nuffnang

Tuesday, August 18, 2009

~Jika Itu Mahumu~

Aku belum puas berbicara denganmu. Terasa selama 3 hari nie hubungan kita agak renggang. Kau kata kau rindukan anak-anakmu. Aku tau dan sangat faham. Tapi, aku merasakan bila kau di sisi sahabatmu, aku diketepikan. Kau seolah-olah tak pernah ada aku. Semalam kau minum lagi. Kau kata, itu budaya kita. Aku tak kisah.. Aku mengiakan sahaja kata-katamu itu. Kalau aku rindu dengan anak-anakku, aku perlu cari sesuatu untuk ketenangan..aku tak kisah.. Aku faham...

Tapi, aku kisah bila aku mula merasakan diri sebagai pelepas segala seribu perasaan. Adakah aku mungkin hanya menjadi sleeping dictionary seperti yang pernah kau ceritakan padaku. Mungkin itu lebih baik..namun lebih parah lagi, bila aku msg kau balas, aku kol memang lah kau tak pernah angkat, sebab kau kata nanti aku kehabisan kredit. Kau kata juga kat aku, kau akan kol balik bila tau aku miz kol. Betapa gembiranya aku pada ketika itu. Namun itu semua nya berlaku sebulan yang lalu. Pernah jua kau kata padaku, misscall je kalau kau rindu dan kalau kau kesepian..atau kesunyian.. Sampai sekarang pun kau selalu kata macam tu. Namun, kau gagal.. Kau selalu gagal.

Tau tak kenapa aku kata kau gagal...? Kadang-kadang aku buat misscall sampai 12 kali, kau selalu tak angkat,.kau selalu tak return call. Kau tau tak apa yang aku rasa...? Aku sedih awak.. Aku kecewa dan kadang-kadang aku keliru.. Keliru dengan layanan mu. Kadang-kadang kau buat aku sayang kat kau. Kadang kadang kau buat aku benci, marah, geram dan beribu macam perasaan. Hendakku luahkan pada siapa semua tu..? Bukan Arrabella, Mas ..@ sesiapa..cuma hati.. Hati yang semakin hari..semakin rapuh..semakin hari semakin hampir masa untuk berderai.. Macam mana awak..?

Tapi,..bila kau pujuk aku. " Sorry"..Entah lah,..aku rasa kasihan. Walaupun air mata bercucuran, tapi aku rindu sebenar nya.. Aku amat rindu.. Banyak kali aku minta kau tinggalkan aku.. Tapi, aku tak rela sebenar nya... Sebab itu, aku menitiskan mutiara jernih itu, sebab aku tak mampu nak berjauhan darimu. Aku tak rela kau hidup tak tentu arah.. Aku tak ingin...

Sekali lagi,..aku terluka lagi.."miz u odie..".."miz u garfield".. apa makna di sebalik semua itu..? Kekasih gelap..cinta yang sebenar nya..? aku tak tau.. Kau kata kau selalu sms kat dia..kol dia..namun tak sekerap aku... Kau baca ke hati perempuan tu...? Kau buat dia perasan tau tak..?!!! Kalau aku ada di tempat itu..situasi di mana dia berada,.aku rasa lain.. Mungkin biasa bagi kau..sebab kau banyak aset yang boleh perempuan terpikat kat kau..Aku..? Aku tak akan pilih orang seperti kau.. Tidak sama sekali!!! Cuma satu,..kau ambil lah dia jadi pengantiku...Aku tak rela berkongsi segalanya melainkan dengan anak-anakmu...

Jika terpaksa,..aku akan pergi.. Bukan kerna aku ada pengganti, tapi kau terlalu tamak untuk mencintai.. Maafkan aku.. Aku tak rela begini... Esok..lusa..dan selama nya..aku masih ada di sini... Aku lepaskan kau dengan kerelaan aku sendiri..
Jika itu Mahumu..

Lama sudah aku tidak merasakan kucupan darimu.. Aku amat merindui nya.. Tapi,..rasanya sudah terlambat.. Mungkin bukan aku miliki semua itu lagi.. Usah lah dikau bertanya,..engkau sendiri sudah ada jawapannya..

-MAAFKAN AKU..AKU AKAN SELALU MERINDUIMU-

No comments: