nuffnang

Thursday, August 27, 2009

~Untuk Esok~

Payahnya aku lelapkan mata ini.. Dadaku makin berdebar debar dan laju dan bertambah laju.. 14 jam lagi, aku bakal bertemu dengan si dia.. Dia yang aku pernah rindui dan cintai selama ini.. Huh...bagaimana respon nya nanti..itu lah yang masih merungsingkan diriku. Aku tak yakin pada diri sendiri untuk ketemu dengan nya,. Nmun aku teringin sangat. Walau bagaimana pun, aku harus pergi dan bercakap dari hati ke hati dan bersemuka dengan nya.. Aku jua ingin meluahkan betapa aku merinduinya selama ini.. Perit nya menanggung rindu berbulan lama nya..
Aku dapat merasakan mungkin aku kelu..dan bkn dia yang gelabah..tetapi aku.. Namun aku berjanji dengan diriku sendiri akan berbual dengan nya seperti mana aku berbicara dengan nya melalui telefon selama ini.. Aku tak nak ada gundah di dalam dadaku. Aku tak ingin membuang masa emas itu begitu sahaja.. Aku teringin sekali untuk menggunakan masa yang ada untuk bercerita tentang masa lalu antara dia dan aku.. Teringin sekali... Namun mampu kah aku ucapkan semua itu..
Penatnya aku hari ini kerna untuk dia pada hari esok.. Aku tak kisah pun berhempas pulas bekerja hari ini kerna aku tak mahu susah pada hari esok.. Biarlah aku lapang esok.. Aku perlu tenangkan fikiran. Aku perlu kan kegembiraan sebelum ketemu dengan diri nya.. Harus ada ketenangan dalam jiwakau yang akan membuahkan satu keyakinan yang pasti..
Mungkin esok, aku tak seperti ini.. relak daripada biasa.. Dan esok,..aku akan memakai kemeja, skirt, selendang dan baju luar yang akan ku padankan dengan baju kemeja ku nati.. aku ingin tampil lawa esok..dan aku ingin semua orang akan ambil perhatian kepada diriku.dan ingin sekali aku..menjadi seorang wanita pujaan di sini..walau hanya seketika..cukuplah..kerna itu lah pendorong diriku untuk pertemuan itu...
Dan mungkin esok..semua nya akan terjawab.. dan esok..mungkin jua ia berakhir dengan satu kegembiraan @ perpisahan dan kita tidak mengetahui nya.. Namun yang pasti..dia akan merasa sunyi yang amat sangat.. Aku tak sanggup membiarkan dirinya seperti itu,.. Dan aku berjanji akan menghubungi dirinya dari semasa ke semasa.. Tak sanggup aku kehilangan suara nya yang romantis.yang menemani lenaku..dan aku juan tak ingin kehilangan dirinya dalam skype @ mahupun dalam msg...ku..
Gembiranya aku pada hari ini...kerna aku sempat jua membelikan sesuatu untuk Claire, Damien dan Faith .. Aku belikan beg BARNEY dan gown untuk Claire.. Manakala untuk Damien hanya sehelai baju..dan untuk Faith..aku belikan baju dan jua selendang untuknya..dan aku sudah tidak sabar unuk melihat mereka bertiga menggayakan pakaian itu.. Moga dirinya sempat ambil gambar dan mengirimnya pada diriku.. Miz u Claire, Damien dan Faith.. Teringin sekali aku betemu dengan kamu bertiga.. Moga ada jodoh untuk kita...
Selamat malam semua.. mz u all..muahzzzz.. mushroom..swewt and sour..

Thursday, August 20, 2009

.. terimkasih ..


terimakasih kerana masih sudi menerima aku sebagai kawan kamu .. besar hati ku kerana kamu maafkan semua salah ku .. ku janji , kita akan bertemu ..

satu ja pinta ku kali terakhir .. jangan kamu membuat andaian sendiri.. tanpa kamu meluahkan .. aku takkan dapat menyatakan yg apa difikir kamu mungkin ada kebenarannya ..

biarlah ..

Wednesday, August 19, 2009

~AKHIRNYA~

Bagaimana harus ku katakan jika kau sudah menyatakan begitu,..
Jika tiada lagi cinta untuk aku, apa yang aku perlu nantikan sekali lagi..?
biarlah jika hanya sampai di sini jodoh kita..aku pun rela melepaskanmu..
cinta kita biarlah aku lakarkan di atas batu...kerna aku jua ingin mengabadikannya menjadi lipatan memori kita..
sudah lah b..tak usah lagi kita bertengkar..kerna aku sudah ada jawabnya.. dan aku tak ingin tahu pun apa-apa yang berkaitan dengan cintamu.. pernah jua ku katakan..kita akan menjadi kawan..bukan kekasih..sleeping dictionary..@ mahupun partner mu..sepanjang hidup.. sedikitpun aku tidak menyalahkanmu..
kita hanya mampu merancang, tetapi TUHAN yang menentukan.. Terima kasih atas kesudian mu selama ini mendengar luahan, rintihan dan keluhanku..selama ini.. Terima kasih atas segalanya...

friday, 28 August 2009 Flight AKA 5208
DEPART : 12.55 PM
aRRIVE : 14.40 PM

.. biarkan ...

bagaimana nak aku mula ? .. tiada kata kata aku yang bermakna buat kamu.. aku tau kamu mencintai aku .. aku tau kamu amat sayangkan aku .. aku juga merasakan kamu amat merindui aku.. aku tau semua itu ..
..tiada juga alasan yang dapat aku berikan pada kamu .. tiada sebab yang harus aku utarakan pada kamu .. kenapa aku bertindak sedemikian rupa ... aku sedar , aku menyakiti hati kamu .. hirisan yang bisa menusuk hati kamu bukan sengaja aku lakukan ..
.. aku juga tidak mahu melafazkan apa yang pernah aku lafazkan pada kamu .. sejujur jujurnya itu adalah perasaan aku terhadap kamu .. bukan madah cuma tapi dari hati aku berbicara ketika itu .. kini tetap dalam hati aku merasakan yang sama... cuma aku sudah tewas dengan desakan dan perasaan yang kian memberontak dalam jiwa mengatakan aku perlu lepaskan kamu .. biar aku di persalahkan .. aku rela di tuduh apa apa saja .. aku sudah lali .. aku sudah kebal .. aku cuma mahu kamu tau saat ini aku dengan berat hati .. merelakan apa jua yang kamu lakukan terhadap aku .. aku terlalu menyakiti hati kamu .. bukan hanya kali ini tapi telah beberapa kali sebelum ini .. maaf sudah tiada erti dalam kamus cerita kita .. aku tidak akan mengucapkan untuk sekian kalinya lagi ...
.. biarkan ..

~Andai Aku Sebelum mu~

Payahnya aku melupakanmu,
Pedih nya aku tanpamu,
Aku bukan lah sekuat mana pun,
Sakitnya di kala aku mula menidakkan diri tanpamu,

Datangmu hanya seketika,
Kau bukan bayu mahupun angin,
Namun kau umpama keris yang mengiris,
Pedihnya tusukan itu,.
Hanya aku yang tau dan mengerti bagaimana besarnya luka ku itu,
Bukan iodin mahupun acraflavine penyembuhnya,..
Bukan..tapi, ..hanya cinta yang dulu..
Cinta yang aku dambkan setiap hari,
Tanpa ada malam nya..

Sungguh,
Aku dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku,
Namun aku tidak menyangka,
Kita terpisah dengan cara begini,..
Dimana aku sangat merindukan kasih sayangmu..
Ke mana harus ku cari sedangkan kau hilang dan terus menyepi,..

Indahnya cintamu,
Namun aku tidak berkesempatan merasakan belaianmu,
Sungguh, kau hanya pandai bermain dengan kata,
Mencipta seni asmara hingga mampu membelai jiwa,
Namun aku harap kau tidak lupa,..
Hidup ini hanya sementara..

Kini,
Aku umpama layang-layang yang putus tali,
Melayang tanpa arah dan tujuan,
Sendiri aku melalui di kala kau ku perlukan,
Usah lah dikau memujuk,
Aku tau kau bukan lelaki itu,
Dan bukan hanya aku cintamu,
Namun aku harap kau tidak menyesal jika aku pergi dulu sebelumu,..
Cuma satu yang aku minta,.
Kau jadi lah saksi nya nanti..

Selepas itu,
Sayangi lah anak-anakmu di mana jua kau berada,
Sahabat-sahabatmu yang selalu di sampingmu,
Hargai lah mereka..
Dan tak lupa jua kepada pengganti kepada diriku,
Kudoakan kau bahagia selama nya,.AMEN..

Aries & Leo

ARIES - The Daredevil
Energetic. Adventurous and spontaneous. Confident and enthusiastic. Fun. Loves a challenge... EXTREMELY impatient. Sometimes selfish. Short fuse. (Easily angered.) Lively, passionate, and sharp wit. Outgoing. Lose interest quickly - easily bored. Egotistical. Courageous and assertive. Tends to be physical and athletic.
16 years of bad luck if you do not forward.

LEO - The Boss
Very organized. Need order in their lives - like being in control. Like boundaries. Tend to take over everything. Bossy. Like to help others. Social and outgoing. Extroverted. Generous, warm-hearted. Sensitive. Creative energy. Full of themselves. Loving. D oing the right thing is important to Leos. Attractive.
13 years of bad luck if you do not forward.

.. aku pun tak tau ! ..

.. bukan untuk memujuk .. sekadar untuk meluahkan .. jangan kamu meminta maaf kerana kamu tidak bersalah..
.. curang katanya? .. tidak!
.. takut mungkin sebabnya ..
.. takut dengan commitment ..
.. takut dengan beralih sayang ..
.. takut atas segala yang merubah diri aku ..
.. takut !!! kerana aku kurang yakin !!!
.. aku yang perlu meminta maaf ..
.. kerana aku masih takut untuk menurut kata hatiku ..
.. takut sebab aku masih belum terubat ..
.. ntahlah cik! aku pun tak tau ...

Tuesday, August 18, 2009

~Warkah Untukmu~

Kepada : daniel

Sunyi nya aku pada hari ini. Tiada skype yang menyapa ku. Entah kenapa aku berperasaan begini. Aku seolah olah membiarkan semua nya berlaku begitu sahaja. Entah..mungkin jua aku merindui nya. Aku tahan,..dan tak pasti berapa lama aku boleh begini..tanpanya...namun yang pasti hatiku keras seperti batu. Rumah panjai.com pun aku tak buka lagi, selepas GOE yang kubuka bisa menenggelamkan blog, skype..dan apa-apa carian yang berkaitan dengan intenet.

Aku tatap skrin telefonku. Namun tiada msg @ mizcall yang ada.. Mungkin dia menuduh ku sengaja tak angkat telefon. Aku tak menafikan. Hatiku bertambah sayu bila dengar suara nya. Mungkin buat sementara waktu, aku ingin mengelak dari suara nya. Aku tak ingin meyemai rindu di hati. Biarlah aku begini. Menanti sesuatu yang aku tak pasti ada jawabnya. Tidak mengapa kata hatiku, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku jua ingin tahu, apa yang ada. Namun, adakah jawab nya..? Entah, kelu seribu bahasa, tak akan memberi seribu makna.

Aku buka microsoft office words 2003. Ku luahkan bicara hatiku kerna aku tak tahu hendak luahkan pada siapa lagi. Mungkin aishetaru peneman setiaku. Aku selesa berbicara dengan nya. Dia tak pernah mengiakan mahupun menidakkan. Tapi, aku kena jua luahkan segala isi yang terpendam.

Pening nya kepalaku akibat ubat yang ku telan pagi tadi. Badanku lemah walaupun aku sudah mengambil sedikit makanan pagi untuk sarapan pagi. Bubur, telu masin, dan ayam sudah cukup mengenyangkan walaupun aku tidak berselera. Semuanya kerna arra dan math. Aku tidak ingin mereka tahu apa yang ada pada hatiku. Aku hanya boleh bercerita dan menyatakan aku demam. Memang aku demam, tapi ada sesuatu lagi di sebalik semua itu. Ada lagi sakit yang kian menunjah-nunjah kepalaku. Fikiranku berserabut dan aku kini menjadi seorang penunggu.

Aku masih sayangkan dirimu. Aku bukan pelangi yang menyinari hidupmu. Aku tak layak diibaratkan seindah itu. Aku mungkin hanya persinggahan dimana pertemuan kita diatur dengan cara begini.. Cara yang mungkin tidak boleh diterima oleh insan-insan lain.. Sekali lagi maafkan aku.. Jika ada jodoh, tunggu lah aku. Dan biarlah Tuhan yang menentukan segala nya..

Yang merindui..
Anne angel.

pelangi petang...

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

( ulang dari korus )

~Jika Itu Mahumu~

Aku belum puas berbicara denganmu. Terasa selama 3 hari nie hubungan kita agak renggang. Kau kata kau rindukan anak-anakmu. Aku tau dan sangat faham. Tapi, aku merasakan bila kau di sisi sahabatmu, aku diketepikan. Kau seolah-olah tak pernah ada aku. Semalam kau minum lagi. Kau kata, itu budaya kita. Aku tak kisah.. Aku mengiakan sahaja kata-katamu itu. Kalau aku rindu dengan anak-anakku, aku perlu cari sesuatu untuk ketenangan..aku tak kisah.. Aku faham...

Tapi, aku kisah bila aku mula merasakan diri sebagai pelepas segala seribu perasaan. Adakah aku mungkin hanya menjadi sleeping dictionary seperti yang pernah kau ceritakan padaku. Mungkin itu lebih baik..namun lebih parah lagi, bila aku msg kau balas, aku kol memang lah kau tak pernah angkat, sebab kau kata nanti aku kehabisan kredit. Kau kata juga kat aku, kau akan kol balik bila tau aku miz kol. Betapa gembiranya aku pada ketika itu. Namun itu semua nya berlaku sebulan yang lalu. Pernah jua kau kata padaku, misscall je kalau kau rindu dan kalau kau kesepian..atau kesunyian.. Sampai sekarang pun kau selalu kata macam tu. Namun, kau gagal.. Kau selalu gagal.

Tau tak kenapa aku kata kau gagal...? Kadang-kadang aku buat misscall sampai 12 kali, kau selalu tak angkat,.kau selalu tak return call. Kau tau tak apa yang aku rasa...? Aku sedih awak.. Aku kecewa dan kadang-kadang aku keliru.. Keliru dengan layanan mu. Kadang-kadang kau buat aku sayang kat kau. Kadang kadang kau buat aku benci, marah, geram dan beribu macam perasaan. Hendakku luahkan pada siapa semua tu..? Bukan Arrabella, Mas ..@ sesiapa..cuma hati.. Hati yang semakin hari..semakin rapuh..semakin hari semakin hampir masa untuk berderai.. Macam mana awak..?

Tapi,..bila kau pujuk aku. " Sorry"..Entah lah,..aku rasa kasihan. Walaupun air mata bercucuran, tapi aku rindu sebenar nya.. Aku amat rindu.. Banyak kali aku minta kau tinggalkan aku.. Tapi, aku tak rela sebenar nya... Sebab itu, aku menitiskan mutiara jernih itu, sebab aku tak mampu nak berjauhan darimu. Aku tak rela kau hidup tak tentu arah.. Aku tak ingin...

Sekali lagi,..aku terluka lagi.."miz u odie..".."miz u garfield".. apa makna di sebalik semua itu..? Kekasih gelap..cinta yang sebenar nya..? aku tak tau.. Kau kata kau selalu sms kat dia..kol dia..namun tak sekerap aku... Kau baca ke hati perempuan tu...? Kau buat dia perasan tau tak..?!!! Kalau aku ada di tempat itu..situasi di mana dia berada,.aku rasa lain.. Mungkin biasa bagi kau..sebab kau banyak aset yang boleh perempuan terpikat kat kau..Aku..? Aku tak akan pilih orang seperti kau.. Tidak sama sekali!!! Cuma satu,..kau ambil lah dia jadi pengantiku...Aku tak rela berkongsi segalanya melainkan dengan anak-anakmu...

Jika terpaksa,..aku akan pergi.. Bukan kerna aku ada pengganti, tapi kau terlalu tamak untuk mencintai.. Maafkan aku.. Aku tak rela begini... Esok..lusa..dan selama nya..aku masih ada di sini... Aku lepaskan kau dengan kerelaan aku sendiri..
Jika itu Mahumu..

Lama sudah aku tidak merasakan kucupan darimu.. Aku amat merindui nya.. Tapi,..rasanya sudah terlambat.. Mungkin bukan aku miliki semua itu lagi.. Usah lah dikau bertanya,..engkau sendiri sudah ada jawapannya..

-MAAFKAN AKU..AKU AKAN SELALU MERINDUIMU-

Thursday, August 13, 2009

...skali lagi ...

.. aku tau .. kau marah padaku .. aku tau kau amat terseksa dengan diri ku .. aku juga sedar bukan ucapan maaf yang bisa mengubat segala keperitan yang kau alami. Maaf juga tidak bisa membuat kau lupa pada apa yang telah aku lakukan. maaf sekadar perkataan .. walau cuma perkataan .. amat bermakna kiranya di ucap dengan ikhlas .. sebagaimana aku yang ego akan mengatakan padamu .. " maafkan aku".. untuk sekian kalinya .. maafkan aku.

.. aku sangka aku boleh meluahkan segala apa yang aku rasakan pada mu tapi aku silap. Terlalu perit hendak ku nyatakan padamu bahawa aku amat merindui serta menyanyangi mu. Sungguh , mungkin diri mu merasai aku telah berubah .. dan mungkin kata kata cinta yang aku lepaskan tiada lagi meresap ke hati mu, tetapi tidak mungkin itu bermakna aku tidak lagi sayang pada mu..

.. pernah aku katakan, keadaan aku menjadikan aku pemberontak. aku sering melarikan diri aku dari tekanan, dari masalah, dari hidup .. kadang kadang .. aku cuba menghilangkan kewujudan diriku dalam dunia ini.. atau aku sering mengimpikan kehidupan yang berlainan... akhirnya aku sendiri juga yang kecewa.

.. mungkin tidak seperti dulu, kau akan anggap angan angan aku cuma mimpi di siang hari. mungkin kau rasa yang dirimu lebih berusaha untuk menjadikan angan angan itu satu kenyataan.. manakala aku hanya menafikan segala tindak tanduk mu .

.. aku lelaki, aku akui , ego ku yang berbintangkan leo tidak mudah tunduk dengan apa apa pun. tapi aku juga insan.. dan kesempurnaan tidak hadir dalam setiap insan, begitu juga aku.. aku juga lemah .. ego ku juga bisa goyah.. sombongku bisa roboh..
tetapi aku bukan perayu .. atau seniman asmara .. aku tidak tahu meluahkan perasaan dengan kata dengan tingkahlaku. aku hanya pandai berdiam ..... berdiam dan terus berdiam .. biarkan diriku yang kecewa!

.. aku faham kiranya segala kasih sayang, cinta, rindu... untuk dirimu berkurangan ..
.. aku faham dan itu semua adalah salahku ..

sekali lagi .. maafkan aku ..

Tuesday, August 11, 2009

~Naluri~

Sukarnya untuk ku lelapkan mataku ini. Di kala Bella seronok dibuai mimpi, aku masih di sini. Menatap skrin laptop dan menaip dengan pantas apa yang tergerak di hatiku. Entah lah, apa yang aku cuba luahkan pada malam ini. Mungkin dengan ada nya diari yang menggunakan hujung jari segala kegelisahan dalam hatiku boleh lenyap degan sekelip mata. Aku tenung muka Bella. Erm.nyenyak nya dia pada waktu ini.. Tiba-tiba aku tersenyum.. Mungkin diri nya tengah menganyam bermimpi bertemu dengan jejaka idaman nya pada masa ini. Aku..? Aku kini ditemani cahaya lampu telefon untuk meneruskan kerja yang bukan sesuai aku lakukan pada waktu ini.

Malam yang agak merimaskan membuatkan aku susah hendak melelapkan mata. Jam di depan laptopku kini baru sahaja menunjukkan angka 2 am. Mungkin penulis akan memilih waktu ini untuk melahirkan curahan idea yang sering tak kesampain seperti diriku. Saban malam aku cuba menghasilkan ayat-ayat baru, kepedihan nya menjadikan penulis yang tak bertauliah seperti aku ,hanya dibayar dengan kesabaran. Namun, demi kerna minat, aku tidak puas untuk mencuba. Aku tak ingin diibaratkan “hangat-hangat tahi ayam”.

Aku cuba membetulkan dudukku. Kaki kiriku mula kejang, mungkin agak lama aku tidak membenarkan darah mengalir dengan lancar dari urat saraf kakiku. Kepalaku mula terasa berdenyut-denyut seolah olah aku tidak cukup tidur. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa. Mataku payah hendak aku lelapkan. Aku masih menunggu seseorang dan cuba menghasilkan satu cerpen, namun aku tidak memperoleh apa-apa idea untuk menghasilkan karya tersebut.Seseorang yang amat aku rindui membuatkan aku tiada tumpuan untuk terus menaip tentangnya. Berapa lama aku harus menunggu, aku tidak pasti. Cuma yang pasti, mungkin bukan pada malam ini.

Huh..aku mengeluh kerna kini aku menjadi seorang perindu. Perindu yang setia mungkin.. sebolehnya, aku cuba melupakan apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Namun, makin aku cuba, makin ia dekat di lubuk hatiku. Makin terguris hatiku, makin sebak dadaku dan kemudian,..aku cuba mengandaikan perkara buruk terjadi pada dirinya. Oh..!! tidak. Aku harap, semua itu tidak berlaku pada dirinya. Mungkin itu hanya bayangan yang harus aku tepis di tepian fikiranku.

Aku cuba mententeramkan perasaanku. Cuba untuk berfikiran positif. Maafkan aku kerna buatkan kau tertekan. Walau apa pun, aku harus pulang. Mungkin sebab itu, kau cuba mengelak dariku. Hatiku tetap sama dan tega. Keputusan ku tetap satu. Aku rindukan keluargaku. Seperti kau rindukan insan-insan yang amat kau sayangi.iaitu Emma, Sean dan Erica. Begitulah aku.. aku tak perlukan penjelasan darimu. Biarlah kau hendak mengelak seberapa lama pun, aku rela. Aku rela begini.. seperti kau, aku juga tak tak ingin kau bertanya..mengapa aku besikap begini pada dirimu..dan usahlah lagi kau bertanya “r u stll lov me..?”. aku tak jemu dan tak bosan..sedikit pun tidak.. tapi janganlah dirimu menjadikan semua itu sebagai satu alasan untuk apa yang akan berlaku selepas ini. Aku tau, kau bukan kura-kura yang sentiasa bersembunyi di sebalik perahu tetapi engkau sebenar nya engkau harus lebih tahu . Engkau sendiri yang merasa, bukan aku..atau orang lain..

Good nite n sweet dream.... I send my an angel to keep an eye on u..

“as I lay myself to sleep, l prayed the lord my soul to kept, if I die before I wake, I prayed the lord my soul to take. Amen..”

Thanks for the sleeping prayer that u teach me everynight..



"Anne Angel"

Sunday, August 9, 2009

Aries Dan Leo

Leo sign compatibility with Aries
Leo and Aries. I and I. Two egos in a relationship... Fire and passion only. Can two strong signs such as these ones get along? Of course they can.

You - one of the best specimens of humanity, made to shine and be the first. The Aries - a brain full of ideas and a heart full of passion. How could you NOT get along? The superstars of the zodiac (as I like to call Aries and Leo) can only have a great relationship, meaning always passionate, exciting, active and thrilling.

It is true that the sooner two fires catch light the more volatile future becomes. Aries has much the same flaws as you have, and when you argue, there is fire literally. Neither of you stops in the middle of things. This means enthusiasm when in action but stubbornness in discussions. As for the old problem of proofs and arguments, you are both good at finding them so it is possible (make that highly, highly probable!) that your fights last, be fierce and end up with karate lessons...

So you'd better not get into arguments with your Aries! If you are still at the beginning and feel tempted to ignore this paragraph, wondering how you could argue with your twin soul, I'll give you a clue: Aries sets his/her eyes on other women/men. Flirting is so fascinating to him/her, that (s)he sometimes does it just for the sake of it... (S)He doesn't take the next step, but (s)he certainly likes watching.

Aries With Leo:

This is a really good astrological match up. You will both have the same energy levels, and stamina plus you will also have the desire to go and do, but the Leo will be more success oriented and driven, most likely will be the dominating force in this relationship. While you like success, when it comes from someone else, it often irritates you, and this is the ONLY drawback that I can seeLearn to take a back seat as far as money is concerned and you will be ok. Aries will be the more dominant in the love department though, and this makes up for a lot! These two will have no problem having fun together and staying together for a long time.
aries and leo - astrological compatibility rank = 10 (10 is best)

LEO & ARIES: Pasangan yang pas. Ketertarikan kamu terhadap hal yang sama dan sifat alami yang berhasrat akan membawakan pertemuan sosial dan seksual yang luar biasa.

Thursday, August 6, 2009

~Diari Untuk Mu, Daniel..~

03.08.2007

Erm,..sejuk nya malam ini. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku. Aku menarik rambutku ke belakang dan membetulkan pembaringan ku di kerusi rehat yang berada di ruang tamu. Mataku memandang segenap penjuru ruang tamu rumahku. (senyum) Kemasnya rumahku, namun tiada sesiapa di sini. Cuma ada aku. Aku yang ditinggalkan keseorangan. Termenung aku seketika.. mungkin termenung panjang..terekan nya aku beberapa hari nie. Entah,..jiawaku makin sensitif sejak akhir2 nie. Aku lupa pada keluarga ku, lupa pada nenekku dan lupa pada Adam. Akhirnya ,.belum sampai 10 saat,..mataku terpejam rapat. Mengantuk nya..

................................................................................................................................................

Dan : Dhia
Aku : B baru sampai rumah ke..?
Dan : hmm..kenapa sayang tidur kat atas kerusi..? Masuk lah dalam bilik. Pintu pun
Dhiya tak tutup. Nanti kalau ada apa2 jadi kat Dhiya kan Dan ga yang susah. Dhiya
dah makan..?
Aku : Belum,.Dhiya tunggu Dan.. Sejak akhir-akhir nie nie b salu balik lambat..
kenapa..?
Dia : Dan banyak kerja sayang..
Aku : Dhiya pun banyak kerja.tapi Dhiya tetap ingat pada Dan.. Dhiya selalu risau bila Dan
balik awal dari Dhiya.. Dan tak macam nie dulu.. Dan selalu balik awal.. Cuma sejak
akhir2 nie..ntah..( hatiku mula sebak. Aku sunyi, aku rindu pada Dan. Cuma Dan
terlalu sibuk dari aku. Harapkan semua ada, tapi sebenar nya hidupku kosong..)
Dia : Dhiya,..Dhiya kena faham tugas Dan.. Dan tau tak makna nya kepuasan dalam
hidup..? Dan puas bila bekerja dengan orang lain. Dan puas bila buat sesuatu yang
melibatkan kerja Dan..
Aku : Habis hati Dhiya nie, siapa yang nak puaskan..? Dan,.Dhiya sunyi Dan.. Dan makin
jauh.. Mungkin nama Dan dah mula terhakis sedikit demi sedikit di hati Dhiya..
Dia : Apa maksud Dhiya..?
Aku : Dhiya tak yakin lagi dengan hubungan nie. Mungkin esok atau lusa,..Dhiya akan
pergi jauh dari hidup Dan.. Mungkin Dan tak merasa.. kerna ramai lagi yang menanti
Dan di luar sana. Dhiya tak heran Dan. Dhiya pun ingin merasa apa yang orang rasa..
Dhiya terlalu rindukan Dan. Lama dah kita tak bercerita tentang harapan dan
impian kita Dan.. Hati Dhiya Dan tak pernah tanya kan. Dan..Dhiya rindukan Dan..
Dia : Dhiya..Dan faham. Walauun Dan kerja. Tapi Dan selalu rindukan Dhiya. Dan peluk Dhiya
setiap malam. Dhiya boleh rasa tak bagaimana hangat nya cinta Dan itu..? Dan selalu
rindukan Dhiya. Mungkin sejak akhir2 nie masa Dan terhad. Dhiya,.i’m sorie
sayang..
Aku : Dan,..maafkan Dhiya.. Dhiya dah kemas bilik ini. Mungkin dalam seminggu lagi
Dhiya akan balik. Biarlah Dhiya tenangkan fikiran dulu.. Dhiya kecewa.. Dhiya
rindu Dan..
Dia : Dhiya, janganlah macam tu. Dan tak mampu hidup tanpa Dhiya. Janganlah pergi
kemana mana buat masa nie.. ( Dan mendakapku erat. Namun hatiku tega. Aku
masuk kamar tidurku lantas menggapai beg tanganku dan beg galas ku. Tidak
lupa, aku kucup pipi Dan. Mata Dan merah. Mungkin Dan tahan hati. Beribu ribu
mungkin perasaan Dan pada ketika itu. Sayu nya pandangan nya itu. Lemah nya
jiwaku pada masa itu. Berat kakiku hendak melangkah pergi meninggalkan
dirinya. Mataku tertacap pada gambar perkahwinan kami. Foto itu ku simpan
dalam beg galas..dan aku terus berlalu pergi meninggalkan Dan. )
Sayang Dan..Janganlah pergi...Dhiya..jangan Dhiya.( Dan merayu rayu namun tidak
berbuat apa.. dia hanya mampu memandangku sepi....mungkin sesepi hatinya
nanti..)

Aku sempat menoleh ke belakang.. lantas aku berlari ke arahnya. Aku peluk nya sepuas puas hatiku. Aku menangis semahu mahu nya.. aku rindukan dirinya.. dirinya yang membuatkan aku hilang keluarga, saudara dan mungkin sesiapa sahaja yang dekat denganku. Aku meleraikan pelukan ku..dan..

................................................................................................................................................

Oh..Tuhan..Aku hanya bermimpi.. dan kini aku berada di rumahku sendiri.. Aku bukan meninggalkan Dan selama semingu tapi aku tak pernah meninggalkan dirinya. Aku tak pernah mengahwini Dan.. Aku cuma bermimpi.. Mungkin sejak akhir-akhir ni aku selalu merindui Dan.. Rindu nya hati ini..rindu yang teramat sangat.. Aku tatap album gambar dalam hp ku. Aku cium gambar Dan.. rindunya aku pada Dan..

Suasana sepi seketika. Aku terasa ingin menghubungi B.. aku rindukan suara itu.

I love u B..LOVE U SO MUCH AS MUCH MUSHROOM..

Monday, August 3, 2009

~Hanya Satu Imaginasi~

Dia masih seperti tadi, tidak berbicara sepatah pun. Aku pula kelu seribu bahasa. Seolah-olah aku kini adalah Tuan yang bersama drebar. Kadang-kadang aku menyanyi-nyanyi megikut rentak lagu yang diputarkan di radio dalam kereta serba mewah itu.Aku buka beg untuk mengambil gula-gula hacks yang masih ada 2 biji lagi. Satu kuhulurkan kepada nya, dan dia terus memasukkan gula-gula hacks yang sudah aku buka plastiknya ke dalam mulut. Aku teringatkan nombor telefon yang diberi oleh kedua-dua lelaki tadi. Dan alangkah terkejutnya aku bila aku buka kedua duanya adalah nom yang sama tertera .. 016-xxxxxxx..

Aku : Apa nie b.(aku bertanya sambil mengulurkan kedua-dua nombor itu.)
Dia : Sayang rasa macam mana..?(senyum)

Aku masih ingat lagi bagaimana seorang lelaki yang berbadan agak gempal, tinggi dan berkulit sawo matang menegurku.

Dia : “Hai, awak Damya kah.?”
AkU : Ya, kenapa.?
Dia : Saya tengah tunggu kawan saya yang bernama Damya?
Aku : (Dalam seba salah) Oh, ye ke..?Kkawan awak macam mana ye..? Awak tak
boleh
cam muka dia ke.? Manalah tau, kalau-kalau bukan hanya saya sahaja bernama
Damya. Saya tak kenal awak lah. Jawabku jujur.
Dia : Tak pe. Sebenar nya orang yang saya cari dah ada kat depan mata saya. Tapi,
ada sesorang kenal awak.
Aku : (Masih blur) Oh..ye ke..? Siapa..? Mana.? (dengan kepala terjenguk-jenguk aku
bertanya)
Dia : Hati saya…
Aku : Ya, Tuhan!! Biar betul kamu nie. Tiba-tiba je awak tahu nama saya Damya,
pastu awak sempat plak kata hati awak kenal saya…? (Sambil
membelakangkanya aku menarik muka masam. Gila agak nya dia ni. Aku mana
lah kenal dia. Orang yang aku tunggu nie tak pula kunjung tiba. Yang tak
diharap pula datang nak mengorat kita. Eeee..menyampahnya!!)
Dia :Janganlah sombong cik adik oi!! Kalau awak dah tahu siapa saya, baru awak
akan merasa teruja. Sebelum nie memang lah hati nie yang kenal awak. Sebab
dari mata turun ke hati kata orang tua-tua.hehehe…
Aku : Ek, eleh,jangan nak perasan kacak lah!! Awak ingat saya nie perempuan
murahan ke..? Sorry lah encik, mungkin tadi hanya kebetulan awak sahaja
terkeluar nama Damya. (Daniel,..mana kau..? Manalah mamat nie..? Orang dah
lama tunggu nie. Mamat perasan yang kat sebelah aku ni pun tak reti-reti bahasa
plak. Kalau kau terjumpa pak we aku baru kau tau. Tiba-tiba aku terdengar lagu
“u r not alone” menandakan ada msg yang datang. Ku buka msg, rupa nya dari
Daniel. Aku tersenyum bila dapat tau dia dah ada dekat sini. Berdebar-debar
pulak rasanya. Di kala itu, aku berpaling kearah lelaki itu tadi sambil tersenyum
sinis.
Dia : Eh, cantik pla muka awak bila awak senyum. Rasa tak puas nak pandang. Awak
betul tak kenal saya ke..? mungkin saya pernah hadir dalam hidup awak tanpa
awak sedari. Cuba chek dalam senarai kawan-kawan awak yang teristimewa
pernah bertaktha di hati awak. Tentu awak akan ingat lepas itu.
Aku : Saya betul-betul tak ingat lah awak.kan saya dah kata, saya tak kenal awak dan
saya tak kenal awak!! Awak faham ke..?( Dalam hatiku mula mendengus.
La,.manalah Daniel nie.? Janji nak ambik aku awal daripada biasa. Benci nya!!
Tidakkah dia tahu aku tak kenal dia langsung. Kalau kenal pun hanya suara je.
Tu pun, dalam telefon. Tanpa membuang masa, aku try kol Daniel. Namun tak
berangkat. Alamak?!! Mana dia nie..? La,..nak cepat nie.
Dia : Kenapa awak kelihatan gelisah..? Saya ada nampak seperti penyamun ke..?
Aku : (diam) tak. Sedang tunggu kawan.
Dia : Ow, kawan. Kawan yang macam mana.? Istimewa ke..?
Ak : Kenapa awak nak tau sangat erk..?
Di : Mungkin saya orang nya. Hehehe(dia ketawa)
Aku : Kenapa dengan awak nie..? Perasan tak habis-habis lah. Awak nak tau tak orang
yang saya tunggu tu adalah seorang lelaki. Berbadan sasa macam awak.
lebih bidang dan sasa dari awak lah kot. (aku dengan bangga nya berkata begitu)
Dia : Ok, Kalau macam tu, saya terpaksa pergi dulu. Awak jaga diri baik-baik erk..
Aku : Tau…Saya bukan budak lagi..

Leganya hatiku ketika itu bila melihat kakinya melangkah pergi. Aku mengiringi pemergian nya dari jauh. Bagus!! Kata hatiku. Belum sempat dia hilang dari pandangan aku melihat kelibat orang lain bersamanya. Berbaju putih dan berkolar dipadankan dengan seluar jeans. Itu ke Daniel.? Tak mungkin lah. Kelirunya aku ketika itu, lelaki yang duduk di sebelah ku tadi pun berpakaian sama. Ini tak boleh jadi nie. Apa aku nak buat nie. Apa kata aku buat mizcall terlebih dahulu. Manalah tau kalau-kalau salah seorang daripada mereka menjawab telefon.

Lantas aku mengambil telrfon dari begku. Dalam masa yang sama aku cari perkataan Daniel. Opss..alu lupa lah yang aku tak save nombor dia. Dengan pantas aku dail O16-xxxxxxx. Dari jauh aku perhatikan kedua-duanya. Kenapa tak ada seorang pun yang angkat telefon tetapi orang yang berada di kerusi belakangku telefon nya berbunyi. Spontan aku menoleh ke arahnya. Bersamanya ketika itu, ada seorang wanita awal usia 30-an dan seorang bayi sedang tidur dengan nyenyaknya “isteri dia kot” dalam hatiku membuat andaian sendiri..

Alangkah terkejut nya aku pada ketika itu, pakaian nya pun sama dengan kedua-duanya manusia yang aku lihat sebentar tadi. Mana satu nie.? Tapi, aku rasa bukan dia. Dah sudah berkeluarga. Kepala ku mula pening. Nafasku turun dan naik menandakan asma ku boleh datang menyerang bila-bila masa. Ku ambil beg galas yang berada di bawah kakiku ke ribaku. Tanganku dengan pantas menyelongkar segala isi yang ada. Namun tidak berhasil. Tidak puas dengan itu, aku mengambil beg tanganku yang berada di sebelahku. Namun hampa!!!

Aku terpaksa menarik nafas dalam-dalam, pejamkan mata dan akhirnya aku tunduk. Cuba mengurangkan tekanan yang berada di kepalaku. Saraf adrenaline mula memanipulasikan apa yang ada di kepalaku. Mungkin cuba mengimas segala data-data yang ada dalam fikiranku. Aku cuba mengosongkan fikiranku, agar otakku boleh berehat seperti sedai kala dan tidak penat untuk berfikir. Dalam keadaan itu, mujur ada seorang lelaki menegurku.

Dia : Cik,awak ok ke..?
Aku : Awak rasa saya mcam mana.? (kataku tanpa berpaling kearah suara nya)
Dia : Apa yang saya boleh tolong cik..?
Aku : Ada farmasi tak dekat sini..?
Dia : Di depan tu..kalau cik pening saya boleh belikan ubat sakit kepala, kalau
selesema saya belikan cik ubat clarinase. Ubat tu sangat berkesan. Tapi, kalau
Ck tak biasa boleh menyebabkan hidung berdarah. Tapi, Cik ni nampak penatlah
kan.. Cik ada menghidap asma ke?
Aku : Belikan saya salbutamol. Ubat asma. Cakap dengan pekedai tu, saya nak inhaler
bukan pil ok..?

Pada ketika itu, aku tidak tahu samada dia faham atau tidak apa yang aku cuba sampaikan. Namun dalam hatiku berharap, agar dirinya faham dengan penjelasan aku sebentar tadi. Tidak lama selepas itu, aku terdengar derap tapak kaki dari kananku. Aku tidak ingin menghiraukan siapa orang tu,. Cuma aku berharap dia adalah bukan penyamun, perompak atau perogol. Aku merasa kerusi di sebelahku sedikit terhinjut apabila ada orang lain duduk. Beg galas aku letakkan di tempat asal. Manakala beg tanganku masih di dalam pelukkakun, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dia : Damya…
Aku : Ya.. Dan kah….?(mataku masih terpejam dan kemudian sebelum berpaling ke
arahnya. Alangkah terkejutnya aku pada ketika itu. Dia bukan Dan. Dia adalah
lelaki yang duduk di sebelahku sebentar tadi. Malunya aku ketika itu. Aku naik
marah dan sedikit penat. Aku cuba mengawal pernafasan ku. Makin penat
rasanya.)
Dia : Dan..? Siapa Dan.? Eh, awak tadi nampak ok je..? Mengapa sekarang macam
awak susah nak bernafas..? Awak nak pergi hospital tak..? cuba minum air nie
dulu..(dia nampak panik ketika itu, muka nya membayangkan kerisauan yang
teramat sangat.. dan air yang berada di tangan nya akhirnya bertukar tangan)
Aku : Thanks. (aku yang malas hendak melayannya pada ketika itu hanya mampu
menjawab sepatah kata sahaja. Air yang berada di tanganku hanya ku minum
seteguk sahaja. Aku tidak ingin mengundang bahaya. Air yang berlebihan
diminum pesakit asma, boleh menyebabkan mereka pada tahap kelemasan. Aku
tidak ingin seperti itu. Cukup lah minum seteguk walaupun tekakku merasa
haus)

Aku berpaling pada seorang lelaki yang aku rasa seperti aku pernah nampaknya sebelum ini. Ya..baru sebentar tadi rasanya. Dan rasanya sewaktu mereka terserempak tadi kot. Mereka nampak saling mengenali antara satu sama lain.

Dia : Cik, ini ubatnya
Aku : Ow,Encik ni lah yang bertanya pada saya sebentar tadi ya..? Thanks ( tanpa berfikir panjang aku menekan-nekan inhaler itu sebanya dua kali. Aku tahan selama 10 saat bagi membolehkan ubat yang aku sedut itu betul-betul sampai ke peparu. Pancutan yang kedua membuatkan aku benar-benar segar, Jantungku mengepam dengan lebih laju lagi kesan daripada ubat tersebut bagi membolehkan oksigen masuk dan memastikan saluran pernafasan ku tidak tersumbatt)
Dia : Macam mana.? Dah ok ke..?
Aku : Huh.. rasa lebih lega lah. Kalau Encik tak ada tadi, tak tau lah nak buat apa.
Dia : Tak apalah. Saya hanya menolong setakat yang mampu je.Ok, saya pergi dulu.
(katanya sambil melambai tangan ke arahku dan lelaki di sebelahku. Belum
sempat aku berkata-kata, akhirnya dia melangkah laju meninggalkan aku dengan
seorang lelaki yang aku sangkakan sahabatnya. Rupanya aku tersilap. Mereka
tidak pernah mengenali dan mungkin hanya setakat bertegur sapa mungkin.. dan
dari tadi dia hanya menjadi pemerhati. Tiada kata yang terucap dari bubirnya)

Aku masih mengekalkan posisi ku seperti tadi. Ku pejamkan mata seolah-olah tiada sesiapa yang berada disisiku. Setelah merasa tenang, kubuka mataku semula. Tiba-tiba aku merasakan tingkah lakuku seperti diperhatikan. “ler, tak pergi lagi ke mamat nie” dengus hatiku.

Dia : Awak ada asma ke..?
Aku :Ya, kenapa awak tanya kalau dah tahu. (kataku geram!! )
Dia : Ow,..adik saya pun ada asma dulu. Tapi sekarang dah ok dah. Awak ada
amalkan cara tradisional ke..? berubat kat kampung ke..?
Aku : Awak tau nak berubat kat mana..?!!!( tanyaku sedikit teruja)
Dia : Pak cik saya..(balas nya bersahaja)
Aku : Dimana..? (bagaikan satu kuasa yang membuatkan aku benar-benar ingin tahu
dan tak sabar nak tahu)
Dia : Dekat sri aman.
Ak : Ow,..saya jauh lah dari kuching.. Habis tu ,macam mana. ?Saya tinggal jauh
dari sini. Kampung saya kat Julau.. Keluarga saya kat Sibu (ceritaku tanpa ragu-
ragu. Entah kenapa pada msa itu, aku berasa senang bercerita dengan nya.
Sedangkan aku tak pernah kenal dirinya. Aku merasa selesa akhirnya pada lelaki
nie.)
Dia : Maknanya malam ni awak nak tidur kat rumah sapa..? atau awak nak balik
malam nie dengan bas. Nanti boleh saya tolong hantarkan.
Aku : Ow,.tak pe lah. Saya bermalam kat rumah kawan. Dia datang jemput saya
sebentar lagi. Katanya dah dekat sini dah.
Dia : Perempuan ke lelaki..?
Aku : Lelaki.. kenapa awak nak tau sangat.? (aku mula mengerutkan dahi. Pelik juga
dia nie. Baru kejap kenal aku. Tapi, macam-macam dia nak tau. Heran..)
Dia : Pak we ke..?
Aku : Erm..(aku nak jawab apa ya..? Dia nie buat aku rimas lah. Penyibuk tak tentu
pasal. Suka hati saya lah. Kenapa nak tau sangat. Memang bengang lah kalau
layan dia nie..) Erm.. kalau awak tak kisah, saya rasa, saya tak nak jawab soalan
awak tu.
Dia : Lelaki tadi siapa.?
Ak : Maksud awak…….?
Dia : Lelaki yang bagi awak ubat tadi.
Aku : Dia kebetulan lalu kat sini (senyum)
Dia : Ok. Cam tuKalau macam tu, saya kena pergi dulu lah..

Dia bangun dari kerusi yang didukinya. Aku merasa heran dengan kehadirannya yang bagaikan chipsmore. Datang dan pergi sesuka hati je. Kadang-kadang rasa geli hati juga bertemu dengan orang yang macam dia nie.

Dia : Jaga diri baik-baik…saya kena pergi dulu k.
Aku : Ok. Awak pun sama.
Dia : Ambik nom nie. Simpan je lah. Buat kenang-kenangan. Kalau sudi hubungi lah
saya. Saya rasa ia perlu. (katanya sambil menghulurkan kertas.)
Aku : Terima kasih. Kalau saya perlu, saya akan kol. Mana lah tahu kalau tak ada
sesiapa yang berada di sini nanti bila saya perlukan pertolongan. (kataku cuba
berselorah sambil mengambil kertas dari tangannya. Kertas yang aku ambil dari
tangan nya itu, cepat-cepat aku simpan dalam beg kerna aku perlu menjawab
panggilan. Aku takut Daniel yang kol. Manalah tau, kalau-kalau dia tak jumpa
nampak aku..)

Aku mencari-cari telefon yang menjerit-jerit minta diangkat.Hah!! Jumpa dah. Aku tatap skrin yang berada di tanganku. 0h..Bella rupanya. Aku tekan butang yes pada punat kekunci telefon.

Bella : Hello, Damya..? (riangnya suara di sana)
Aku : Ha!! Kenapa..? Tak sangka kau kol aku. Hmm.kenapa..?
Bella : Saja nak tau kat mana. Aku risaukan keselamatan kau lah.
Aku : Aku ok je. Aku tengah tunggu orang jemput aku nie.
Bella : Aku rindukan kau lah. Rumah nie sunyi sangat kau tak ada. Macam kosong je
rumah nie paduhal Cuma ko sorang yang tak ada.
Aku : La..bukannya kau tak biasa pun..
Bella : Biasa ga.. tapi, kalau ada kau kan lagi bez. Ada lah teman mengumpat
aku..hehhe..
Aku : Awak nie tak ada perkara lain ke..? ( aku bergurau je sebenar nya. Saja je nak
sakitkan hati dia)
Bella : Ada. Cari pasal dengan kau!! (katanya merajuk)
Aku : La..takkan sampai kat situ pla. Kau tengah buat apa sekarang..?
Bella : La..mana lagi. Baru nak turun keluar makan ni, temankan pak we aku. Kalau aku
tak ada, jangan harap dia makan. Jadi, baik aku temankan dan jadi pemerhati dia.
Hehehe (katanya ketawa bahagia)
Aku : Tak pe lah. Sekurang-kurangnya kau ada temanlah kan..?
Bella : Teman apa ke benda kau nie.? Aku belum kawin lagi tau!! Tak pasal-pasal JAIS
datang ketuk pintu rumah aku malam-malam buta. Siapa yang malu..? Aku juga
yang malu. Keluarga aku kat kampung tu, lagilah. Jangan-jangan mak Temah
yang ada kat kampung tu lagi rancak nak mengumpat pasal aku. Ayah aku pula
sakit jantung kerna tak dapat terima umpat keji orang kampung. Tu dah kira ok
jugak. Macam mana kalau aku dan dia kena buang kerja. Kau nak ke tanggung
hidup aku.? (aku tak pasti dia marah ke tak. Tapi, aku tau Bella bukan semudah
tu pun. Dia jenis yang tak akan menyerah kepada mana-mana lelaki pun.)
Aku : Ok..ok.stop !.Panjang juga ceramah kau ye..? Bagus!! Boleh jadi ustazah
nie..haha..hhehhe..(usikku lagi)
Bella : Tak lah sampai macam tu sekali. Tapi, aku masih ingat siapa diriku Damya. Aku
tau jaga diri aku. Cuma aku risaukan kau je. Dah malam nie, takkan orang yang
jemput kau tak sampai lagi.
Aku : Tak taulah bella. Janji macam nie, pastu jadi cam nie plak. Eh!! Ada incoming
call lah plak. Kite stop kat sini je erk..
Bella : Ok. Balik nanti jangan lupa beli ikan terubuk masin k.
Aku : Ok. Bye (belum sempat dia membalas kata-kataku aku sudah menekan punat yes
pada incoming call. Dari Daniel rupanya.)


Daniel : Hello,..Damya.
Aku ; Mana nie.? Nak orang tunggu berapa lama lagi..?
Daniel : La..ok. Dan tau, Dan yang bersalah. Dan dah nampak sebenar nya. Cuma Dan
belum bersedia. Beri Dan masa ok.sayang..
Aku : Erm,,,( tertunduk malu sambil bermain main dengan mafelaku)
Daniel : Kenapa..? Damya ok ke..?
Aku : Ok. (jawabku ringkas tetapi lemah sekali. Mungkin sayu-sayup di telinga Dan,
mungkin………..)
Daniel : Dan akan datang sekejap lagi.
Aku : Ok. Tapi,..berapa lama.? Kite dah penat nie. Lama dah tuggu.
Daniel : Tu, Dan tau lah. Dan dah nampak pada mata Damya. Dan dah dapat baca segala-
galanya dari mata Damya. (cukup romantis bicaranya pada ketika itu.) Terbuaiku
oleh suara nya seketika. Aku tak tau kenapa aku teringin menemui. Apa yang
pasti adalah perlu!!
Aku : Apa kata tak payah jumpa sekali lah…….(balasku lemah. Aku kecewa dengan
dirinya. Aku ke yang tak tau malu @ dia yang terlalu permalu...? Semua itu
menjadi tanda tanya pada diriku.)
Daniel : Dah lah. Dan akan jumpa Damya sebentar lagi k..(katanya dengan yakin)
sebenar nya Dan dah jumpa Damya sebentar tadi. Damya perasan tak….? N
honestly, b malu and I’m not ready, sorry sayang.
Aku : Hah!!! (terkejut) Bila.? Di mana.? (sambungku lagi dengan perasaan ingin tahu )
Daniel : La..berapa ramai lelaki yang Anne numpa nie. Cuba ingat semula. Kan Dan dah
janji nak pakai baju putih berkolar dan dipadankan dengan jeans semalam.
(katanya cuba menerangkan sekali lagi)
Aku : Damya tau. Tapi Damya jumpa 3 lelaki berpakaian sama sebentar tadi. Yang
mana satu..?
Daniel : Ye ke.? Kalau macam tu, aura Damya menyatakan yang mana satu..?
Aku : Erm,.ntahlah..tapi rasanya yang tau nama kite tu kot.
Daniel : Hehhehe..yahoo!! pandai!! bagus!! (katanya gembira..)
Aku :Betul ke….?
Daniel : Bukan!! Damya salah..
Aku : Heran plak degan Dan nie. Orang tak kenal dan tak dapat cam, Dan yang suka.
Sepatut nya Dan harus ada perasaan cemburu tau!! Tapi,.Damya masih tak
faham,.kenapa lelaki yang first tadi boleh kenal Damya..tapi Damya harap bukan
yang tu lah. Tak lawa. Gempal ..pendek lagi tu.
Daniel : La..tak baik Damya cakap macam tu.. Dan pun bukanlah lawa sangat. Macam
biasa je. Mungkin Dan macam orang tu. Jadi Damya nak jawab apa..?
Aku : Entah!! Dah jodoh dipertemukan dengan orang seperti Dan.
Daniel : La..nie lah tak bez!! Kalau macam tu..susah lah macam nie Damya..( katanya
lemah..) Dan makin tak yakin lah nak jumpa Damya.
Aku : (tersenyum) Hehhehe..tak adalah..Dah lah.. mana nie..?
Daniel : Dan dah nampak dah Damya senyum. Aisehmen..lawalah…. nampak lesung
pipi..hehehe..suka lah. Macam tu lah….
Aku : la…mana nie..? (aku tertinjau-tinjau tapi mataku tidak nampak sebarang kelibat
pun… sesiapa yang tengah menjawab telefon)
Dia : Damya duduk lah dulu. Nanti Dan jumpa Damya k. Dan nak pergi toilet dulu.
Dan pun penat dah memerhatikan Damya dari jauh nie. Tak sabar plak nak
jumpa Damya.

Telefon dimatikan tiba-tiba dari sana. Huh..geramnya hatiku pada ketika itu. Aku cuba daill semula nombor dia.tapi tak berangkat. Sakitnya hati. Dengan tak semena-mena telefonku terpadam kehabisan bateri. Alamak!! Macam mana dia nak cari aku nanti. Alamatnya terpaksa lah aku bermalam kat sini malam nie. Aku bangun dari tempat duduk. Merayau-rayau di segenak lapangan terbang dengan satu harapan terjumpa public phone. Namun hampa..ada.tapi rosak. Kenapa lah selalu je cam nie..? Saje je nak kenakan aku. Mamat tu plak nak suruh aku tunggu. Tak jumpa aku baru padan muka!!

Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditepuk dari belakang. Aku tanpa berfikir panjang terus melonggarkan beg galasku lantas menghayunkan begku ke belakang!! Pap!! Dan 1,..2..aku yang masih terkejut berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku bila melihat lelaki yang membelikan aku ubat sebentar tadi menahan kesakitan akibat beg yang ku hayunkan. Aku terpaku dan membiarkan dirinya yang terbaring atas lantai. Lidahku kelu seketika. “alamak!! Apa yang telah buat nie..? nak buat apa erk..? nak hulurkan tangan bagi bantuan ke..? tidak!! Malu lah.. tapi, takkan nak biarkan dirinya macam tu je..?” dalam hatiku mula-mula berkira. Spontan..aku hulurkan tangan kearah dirinya.

Aku : Awak ok ke..? sorry..saya ingatkan orang yang cuba menyamun saya tadi..aku
cuba menerangkan segalanya dengan perasaan serba salah )
Dia : Tak pe lah.. saya ok je..Cuma saya risaukan awak sebab tu saya tepuk belakang
awak. Ingatkan nak panggil awak tadi tapi saya tak ingat nama awak. Nak buat
macam mana. ..? salah saya juga lupa nama awak.. kalau saya panggil “Oi” tadi,
tentu semua orang pandang saya. ..( dengan sedaya upaya dia cuba menerangkan
perkara yang sebenar..)
Aku : Macam mana awak boleh kata awak lupa..? sedangkan awak memang tak
sempat nak tanya pun .. (aku mengerutkan dahi dan memandangnya heran.)
Dia : a..aa..erm.. ow..ha ah..? Saya lupa lah tadi. Saya tak tanya pun nama awak tadi
kan. Betul juga apa yang cakap tu. Erm,.nama awak siapa..?
Aku : Panggil saja saya Damya. Semua orang panggil macam tu kat saya.
Dia : Lawa nama tu, macam orang nya. (katanya ikhlas)
Aku : Thanks.. erm,..awak buat apa kat sini.(aku tersipu-sipu malu)
Dia : Tunggu orang…Awak kenapa tak balik lagi..?
Aku : Sama lah macam awak. Tengah tunggu orang gak..
Dia : Awak dah ok ke..? Maksud saya,..sakit awak..
Aku : Ok je.. kan awak dah belikan saya ubat tadi.. tapi saya heran, macam mana awak
tau pelbagai jenis ubat..? ( kataku ingin tau)
Dia : Saya MO (Medical Officer) sebenar nya. Sebab tu saya tau.
Aku : Ye ke..? Bagus lah.. (aku merasa malu kerna dihadapanku kini adalah seorang
doktor.)
Dia : Awak plak kenapa ingin tau…?
Aku : Sebab saya suka jika orang tu banyak pengalaman dalam bidang perubatan.
Dia : Awak nampak masih muda. Tak sambung belajar ke..?
Aku : Saya dah kerja dah.. kira bagus dah.. Dulu saya pernah bekerja sebagai nursing
assistant di salah sebuah hospital swasta. Lagipun saya ada ramai adik beradik
yang masih perlukann saya untuk menyara persekolahan mereka.
Dia : Mana leh macam tu, kite kena ada angan-angan baru impian kita tercapai. Awak
anak yatim piatu ke..? Erm..sekarang kerja kat mana..?
Aku : Kat KL. Salah sebuah Kementerian..Ayah dan ibu saya masih ada, cuma
pendapatan ayah saya tak mampu menanggung persekolahan adik-adik saya
yang lain.
Dia : Kementerian mana..?
Aku : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Dia : Penerangan yang berinformasi, Bijak berkomunikasi dan penuh dengan budaya.
Sesuai dengan awak.
Aku : Sama je macam orang biasa…apa pun thanks..
Dia : Saya suka,..Dulu sepupu saya kerja bawah Kementerian tu. Tapi sekarang dah
dapat balik sabah dah..
Aku : Sepupu awak orang sabah..?
Dia : Ye..mak dia berkahwin dengan orang sana..
Aku : Ow..hm..

Kemudian, bicara kami terhenti setakat tu sahaja.. aku cuba menghidupkan telefonku namun tidak berhasil..

Dia : Kenapa……..?
Aku : Telefon kehabisan bateri… nak kol pakai public phone rosak lah plak..
Dia : Apa kata kalau awak pinjam telefon saya dulu kol saudara awak tu..?
Aku : Erm,..(aku mula berkira-kira..nak mengambil telefon yang dia hulurkan. Lebih-
lebih lagi aku tahu dia bukanlah sebarangan orang. Seganlah pulak.)
Dia : Nah..ambik lah..(katanya sambil meletakkan telefonnya ke atas tanganku.)
Aku : thanks…tak tau lah macam mana kalau tak ada awak..tadi
Dia : Tak pe lah..mana lah tau kalau kehadiran saya di sini hanya kerna awak.
Pertemuan kita pada hari nie telah ditentukan Tuhan. Jadi, saya hanya tolong
setakat yang mampu (katanya ikhlas)

Aku cuma tersenyum… aku dail 016-xxxxxxx dengan pantas sekali. Akhirnya berjawab. Hatiku merasa lega sedikit bila ada yang menyapa di sana. Suara itu yang aku tunggu selama beberapa minit yang lalu.

Aku : hello..Dan.
Daniel : Hmm Damya kat mana nie..? Berapa kali Dan dah pusing-pusing namun tak
jumpa. Dan sekarang tiba-tiba plak keluar nombor orang lain. Kenapa Dan kol
tak angkat. Dan hampir-hampir nak buat pengumuman sebenatar tadi,.mujur
Damya ada kol.
Aku : Telefon Anne kehabisan bateri. Ni pinjam telefon kawan.
Daniel : Walau pa pun lain kali jangan lah merayau kat tempat lain kalau tak ada bateri.
tunggu je Dan kat tempat tadi. Kan Dan dah kata yang Dan akan jumpa Damya,
bila dah balik dari toilet..? Damya…Damya,.. Dan risaulah.. sorry k..

Aku tutup telefon. Aku kecewa dengan dirinya. Aku tak nak dia marah kalau boleh aku tak nak dia risau pasal aku, Aku bukan budak lagi. Walau pun aku tau yang aku nie agak lembap. Tetapi mulutku tak lah sebegitu. Aku masih berani bertanya, tunjuk muka tebal dan cari arah kalau nak pergi mana-mana. Aku tau baca sign age.Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara.

Dia : Erm,..saya dah nak balik nie. Orang yang nak jemput awak dah sampai ke..?
kalau tak sampai lagi, biar saya je yang hantar awak balik.
Aku : Dah..tak pe lah. Awak pergi lah dulu..saya ok je. Nah telefon awak.ambil lah
Terima kasih. Saya kena pergi dulu.
Dia : Erm.tunggu jap k. Kalau ada apa-apa cuba hubungi saya k (sambil hulurkan satu
lagi kertas. Tak ubah seperti lelaki pertama yang saya jumpa mula-mula tadi)
dan kalau awak nak, awak ambil je telefon nie. Saya percaya kite akan berjumpa
semula sebentar lagi.
Aku : Thanks.. tak pe lah. Mungkin nanti, saya kena tebalkan muka pinjam telefon kat
kaunter pertanyaan tu (dia melihat ke arah yang aku tunjukan.) Saya pergi
dulu..bye.. (kertas itu masih dalam genggaman ku.. lalu kusimpan dalam beg
tanganku tanpa memeriksa nombor tersebut. )

Aku menghala ke tempat dudukku sebentar tadi. Makin dekat dan dekat. Perasaan heran menyelinap di hatiku. Hairan kenapa aku berjumpa dengan ketiga-tiga lelaki berpakain sama hari nie. Tapi, jenama baju lain-lain. Lelaki pertama baju POLO, Kedua pula Diesel dan yang terakhir iaitu yang kini berada di depanku namun dalam keadaan membelakangku Denim. Dan yang pertama dan kedua pula kedua-duanya memberikan aku nombor telefon. Heran.. adakah ini kejadian yang luar biasa dan kebetulan.? Semua orang risaukan aku dan sekaligus aku merasa sangat-sangat disayangi.. aku tersenyum sendirian bila aku imbas kembali semua itu. Dan..mana pergi wanita dan bayi yang berada di sebelah lelaki nie tadi….? Takkan dia pun tunggu aku. Aku tersenyum geli hati. Tak lah kot.

Sekarang aku berada di kerusi , dimana aku mula-mula duduk tadi. Cuma ada aku dan lelaki tadi je yang ada pada ketika itu. Dia tak balik lagi ke….? Hmm..nak tegur ke tak nie..? sombong semacam je. Buat-buat tak tau je dia ada kat sini.. Tak pe lah..Biarlah. aku membuka beg dan mengeluarkan gula batu hacks dari begku. Tiba-tiba aku diserang kebosanan….dan aku terdengar lelaki yang di belakangku menyanyikan lagu

Dia : Cintai aku,.dan bukan yang lain..tak ada lagi yang aku inginkan selain…hanya
dirimu…Damya..
Aku : (lantas berpaling ke belakang..) hmm.ya.. (kenapa ramai sangat orang kenal aku
hari nie..?)
Dia : Damya….( romantisnya dia menyebut namaku.. aku0 kah dimaksudkannya itu..?
aku masih ragu-ragu. Aku takut tersilap orang. Dan kah itu..?

Aku terkejut lantas menuju ke arahnya. Aku membuat separa bulatan untuk menghampirinya.. Menatap wajah nya yang tunduk dari tadi. Malu kah..?” Tanya hatiku..

Aku : Dan…(aku cuba mencari kepastian)
Dia : Damya ..i miz u so much. Now, u r in front of my eyes. May I huge u..?
Ak : Why not………..? (kataku dengan wajah yang sayu)

Aku terasa sayu sangat. Aku tak menyangka dia adalah lelaki yang ingin aku jumpa selama ini. Dan juga tak sangka lelaki yang duduk dan menunggu seseorang di belakang ku adalah lelaki yang teramat aku rindui. Dan angkat dari tempat duduk dan terus mencium pipiku. Tak puas dengan itu, aku dipeluknya. Aku tak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu. Aku merasakan betapa hangat nya kasih sayang Dan pada ketika itu. Sangat meruntun jiwaku. Babak-babak drama cinta yang setiap orang tunggu.. Mungkin Dan adalah heronya dan aku heroin nya.

Seperti ada suatu kuasa, aku pun membalas pelukan lelaki itu, Lelaki yang kucintai dan rindu selama ini. Walaupun usia nya jeuh lebih tua dariku, namun aku merasa bahagia di samping nya. Dan.aku merasa mataku mula berkaca. Titis demi tits dan kedengaran seolah-olah budak kecil yang merengik-rengik meminta dibelikan sesuatu. Namun aku puas. Aku merasakan pelukkan nya semakin longgar, dah dia tatap mataku. Dia kesat setiap kesan air mata yang ada dengan belakang tangannya

“Sayang, aku tak ingin kau menangis bila ketemu denganku. Aku bahagia dan sangat merinduimu selama ini. Ucapkan lah rindu seperti yang kau selalu ucapkan padaku saban malam. Aku amat menantikan nya.”

Aku tak mampu berkta-kata. Aku cuma mengangguk malu. Aku tahu kami sedang diperhatikan. Lalu aku merasakan kami harus pergi dari situ. Aku malu,..malu semalu malunya. Seolah-olah aku tengah menghafal sebuh skrip pula. Drama kami kini menjadi tontonan umum. Ini lah impian Dan. Ingin semua orang tahu betapa dia sangat mencintai dan menyayangi aku. Dan pernah berkata padaku yang dia amat bangga memiliku. Dia ingin dunia tahu yang kami kini sedang bercinta.

Seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan Dan, aku terus menyandang beg tanganku. Dan pula terus menggapai beg galasku. Dia membawaku jauh dari situ. Mungkin jauh dari pandangan semua orang,..dan mungkin tempat yang lebih selesa untuk kami berbicara tentang hati dan perasaan…

……………………………………………………………………………………………….

Dan kini, kami sedang berduaan dalam sebuah kereta. Dan memegang tanganku dan menciumnya dengan penuh mesra . Lagu “cintai aku “tiba-tiba diputarkan di corong radio yang terkemuka di negeri Sarawak. Aku yang diam dari tadi, terus menyanyikan lagu itu seperti rentak dalam radio dan akhirnya diikuti Dan. Kami akhirnya sama-sama menyanyi dengan penuh perasaan. Dari situ,..bermula satu episod cinta yang tak terungkap oleh aku sendiri namun telah Dan sedari dari dulu lagi..

Bahagianya aku dan Dan pada ketika itu. Mekarnya cinta itu,.semekarnya bunga rose merah seperti merahnya crimson itu. Dan agungnya cinta Dan itu, hanya aku yang tau. Cinta yang tak terluah di hati Damya selama ini akhirnya terluah jua. Kini, mereka terbang nun jauh di sana. Terbang dan terbang mungkin lebih tinggi dari awan,.. dan juga mungkin lebih tingi dari gunung everest. Manisnya cinta itu,..manis nya bukanlah boleh diibaratkan seperti madu. Namun lebih daripada itu. Dalam menghayati lagu-lagu di corong radio, akhirnya anne terlelap jua…Dan hanya memerhatikan kekasihnya dan akhirnya berjaya jua dia mengucup mulut Damya..

“I’m sorry anne. I need .. I need to kiss you. Miz u so much,.as much mushroom”