nuffnang

Monday, August 3, 2009

~Hanya Satu Imaginasi~

Dia masih seperti tadi, tidak berbicara sepatah pun. Aku pula kelu seribu bahasa. Seolah-olah aku kini adalah Tuan yang bersama drebar. Kadang-kadang aku menyanyi-nyanyi megikut rentak lagu yang diputarkan di radio dalam kereta serba mewah itu.Aku buka beg untuk mengambil gula-gula hacks yang masih ada 2 biji lagi. Satu kuhulurkan kepada nya, dan dia terus memasukkan gula-gula hacks yang sudah aku buka plastiknya ke dalam mulut. Aku teringatkan nombor telefon yang diberi oleh kedua-dua lelaki tadi. Dan alangkah terkejutnya aku bila aku buka kedua duanya adalah nom yang sama tertera .. 016-xxxxxxx..

Aku : Apa nie b.(aku bertanya sambil mengulurkan kedua-dua nombor itu.)
Dia : Sayang rasa macam mana..?(senyum)

Aku masih ingat lagi bagaimana seorang lelaki yang berbadan agak gempal, tinggi dan berkulit sawo matang menegurku.

Dia : “Hai, awak Damya kah.?”
AkU : Ya, kenapa.?
Dia : Saya tengah tunggu kawan saya yang bernama Damya?
Aku : (Dalam seba salah) Oh, ye ke..?Kkawan awak macam mana ye..? Awak tak
boleh
cam muka dia ke.? Manalah tau, kalau-kalau bukan hanya saya sahaja bernama
Damya. Saya tak kenal awak lah. Jawabku jujur.
Dia : Tak pe. Sebenar nya orang yang saya cari dah ada kat depan mata saya. Tapi,
ada sesorang kenal awak.
Aku : (Masih blur) Oh..ye ke..? Siapa..? Mana.? (dengan kepala terjenguk-jenguk aku
bertanya)
Dia : Hati saya…
Aku : Ya, Tuhan!! Biar betul kamu nie. Tiba-tiba je awak tahu nama saya Damya,
pastu awak sempat plak kata hati awak kenal saya…? (Sambil
membelakangkanya aku menarik muka masam. Gila agak nya dia ni. Aku mana
lah kenal dia. Orang yang aku tunggu nie tak pula kunjung tiba. Yang tak
diharap pula datang nak mengorat kita. Eeee..menyampahnya!!)
Dia :Janganlah sombong cik adik oi!! Kalau awak dah tahu siapa saya, baru awak
akan merasa teruja. Sebelum nie memang lah hati nie yang kenal awak. Sebab
dari mata turun ke hati kata orang tua-tua.hehehe…
Aku : Ek, eleh,jangan nak perasan kacak lah!! Awak ingat saya nie perempuan
murahan ke..? Sorry lah encik, mungkin tadi hanya kebetulan awak sahaja
terkeluar nama Damya. (Daniel,..mana kau..? Manalah mamat nie..? Orang dah
lama tunggu nie. Mamat perasan yang kat sebelah aku ni pun tak reti-reti bahasa
plak. Kalau kau terjumpa pak we aku baru kau tau. Tiba-tiba aku terdengar lagu
“u r not alone” menandakan ada msg yang datang. Ku buka msg, rupa nya dari
Daniel. Aku tersenyum bila dapat tau dia dah ada dekat sini. Berdebar-debar
pulak rasanya. Di kala itu, aku berpaling kearah lelaki itu tadi sambil tersenyum
sinis.
Dia : Eh, cantik pla muka awak bila awak senyum. Rasa tak puas nak pandang. Awak
betul tak kenal saya ke..? mungkin saya pernah hadir dalam hidup awak tanpa
awak sedari. Cuba chek dalam senarai kawan-kawan awak yang teristimewa
pernah bertaktha di hati awak. Tentu awak akan ingat lepas itu.
Aku : Saya betul-betul tak ingat lah awak.kan saya dah kata, saya tak kenal awak dan
saya tak kenal awak!! Awak faham ke..?( Dalam hatiku mula mendengus.
La,.manalah Daniel nie.? Janji nak ambik aku awal daripada biasa. Benci nya!!
Tidakkah dia tahu aku tak kenal dia langsung. Kalau kenal pun hanya suara je.
Tu pun, dalam telefon. Tanpa membuang masa, aku try kol Daniel. Namun tak
berangkat. Alamak?!! Mana dia nie..? La,..nak cepat nie.
Dia : Kenapa awak kelihatan gelisah..? Saya ada nampak seperti penyamun ke..?
Aku : (diam) tak. Sedang tunggu kawan.
Dia : Ow, kawan. Kawan yang macam mana.? Istimewa ke..?
Ak : Kenapa awak nak tau sangat erk..?
Di : Mungkin saya orang nya. Hehehe(dia ketawa)
Aku : Kenapa dengan awak nie..? Perasan tak habis-habis lah. Awak nak tau tak orang
yang saya tunggu tu adalah seorang lelaki. Berbadan sasa macam awak.
lebih bidang dan sasa dari awak lah kot. (aku dengan bangga nya berkata begitu)
Dia : Ok, Kalau macam tu, saya terpaksa pergi dulu. Awak jaga diri baik-baik erk..
Aku : Tau…Saya bukan budak lagi..

Leganya hatiku ketika itu bila melihat kakinya melangkah pergi. Aku mengiringi pemergian nya dari jauh. Bagus!! Kata hatiku. Belum sempat dia hilang dari pandangan aku melihat kelibat orang lain bersamanya. Berbaju putih dan berkolar dipadankan dengan seluar jeans. Itu ke Daniel.? Tak mungkin lah. Kelirunya aku ketika itu, lelaki yang duduk di sebelah ku tadi pun berpakaian sama. Ini tak boleh jadi nie. Apa aku nak buat nie. Apa kata aku buat mizcall terlebih dahulu. Manalah tau kalau-kalau salah seorang daripada mereka menjawab telefon.

Lantas aku mengambil telrfon dari begku. Dalam masa yang sama aku cari perkataan Daniel. Opss..alu lupa lah yang aku tak save nombor dia. Dengan pantas aku dail O16-xxxxxxx. Dari jauh aku perhatikan kedua-duanya. Kenapa tak ada seorang pun yang angkat telefon tetapi orang yang berada di kerusi belakangku telefon nya berbunyi. Spontan aku menoleh ke arahnya. Bersamanya ketika itu, ada seorang wanita awal usia 30-an dan seorang bayi sedang tidur dengan nyenyaknya “isteri dia kot” dalam hatiku membuat andaian sendiri..

Alangkah terkejut nya aku pada ketika itu, pakaian nya pun sama dengan kedua-duanya manusia yang aku lihat sebentar tadi. Mana satu nie.? Tapi, aku rasa bukan dia. Dah sudah berkeluarga. Kepala ku mula pening. Nafasku turun dan naik menandakan asma ku boleh datang menyerang bila-bila masa. Ku ambil beg galas yang berada di bawah kakiku ke ribaku. Tanganku dengan pantas menyelongkar segala isi yang ada. Namun tidak berhasil. Tidak puas dengan itu, aku mengambil beg tanganku yang berada di sebelahku. Namun hampa!!!

Aku terpaksa menarik nafas dalam-dalam, pejamkan mata dan akhirnya aku tunduk. Cuba mengurangkan tekanan yang berada di kepalaku. Saraf adrenaline mula memanipulasikan apa yang ada di kepalaku. Mungkin cuba mengimas segala data-data yang ada dalam fikiranku. Aku cuba mengosongkan fikiranku, agar otakku boleh berehat seperti sedai kala dan tidak penat untuk berfikir. Dalam keadaan itu, mujur ada seorang lelaki menegurku.

Dia : Cik,awak ok ke..?
Aku : Awak rasa saya mcam mana.? (kataku tanpa berpaling kearah suara nya)
Dia : Apa yang saya boleh tolong cik..?
Aku : Ada farmasi tak dekat sini..?
Dia : Di depan tu..kalau cik pening saya boleh belikan ubat sakit kepala, kalau
selesema saya belikan cik ubat clarinase. Ubat tu sangat berkesan. Tapi, kalau
Ck tak biasa boleh menyebabkan hidung berdarah. Tapi, Cik ni nampak penatlah
kan.. Cik ada menghidap asma ke?
Aku : Belikan saya salbutamol. Ubat asma. Cakap dengan pekedai tu, saya nak inhaler
bukan pil ok..?

Pada ketika itu, aku tidak tahu samada dia faham atau tidak apa yang aku cuba sampaikan. Namun dalam hatiku berharap, agar dirinya faham dengan penjelasan aku sebentar tadi. Tidak lama selepas itu, aku terdengar derap tapak kaki dari kananku. Aku tidak ingin menghiraukan siapa orang tu,. Cuma aku berharap dia adalah bukan penyamun, perompak atau perogol. Aku merasa kerusi di sebelahku sedikit terhinjut apabila ada orang lain duduk. Beg galas aku letakkan di tempat asal. Manakala beg tanganku masih di dalam pelukkakun, bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Dia : Damya…
Aku : Ya.. Dan kah….?(mataku masih terpejam dan kemudian sebelum berpaling ke
arahnya. Alangkah terkejutnya aku pada ketika itu. Dia bukan Dan. Dia adalah
lelaki yang duduk di sebelahku sebentar tadi. Malunya aku ketika itu. Aku naik
marah dan sedikit penat. Aku cuba mengawal pernafasan ku. Makin penat
rasanya.)
Dia : Dan..? Siapa Dan.? Eh, awak tadi nampak ok je..? Mengapa sekarang macam
awak susah nak bernafas..? Awak nak pergi hospital tak..? cuba minum air nie
dulu..(dia nampak panik ketika itu, muka nya membayangkan kerisauan yang
teramat sangat.. dan air yang berada di tangan nya akhirnya bertukar tangan)
Aku : Thanks. (aku yang malas hendak melayannya pada ketika itu hanya mampu
menjawab sepatah kata sahaja. Air yang berada di tanganku hanya ku minum
seteguk sahaja. Aku tidak ingin mengundang bahaya. Air yang berlebihan
diminum pesakit asma, boleh menyebabkan mereka pada tahap kelemasan. Aku
tidak ingin seperti itu. Cukup lah minum seteguk walaupun tekakku merasa
haus)

Aku berpaling pada seorang lelaki yang aku rasa seperti aku pernah nampaknya sebelum ini. Ya..baru sebentar tadi rasanya. Dan rasanya sewaktu mereka terserempak tadi kot. Mereka nampak saling mengenali antara satu sama lain.

Dia : Cik, ini ubatnya
Aku : Ow,Encik ni lah yang bertanya pada saya sebentar tadi ya..? Thanks ( tanpa berfikir panjang aku menekan-nekan inhaler itu sebanya dua kali. Aku tahan selama 10 saat bagi membolehkan ubat yang aku sedut itu betul-betul sampai ke peparu. Pancutan yang kedua membuatkan aku benar-benar segar, Jantungku mengepam dengan lebih laju lagi kesan daripada ubat tersebut bagi membolehkan oksigen masuk dan memastikan saluran pernafasan ku tidak tersumbatt)
Dia : Macam mana.? Dah ok ke..?
Aku : Huh.. rasa lebih lega lah. Kalau Encik tak ada tadi, tak tau lah nak buat apa.
Dia : Tak apalah. Saya hanya menolong setakat yang mampu je.Ok, saya pergi dulu.
(katanya sambil melambai tangan ke arahku dan lelaki di sebelahku. Belum
sempat aku berkata-kata, akhirnya dia melangkah laju meninggalkan aku dengan
seorang lelaki yang aku sangkakan sahabatnya. Rupanya aku tersilap. Mereka
tidak pernah mengenali dan mungkin hanya setakat bertegur sapa mungkin.. dan
dari tadi dia hanya menjadi pemerhati. Tiada kata yang terucap dari bubirnya)

Aku masih mengekalkan posisi ku seperti tadi. Ku pejamkan mata seolah-olah tiada sesiapa yang berada disisiku. Setelah merasa tenang, kubuka mataku semula. Tiba-tiba aku merasakan tingkah lakuku seperti diperhatikan. “ler, tak pergi lagi ke mamat nie” dengus hatiku.

Dia : Awak ada asma ke..?
Aku :Ya, kenapa awak tanya kalau dah tahu. (kataku geram!! )
Dia : Ow,..adik saya pun ada asma dulu. Tapi sekarang dah ok dah. Awak ada
amalkan cara tradisional ke..? berubat kat kampung ke..?
Aku : Awak tau nak berubat kat mana..?!!!( tanyaku sedikit teruja)
Dia : Pak cik saya..(balas nya bersahaja)
Aku : Dimana..? (bagaikan satu kuasa yang membuatkan aku benar-benar ingin tahu
dan tak sabar nak tahu)
Dia : Dekat sri aman.
Ak : Ow,..saya jauh lah dari kuching.. Habis tu ,macam mana. ?Saya tinggal jauh
dari sini. Kampung saya kat Julau.. Keluarga saya kat Sibu (ceritaku tanpa ragu-
ragu. Entah kenapa pada msa itu, aku berasa senang bercerita dengan nya.
Sedangkan aku tak pernah kenal dirinya. Aku merasa selesa akhirnya pada lelaki
nie.)
Dia : Maknanya malam ni awak nak tidur kat rumah sapa..? atau awak nak balik
malam nie dengan bas. Nanti boleh saya tolong hantarkan.
Aku : Ow,.tak pe lah. Saya bermalam kat rumah kawan. Dia datang jemput saya
sebentar lagi. Katanya dah dekat sini dah.
Dia : Perempuan ke lelaki..?
Aku : Lelaki.. kenapa awak nak tau sangat.? (aku mula mengerutkan dahi. Pelik juga
dia nie. Baru kejap kenal aku. Tapi, macam-macam dia nak tau. Heran..)
Dia : Pak we ke..?
Aku : Erm..(aku nak jawab apa ya..? Dia nie buat aku rimas lah. Penyibuk tak tentu
pasal. Suka hati saya lah. Kenapa nak tau sangat. Memang bengang lah kalau
layan dia nie..) Erm.. kalau awak tak kisah, saya rasa, saya tak nak jawab soalan
awak tu.
Dia : Lelaki tadi siapa.?
Ak : Maksud awak…….?
Dia : Lelaki yang bagi awak ubat tadi.
Aku : Dia kebetulan lalu kat sini (senyum)
Dia : Ok. Cam tuKalau macam tu, saya kena pergi dulu lah..

Dia bangun dari kerusi yang didukinya. Aku merasa heran dengan kehadirannya yang bagaikan chipsmore. Datang dan pergi sesuka hati je. Kadang-kadang rasa geli hati juga bertemu dengan orang yang macam dia nie.

Dia : Jaga diri baik-baik…saya kena pergi dulu k.
Aku : Ok. Awak pun sama.
Dia : Ambik nom nie. Simpan je lah. Buat kenang-kenangan. Kalau sudi hubungi lah
saya. Saya rasa ia perlu. (katanya sambil menghulurkan kertas.)
Aku : Terima kasih. Kalau saya perlu, saya akan kol. Mana lah tahu kalau tak ada
sesiapa yang berada di sini nanti bila saya perlukan pertolongan. (kataku cuba
berselorah sambil mengambil kertas dari tangannya. Kertas yang aku ambil dari
tangan nya itu, cepat-cepat aku simpan dalam beg kerna aku perlu menjawab
panggilan. Aku takut Daniel yang kol. Manalah tau, kalau-kalau dia tak jumpa
nampak aku..)

Aku mencari-cari telefon yang menjerit-jerit minta diangkat.Hah!! Jumpa dah. Aku tatap skrin yang berada di tanganku. 0h..Bella rupanya. Aku tekan butang yes pada punat kekunci telefon.

Bella : Hello, Damya..? (riangnya suara di sana)
Aku : Ha!! Kenapa..? Tak sangka kau kol aku. Hmm.kenapa..?
Bella : Saja nak tau kat mana. Aku risaukan keselamatan kau lah.
Aku : Aku ok je. Aku tengah tunggu orang jemput aku nie.
Bella : Aku rindukan kau lah. Rumah nie sunyi sangat kau tak ada. Macam kosong je
rumah nie paduhal Cuma ko sorang yang tak ada.
Aku : La..bukannya kau tak biasa pun..
Bella : Biasa ga.. tapi, kalau ada kau kan lagi bez. Ada lah teman mengumpat
aku..hehhe..
Aku : Awak nie tak ada perkara lain ke..? ( aku bergurau je sebenar nya. Saja je nak
sakitkan hati dia)
Bella : Ada. Cari pasal dengan kau!! (katanya merajuk)
Aku : La..takkan sampai kat situ pla. Kau tengah buat apa sekarang..?
Bella : La..mana lagi. Baru nak turun keluar makan ni, temankan pak we aku. Kalau aku
tak ada, jangan harap dia makan. Jadi, baik aku temankan dan jadi pemerhati dia.
Hehehe (katanya ketawa bahagia)
Aku : Tak pe lah. Sekurang-kurangnya kau ada temanlah kan..?
Bella : Teman apa ke benda kau nie.? Aku belum kawin lagi tau!! Tak pasal-pasal JAIS
datang ketuk pintu rumah aku malam-malam buta. Siapa yang malu..? Aku juga
yang malu. Keluarga aku kat kampung tu, lagilah. Jangan-jangan mak Temah
yang ada kat kampung tu lagi rancak nak mengumpat pasal aku. Ayah aku pula
sakit jantung kerna tak dapat terima umpat keji orang kampung. Tu dah kira ok
jugak. Macam mana kalau aku dan dia kena buang kerja. Kau nak ke tanggung
hidup aku.? (aku tak pasti dia marah ke tak. Tapi, aku tau Bella bukan semudah
tu pun. Dia jenis yang tak akan menyerah kepada mana-mana lelaki pun.)
Aku : Ok..ok.stop !.Panjang juga ceramah kau ye..? Bagus!! Boleh jadi ustazah
nie..haha..hhehhe..(usikku lagi)
Bella : Tak lah sampai macam tu sekali. Tapi, aku masih ingat siapa diriku Damya. Aku
tau jaga diri aku. Cuma aku risaukan kau je. Dah malam nie, takkan orang yang
jemput kau tak sampai lagi.
Aku : Tak taulah bella. Janji macam nie, pastu jadi cam nie plak. Eh!! Ada incoming
call lah plak. Kite stop kat sini je erk..
Bella : Ok. Balik nanti jangan lupa beli ikan terubuk masin k.
Aku : Ok. Bye (belum sempat dia membalas kata-kataku aku sudah menekan punat yes
pada incoming call. Dari Daniel rupanya.)


Daniel : Hello,..Damya.
Aku ; Mana nie.? Nak orang tunggu berapa lama lagi..?
Daniel : La..ok. Dan tau, Dan yang bersalah. Dan dah nampak sebenar nya. Cuma Dan
belum bersedia. Beri Dan masa ok.sayang..
Aku : Erm,,,( tertunduk malu sambil bermain main dengan mafelaku)
Daniel : Kenapa..? Damya ok ke..?
Aku : Ok. (jawabku ringkas tetapi lemah sekali. Mungkin sayu-sayup di telinga Dan,
mungkin………..)
Daniel : Dan akan datang sekejap lagi.
Aku : Ok. Tapi,..berapa lama.? Kite dah penat nie. Lama dah tuggu.
Daniel : Tu, Dan tau lah. Dan dah nampak pada mata Damya. Dan dah dapat baca segala-
galanya dari mata Damya. (cukup romantis bicaranya pada ketika itu.) Terbuaiku
oleh suara nya seketika. Aku tak tau kenapa aku teringin menemui. Apa yang
pasti adalah perlu!!
Aku : Apa kata tak payah jumpa sekali lah…….(balasku lemah. Aku kecewa dengan
dirinya. Aku ke yang tak tau malu @ dia yang terlalu permalu...? Semua itu
menjadi tanda tanya pada diriku.)
Daniel : Dah lah. Dan akan jumpa Damya sebentar lagi k..(katanya dengan yakin)
sebenar nya Dan dah jumpa Damya sebentar tadi. Damya perasan tak….? N
honestly, b malu and I’m not ready, sorry sayang.
Aku : Hah!!! (terkejut) Bila.? Di mana.? (sambungku lagi dengan perasaan ingin tahu )
Daniel : La..berapa ramai lelaki yang Anne numpa nie. Cuba ingat semula. Kan Dan dah
janji nak pakai baju putih berkolar dan dipadankan dengan jeans semalam.
(katanya cuba menerangkan sekali lagi)
Aku : Damya tau. Tapi Damya jumpa 3 lelaki berpakaian sama sebentar tadi. Yang
mana satu..?
Daniel : Ye ke.? Kalau macam tu, aura Damya menyatakan yang mana satu..?
Aku : Erm,.ntahlah..tapi rasanya yang tau nama kite tu kot.
Daniel : Hehhehe..yahoo!! pandai!! bagus!! (katanya gembira..)
Aku :Betul ke….?
Daniel : Bukan!! Damya salah..
Aku : Heran plak degan Dan nie. Orang tak kenal dan tak dapat cam, Dan yang suka.
Sepatut nya Dan harus ada perasaan cemburu tau!! Tapi,.Damya masih tak
faham,.kenapa lelaki yang first tadi boleh kenal Damya..tapi Damya harap bukan
yang tu lah. Tak lawa. Gempal ..pendek lagi tu.
Daniel : La..tak baik Damya cakap macam tu.. Dan pun bukanlah lawa sangat. Macam
biasa je. Mungkin Dan macam orang tu. Jadi Damya nak jawab apa..?
Aku : Entah!! Dah jodoh dipertemukan dengan orang seperti Dan.
Daniel : La..nie lah tak bez!! Kalau macam tu..susah lah macam nie Damya..( katanya
lemah..) Dan makin tak yakin lah nak jumpa Damya.
Aku : (tersenyum) Hehhehe..tak adalah..Dah lah.. mana nie..?
Daniel : Dan dah nampak dah Damya senyum. Aisehmen..lawalah…. nampak lesung
pipi..hehehe..suka lah. Macam tu lah….
Aku : la…mana nie..? (aku tertinjau-tinjau tapi mataku tidak nampak sebarang kelibat
pun… sesiapa yang tengah menjawab telefon)
Dia : Damya duduk lah dulu. Nanti Dan jumpa Damya k. Dan nak pergi toilet dulu.
Dan pun penat dah memerhatikan Damya dari jauh nie. Tak sabar plak nak
jumpa Damya.

Telefon dimatikan tiba-tiba dari sana. Huh..geramnya hatiku pada ketika itu. Aku cuba daill semula nombor dia.tapi tak berangkat. Sakitnya hati. Dengan tak semena-mena telefonku terpadam kehabisan bateri. Alamak!! Macam mana dia nak cari aku nanti. Alamatnya terpaksa lah aku bermalam kat sini malam nie. Aku bangun dari tempat duduk. Merayau-rayau di segenak lapangan terbang dengan satu harapan terjumpa public phone. Namun hampa..ada.tapi rosak. Kenapa lah selalu je cam nie..? Saje je nak kenakan aku. Mamat tu plak nak suruh aku tunggu. Tak jumpa aku baru padan muka!!

Tiba-tiba aku merasakan bahuku ditepuk dari belakang. Aku tanpa berfikir panjang terus melonggarkan beg galasku lantas menghayunkan begku ke belakang!! Pap!! Dan 1,..2..aku yang masih terkejut berpaling ke belakang. Alangkah terkejutnya aku bila melihat lelaki yang membelikan aku ubat sebentar tadi menahan kesakitan akibat beg yang ku hayunkan. Aku terpaku dan membiarkan dirinya yang terbaring atas lantai. Lidahku kelu seketika. “alamak!! Apa yang telah buat nie..? nak buat apa erk..? nak hulurkan tangan bagi bantuan ke..? tidak!! Malu lah.. tapi, takkan nak biarkan dirinya macam tu je..?” dalam hatiku mula-mula berkira. Spontan..aku hulurkan tangan kearah dirinya.

Aku : Awak ok ke..? sorry..saya ingatkan orang yang cuba menyamun saya tadi..aku
cuba menerangkan segalanya dengan perasaan serba salah )
Dia : Tak pe lah.. saya ok je..Cuma saya risaukan awak sebab tu saya tepuk belakang
awak. Ingatkan nak panggil awak tadi tapi saya tak ingat nama awak. Nak buat
macam mana. ..? salah saya juga lupa nama awak.. kalau saya panggil “Oi” tadi,
tentu semua orang pandang saya. ..( dengan sedaya upaya dia cuba menerangkan
perkara yang sebenar..)
Aku : Macam mana awak boleh kata awak lupa..? sedangkan awak memang tak
sempat nak tanya pun .. (aku mengerutkan dahi dan memandangnya heran.)
Dia : a..aa..erm.. ow..ha ah..? Saya lupa lah tadi. Saya tak tanya pun nama awak tadi
kan. Betul juga apa yang cakap tu. Erm,.nama awak siapa..?
Aku : Panggil saja saya Damya. Semua orang panggil macam tu kat saya.
Dia : Lawa nama tu, macam orang nya. (katanya ikhlas)
Aku : Thanks.. erm,..awak buat apa kat sini.(aku tersipu-sipu malu)
Dia : Tunggu orang…Awak kenapa tak balik lagi..?
Aku : Sama lah macam awak. Tengah tunggu orang gak..
Dia : Awak dah ok ke..? Maksud saya,..sakit awak..
Aku : Ok je.. kan awak dah belikan saya ubat tadi.. tapi saya heran, macam mana awak
tau pelbagai jenis ubat..? ( kataku ingin tau)
Dia : Saya MO (Medical Officer) sebenar nya. Sebab tu saya tau.
Aku : Ye ke..? Bagus lah.. (aku merasa malu kerna dihadapanku kini adalah seorang
doktor.)
Dia : Awak plak kenapa ingin tau…?
Aku : Sebab saya suka jika orang tu banyak pengalaman dalam bidang perubatan.
Dia : Awak nampak masih muda. Tak sambung belajar ke..?
Aku : Saya dah kerja dah.. kira bagus dah.. Dulu saya pernah bekerja sebagai nursing
assistant di salah sebuah hospital swasta. Lagipun saya ada ramai adik beradik
yang masih perlukann saya untuk menyara persekolahan mereka.
Dia : Mana leh macam tu, kite kena ada angan-angan baru impian kita tercapai. Awak
anak yatim piatu ke..? Erm..sekarang kerja kat mana..?
Aku : Kat KL. Salah sebuah Kementerian..Ayah dan ibu saya masih ada, cuma
pendapatan ayah saya tak mampu menanggung persekolahan adik-adik saya
yang lain.
Dia : Kementerian mana..?
Aku : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Dia : Penerangan yang berinformasi, Bijak berkomunikasi dan penuh dengan budaya.
Sesuai dengan awak.
Aku : Sama je macam orang biasa…apa pun thanks..
Dia : Saya suka,..Dulu sepupu saya kerja bawah Kementerian tu. Tapi sekarang dah
dapat balik sabah dah..
Aku : Sepupu awak orang sabah..?
Dia : Ye..mak dia berkahwin dengan orang sana..
Aku : Ow..hm..

Kemudian, bicara kami terhenti setakat tu sahaja.. aku cuba menghidupkan telefonku namun tidak berhasil..

Dia : Kenapa……..?
Aku : Telefon kehabisan bateri… nak kol pakai public phone rosak lah plak..
Dia : Apa kata kalau awak pinjam telefon saya dulu kol saudara awak tu..?
Aku : Erm,..(aku mula berkira-kira..nak mengambil telefon yang dia hulurkan. Lebih-
lebih lagi aku tahu dia bukanlah sebarangan orang. Seganlah pulak.)
Dia : Nah..ambik lah..(katanya sambil meletakkan telefonnya ke atas tanganku.)
Aku : thanks…tak tau lah macam mana kalau tak ada awak..tadi
Dia : Tak pe lah..mana lah tau kalau kehadiran saya di sini hanya kerna awak.
Pertemuan kita pada hari nie telah ditentukan Tuhan. Jadi, saya hanya tolong
setakat yang mampu (katanya ikhlas)

Aku cuma tersenyum… aku dail 016-xxxxxxx dengan pantas sekali. Akhirnya berjawab. Hatiku merasa lega sedikit bila ada yang menyapa di sana. Suara itu yang aku tunggu selama beberapa minit yang lalu.

Aku : hello..Dan.
Daniel : Hmm Damya kat mana nie..? Berapa kali Dan dah pusing-pusing namun tak
jumpa. Dan sekarang tiba-tiba plak keluar nombor orang lain. Kenapa Dan kol
tak angkat. Dan hampir-hampir nak buat pengumuman sebenatar tadi,.mujur
Damya ada kol.
Aku : Telefon Anne kehabisan bateri. Ni pinjam telefon kawan.
Daniel : Walau pa pun lain kali jangan lah merayau kat tempat lain kalau tak ada bateri.
tunggu je Dan kat tempat tadi. Kan Dan dah kata yang Dan akan jumpa Damya,
bila dah balik dari toilet..? Damya…Damya,.. Dan risaulah.. sorry k..

Aku tutup telefon. Aku kecewa dengan dirinya. Aku tak nak dia marah kalau boleh aku tak nak dia risau pasal aku, Aku bukan budak lagi. Walau pun aku tau yang aku nie agak lembap. Tetapi mulutku tak lah sebegitu. Aku masih berani bertanya, tunjuk muka tebal dan cari arah kalau nak pergi mana-mana. Aku tau baca sign age.Tiba-tiba aku dikejutkan oleh satu suara.

Dia : Erm,..saya dah nak balik nie. Orang yang nak jemput awak dah sampai ke..?
kalau tak sampai lagi, biar saya je yang hantar awak balik.
Aku : Dah..tak pe lah. Awak pergi lah dulu..saya ok je. Nah telefon awak.ambil lah
Terima kasih. Saya kena pergi dulu.
Dia : Erm.tunggu jap k. Kalau ada apa-apa cuba hubungi saya k (sambil hulurkan satu
lagi kertas. Tak ubah seperti lelaki pertama yang saya jumpa mula-mula tadi)
dan kalau awak nak, awak ambil je telefon nie. Saya percaya kite akan berjumpa
semula sebentar lagi.
Aku : Thanks.. tak pe lah. Mungkin nanti, saya kena tebalkan muka pinjam telefon kat
kaunter pertanyaan tu (dia melihat ke arah yang aku tunjukan.) Saya pergi
dulu..bye.. (kertas itu masih dalam genggaman ku.. lalu kusimpan dalam beg
tanganku tanpa memeriksa nombor tersebut. )

Aku menghala ke tempat dudukku sebentar tadi. Makin dekat dan dekat. Perasaan heran menyelinap di hatiku. Hairan kenapa aku berjumpa dengan ketiga-tiga lelaki berpakain sama hari nie. Tapi, jenama baju lain-lain. Lelaki pertama baju POLO, Kedua pula Diesel dan yang terakhir iaitu yang kini berada di depanku namun dalam keadaan membelakangku Denim. Dan yang pertama dan kedua pula kedua-duanya memberikan aku nombor telefon. Heran.. adakah ini kejadian yang luar biasa dan kebetulan.? Semua orang risaukan aku dan sekaligus aku merasa sangat-sangat disayangi.. aku tersenyum sendirian bila aku imbas kembali semua itu. Dan..mana pergi wanita dan bayi yang berada di sebelah lelaki nie tadi….? Takkan dia pun tunggu aku. Aku tersenyum geli hati. Tak lah kot.

Sekarang aku berada di kerusi , dimana aku mula-mula duduk tadi. Cuma ada aku dan lelaki tadi je yang ada pada ketika itu. Dia tak balik lagi ke….? Hmm..nak tegur ke tak nie..? sombong semacam je. Buat-buat tak tau je dia ada kat sini.. Tak pe lah..Biarlah. aku membuka beg dan mengeluarkan gula batu hacks dari begku. Tiba-tiba aku diserang kebosanan….dan aku terdengar lelaki yang di belakangku menyanyikan lagu

Dia : Cintai aku,.dan bukan yang lain..tak ada lagi yang aku inginkan selain…hanya
dirimu…Damya..
Aku : (lantas berpaling ke belakang..) hmm.ya.. (kenapa ramai sangat orang kenal aku
hari nie..?)
Dia : Damya….( romantisnya dia menyebut namaku.. aku0 kah dimaksudkannya itu..?
aku masih ragu-ragu. Aku takut tersilap orang. Dan kah itu..?

Aku terkejut lantas menuju ke arahnya. Aku membuat separa bulatan untuk menghampirinya.. Menatap wajah nya yang tunduk dari tadi. Malu kah..?” Tanya hatiku..

Aku : Dan…(aku cuba mencari kepastian)
Dia : Damya ..i miz u so much. Now, u r in front of my eyes. May I huge u..?
Ak : Why not………..? (kataku dengan wajah yang sayu)

Aku terasa sayu sangat. Aku tak menyangka dia adalah lelaki yang ingin aku jumpa selama ini. Dan juga tak sangka lelaki yang duduk dan menunggu seseorang di belakang ku adalah lelaki yang teramat aku rindui. Dan angkat dari tempat duduk dan terus mencium pipiku. Tak puas dengan itu, aku dipeluknya. Aku tak mampu berbuat apa-apa pada ketika itu. Aku merasakan betapa hangat nya kasih sayang Dan pada ketika itu. Sangat meruntun jiwaku. Babak-babak drama cinta yang setiap orang tunggu.. Mungkin Dan adalah heronya dan aku heroin nya.

Seperti ada suatu kuasa, aku pun membalas pelukan lelaki itu, Lelaki yang kucintai dan rindu selama ini. Walaupun usia nya jeuh lebih tua dariku, namun aku merasa bahagia di samping nya. Dan.aku merasa mataku mula berkaca. Titis demi tits dan kedengaran seolah-olah budak kecil yang merengik-rengik meminta dibelikan sesuatu. Namun aku puas. Aku merasakan pelukkan nya semakin longgar, dah dia tatap mataku. Dia kesat setiap kesan air mata yang ada dengan belakang tangannya

“Sayang, aku tak ingin kau menangis bila ketemu denganku. Aku bahagia dan sangat merinduimu selama ini. Ucapkan lah rindu seperti yang kau selalu ucapkan padaku saban malam. Aku amat menantikan nya.”

Aku tak mampu berkta-kata. Aku cuma mengangguk malu. Aku tahu kami sedang diperhatikan. Lalu aku merasakan kami harus pergi dari situ. Aku malu,..malu semalu malunya. Seolah-olah aku tengah menghafal sebuh skrip pula. Drama kami kini menjadi tontonan umum. Ini lah impian Dan. Ingin semua orang tahu betapa dia sangat mencintai dan menyayangi aku. Dan pernah berkata padaku yang dia amat bangga memiliku. Dia ingin dunia tahu yang kami kini sedang bercinta.

Seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan Dan, aku terus menyandang beg tanganku. Dan pula terus menggapai beg galasku. Dia membawaku jauh dari situ. Mungkin jauh dari pandangan semua orang,..dan mungkin tempat yang lebih selesa untuk kami berbicara tentang hati dan perasaan…

……………………………………………………………………………………………….

Dan kini, kami sedang berduaan dalam sebuah kereta. Dan memegang tanganku dan menciumnya dengan penuh mesra . Lagu “cintai aku “tiba-tiba diputarkan di corong radio yang terkemuka di negeri Sarawak. Aku yang diam dari tadi, terus menyanyikan lagu itu seperti rentak dalam radio dan akhirnya diikuti Dan. Kami akhirnya sama-sama menyanyi dengan penuh perasaan. Dari situ,..bermula satu episod cinta yang tak terungkap oleh aku sendiri namun telah Dan sedari dari dulu lagi..

Bahagianya aku dan Dan pada ketika itu. Mekarnya cinta itu,.semekarnya bunga rose merah seperti merahnya crimson itu. Dan agungnya cinta Dan itu, hanya aku yang tau. Cinta yang tak terluah di hati Damya selama ini akhirnya terluah jua. Kini, mereka terbang nun jauh di sana. Terbang dan terbang mungkin lebih tinggi dari awan,.. dan juga mungkin lebih tingi dari gunung everest. Manisnya cinta itu,..manis nya bukanlah boleh diibaratkan seperti madu. Namun lebih daripada itu. Dalam menghayati lagu-lagu di corong radio, akhirnya anne terlelap jua…Dan hanya memerhatikan kekasihnya dan akhirnya berjaya jua dia mengucup mulut Damya..

“I’m sorry anne. I need .. I need to kiss you. Miz u so much,.as much mushroom”

No comments: