…Awak kenapa tak balik lagi..?
Aku : Sama lah macam awak. Tengah tunggu orang gak..
Dia : Awak dah ok ke..? Maksud saya,..sakit awak..
Aku : Ok je.. kan awak dah belikan saya ubat tadi.. tapi saya heran, macam mana awak
tau pelbagai jenis ubat..? ( kataku ingin tau)
Dia : Saya MO (Medical Officer) sebenar nya. Sebab tu saya tau.
Aku : Ye ke..? Bagus lah.. (aku merasa malu kerna dihadapanku kini adalah seorang
doktor.)
Dia : Awak plak kenapa ingin tau…?
Aku : Sebab saya suka jika orang tu banyak pengalaman dalam bidang perubatan.
Dia : Awak nampak masih muda. Tak sambung belajar ke..?
Aku : Saya dah kerja dah.. kira bagus dah.. Dulu saya pernah bekerja sebagai nursing
assistant di salah sebuah hospital swasta. Lagipun saya ada ramai adik beradik
yang masih perlukann saya untuk menyara persekolahan mereka.
Dia : Mana leh macam tu, kite kena ada angan-angan baru impian kita tercapai. Awak
anak yatim piatu ke..? Erm..sekarang kerja kat mana..?
Aku : Kat KL. Salah sebuah Kementerian..Ayah dan ibu saya masih ada, cuma
pendapatan ayah saya tak mampu menanggung persekolahan adik-adik saya
yang lain.
Dia : Kementerian mana..?
Aku : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Dia : Penerangan yang berinformasi, Bijak berkomunikasi dan penuh dengan budaya.
Sesuai dengan awak.
Aku : Sama je macam orang biasa…apa pun thanks..
Dia : Saya suka,..Dulu sepupu saya kerja bawah Kementerian tu. Tapi sekarang dah
dapat balik sabah dah..
Aku : Sepupu awak orang sabah..?
Dia : Ye..mak dia berkahwin dengan orang sana..
Aku : Ow..hm..

Kemudian, bicara kami terhenti setakat tu sahaja.. aku cuba menghidupkan telefonku namun tidak berhasil..

Dia : Kenapa……..?
Aku : Telefon kehabisan bateri… nak kol pakai public phone rosak lah plak..
Dia : Apa kata kalau awak pinjam telefon saya dulu kol saudara awak tu..?
Aku : Erm,..(aku mula berkira-kira..nak mengambil telefon yang dia hulurkan. Lebih-
lebih lagi aku tahu dia bukanlah sebarangan orang. Seganlah pulak.)
Dia : Nah..ambik lah..(katanya sambil meletakkan telefonnya ke atas tanganku.)
Aku : thanks…tak tau lah macam mana kalau tak ada awak..tadi
Dia : Tak pe lah..mana lah tau kalau kehadiran saya di sini hanya kerna awak.
Pertemuan kita pada hari nie telah ditentukan Tuhan. Jadi, saya hanya tolong
setakat yang mampu (katanya ikhlas)

Aku cuma tersenyum… aku dail 016-xxxxxxx dengan pantas sekali. Akhirnya berjawab. Hatiku merasa lega sedikit bila ada yang menyapa di sana. Suara itu yang aku tunggu selama beberapa minit yang lalu.

Aku : hello..Dan.
Daniel : Hmm Damya kat mana nie..? Berapa kali Dan dah pusing-pusing namun tak
jumpa. Dan sekarang tiba-tiba plak keluar nombor orang lain. Kenapa Dan kol
tak angkat. Dan hampir-hampir nak buat pengumuman sebenatar tadi,.mujur
Damya ada kol.
Aku : Telefon Anne kehabisan bateri. Ni pinjam telefon kawan.
Daniel : Walau pa pun lain kali jangan lah merayau kat tempat lain kalau tak ada bateri.
tunggu je Dan kat tempat tadi. Kan Dan dah kata yang Dan akan jumpa Damya,
bila dah balik dari toilet..? Damya…Damya,.. Dan risaulah.. sorry k..

Aku tutup telefon. Aku kecewa dengan dirinya. Aku tak nak dia marah kalau boleh aku tak nak dia risau pasal aku, Aku bukan budak lagi. Walau pun aku tau yang aku nie agak lembap. Tetapi mulutku tak lah sebegitu. Aku masih berani bertanya, tunjuk muka tebal dan cari arah kalau nak pergi mana-mana. Aku tau baca sign age.Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara.

Dia : Erm,..saya dah nak balik nie. Orang yang nak jemput awak dah sampai ke..?
kalau tak sampai lagi, biar saya je yang hantar awak balik.
Aku : Dah..tak pe lah. Awak pergi lah dulu..saya ok je. Nah telefon awak.ambil lah
Terima kasih. Saya kena pergi dulu.
Dia : Erm.tunggu jap k. Kalau ada apa-apa cuba hubungi saya k (sambil hulurkan satu
lagi kertas. Tak ubah seperti lelaki pertama yang saya jumpa mula-mula tadi)
dan kalau awak nak, awak ambil je telefon nie. Saya percaya kite akan berjumpa
semula sebentar lagi.
Aku : Thanks.. tak pe lah. Mungkin nanti, saya kena tebalkan muka pinjam telefon kat
kaunter pertanyaan tu (dia melihat ke arah yang aku tunjukan.) Saya pergi
dulu..bye.. (kertas itu masih dalam genggaman ku.. lalu kusimpan dalam beg
tanganku tanpa memeriksa nombor tersebut. )

Aku menghala ke tempat dudukku sebentar tadi. Makin dekat dan dekat. Perasaan heran menyelinap di hatiku. Hairan kenapa aku berjumpa dengan ketiga-tiga lelaki berpakain sama hari nie. Tapi, jenama baju lain-lain. Lelaki pertama baju POLO, Kedua pula Diesel dan yang terakhir iaitu yang kini berada di depanku namun dalam keadaan membelakangku Denim. Dan yang pertama dan kedua pula kedua-duanya memberikan aku nombor telefon. Heran.. adakah ini kejadian yang luar biasa dan kebetulan.? Semua orang risaukan aku dan sekaligus aku merasa sangat-sangat disayangi.. aku tersenyum sendirian bila aku imbas kembali semua itu. Dan..mana pergi wanita dan bayi yang berada di sebelah lelaki nie tadi….? Takkan dia pun tunggu aku. Aku tersenyum geli hati. Tak lah kot.

Sekarang aku berada di kerusi , dimana aku mula-mula duduk tadi. Cuma ada aku dan lelaki tadi je yang ada pada ketika itu. Dia tak balik lagi ke….? Hmm..nak tegur ke tak nie..? sombong semacam je. Buat-buat tak tau je dia ada kat sini.. Tak pe lah..Biarlah. aku membuka beg dan mengeluarkan gula batu hacks dari begku. Tiba-tiba aku diserang kebosanan….dan aku terdengar lelaki yang di belakangku menyanyikan lagu

Dia : Cintai aku,.dan bukan yang lain..tak ada lagi yang aku inginkan selain…hanya
dirimu…Damya..
Aku : (lantas berpaling ke belakang..) hmm.ya.. (kenapa ramai sangat orang kenal aku
hari nie..?)
Dia : Damya….( romantisnya dia menyebut namaku.. aku0 kah dimaksudkannya itu..?
aku masih ragu-ragu. Aku takut tersilap orang. Dan kah itu..?

Aku terkejut lantas menuju ke arahnya. Aku membuat separa bulatan untuk menghampirinya.. Menatap wajah nya yang tunduk dari tadi. Malu kah..?” Tanya hatiku..

Aku : Dan…(aku cuba mencari kepastian)
Dia : Damya ..i miz u so much. Now, u r in front of my eyes. May I huge u..?
Ak : Why not………..? (kataku dengan wajah yang sayu)

Aku terasa sayu sangat. Aku tak menyangka dia adalah lelaki yang ingin aku jumpa selama ini. Dan juga tak sangka lelaki yang duduk dan menunggu seseorang di belakang ku adalah lelaki yang teramat aku rindui. Dan angkat dari tempat duduk dan terus mencium pipiku. Tak puas dengan itu, aku dipeluknya. Aku tak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu. Aku merasakan betapa hangat nya kasih sayang Dan pada ketika itu. Sangat meruntun jiwaku. Babak-babak drama cinta yang setiap orang tunggu.. Mungkin Dan adalah heronya dan aku heroin nya.

Seperti ada suatu kuasa, aku pun membalas pelukan lelaki itu, Lelaki yang kucintai dan rindu selama ini. Walaupun usia nya jeuh lebih tua dariku, namun aku merasa bahagia di samping nya. Dan.aku merasa mataku mula berkaca. Titis demi tits dan kedengaran seolah-olah budak kecil yang merengik-rengik meminta dibelikan sesuatu. Namun aku puas. Aku merasakan pelukkan nya semakin longgar, dah dia tatap mataku. Dia kesat setiap kesan air mata yang ada dengan belakang tangannya

“Sayang, aku tak ingin kau menangis bila ketemu denganku. Aku bahagia dan sangat merinduimu selama ini. Ucapkan lah rindu seperti yang kau selalu ucapkan padaku saban malam. Aku amat menantikan nya.”

Aku tak mampu berkta-kata. Aku cuma mengangguk malu. Aku tahu kami sedang diperhatikan. Lalu aku merasakan kami harus pergi dari situ. Aku malu,..malu semalu malunya. Seolah-olah aku tengah menghafal sebuh skrip pula. Drama kami kini menjadi tontonan umum. Ini lah impian Dan. Ingin semua orang tahu betapa dia sangat mencintai dan menyayangi aku. Dan pernah berkata padaku yang dia amat bangga memiliku. Dia ingin dunia tahu yang kami kini sedang bercinta.

Seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan Dan, aku terus menyandang beg tanganku. Dan pula terus menggapai beg galasku. Dia membawaku jauh dari situ. Mungkin jauh dari pandangan semua orang,..dan mungkin tempat yang lebih selesa untuk kami berbicara tentang hati dan perasaan…

……………………………………………………………………………………………….

Dan kini, kami sedang berduaan dalam sebuah kereta. Dan memegang tanganku dan menciumnya dengan penuh mesra . Lagu “cintai aku “tiba-tiba diputarkan di corong radio yang terkemuka di negeri Sarawak. Aku yang diam dari tadi, terus menyanyikan lagu itu seperti rentak dalam radio dan akhirnya diikuti Dan. Kami akhirnya sama-sama menyanyi dengan penuh perasaan. Dari situ,..bermula satu episod cinta yang tak terungkap oleh aku sendiri namun telah Dan sedari dari dulu lagi..

Bahagianya aku dan Dan pada ketika itu. Mekarnya cinta itu,.semekarnya bunga rose merah seperti merahnya crimson itu. Dan agungnya cinta Dan itu, hanya aku yang tau. Cinta yang tak terluah di hati Damya selama ini akhirnya terluah jua. Kini, mereka terbang nun jauh di sana. Terbang dan terbang mungkin lebih tinggi dari awan,.. dan juga mungkin lebih tingi dari gunung everest. Manisnya cinta itu,..manis nya bukanlah boleh diibaratkan seperti madu. Namun lebih daripada itu. Dalam menghayati lagu-lagu di corong radio, akhirnya anne terlelap jua…Dan hanya memerhatikan kekasihnya dan akhirnya berjaya jua dia mengucup mulut Damya..

“I’m sorry anne. I need .. I need to kiss you. Miz u so much,.as much mushroom”

Friday, July 31, 2009

-Happy Birthday mama-

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku yang kepenatan baru pulang dari latihan futsal terus duduk di hadapan meja solekku. Tidak seperti selalu, aku tidak ditemani anak-anak dan suamiku pada malam ini. Penat katanya. Tapi, tak mengapa, aku faham. Aku faham kerjaya suamiku. Dan aku tahu setiap kali dia balik dari tempat kerja, dia tak pernah mengeluh. Tak pernah dia menyatakan betapa penat nya dia. Sebab itu, aku sayangkan suamiku. Aku? Setiap hari Rabu, begini lah aku. Main futsal bersama kawan-kawan. Aktiviti itu seolah-olah rutin mingguanku. Aku merasa puas dan seronok sekali. Suka!!

“Erm,..hari ini berapa hari bulan ye?” aku bertanya pada diri sendiri. Lantas aku bangun dari tempat dudukku. Membuka helaian demi helaian. Tiba-tiba mataku tertacap pada hari bulan hari nie. “Oh, baru 21 hari bulan” kata hatiku. Tapi, kenapa seolah olah hari nie macam hari teristimewa dalam hidupku..? Rasa nya apa ye..? hmm..puas ku fikirkan apa jawapan nya, namun kosong..tiada apa-apa yang terlintas dalam fikiranku.
Selepas puas meneliti hari-hari di kelendar, aku pun terus mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.

Walaupun penat, entah kenapa malam nie aku merasa nak bersolek lebih sedikit daripada biasa. Habis seluruh badan kusapukan losyen.,tu pun jenama biasa je “Johson Baby”. Tapi, aku suka. Bau nya mengingatkan aku kepada zaman persekolahan dulu. Mak kata, kena pakai losyen takut kulit kering. Kalau licin baru nampak cantik. Aku tersenyum bila mengingatkan emak. Erm,..rindu nya aku pada mak. Apa mak tengah buat sekarang ya..? Tentu mak rindukan aku. Anak-anakku hanya Emma sahaja yang pernah jumpa emakku. Aku tahu, sebab nya. Tapi, tak mengapa. Aku tahu mak akan maafkan aku. Mak lembut je hati nya. Dalam teringatkan mak, tiba-tiba ingatkan aku terarah pada Claire, Damien, Faith n Ryan.. Alamak!! Dah tidur ke anak-anakku pada waktu ini.?

Kubuka pintu kamar anak-anakku perlahan-lahan. Aduh!! Comel nya wajah mereka pada ketika itu. Tiba-tiba aku rasa rindu sangat pada mereka. Sedangkan hari-hari aku berjumpa dengan mereka. Tidak seperti malam-malam sebelum nya. Anak-anak ku akan berbaris mencium aku dan suamiku. Aku bersyukur ada mereka. Aku bangga dikurniakan dengan anak-anak yang comel dan bijak. Tetapi tak dinafikan, anak-anakku nakal!!

Claire, adalah anak tiriku. Tetapi aku tak pernah meminggirkan Claire. Dia tetap anakku. Claire anak hasil pernikahan suamiku dengan bekas isteri nya. Claire memiliki raut wajah suamiku. Bermata kuyu, berkulit gebu dan putih. Namun Claire masih comel. Claire anak yang pintar jika dibandingkan dengan adik-adik nya yang lain. Namun, Claire sangat sensitif. Mudah terluka, sebab itu, aku selalu lebihkan dia dalam segala hal.Aku tak nak kehilangan Claire. Aku takut ada orang lain cuba merampas hati nya daripada orang lain.





Damien, anak kedua ku. Damien tak ubah seperti Claire. Bermata kuyu, memiliki pipi yang gebu tetapi berlesung pipi seperti aku dan berkulit hitam manis. Damien anakku yang periang, manja dan bersifat degil sekali. Sifat manja nya akan membuatkan adik-adik nya yang lain menyimpan perasaan cemburu. Mungkin kerna jaraknya terlalu dekat dengan kedua-dua adik kembar nya membuatkan dirinya seprti itu.. Kenapa aku kata degil..? Sebab dia susah nak mengalah daripda adik adiknya yang lain.

Ryan dan Faith anakku yang paling nakal sekali. Dalam sehari tak sah kalau tak bergaduh. Namun, mereka memang susah nak dipisahkan. Ibarat isi dan kuku. Pernah sekali Ryan masuk hospital akibat demam teruk. Suamiku terpaksa mengambil cuti, kerna Faith tidak mahu ditinggalkan dengan pengasuhku yang tinggal tidak berapa jauh dari rumahku. Dan, suamiku mengatakan Faith sangat merindui Ryan. Lalu aku menyarankan agar mereka dipertemukan. Seperti sebuah ikatan, mereka saling berpelukan bila diketemukan. Sayu nya hatiku pada ketika itu. Begitu kukuh nya kasih sayang antara mereka.

Aku sayangkan anak-anak aku. Aku tidak ingin berjauhan dari mereka jika boleh. Setelah puas menatap wajah mereka, aku berlalu dengan langkah yang amat berat sekali. Jika boleh, aku teringin tidur di sebelah mereka. Namun aku kesian kah Dan yang tidur bersendirian di kamar tidur kami. Tanpa berfikir panjang, aku terus melelapkam mata di sebelah suamiku. Waktu itu, aku merasakan aku terbang jauh dan jauh dan akhir nya aku terlena. Aku terbangun semula bila aku merasakan pinggangku dirangkul perlahan. Erm,..romantis nya ketika itu. Seperti malam-malam yang kami lalui ketika berkahwin dahulu.

Tiba-tiba, aku merasakan suamiku mengucup leherku. Dan dalam sekelip mata, aku rasakan ada cahaya lain yang ada dalam kamar tidur kami pada ketika itu. Aku yang masih mamai lagi, terus terbangun. Di, situ aku terlihat anak-anakku sedang membawa kek yang dipenuhi lilin-lilin. Betul ke apa yang aku lihat nie..? Comel nya anak-anakku pada ketika itu, Claire dan Damien memakai gaun putih seolah-olah bidadari. Manakala Ryan dan Faith pulak memakai baju biru lembut digabungkan dengan Jeans. Seolah-olah putera yang hadir dalam hidup raja dan permaisuri.

Aku toleh ke tepi dinding. Pukul 12 tengah malam. Dan akhirnya aku menoleh ke arah Dan, suamiku. Tiba-tiba dia berkata “Happy Birthday . sayang”. Dan dalam masa yang sama dia mencium pipiku. Alangkah bahagianya aku pada ketika itu. Selepas itu, aku mengucup pipi anak ku satu persatu. Claire yang pertama, diikuti Damien, Ryan dan Faith sekaligus, argh..bahagianya aku pada ketika itu hanya Tuhan yang tahu.

Malam itu, selepas semuanya selesai suamiku tiba-tiba berkata. “My lov, aku akan menyayangimu sehingga akhir hayatku”. Lantas aku memeluk suamiku. Aku yang hanya memandang suamiku dengan pandangan yang sayu lantas mengalirkan air mata. “Terima kasih atas segalanya sayang. Aku bersyukur melahirkan zuriatmu. Lihat lah, akhirnya anak kita dah besar dan comel-comel belaka kan” jawabku. Akhirnya, malam itu kami tidur berpelukan. Terasa hangat sekali. Malam yang indah dan mimpi yang indah.

Thursday, July 30, 2009

U Took My Heart Away...

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dream
Try to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I�m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it�s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I �m in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it�s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Holding your hands
I won�t fear tomorrow
Here where we stand
We never be alone

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it�s cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . . .

-CRIMSON CLAIRE-

Wednesday, July 29, 2009

~Belum berakhir cinta ini~

Jantungku bedebar debar laju daripada biasa.. Apa yang berlaku sebenar nya sebentar tadi?.. Aku berfikir secara logika. Oh, Tuhan tidak sanggup aku lukai hati nya. Aku harap semua yang berlaku sebentar tadi hanyalah hayalan semata mata. Bukan realiti.. fantasi.Alam fantasi yang tiada siapa inginkan. Aku tatap skrin komputer,..tapi tiada siapa yang menyapa di luar sana. "Crimson_hill" yang aku nantikan seperti biasa pergi ke mana sebenar nya...? Aku cuba menyedapkan hati,..erm,..mesti nie pergi ke tandas dan kalau tak pun,.mesti dia pergi buat air ke.. Kalau tak silap, dia kata dia tak sarapan lagi.. Ok,..tak apa lah. Aku sanggup tunggu dengan sabar.. 2minit, 3 minit dan akhir nya 10 minit,.huh!! aku dah hilang sabar dah nie.. Mana dia..? Oh!! Crimson..mana lah kau sayangku. “aiseh men, mengarut pulak aku nie.” (tersenyum sendirian) Tiba-tiba senyuman aku mati. Teringat kembali apa yang kami sembangkan tadi. Aduh..

Apa yang aku nak buat sekarang nie..? Kol dia..? Msg dia..? oh!! tidak,.. Semua itu tidak akan berlaku. Bukan kah dia yang sakitkan hati aku..? Aku tunggu berapa lama dah.. Tiba-tiba dia offline plak. Apa ke benda dia nie..? Ok ke tak mamat nie..?" ish!! geram nya aku. Tak pe aku tunggu je lah. Mana lah tahu, kalau-kalau dia akan hubungi aku sebentar lagi. Aku ingat lagi apa yang kami discuss awal pagi tadi. Salah kah aku..? Aku cuma memberi pandangan je. Tapi kenapa dia diam kalau dia tak suka..? Dia pun berhak untuk bersuarakalau tak suka

Aku menoleh ke tepi dinding. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Tak ada lagi ke..? Kalau ada meeting pun, mesti dah habis time nie.. Tak mungkin lah.. Selalu nya dia akan kol aku.. Tidak pulak kali nie. Sepatut nya dia yang pujuk aku. Bukan aku. Aku tau dia ada meeting hari nie, tapi aku rasa dia tak patut lah tinggalkan aku macam tu je tadi.. Aku tunggu lama dah!! Ini kah balasan terhadap apa yang aku telah buat.?

Sekali lagi aku pandang jam pada tangan ku. Dah 2.00pm dah. Aku rasa aku perlu hubungi dia.. Aku dah tahan lagi. Aku rindu pada dia. Tapi, aku pun kena ego jugak biar dia tahu aku pun sakit hati juga. Tapi aku nak bagi alasan apa bila aku kol dia nanti..? " Erm.. dah ada dah kat dalam kepala otakku yang tak seberapa bijak nie. Macam mana kalau dia tak angkat pulak..? Aku nak buat apa erk...?Tak apa lah biar aku cuba dulu. Kalau tak angkat jugak tak pe lah. Aku nak cuba jugak. Yang aku tahu aku rindu kat dia. Rindu yang teramat sangat. Aku nak bagi tahu kat dia aku sayangkan dia, aku sukakan dia, aku tak boleh hidup tanpa dia, aku ingin berkongsi segala gala nya dengan dia. Namun, belum sempat aku habiskan ayat-ayat ini , tba-tiba aku rasa pipiku basah.. Aku tak boleh lah. Mungkian apa yang kami bualkan tadi buatkan hati dia benar2 tersinggung.

Tapi, kalau aku nak dengar suara dia, aku kena kol dia juga. Kalau tak, macam mana nak baik nanti..? Tanpa berfikir panjang, aku dail jugak nom tu. 016-xxxxxxx. (Senyum).. ada lah. Tak busy lah lain kali ni. Beruntung nya aku. Selalu nya jam nie, time paling sibuk sekali. Nak jumpa klien, jawab dan kol klien lagi.. Aduh!! Amat lah memenatkan. Tapi, aku tahu dia penyabar orangnya. Aku tahu dia sayangkan karier nya sebagai salesman. Erm, bagus. Good!! Excellent!! Marvellous!! Semua nya adalah segala gala nya tentang dia. Perkataan yang sentiasa hadir dalam hidup kami tanpa ada rasa bosan menitip di bibir masing-masing.

Aku tersedar dari lamunan, bila telefon ku berjawab. Itu lah alat telekomunikasi terpantas. Tanpa alat itu, mungkin aku tidak berpeluang mendengar suaranya. Dan mungkin juga aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dirinya kan?


Aku : Hello,.bz kah...?
Dia : Tak lah sangat
Aku : Nak tanya, apa cerita yang eva suruh kite tengok hari tu..? (saje je sebenar
nya nak tanya. Tu je alasan yang ada sebenar nye. Alasan kerna rindu )
Dia : A walk to remember. Tak bez!! Tak bez!! Tak bez lah cita tu (dengan
suara yang agak kasar. Geram nya aku pada waktu itu hanya tuhan yang
tahu)

Pappp!!! Telefon ku letakkan. “Menyesal aku kol. Terkena dah ayat “cinta” dari kau!!” Patut ke kau cakap macam tu..? Apa salah aku.? Salah kah aku kol kau..? Ok , fine. Nanti kau. Masa tu, aku pun tengah marah.. Disaat aku geram, marah yang tak terluah, akhirnya mutiara jernih itu, tumpah jua. Derasnya tidak lah sederas air terjun, namun ia tetap boleh jua kuibarat titisan air hujan menerejuni atap rumah kampungku.. Sakit hati ku ketika itu. Sakit yang teamat sangat. Aku buka page dalam RP ku. Aku masuk setting. Aku klik pada catatan “leave rumah panjai” dan tidak sampai satu minit semua nya dah berakhir... Tiada lagi nama ku. Aku sign in, masih dapat, Cuma tidak terdapat gambar-gambarku yang pernah aku simpan suatu ketika dahulu. Hati ku belum puas. Aku masuk setting sekali lagi, klik lagi pada catatan “leave rumah panjai” Akhirnya aku berjaya juga. Puas!!

Ketika itu,..terngiang ngiang di telingaku “Tinggalkan dia!! Jangan rampas apa yang orang miliki!! Kau tak ada hak nak masuk dalam hidup nyak. Kau ibarat jauh panggang dari api!!” aku terkejut. Suara siapakah itu..? Aku tak tau. Aku tak nak!! Aku tak rela..Oh!! Tidak!! Jangan tinggalkan aku crimson!! Aku tak nak. Aku tak nak berjauhan darimu walau sesaat. Kau lah satu-satu nya yang sangat memahamiku.Dan kemudian nya aku terdengar lagi suara lain. DIA, kenapa kau sanggup buat macam nie kat dia..? Kau tahukah kau sudah melukai hati nya. Sedangkan dia bukan lah ada buat salah besar pada diri kau!! Dia berkasar sebab dia marah. Bukan sengaja pun. Hati dia kan tengah panas!!! Argh!!..aku dah keliru nie..Apa yang aku telah buat nie dan apa yang aku nak buat selepas nie..?

Aku terkenangkan dia. Ku ulang lagu cinta kami berdua. “cintai aku”. Tak seindah lirik lagu. Rupa nya kami hanya sampai di sini. Madah-madah cinta yang ku terima selama ini, hilang begitu sahaja. Hari ini kosong. Tiada lagi “I LOVE U,..” Tiada lagi “I MIZ U”.. Semua khalimah cinta itu telah dibawa angin lalu. Terbang jauh.. Jauh sekali.. Mungkin setinggi gunung everest,, sepanjang selat melaka dan sedalam laut cina selatan.. Pahit nya cinta itu, mungkin pahit dari hempedu,.. masin seperti masinnya laut mati..dan masam dari “buah maram” seperti yang arrabella pernah kata padaku!!


Hmm,.aku buka ym. Manalah tau kalau-kalau dia ada terpapar pada skrin komputer ku. Oppss..hampa!! Tiada lagi dia. Aku klik peti masuk pada emailku. Sekali lagi aku kecewa. Biarlah. Dia tau jaga diri. Bukan nya budak lagi. Biarlah apa nak jadi, jadi lah.. Tapi bagaimana dengan eva..?. Mesti eva cari aku selepas ini. Harap2 dia ada cari aku hari ini. Ada hantar email kepadaku dan ada dengan ku. Di saat aku tengah bersedih, aku perlukan sesorang untuk luahkan segala gala nya. Aku tak nak pendam, Aku takut ia jadi dendam.

Jam nenunjukkan pukul 3.30 petang. Seperti yang aku harapkan, aku terima email dari eva. Gembira nya aku pada ketika itu bukan kepalang lagi. Bagaikan budak-budak kecil aku menjerit keriangan.. argh!! Hanya tuhan je yang tahu betapa gembira nya aku pada ketika itu. Aku bersyukur ada dia. Tanpa berfikir panjang, aku dail nom eva.. 019-xxxxxxx. Aku tunggu dengan sabar dan akhirnya berjawab jua.

Eva : hai,.
Aku : tengah buat apa..?
Eva : tak da pa2..Tengah email dengan kau lah sis..
Aku : eva..erm..
Eva : kenapa..?
Aku : Aku kena cakap sesuatu perkara yang aku rasa perlu kongsi dengan kau. Aku n
crimson ada masalah. Aku dah buang akaun aku kat RP. Hati aku sakit. Aku
kecewa..eva. Kenapa dia buat aku macam nie.?
Eva : tapi kenapa..?
Aku : Sebenar nya aku hanya mencadangkan sesuatu yang berkaitan dengan mimpi aku
dan uncle dia. Tu je. Aku cadangkan kami berkawan buat masa ini. Dia ada cita kat
aku pak cik dia mimpikan emak dia. Emak dia kata masih hidup dalam masa 40
hari dan mak dia juga ada kata yang dia lapar. Tapi mimpi tu ada maksud lain eva.
Crimson nak aku berhati-hati sebab aku pun mimpi perkara yang sama. Aku
bermimpi mak dia suruh aku jauhkan diri dari hidup nya. Dalam mimpi jugak dia
pesan kat aku, aku boleh cari orang lain selain dari crimson. Dia tak restui kami
berdua. Aku sedih eva.. sedia yang teramat sangat. Aku takut andai ada apa-apa
yang jadi pada kami berdua.

Eva : Sabar lah. Mungkin ada hikmah di sebalik nya. Susah lah,.sebab mimpi nie bukan
Boleh diambil mudah. Mimpi adalah satu amaran. Awak dan dia kena berkorban
lah sementara waktu. Saya yang risau tengok awak berdua.
Aku : Aku tak tau nak buat macam mana lagi..
Eva : Sabar lah k. Saya yakin ada penyelesaian stp masalh itu. Awak pun kena yakin k. Awak jaga lah diri awak baik-baik k. Jangan nangis k.
Aku : Ok,..thanks..
Eva : Tak pe. Saya faham.
Aku : bye
Eva : bye.




Dadaku terasa lebih lapang selepas berbual dengan eva. Mugkin eva adalah malaikat ku. Bukan aku tak ada kawan. Ada, tapi tak semua perkara perlu kita kongsi. Dan aku telah pilih eva.Ada sebab tersendiri aku berkata begitu. Aku tak nak jadi seperti sebelum ini. Jangan mudah percaya pada insan bergelar kawan. Crimson pernah berkta, simpanlah untuk diri sendiri.Ada sebab aku berkata begitu., kerna aku lebih tahu tahu dan faham siapa kawan aku, dan siapa mereka.Bukan mudah seseorang menerima apa yang aku alami. Aku kenal kawan-kawan aku.

Ku buai hati ku dengan lagu-lagu cinta. “Mungkin” dalam versi iban. Lagu yang amat aku minati. Tak puas dengan itu, aku ulang dan ulang lagi. Sehinggalah aku berada di tahap kebosanan yang teramat sangat..aku buka rp,. Masuk page menggunakan “password” dirinya. Seribu penyesalan bertaktha di hatiku. Masuk page crimson. Erm,..comel nya dia. Pipi nya yang gebu membayangkan aku pada seseorang. Seseorang yang pernah mengetuk pintu hatiku, seseorang yang pernah melukai aku, dan seseorang yang tidak pernah jemu mendengar segala luahan, keluhan dan rintihan hatiku. Bahagianya aku ketika itu,. Manis nya malam itu, dan mungkin selepas ini tidak akan seperti malam-malam kelmarin di mana setiap lagu “i’m not alone” dari hp ku seolah-olah meminta ku membalas msg dari nya.. Memang romantik pada masa itu.

Cinta, akhir nya kau pergi selama lama nya. Tidak ku sangka tega nya hatimu dalam memendam asmara. Biar pun hanya seketika, aku bahagia. Kau bukan angin, bayu dan pantai. Tapi kau adalah, CINTA!! Cinta yang mungkin tidak ada galang ganti nya. Dan mungkin di antara cinta yang perlu kuagungkan.

Selamat tinggal sayang..selamat tinggal utk selama lama nya. I will mz u 4ever n ever...