nuffnang

Friday, September 25, 2009

.. diari untuk dia ... hari ke empat ...

Aku terima mssg pertama darinya lebih kurang pada pukul 10 pagi tadi. Katanya, dia dan adik adik nya keluar ke pasar. Kemudain dia menelefonku .. suara yang ku rindu akhirnya hinggap jua ke cuping telinga ku . aku amat gembira sekali ..

Hari ini ku rasakan bahagia sekali .. aku rasa diriku begitu hampir dengannya .. dan dia melayan message ku tanpa jemu walaupun dirinya begitu sibuk dengan urusan peribadinya namun tetap dia mempunyai masa untuk melayan kerenah aku .. aku rasakan hidup ku begitu sempurna .. suaranya yang masih terngiang ngiang di telingaku .. untuk seketika terubat rindu ku .. untuk seketika waktu dirinya adalah milik ku …

Dengan setiap lafaz kata rindu .. kata sayang .. kata cinta yang aku terima darinya .. membuat diriku ingin terus terbang dan mendakap dirinya .. andai aku mampu .. tak mahu aku lepaskannya lagi .. kerana kau tahu tanpa dirnya .. betapa siksanya jiwaku ..

Tapi aku tetap bersyukur .. dalam kepayahannya menghadapi onak dan duri liku liku hidupnya .. tetap aku yang diingatnya .. aku bersyukur kerana Tuhan memberi aku kerpercayaan untuk mengambil berat tentang dirinya .. aku juga bersyukur kerana diriku tidak pernah hilang dalam segala perancana hidupnya ..

Terimakasih sayang .. kerana menyayangi aku seperti mana aku menyayangi dirimu ..
Terimakasih kasih .. kerana mengasihi aku seperti mana aku mengasihi dirimu ..
Terimakasih cinta .. kerana mencintai aku seperti mana aku mencintai dirimu …

Jam 7.34 malam

No comments: