Sukarnya untuk ku lelapkan mataku ini. Di kala Bella seronok dibuai mimpi, aku masih di sini. Menatap skrin laptop dan menaip dengan pantas apa yang tergerak di hatiku. Entah lah, apa yang aku cuba luahkan pada malam ini. Mungkin dengan ada nya diari yang menggunakan hujung jari segala kegelisahan dalam hatiku boleh lenyap degan sekelip mata. Aku tenung muka Bella. Erm.nyenyak nya dia pada waktu ini.. Tiba-tiba aku tersenyum.. Mungkin diri nya tengah menganyam bermimpi bertemu dengan jejaka idaman nya pada masa ini. Aku..? Aku kini ditemani cahaya lampu telefon untuk meneruskan kerja yang bukan sesuai aku lakukan pada waktu ini.
Malam yang agak merimaskan membuatkan aku susah hendak melelapkan mata. Jam di depan laptopku kini baru sahaja menunjukkan angka 2 am. Mungkin penulis akan memilih waktu ini untuk melahirkan curahan idea yang sering tak kesampain seperti diriku. Saban malam aku cuba menghasilkan ayat-ayat baru, kepedihan nya menjadikan penulis yang tak bertauliah seperti aku ,hanya dibayar dengan kesabaran. Namun, demi kerna minat, aku tidak puas untuk mencuba. Aku tak ingin diibaratkan “hangat-hangat tahi ayam”.
Aku cuba membetulkan dudukku. Kaki kiriku mula kejang, mungkin agak lama aku tidak membenarkan darah mengalir dengan lancar dari urat saraf kakiku. Kepalaku mula terasa berdenyut-denyut seolah olah aku tidak cukup tidur. Namun aku tak mampu berbuat apa-apa. Mataku payah hendak aku lelapkan. Aku masih menunggu seseorang dan cuba menghasilkan satu cerpen, namun aku tidak memperoleh apa-apa idea untuk menghasilkan karya tersebut.Seseorang yang amat aku rindui membuatkan aku tiada tumpuan untuk terus menaip tentangnya. Berapa lama aku harus menunggu, aku tidak pasti. Cuma yang pasti, mungkin bukan pada malam ini.
Huh..aku mengeluh kerna kini aku menjadi seorang perindu. Perindu yang setia mungkin.. sebolehnya, aku cuba melupakan apa yang aku fikirkan sebentar tadi. Namun, makin aku cuba, makin ia dekat di lubuk hatiku. Makin terguris hatiku, makin sebak dadaku dan kemudian,..aku cuba mengandaikan perkara buruk terjadi pada dirinya. Oh..!! tidak. Aku harap, semua itu tidak berlaku pada dirinya. Mungkin itu hanya bayangan yang harus aku tepis di tepian fikiranku.
Aku cuba mententeramkan perasaanku. Cuba untuk berfikiran positif. Maafkan aku kerna buatkan kau tertekan. Walau apa pun, aku harus pulang. Mungkin sebab itu, kau cuba mengelak dariku. Hatiku tetap sama dan tega. Keputusan ku tetap satu. Aku rindukan keluargaku. Seperti kau rindukan insan-insan yang amat kau sayangi.iaitu Emma, Sean dan Erica. Begitulah aku.. aku tak perlukan penjelasan darimu. Biarlah kau hendak mengelak seberapa lama pun, aku rela. Aku rela begini.. seperti kau, aku juga tak tak ingin kau bertanya..mengapa aku besikap begini pada dirimu..dan usahlah lagi kau bertanya “r u stll lov me..?”. aku tak jemu dan tak bosan..sedikit pun tidak.. tapi janganlah dirimu menjadikan semua itu sebagai satu alasan untuk apa yang akan berlaku selepas ini. Aku tau, kau bukan kura-kura yang sentiasa bersembunyi di sebalik perahu tetapi engkau sebenar nya engkau harus lebih tahu . Engkau sendiri yang merasa, bukan aku..atau orang lain..
Good nite n sweet dream.... I send my an angel to keep an eye on u..
“as I lay myself to sleep, l prayed the lord my soul to kept, if I die before I wake, I prayed the lord my soul to take. Amen..”
Thanks for the sleeping prayer that u teach me everynight..
"Anne Angel"
No comments:
Post a Comment