nuffnang

Wednesday, December 28, 2011

Aku, Kamu Dan Kama Sutra (link video cara dan posisi)




Pernah kamu persoalkan kepada aku tentang Kama Sutra dan dengan pantas jari menaip pada google search dan definasi yang paling tepat kita temui " Kama Sutra adalah sebuah karya literature Sanskrit yang di tulis oleh Vātsyāyana dan banyak di pakai sebagai rujukan dalam persoalan percintaan. 'Kama' dalam bahasa sanskritnya bermakna keinginan, hasrat, cinta atau nafsu manakala 'sutra' bererti benang ataupun rangkain. Digabungkan dua perkataan ini membawa erti rangkaian dari adegan hasrat percintaan (seksual). Juga boleh didefinisikan sebagai benang pengikat dalam percintaan. Walau terdapat banyak anggapan namun kama sutra bukanlah sebuah manual sex tetapi lebih kepada rujukan terhadap kebaikan dan keramahan dalam kehidupan yang banyak membincangkan sifat atau tabiat cinta, kekeluargaan dan aspek aspek yang lain berkaitan pendidikan berunsurkan kepuasan dalam kehidupan manusia." Walau apa pun yang kita baca dan cuba kita fahami tentang Kama sutra, kamu dan aku tetap mempunyai definisi tersendiri yang lebih kita fahami. Yang pasti Kama sutra telah mengeratkan hubungan kita sebagai satu pasangan.

... Vātsyāyana :-
"She places both her hands on the bed,
enthroned on your penis and
makes love to you,
while you press your two hands
to her thudding heart
This is Lilasana."

Saat kamu duduk di pangkuan aku ketika kaki aku di luruskan dan wajah saling bertentangan. Kamu membantu aku masuk ke dalam kamu. Sementara tangan kamu diatas lantai untuk memberi sokongan. Kamu bergerak ke atas dan ke bawah untuk mendapat lebih ransangan dan tusukan yang lebih dalam. Tangan aku yang bebas digunakan aku untuk meramas buah dada kamu dan sesekali untuk membantu kamu dalam mengatur kelajuan pergerakan kamu. Kelebihannya terletak pada kamu kerana kamu yang mengusai kelajuan pergerakan kamu dan tusukan yang kamu terima. Kedudukan sebegini memberi tusukan yang lebih dalam dan kamu yang mengawal pergerakan bagi mencapai klimaks kamu kerana ianya memberi lebih ransangan terhadap itil dan juga titik-G kamu.

Aku hanya baring menatap wajah kamu dan menikmati apa yang kamu berikan. Kebebasan untuk kamu meneruskan permainan ini dikuasai kamu saat kamu berada di atas aku dengan alat aku yang berada di dalam kamu di genggam oleh celahan kamu dan dengan penuh kemahiran kamu, kamu mengawal pergerakan dan tusukan di dalam kamu.

Dengan beralih kedudukan di atas kerusi, pergerakan yang sama boleh dilakukan oleh kamu ketika kamu duduk di pehaku. Tangan aku yang bebas di gunakan sebaiknya untuk terus meramas buah dada kamu, membelai rambut kamu serta meneroka seluruh tubuh kamu. Cuma dalam kedudukan sebegini, tusukan yang dalam sukar diperolehi dan ini kurang memuaskan. Posisi sebegini diterangkan oleh... Vātsyāyana :-
"Grip your lover's penis with your yoni's vice,
squeezing and stroking it,
and holding it inside for a hundred heart-beats
This is "Samdamsha".




... Vātsyāyana :-
"Her breasts stab your chest,
her thighs are stretched out along yours,
you clasp each other's hands and lie sprawled,
like two starfish making love.
This is Devabandha."


Aku meniarap slari dengan kamu yang baring di bawah ku dengan kaki terbuka, buah dada kamu bertemu dada ku. Nafas bertemu nafas, wajah bertemu wajah, bibir saling mengucupi dan tangan saling membelai, kenikmatan kemuncak sama dirasai. Sesekali posisi bertukar dengan tubuh ku dinaikkan sedikit oleh siku aku dan lutut ku yang digunakan untuk menampung berat badanku supaya kamu tidak dihempap terus. Lutut kamu juga dibengkokkan dan memberi aku lebih ruang untuk aku menekan lebih kedalam kamu. Malah, kamu dan aku juga boleh melakukannya dengan tubuh mengiring dan kamu sentiasa aku tempatkan di sebelah kiri seperti yang di tulis ... Vātsyāyana :-
"In Samputa your legs lie along hers
caressing their whole length from toes to thighs.
Your lover may be below you,
or you may both lie on your sides,
in which case she should always be on your left."




... Vātsyāyana :-
"If the lady, eager for love,
goes on all fours, humping her back like a doe,
and you enjoy her from behind,
rutting as though you'd lost all human nature,
it is "Hirana" (The Deer)."


kamu berlutut dan tangan kamu juga diletakkan di atas lantai berkedudukan seperti seekor kijang kamu bersedia menerima tusukan aku dari arah belakang kamu dan bermain cinta dengan aku. Kamu dan aku sama sama menikmati kemuncak bercinta kerana mendapat stimulasi dan penetrasi yang maksima.



Thursday, December 22, 2011

Aku dan 8 langkah cintaku...




Tak kenal maka tak cinta, itu kata kata orang yang sering kita dengar. Kamu jatuh cinta kepada aku setelah kamu mengenali aku. Aku tak akan mencintai kamu seandainya aku tak mengenali diri kamu. Kenali wajah kamu, kenali budi kamu, kenali hati kamu, itu yang seharusnya berlaku terlebih dahulu sebelum aku jatuh cinta kepada kamu. Kamu juga seharusnya tahu siapa diri aku yang sebenarnya sebelum madah manja kamu luahkan kepada aku. begitu juga, jangan terlalu mudah jatuh cinta. Ada orang kata, jatuh cinta pandang pertama. Benarkah? atau itu cuma nafsu yang disalah tafsirkan? Pandang pertama hanya pada rupa fizikal. Mendalami hati seseorang, memahami peribadi seseorang bukan cuma sekilas pandang, bukan cuma bertentang mata tapi masa dan kesabaran harus di peruntukan. Kamu, juga aku pasti tahu yang cinta pandang pertama tiada dalam kamus kehidupan. Jodoh sekalipun, cinta wujud bukan dengan sekelip mata. Kamu harus sedar dalam hati kamu jika kamu benar benar menyukai seseorang itu sebelum kamu meneruskan langkah seterusnya.

Ketahuilah jika seseorang yang kamu suka tidak mempunyai hubungan intim dengan seseorang yang lain. Jika ada, kamu harus bersabar sehingga terputusnya hubungan di antara mereka. Sseandainya pula, hubungan mereka bagaikan aur dengan tebing, umpama belangkas, hindarilah diri kamu dari dia dan lupakan saja niat kamu itu. Aku pernah tersilap langkah dan akhirnya aku kecewa. Aku juga tidak mahu perkara yang tersama terjadi kepada kamu. penantian itu penyiksaan, mencintai sesuatu yang pasti bukan milik kita amat memedihkan. oleh itu, jangan kamu menaruh harapan kepada seseorang yang sudah berpunya. Cinta itu buat.. itu kata orang yang mabuk kepayang. kamu yang masih waras sudah pasti sedar akan sakitnya jika hubungan kamu yang sedia ada pada air tenang di gocak oleh jari yang dari mana entah datangnya.



Sesudah kamu menjumpai orang yang kamu suka dan mula jatuh cinta, bukan cuma "aku cinta pada mu" harus kamu utarakan tetapi tunjukkan keinginan kamu sejujurnya dan bukan cuma apa yang kamu ingin rasa. Bila terucap kata aku cinta padamu, katakanlah seikhlasnya. Tunjukkan kamu benar benar mencintai dia dan sanggup berbuat apa saja yang di terima akal demi cinta kamu terhadap dia. Mudah untuk melafazkan kata tetapi sukar untuk membuktikan apa yang dikata. seandainya kamu juga menerima teguran cinta, yakin perlu wujud dalam diri kamu yang teguran itu bukan sekadar omongan kosong, pastikan hadirnya teguran cinta itu bersama kejujuran dan keikhlasan sebelum kamu menerimanya.

Untuk lebih mengenali dia yang kamu cinta, duduklah di tempat dia. Cuba rasa apa yang dia rasa, tahu asal usul dia, siapa dia di sebalik wajah yang kamu lihat dan bukannya cuma berharap dia seperti yang kamu inginkan. Memahami diri dia adalah lebih baik daripada cuba mengubah atau mengarah dirinya yang sedia ada. Terima dia seadanya, kekurangan dia ataupun kelebihan dia. Percayalah bahawa tiada yang sempurna di dunia termasuk dia yang kamu cinta. Yang paling utama, sedarilah bahawa juga dia mencintai kamu seperti mana kamu mencintai dia.

Cintailah dia tanpa sebarang syarat. Sekiranya tujuan kamu mencintai dia hanya mahu mengisi ruang kosong hidup kamu maka itu bukan cinta kamu. Seandainya kamu mencintai dia bukan kerana kepentingan bersama tapi cuma menambah pengalaman dalam kehidupan kamu, maka itu juga bukan cinta kamu. Sekiranya kamu mencintai dia tanpa niat memperbaiki kehidupan dia atau tanpa membiarkan dia menjadi dirinya tetapi seperti yang kamu idamkan maka kamu tidak berusaha mencintai dia tanpa sebarang syarat.

Jangan mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Bukan bermakana kamu harus membiarkan diri kamu di pandang rendah atau membiarkan diri kamu disalah layan. Cuma cinta yang kamu beri tidak semestinya cinta yang kamu dapat. Sedarilah, setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menyatakan atau menunjukan cinta mereka. Dia mungkin berbeza caranya daripada kamu, kamu cuma perlu mentasirkannya sebaik munkin. Mungkin bagi kamu, ungkapan kata itu penting dalam perhubungan tetapi pada dia, menunjukkan cintanya pada kamu dengan cara yang berbeza lebih mudah.

Sedarilah yang kamu boleh kehilangan dia. Dia akan menjadi lebih berharga dalam diri kamu sekiranya kamu sedar bahawa satu masa kamu mungkin kehilangan dia. Hargai apa yang kamu miliki di saat ini menjadikan kamu lebih berhati hati dalam hubugan dengan dia. Kamu juga harus tahu yang kamu seseorang yang sangat bertuah kerana memiliki dia untuk di cintai. Tetapi jangan terlalu menyajungi dia kerana kelak dia bisa tertekan dan risiko kemungkinan kehilanganya akan lebih besar.



Terus mencintai tanpa henti. Andai jodoh tidak menyebelahi kamu, Kira takdir bukan milik kamu dan dia. Kehilangan dia harus kamu terima dan jangan kamu berhenti untuk bercinta walau kamu pernah merasai peritnya putus cinta. Aku kehilangan kamu tetapi aku bersedia menerima ketukan cinta di hati aku dan aku akan usahakan setiap langkah yang pernah aku lalui bersama kamu dengan dia yang baru.

Friday, December 9, 2011

Antara Cinta Dan Wang Ringgit ... Dimana kamu?



Cinta atau wang ringgit?... persoalan yang sering ditimbulkan. Sering kita dengar, dengan cinta walau tanpa wang ringgit kita juga boleh hidup.. kata orang juga, biar papa kedana asalkan dia ada bersamaku ... ada juga yang menyebut,"aku tak pandang wang ringgit, aku cuma perlukan dia dan cinta dia?,".

Betulkah? Sanggup kamu hidup bersusah payah demi cinta? Sanggup kamu meneroka lautan biru dan mendaki curam gunung untuk mencari sesuap nasi? atau kelak, sanggup kamu mengikat perut demi satu cinta?

Kalau cuma dua perut yang ada untuk diisi mungkin mudah untuk mencari suapan tapi kalau sudah punya anak? Bagaimana? Adakah bersandarkan pada janji, pada cinta, anak itu di besarkan? Adakah kerana sikap ibu bapa yang memilih jalan mudah, anak yang dikorbankan? Lahir dan di besarkan dalam dunia serba kekurangan?

Cinta, tidak dinafikan sebahagian daripada keperluan untuk menikmati kegembiraan berpasangan. Tapi tanpa wang ringgit adakah kegembiraan itu akan berkekalan?

Pernah dulu aku dijanjikan, biar kamu susah, aku akan turuti. Biar kamu lapar aku juga akan lapar. Tapi setakat mana perut kamu, nafsu kamu dapat bertahan? Dan saat itu kamu mula meleteri kehidupan kamu dan aku. Saat itu mula timbul penyesalan di hati kamu tentang pilihan kamu. Saat itu wujud rasa benci dan menyampah kamu pada aku, yang tak mampu memberi kesenangan pada kamu. Maka adilkah aku seorang yang dipersalahkan sekiranya terjadi perhubungan yang serba kekurangan kerana pada dasarnya kamu juga bersetuju dengan aku dan kamu juga menerima aku seadanya?

Dengan demikian berpalinglah pada harta? Mampukah harta yang benyak menjamin kesenangan? Mampukah wang ringgit berpuluh malahan beribu kali lipat dapat memberi kegembiraan tanpa adanya cinta antara kamu dan aku? Senangkah hati ini sekiranya tiada cinta saat mahligai disinari cahaya emas? Tiada peluk rindu , tiada kucup rayu, taia manja sayang ... bahagiakah kamu cuma dengan menadah tangan meminta wang ringgit?



Aku mengabaikan kamu kerana mengejar kekayaan. Aku tinggalkan kamu pada satu satu masa demi mencari keuntungan. Aku lalai dengan tugas aku sebagai ketua keluarga kerana mahu menghidangkan lebih daripada sesuap nasi di atas meja makan. Layakkah aku untuk kamu cintai? Maka kamu yang kesunyian mula mencari keseronokkan peribadi. Kamu yang ketandusan kasih sayang mula mencari madah madah cinta tersembunyi di luar sana. Kejujuran pudar, keikhlasan lesap, kesucian ternoda, keagungan cinta lenyap ... kerana harta semuanya berpunca.

Cinta atau harta? Kembali persoalan menyengat pemikiran. Ternyata kedua duanya jika digabungkan membawa kebahagiaan hakiki. ternyata kedua duanya punyai peranan masing masing yang begitu penting untuk menggenbirakan hati orang yang hidup berpasangan. Ternyata tiada cinta tiada seri hidup berpasangan. Ternyata tiada harta, tiada sinar hidup berduaan.

Aku, lelaki seharusnya tahu tanggungjawap aku. Jika aku memilih kamu maka aku bertanggungjawap membahagiakan kamu. Jika aku sayang kamu maka aku harus memberi makan kamu secukupnya. Masakan aku cinta kamu sedangkan aku biarkan kamu menderita? Kurang harta, aku carikan. Kurang cinta, aku berikan. Tapi kamu juga harus berperanan, aku juga perlukan kamu untuk menyedarkan aku akan keseimbangan yang kamu perlukan untuk merasa bahagia bersama aku. Sememangnya sukar untuk melaksanakan apa yang perlu tapi percubaan untuk menjayakan apa yang diimpikan harus dilakukan.

Kalau sudah pilihan kamu seorang yang tak berharta bukan bermakna itu satu masalah cuma pastikan dia tahu akan tanggungjawapnya. Jangan kerana janji kamu sanggup hidup susah dengannya bermakna dia hanya berpeluk tubuh melihat kamu menderita.

Seandainya pula jodoh kamu pada orang yang berharta tanpa ada rasa cinta kamu padanya, itu juga bukan satu masalah. Cuma pastikan yang dia cintakan kamu dan kamu belajar menerima kasih sayangnya nescaya satu hari kelak kamu juga akan jatuh cinta kepadanya.

Kesabaran adalah kuncinya, tiada yang senang sebelum susah dahulu dan tiada yang cinta sebelum kenal.

Seandainya pilihan kamu memiliki kedua duanya, kamu beruntung maka jangan kamu persiakannya. Hargailah apa yang kamu ada dan gendonglah sebaik mungkin.


image source : JPJPHOTOGRAPHY

Wednesday, November 30, 2011

Cinta Merah... (7/7 final episode) .. selamat jalan..



Aku masih disini, di kedai kopi ini, orang semakin ramai namun aku seolah olah tak kelihatan. Lalu lalang mereka lewat depan ku seakan hadirnya aku tidak dipedulikan. Mata mereka memandang kosong kearah aku bagaikan tiada jasadku. Tanpa sapa tanpa senyum mereka mujur mengambil tempat tersedia, terdengar gurau senda mereka, terdengar gelakan riang mereka. Tidakkah mereka tahu ada sekeping hati yang merintih? Tidakkah mereka sedar ada jiwa yang menangis? Tidakkah mereka kisah sekiranya tawa suka mereka menyakitkan hati aku? Atau sememangnya mereka sengaja.

Satu persatu ku perhatikan insan yang melintas lalu, satu persatu wajah ku tatap namun gadis yang ku tunggu tak kunjung tiba. Aku telah menunggu di sini sejak hari itu. Disini semuanya bermula dan di sini juga semuanya harus berakhir. Aku teringat apabila impian aku berkecai. Mimpi indah bertukar ngeri. Bukan takdir yang aku salahkan namun aku tetap kecewa dengan nasib yang menimpa.



Malam itu, setelah berbicara dengan ayah dan ibu Tina, aku mengucapkan selamat malam dan ku kucup dahi Tina, berat kaki melangkah namun sudah tiba masanya untuk aku pulang.. Dengan rasa hati yang bagaikan bunga di sirami hujan di musim kemarau, aku cukup gembira setelah mendengar apa yang dikatakan ayah dan ibu Tina. Sememangnya aku mengharapkan yang terbaik untuk Tina dan aku mengharapkan hubungan yang di restui kedua ayah dan ibu Tina. Dengan status duda ku , Tina yang mulai mekar bakal menjadi milikku, seumpama mimpi indah jadi kenyataan. Aku mengiringi lagu yang di mainkan di radio dengan siulan aku. Satu persatu angan angan ku bina sambil aku memandu meredah gelap malam di temani bulan penuh yang ternyata juga gembira dengan khabarku.

Pancaran lampu terang tiba tiba muncul di pandangan menggangu lamunanku, bunyi hon menyedarkan aku dari mimpiku. Aku sempat mendengar satu letupan yang kuat sebelum aku terasa badan ku melayang dan akhirnya aku terhempas. Aku sedar saat mendengar pekikan orang meminta tolong. Aku sedar ada kata kata yang cuba mententeramkan aku, kerongkongku bagaikan tersekat batu besar sukar untuk bersuara. Dada yang sakit seakan dihempap seribu tiang belian membuat pernafasanku terganggu. Seluruh tubuhku terasa sakit.Terdengar bunyi siren terlihat lampu kelip kelip. Aku tumpas dan akhirnya aku terpejam.

Sehingga aku dikejutkan semula oleh suara suara halus yang membisik di telinga, esakan esakan kecil menimbulkan tanda tanya. Dengan segala kudrat yang ada aku membuka mataku, bau yang amat aku kenali sewaktu memasuki ruangan hospital, warna dinding yang putih menyakinkan aku dimana tempat aku berada. Masih kedengaran esakan di campur suara memanggil mangil, "daddy, daddy..".

Walaupun agak payah namun aku berjaya menoleh ke arah Sara. Wajahnya sayu, matanya pudar berkaca menatap mataku, pipinya basah, bibirnya tergetat getar cuba menahan esakannya, menyentuh hatiku membuat aku turut mengalirkan air mata. Dia mencapai tangan aku yang tak bisa aku gerakkan. Di ulas ulasnya, di cium ciumnya berulang kali, mahu aku bangun dan memeluknya, namun aku tak berdaya. Mahu aku mengesat air mata yang dibiarkannya jatuh ke pipi, pun aku tak berdaya. Sedih dan hiba aku rasakan, tapi aku tak mampu berbuat apa apa untuk menenangkan Sara. Ibunya yang berada di sampingnya juga gagal untuk memujuk dia.

Sekilas pandang terasa Tina turut berada di situ, tapi ternyata itu hanya bayangan yang bermain di sebalik kenyataan. Mana Tina? Aku mahu Tina juga berada di samoing aku. Ku tahan suara hati daripada bertanya takut menyinggung perasaan ibu Sara, tapi seolah olah telah membaca apa yang aku fikirkan, Lisa, bekas isteriku berkata,"kejap, aku panggilkan Tina di luar sana," sempat dis berbisik sesuatu kepada Sara sebelum dia melangkah pergi.

Sedetik semula muncul Tina, dengan baju kurung berwarna kuning langsat serta bunga yang jadi hiasan dia menghampiri baringanku. Tunduk sambil jarinya mengesat air di hujung matanya. Tanpa sepatah kata, dia cuba tersenyum padaku, namun jelas kelihatan dia cuba menyembunyikan kesedihannya. Tangan aku yang dari tadi di genggam oleh Sara turut disentuhnya. Tiub yang dimasukkan melalui hidungku menyusahkan aku untuk membalas senyumannya. Terpandang oleh ku, Tina mengucup hujung kepala Sara, sedetik itu, aku merasakan sangat gembira.



Bagikan jantungku disentap terasa seakan nafasku terhenti. Aku menggigil kerana terasa sejuk yang amat sangat. Pandangan wajah Tina dan Sara mulai kabur. Sementara ku dengar Sara semakin kuat esakannya diselang suaranya memanggil aku. Terdengar juga oleh ku, Tina memanggil doktor, tangisan yang cuba di tahan kini terlepas.

Duniaku semakin kabur dan akhirnya gelap. Sayup sayup kedengaran suara memanggil namaku. Ku usahakan untuk membuka kembali mataku namun tak berjaya. Ku cuba menyahut panggilan itu, juga tak berhasil. Segala kemahuan aku tak dapat aku lakukan. Kaku. Bisu. Gelap. Walau tubuhku terasa ringan dan dalam sedarku aku tak mampu berbuat apa apa.

Di hujung sana, satu cahaya kelihatan. Kaki ku melangkah menghampiri. Suara suara yang memanggil kedengaran jauh mulai menghilang. Satu persatu langkah aku aturkan, semakin dekat semakin cepat langkahku, semakin aku menghampiri, semakin jauh rasaku. setelah puas berjalan dan berlari akhirnya aku tiba di satu pintu. Cahaya yang keluar melalui pintu memncar mengenai mataku, menghalang pandangan ku. Perasaan ingin tahu memujuk aku untuk terus melangkah dan melihat apa yang ada di sebalik pintu.

Hadirnya aku di kawasan ini menambah kebingungan aku. Apakah ertinya? Kenapa perlu aku berada di tempat ini? Tempat yang di penuhi dengan kesedihan. Tempat yang di buai tangisan kehibaan. Tempat yang cuma di hiasi kepingan kepingan batu disertakan nama seseorang. Mengapakah pintu itu membawa aku ke tempat ini, tanah perkuburan ini? Apakah ertinya, aku.....

Disana, sekumpulan orang berpakaian serba hitam sedang berkumpul. Aku merapati. Tina, Sara bersama ibunya, orang orang yang aku rapat dan kenali, abang, kakak, ayah, ibu, kawan kawan ku semuanya berada di sini. aku terus menghampiri. Kehadiran aku sedikit pun tak mengganggu paderi yang sedang menatap buku di tangan. Kemunculan aku di kalangan mereka juga langsung tidak di endahkan. bergerak aku di antara mereka, namun tak seorang pun sedar adanya aku, cuma tangisan mereka. Malah Tina dan Sara turut menangis, tunduk melayan fikiran masing masing. Paderi menutup bukunya, segumpal tanah di lemparkan arah lubang yang telah tersedia. Keranda kayu berkilat tersimpan di dalamnya, bunga bunga bertaburan di permukaan. Satu persatu mereka melemparkan tanah sebelum di timbus sepenuhnya. Satu persatu mereka mulai meninggalkan setelah meletak lilin serta bunga. Tina, Sara dan ibunya, yang terakhir, Sara seakan enggan pergi, meronta ronta minta dilepaskan saat ibunya mengangkat dia kepinggang. Dengan langkah longlai, Tina juga turut pergi, sesekali memandang ke arah tanah kubur yang masih merah. Kosng kini, cuma tinggal aku. Aku hampiri batu nisan dan membaca tulisan yang terpampang namaku , Daniel Scoffield.




Di sini aku, dikedai kopi. Di sini aku masih setia menunggu. Aku yang belum bersedia umtuk melangkah pergi kerana masih berpegang janji kepada Tina akan tetap disini dan akan terus disini walau harus menunggu hingga ke akhir zaman. Sememangnya dunia aku bukannya dunia orang yang disekelilingku. Sememangnya aku tak berpijak pada bumi orang yang ada di kedai ini. Sememangnya aku tak lagi wujud dalam hidup setiap insan yang melewatiku.

Hari mulai mendung, guruh mulai kedengaran, angin mulai bertiup kencang, kilat juga mulai memanahkan cahayanya. perlahan lahan bunyi bumbung kedengaran di timpa hujan sebelum menjadi semakin cepat. Orang yang ramai beransur meninggalkan tempat masing masing. Lengang dan sepi. Ribut angin serta hujan bagaikan cuba merobohkan kedai ini, cuba mengusir aku, namun aku tetap berdiri teguh, masih tetap menanti.

Dalam hujan lebat, samar samar muncul satu bayangan menghapiri kedai. Dari setitik cahaya kini mulai berbentuk seorang gadis, berbaju gaun putih. Semakin menghampiri semakin jelas kelihatan. Seakan akan mengeluarkan sinar, gadis yang muka tertutup oleh topeng renda yang tersambung pada topinya, melangkah terus menghampiri aku. cuma kelihatan senyumannya. Senyuman yang sangat sangat aku rindui. Senyuman yang aku tunggu, senyuman milik Tina. Tina sudah sampai tapi aku tak menjangka kedatangannya sebegini.

"Daniel, maafkan Tina," tegur Tina bila aku memandang wajahnya dengan dahi yang berkerut. Wajah aku yang penuh dengan persoalan mungkin dapat di baca Tina.

"Maafkan Tina, Daniel. Tina sakit sendirian di luar sana. Tina tak sanggup hadapi semuanya. Tina mahukan Daniel. Tina perlukan Daniel." sambungnya lagi.

"Tapi Tina, ini bukan caranya. Ini bukan jalan yang harus Tina pilih. Tina punyai masa depan yang panjang, Tina kena akur dengan apa yang Tuhan suratkan buat kita," ujar aku.

"Daniel, Daniel tak faham perasaan Tina! Tina kesunyian. Tina kesepian. Tina mahu bersama Daniel sebab itu Tina lakukan semuanya. Tidakkah Daniel hargai apa yang Tina telah korbankan untuk cinta kita? Tidakkah penting untuk Daniel bersama Tina lagi?" balas Tina semula.

"Tina, aku mahu semua yang kamu mahukan. Aku faham perasaan kamu kerana itu juga yang aku rasakan. Aku juga menghargai segala yang kamu lakukan untuk mempertahankan cinta kita. Aku mahu terus bersama kamu sehingga luputnya masa tapi kuasa kamu juga kuasa aku tidak cukup besar untuk melawan takdir. Kita tak mungkin bersama kalau Tina menentang takdir. Aku masih sanggup menunggu, aku juga akan terus di sisi kamu saat kamu rindukan aku," panjang ulas ku.

"Daniel... tapi bagaimana harus Tina hadapi semuanya seorang diri? Perlukah Tina terseksa lagi? Perlukah Tina menangis mengubat batin sepi sendiri? Daniel, Tina tak akan mampu tanpa Daniel. Tina tak akan bahagia jika tiadanya Daniel."

"Tina, walau apa pun alasan kamu, kamu sendiri tahu kita tak mungkin bersama seandainya kita menentang takdir. Maka akan sia sialah pengorbanan kamu. Apa pun yang kamu hadapi di luar sana nanti, pasti kamu berjaya mengatasinya kerana aku tahu, Tina ku, seorang yang tabah dan kuat. Takdir yang telah menemukan kita, biarkan takdir memisahkan kita dan izinkan takdir yang menyatukan kita semula kelak." jawap ku.

"Dah Tina. Kesatkan air mata kamu. Biarkan ianya menjadi airmata terakhir. Tiada lagi kamu perlu menangis selepas ini. Sudah cukup kamu terseksa. Sudah puas kamu sengsara. Kembalilah kamu. Aku akan sentiasa memerhati kamu. Kamu akan merasai saat hadirnya aku dan saat itu, kamu akan tersenyum", sambungku bila melihat Tina hanya tunduk diam.

"Kamu akan kembali ke tempat di mana seharusnya kamu berada dan izinkan aku meneruskan perjalanan aku yang jauh. Berbahagialah kamu sebagaimana aku pernah merasa bahagia ketika aku menemani kamu," terus ku.

Tina cuma tunduk. Aku merapatkan telapak tangan ku ke pipinya yang basah. Ku angkat wajahnya dan menatap ke dalam matanya. Ku ukirkan senyuman sebelum ku kucuo dahinya. Ku rapatkan bibirku ke telinganya dan ku bisikkan,"Selamat tinggal Tina, selamat tinggal sayang,"

Badan ku terasa ringan, bayu yang datang sepoi sepoi melayangkan aku, Tina yang masih diam cuma merenung ke arahku. Dengan air mata yang masih terus mengalir, dia berjaya hadiahkan senyuman yang paling indah untukku. Semakin jauh aku meninggalkan Tina dan akhirnya, Tina lenyap dari pandanganku.



Tina membuka matanya perlahan lahan. Wajah ibu serta ayahnya kelihatan. Suara ibunya menyebut namanya. Ayahnya yang tak putus putus mengucapkan syukur turut kedengaran. Tina tersenyum,"Daniel, kerana cinta Tina pada Daniel akan Tina teruskan hidup. Semoga takdir akan mengasihani Tina dan akan menyatukan kita kemudiannya. Selamat jalan Daniel," katanya dalam hati.

Thursday, November 24, 2011

Cinta Merah .. intermission...



Jutaan terimakasih aku buat semua yang membaca siri Cinta Merah terutama kepada yang telah mengikuti siri ini dari awal lagi dan yang telah memberi komen serta menyertai tapak blok ini. Terimakasih juga buat mereka mereka yang menolong mempromosikan cerita serta blog ini. Terimakasih kepada yang menjadi sumber ilham ku .

Tujuan aku tiada lain selain berkongsi satu cerita yang telah lama terbina dalam dunia khayalan aku . Cerita yang dulu juga pernah aku ceritakan kepada seseorang yang teramat rapat dan bermakna dalam hidup aku. Dan kini aku taipkan setiap satu huruf yang kurangkaikan menjadi ayat untuk tatapan semua.

Aku telah menerima pujian , aku juga menerima kritikan tapi setakat ini aku amat bersyukur kerana tiada kata nista benci ataupun kutukan yang di lemparkan kepada aku. Mungkin kerana pembaca tahu atau lebih mudah jika aku katakan , kejujuran dan keikhalasan aku dalam membicarakan setiap perkataan yang terhasil dapat di rasai. Mungkin juga, aku yang terlepas baca sekiranya ada kata kata yang kurang enak di tuju untuk diri aku. Apa pun alasannya, aku gembira dan bangga dengan apa yang telah di sampaikan kepada aku.



Seperti yang di rencanakan, Cinta Merah telah menjangkau episode ke 6 daripada 7 episod kesemuanya, bermakna, episode terakhir akan muncul. Bagi yang mengikuti sudah pasti tahu yang Tina hadir dalam hidup Daniel pada saat yang tak Daniel duga namun tidak di jangka Tina kemudiannya keseorangan. Aku sendiri mempunyai penghujung ceritanya, beberapa kawan aku juga tahu kesudahannya namun banyak pamdangan yang aku terima bagaimana cerita ini harus di tamatkan. Kebanyakan mereka mahukan satu cerita yang berakhir dengan kebahgiaan. Kebahgiaan dan kegembiraan, sememangnya, diidamkan oleh manusia. Tapi kenyataan, tidak semua yang kita rancang akan terjadi, panas pun kadaang kadang tak sampai ke petang. Dalam soal Tina, aku punya kuasa samada menjadikan impian Daniel dan Tina satu kenyataan atau sebaliknya. Sebagai pengarang Cinta Merah, aku mempunyai hak untuk mengukir hidup Daniel dan Tina. Tetap pandangan pembaca aku pertimbangkan dan hargai.

Ada di antara pembaca menyatakan mereka tahu apa yang Tina alami, kesakitan yang Tina tanggung, Kekecewaan yang harus Tina hadapi kerana mereka juga pernah mengalaminya, b iar aku tegaskan disini, karya aku ini adalah 100% hasil dari taipan jariku yang menurut pemikiran aku serta kata hati aku. Tiada langsung berkaitan dengan kehidupan orang lain mahu pun yang masih hidup ataupun yang telah mati. Sekiranya ada persamaan pada nama, watak atau kisah hidup seseorang maka itu cuma satukebetulan .
Perlu aku ingatkan sekali lagi bahawa cerita ini satu rekaan, satu khayalan dan satu dongengan. Maka sekiranya secara tak sengaja aku tersentuh soal politik, agama ataupun bangsa sehingga membuat pembaca tersinggung, maafkan aku kerana itu bukan niat aku. Aku sekadar bercerita dengan cara yang aku fikirkan terbaik. Hakikatnya, aku berkongsi dongeng bukan berkongsi pengalaman.

Akhir kata, aku terbuka dengan setiap teguran , komen serta kritikan, mungkin kelak boleh ku jadikan rujukan jika ada kelapamgan untuk aku menulis lagi.
Apa yang telah dan akan terjadi kepada Tina,… kemana Daniel … persoalan yang akan terjawap dalam episode terakhir Cinta Merah . Aku menulis sekadar hiburan sebagaimana niat aku juga untuk menghibur kalian. Terimakasih.

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Merah ... (6/7) ... Cincin Berlian ...




Tina duduk sendirian. Di bangku berwarna putih. Di bangku menghadap sungai yang airnya dulu mengalir tenang. Di bangku di bawah pohon yang dulu nan rimbun. Bangku yang dulu sentiasa dihangatkan cinta sepasang kekasih. Bangku yang menjadi saksi kepada satu janji. Bangku yang kini turut bersedih seperti mana sedihnya hati Tina. Bangku yang kini hilang serinya cumanya dibasahi tangisan jiwa Tina.

Senyuman Tina telah pudar. Mata Tina tiada sinarnya. Wajah Tina muram. Bunga bunga yang pernah mekar mendengar gurindam pujuk rayu merpati sejoli turut tunduk. Angin yang suatu ketika dulu membuai membelai mendengar syair puitis madah cinta dua insan, kini hanya berlalu pergi tanpa menegur. Sang suria malap sudah cahayanya. Alam seakan turut mengerti dan bersimpati. Tina hanya duduk dengan kedua belah tangan menekap mukanya.

"Satu hari nanti, aku akan membawa Sara ke sini. Dia pasti suka. Kamu pasti juga gembira bermain dengannya, Tina".

"Kalau aku punya rezeki yang murah nanti dan berkemampuan, aku mahu beli tanah ini supaya kita tak perlu lagi balik".

"Lihat Tina, sepasang burung merpati di hujung dahan itu. Mereka sedang membina sarang mereka. Aku juga mahu tempat ini menjadi sarang kita. Aku mahu anak anak kita dan Sara bermain, membesar dan belajar erti kehidupan di sini sebagaimana anak anak burung itu akan belajar terbang dari dahan itu".

"Aku sayang kepada kamu. Aku punyai mimpi bersama kamu. Aku ada impian yang ku kejar untuk kamu. Aku ada rencana untuk masa depan aku dan aku mau kamu menjadi sebahagian daripada masa depan aku. Sudikah kamu?"

Satu persatu kata kata Daniel yang dilafazkan kepadanya di bangku ini bergilir bermain di kepala. Satu persatu bagaikan album yang diselak, wajah Daniel menjelma
di fikiran. Sebak di dada tak tertahan, tangisan pilu halus kedengaran, airmata bercucuran membasahi telapak tangan. Hancur. Musnah. Tiada lagi masa depan. Tiada lagi impian. Mimpi cuma kisah semalam. Rencana sudah basi.

Adilkah aku menjadi mangsanya? Adilkah aku menerima peritnya? Sakit ku tanggung tanpa ku pinta. Pedih ku rasa seakan hatiku di robek pisau. Apa salah ku sehingga begini kejam aku diperlakukan? Apakah dosa ku sehingga sengsara menjadi balasan?

Mana janji Daniel pada Tina? Tina masih sayangkan Daniel. Tina masih cintakan Daniel? Mana janji Daniel untuk terus mencintai Tina selagi Tina mencintai Daniel, sehingga hujung zaman?

Ingatkah Daniel sewaktu kita melewati Queens Bridal tempoh hari? Ingatkah Daniel yang Daniel mahu Tina memakai gaun berwarna putih tanpa lengan dengan bunga yang melingkar di dada. Kata Daniel, Tina akan nampak cantik. Tina akan menjadi pujian semua orang sewaktu kita melafazkan janji. Ingatkah Daniel, Tina memilih gaun berwarna purple untuk resepsi sebelah malamnya. Undangan band akan memainkan lagu kita? Ingatkah Daniel, Lagu The Groovy Kind of Love yang sering Daniel nyanyikan untuk Tina? Ingat? Mana semuanya? Harapan kini punah!

Di mana cincin yang akan Daniel pakaikan di jari Tina? Tina bukan minta cincin bertahta berlian, Tina cuma mahu cincin tanda yang Tina milik Daniel mutlak. Tina tidak menginginkan hantaran kahwin beribu ringgit, Tina cuma mahu cinta dan kasih sayang sepenuhnya dari Daniel. Tina cuma mahu Daniel!




Deringan telefon bimbitnya mematikan lamunan Tina. Dikesatkan air mata sebelum dia mencari telefonnya dari dalam beg yang di tempatkan di sebelahnya."hello ... mama.." suaranya tersekat sekat cuba menyembunyikan kesedihan hatinya.

"Tina, kemana Tina pergi? Dari tadi mama cuba hubungi Tina, Papa juga sama. Kami risaukan Tina. Di mana Tina sekarang?" suara ibunya kedengaran.

"Tina di sini, mama. Tak payah risau. Tina ok. Kejap lagi Tina akan balik", cuba membohongi ibunya, namun suaranya masih terketar ketar.

"Dah lah Tina, Di mana Tina? Biar mama suruh papa ambil Tina". ibunya seakan akan tahu hati Tina, bertambah risau.

"Tak usahlah mama. Nanti kejap lagi Tina balik, Tina janji, lepas ni Tina balik", jawap Tina.

" Ok la kalau begitu. Mama cuma risaukan Tina. Sudahlah Tina, jangan dikenangkan lagi. Cepat balik ya, mama tunggu. Nanti kalau ada apa apa, Tina hubungi mama, k? Bye", dengan berat hati, ibu Tina akur dengan kemahuan Tina.

"Baik Mama. Bye." balas Tina singkat.

Selesai berbicara dengan ibunya, Tina mulai menyedari yang matahari sudah pun berlabuh. Bulan yang berusaha menerangi malam kelihatan pucat. Tina, dengan langkah lemah, berat meninggalkan bangku yang menyimpan 1001 kenangan dia bersama Daniel.

Menjejak kaki di dalam rumah, Tina terus ke bilik. Mengangguk pada teguran ibunya tanpa sepatah kata.

Di dalam bilik, Tina duduk di penjuru katil. Bilik yang berwarna merah jambu kelihatam suram. Tina mengambil bingkai gambar yang terletak di atas meja soleknya. Bingkai gambar yang tersimpan potret Daniel di rapatkan di dada. Dua minggu yang lalu, Daniel masih ada di sisinya, Daniel masih lagu mencium dahinya. Dua minggu yang lalu, di perkarangan rumah ini, Kali terakhir Daniel mngucapkan 'I Love You'. Air mata yang meleleh ke pipi tidak di pedulikan. Tangannya menarik laci di almari baju, botol pil tidur yang di belikan beberapa hari lalu untuk membantunya tidur, di capai.

"Daniel, Tina mau tidur. Tina penat. Tina tidak mampu lagi. Tina rindukan Daniel. Izinkan Tina tidur dengan tenang. Hadirlah dalam mimpi Tina, peluklah tubuh Tina seperti mana Daniel pernah memeluk Tina. Belailah rambut Tina dengan jari jari Daniel macam yang sering Daniel lakukan. Kucuplah bibir Tina seghairah Daniel. Nanyikanlah puisi cinta, lagukanlah sajak kasih, bisikkanlah madah sayang di telinga Tina semahu Daniel. Lupuskan rasa rindu Tina pada Daniel .. Tina penat, sayang.. Tina mau tidur..."



"Tina! Tina!Ayuh makan Tina", ibu Tina memanggil manggil sanbil mengetuk pintu bilik Tina.

"Tina! Tina buka pintu, nak. Tina! makan jum!". semakin kuat ketukan di pintu, semakin kuat panggilannya.

"Tina!Tina! buka pintu nak! Tina!" dengan pekikan yang kuat serta ketukan pintu yang bertubi tubi, ibu Tina menjadi risau kerana tiada jawapan dari bilik Tina kerana dia pasti Tina masih di dalam biliknya.

"Tina! Tina!" ibunya terus menjeritkan nama Tina berulang kali, malah pintu mulai di tendangnya dengan harapan pintu akan terbuka. Ayah Tina yang terdengar jeritan dan tendangan pada pintu bergegas mendapatkan ibunya.

Sambil menarik isterinya, dia bersuara,"Kenapa, Mama?".

"Tina, papa. Tina tak buka pintu, Mama pasti dia ada di dalam. Kenapa dia tak dengar suara Mama?", dengan nada cemas dia menjawap.

"Dah. Biar Papa cuba", berpaling ke arah muka pintu bilik Tina, ayahnya mula memanggil,"Tina, Tina, Tina!"

Setelah berusaha beberapa kali tanpa hasil, ayahnya berundur beberapa tapak ke balakang sebelum merempuh pintu yang tertutup. Sebaik saja terbuka, ibu Tina meluru ke bilik. Diikuti ayahnya.

Langkah ibunya menjadi perlahan bila terlihat Tina dengan mata terpejam rapat, tangan mendepa luas sebelah dan sebelah lagi menimpa bingkai gambar yang terlungkup di dada, dengan wajah tenang, berbaring di atas katil. Keluhan kelegaan dilepaskan segera.

Tergerak hatinya untuk membiarkan Tina terus tidur, namun menyedari Tina yang tak makan dari semalam memaksa ibunya mengoyangkan bahu Tina,"Tina, bangun. Makan, jum". dengan nada lembut ibunya berkata.

Tanpa ada reaksi dari Tina, ibunya mengalih bingkai gambar dari dada Tina sebelum menggoncangkan bahu Tina dengan lebih kuat,"Tina, bangun nak. Tina, makan, nak".

Tetap tanpa sebarang reaksi sewaktu suaminya, ayah Tina, menghampiri dan mengangkat tubuh Tina yang longlai turut cuba membangunkan Tina. Di dalam genggaman ayahnya, botol pil yang kosong, terlihat oleh ibunya. Ingin mencari kepastian dengan penuh tanda tanya ibunya memandang tepat kewajah ayahnya. Ayahnya cuma mengangguk dan mengharapkan matanya menyampaikan segalanya,"Papa dah telefon ambulan", lemah suara ayahnya.

Seakan akan faham apa yang diperkatakan, ibunya lantas menjerit,"Tina!Ya Tuham!" sambil tangannya menggoyangkan tubuh Tina yang kini di pangkuan ayahnya.



Cinta Merah ... (5/7) .. aku cinta kamu lebih..

Cinta Merah ... (4/7) .. Saung Batik dan tali leher ..

Cinta Merah ..(3/7) .. gaun cantik ..

Cinta Merah ..(2/7) secawan kopi ..

Cinta Merah... (1/7) Kerusi kosong..

Monday, November 14, 2011

Cinta Merah... (5/7) ... aku cinta kamu lebih....




Meja makan kayu jati berbentuk bujur bersaiz sederhana dengan sedikit ukiran di permukaannya di penuhi lauk beraneka rasa, kelihatan terlampau banyak. Aku yang sememangnya tak sempat menjamah apa apa makanan pun dari tengahari mula terasa lapar melihat segala yang terhidang di depan ku. Masing masing mengambil tempat duduk seolah olah seperti telah di atur terlebih dahulu. Aku duduk di antara Tina dan ayahnya. Manakala Joe duduk di sebelah kanan Tina. Adik-adik Tina, Claire, Tiffany dan Michelle juga turut mengambil tempat masing masing Tidak kelihatan adik-adik lelakinya. Aku mendapat tahu kesemua adik lelakinya mengikuti satu rombongan perkhemahan sekolah setelah ditanya oleh aku.

Ayah Tina dengan lancar membaca doa makan. Aku yang agak malu walaupun sebenarnya sudah tidak sabar untuk menyuapkan nasi berserta lauk ke mulut ku hanya mula menyeduk kari setelah di jemput oleh ibu Tina yang duduk bertentangan denganku. Cuma kedengaran sudu dan pinggan berlaga, mungkin yang lain juga seperti aku, sedang sibuk melayan nafsu. Sedang aku menikmati keenakkan makanan yang terhidang, kedengaran suara ayah Tina memuji isterinya,"Memang enak masakan awak, mama. Banyak pulak tu, mampu di habiskan?".

"Tak apalah, kalau lebih pun masih boleh di simpan dan di makan esok. Lagipun kita ni kan ada tetamu tapi yang sebenarnya, semua makanan ni Tina yang masak. Mama cuma jadi mandur dapur ja.", balas ibu Tina.

Aku tergamam, nasi di mulutku hampir tersembur keluar apabila ayah Tina menepuk belakang bahu ku berkali kali sambil tersenyum bangga seraya berkata,"Hebat! hebat anak ayah!". Terfikir oleh ku sebab kenapa ayah Tina menepuk aku sedangkan aku langsung tidak terlibat dalam penyediaan jamuan malam ini.

Tina yang dari tadi cuma diam hanya tertunduk bisu sehinggqalah ayahnya menyambung semula katanya,"Tina, kalau macam ni, Tina berhenti kerja dan buka restoran ja," berseloroh.

"Papa ni, macam tak pernah ja makan masakan Tina. Hari ini Tina masak istemewa sikit untuk Daniel bukannya papa."balas Tina manja. Aku terasa betis ku di sepak sepak Tina bila aku ketawa kecil. Kemesraan di antara anak dan bapa memang membuat aku terhibur. Kedengaran adik adik Tina turut menyampuk menyokong kakak mereka. Yang tadi sunyi, kini meja makan sudah mulai riuh. Masing masing mahu bercerita, dan aku cuma mampu mengangguk bila terdengar namaku di panggil.

"Hello. Wah.. harum bau, pasti sedap. Maaf, saya terlewat,kena siapkan kerja di pejabat dulu tadi," kelihatan seorang perempuan yang agak sebaya Tina mengambil tempat di kerusi sebelah Joe yang sememangnya kosong dari mula.

"Lin, Daniel. Kawan saya. Daniel, Lin, isteri Joe." Tina memperkenalkan kami. Sebaik mendengarnya, aku terasa lega yang teramat sangat. Persoalan dan kerisauan aku telah terjawap. Joe bukanlah saingan aku untuk memiliki Tina. Dengan penuh selera aku meneruskan suapan aku dan Tina terus meletakkan telapak tangannya di atas peha aku. Sekali sekala mengusap ngusap manja walau berkali kali aku berusaha mengalih tangannya kerana takut terlihat oleh ayahnya, tangan aku jadi mangsa cubitannya.

Selesai makan, aku , Joe dan ayah Tina duduk semula di sofa manakala yang perempuan bergotong royong mengemas dapur. Dengan cerut dan rokok masing masing kami melangkah menuju ke kerusi yang terletak di luar. Menghembus asap menggambarkan kepuasan setelah makan, kami berborak mengenai bolasepak. Aku peminat setia Liverpool cuba mempertahankan diri apabila dipermainkan oleh kedua dua peminat Manchester United. Sedang asyik berbalas bahas, Tina datang membawa dulang yang di isikan dengan sebuji teko dan beberapa cawan, diikuti oleh Lin dan ibu Tina.

Seketika kemudian, Joe dan Lin minta diri untuk pulang. Setelah berjabat tangan, Tina dan ibunya masuk semula ke dalam rumah. Tinggal aku dan ayahnya. Janggal, aku cuma berdiam diri. "Daniel, awak buat apa?" tanya ayah Tina.

"Saya cuma konsultan pembinaan", jawap ku ringkas.

"Oo. Kata Tina, awak ada mempunyai seorang anak perempuan," tanya ayah Tina lagi.

"Ya," jawapku. Sambil menyeluk saku mangambil dompet yang tersimpan gambar Sara, aku meneruskan, "Sara. Umurnya masuk 4 tahun".

Aku tunjukkan gambar seorang anak kecil berambut hitam lebat, berkulit cerah serta memiliki susunan gigi yang menarik. Sara sedang duduk di bangku, gambar yang aku ambil ketika bersamanya bermain di Taman Budaya. Ayah Tina menatap gambar tersebut dan bertanya," Mana dia sekarang?".

"Dia dijaga oleh ibunya yang juga tinggal bersama neneknya. Sekali sekala saya berpeluang menhabiskan masa dengannya," aku menjawap. Kerinduan aku terhadap Sara terasa, dua minggu yang lalu kali terakhir aku bertemu dia.



Seperti yang aku duga, ayah Tina terus menyoal aku."Apa yang terjadi antara awak dan ibu dia?"

"Kami tidak menginginkannya dan kami juga berharap hubungan kami kekal selamanya. Namun kami tidak menolak yang jodoh kami hanya sampai disini. Kami jarang bersependapat dalam banyak perkara dan kami merasakan perpisahan kami ini jalan yang terbaik untuk diri masing masing," aku yang sudah lali dengan soalan sebegitu menjawap lancar seolah olah telah tersedia script yang dihafal.

"Duduklah Daniel, saya nak ke dalam kejap, perut ni," sambil menepuk nepuk perutnya, ayah Tina meninggalkan aku sendirian di prkarangan rumah.

"Daniel, Tina amat menyintai Daniel. Terasa bahagia sangat bila Tina disamping daniel," Tina berbaring dan kepalanya diletakkan di peha aku. Tangannya, di labuhkan di atas perutnya. matanya di pejam rapat. Aku memandang wajahnya yang kelihatan tenang. Jari jari ku bermain di pipinya yang gebu itu, mengusap lembut.

"Daniel,mahukah daniel mencintai Tina sehingga hari tua Tina? Sehingga putus nyawa?" sambungnya.

"mmm.." angukkan ku tak terlihat oleh Tina. Apabila Tina membuka matanya, aku meneruskan, " Aku akan mencintai kamu selagi kamu mencintai aku".

"Itu ja? Kalau Tina dah tak cintakan daniel? Daniel cari orang lainlah?", tanya Tina separuh merajuk.

"Ye lah. Kala kamu dah tak cintakan aku, tak sayangkan aku, aku tak akan terus mencintai sesuatu yang boleh buat aku sakit. Tapi aku juga tak akan mencari orang lain untuk di cintai kerana aku mahu memori cinta kita tak terhapus dan kekal menjadi sesuatu yang indah dalam hidp aku," panjang aku menerangkan.

"Ok! kalau macam tu, Tina janji Tina akan terus mencintai Daniel sehingga hari tua, sehingga muka kerepot, sehingga akhir zaman walaupun nyawa tercerai dari jasad, cinta Tina tetap kukuh .. tetap milik Daniel. Cinta Tina abadi untuk Daniel," ujar Tina. Dia memusingkan badannya dan mukanya mengadap perutku sambil tangannya memeluk erat tubuhku.

"aku juga Tina. Aku juga berjanji jika itu janji kamu kepadaku." Aku tunduk dan mencium rambutnya.



"Daniel!" sergah Tina, "mengelamun jauh, sampai mana dah?"Terpandang Tina dengan senyuman manisnya.

"Masuk Daniel, mama dengan papa menununggu Daniel di dalam tu. Katanya, nak cakap sikit dengan Daniel," sambung Tina.

Aku yang tersedar dari lamunan cuma mengangguk. Melangkah ke dalam dengan hati yang berdebar debar. Entah apa lagi yang mahu di bicarakan, kata aku di dalam hati.


Aku mengambil tempat di sofa berdekatan, Tina duduk di sebelah aku. Dengan sabar aku menunggu ayah Tina untuk membuka mulut. Ibu Tina di sebelahnya, memegang gambar Sara yang belum lagi dikembalikan oleh ayah Tina. Sedetik terasa begitu lama. Tak senang duduk, aku resah, seperti seorang di kandang pesalah yang menunngu keputusan hakim mahkamah. Aku tunggu.. sambil melafazkan doa dalam hati.

"Daniel," Ayah Tina memulakan bicara, " Kebelakangan ini Tina banyak menghabiskan masa bersama kamu. Itu kami sudah sedia maklum kerana Tina sering meminta kebeneran sebelum bertemu kamu. Tina juga kelihatan semakin riang. Kami sebagai ibu bapa juga turut gembira dengan keadaan Tina. Kamu telah menjaga Tina dengan baik selama ini dan kami tidak mempunyai apa apa masalah jika kamu terus mahu menjaga dia."

"Betul, Daniel. Kami percaya Daniel dapat membuat Tina terus gembira. Kami sebenarnya nak katakan yang kami merestui perhubungan kamu berdua cuma" sampuk ibu Tina.

Cuma apa lagi? Tanya ku di dalam hati. Soalan aku terjawap bila ibu Tina meneruskan,"cuma, lain kali kalau bersekesempatan, bawalah Sara datang", sambil tangannya mengembalikan gambar Sara kepadaku.

Tina cuma senyum memandang aku, seolah olah dia sudah tau apa yang bermain di kepala ayah dan ibunya. Aku lega dengan pertuturam kedua dua orang tua Tina membalas senyuman Tina. Selang beberapa jam kemudian aku meminta diri untuk pulang setelah berbual dengan kelaurga Tina termasuk adik adiknya.

Andainya saat itu, keajaiban berlaku dan aku ditumbuhi sayap yang boleh membawa aku ke langit tinggi, akan ku jerit kepada dunia bahawa Tina adalah milik ku. Andai pada saat itu juga aku mampu berlari pantas, akan aku berlari ke seluruh penjuru benua dan mengukir nama Tina di setiap batu agar setiap insan di muka bumi tau kisah aku dan Tina. Andai aku berkemampuan, akan aku menyelam ke dasar lautan, biar ikan menyebarkan cerita cinta ku ke tujuh lautan. Mahu juga aku berdiri di puncak tertinggi dan menyeru nama Tina, biar seluruh mahluk alam memuji ketulusan cintaku terhadap Tina. Biar cinta ku di bukukan seperti Rama dan Sita, Romeo dan Juliet, Jack dan Rose, Edward dan Bella... aku gembira .. aku bahagia...

Aku gembira melangkah keluar diiringi Tina ke kereta ku. Aku sempat mengucup dahinya dan mengucapkan selamat malam. Sekali lagi Tina berbisik,"I love you..."

"aku cinta kamu lebih....."



Cinta Merah .. (1/7).. Kerusi Kosong ..

Cinta Merah.. (2/7).. secawan kopi..

Cinta Merah.. (3/7).. gaun cantik..

Cinta Merah.. (4/7).. sarung batik dan tali leher..

Cinta merah.. (6/7) .. cincin berlian ..

Saturday, November 12, 2011

Cinta Merah ... (4/7) .. sarung batik dan tali leher.



Khamis, aku baru sahaja selesai mandi apabila aku terdengar deringan dari handphoneku. Ku perhatikan jam yang terletak di atas meja sudut, 8.30 pm. Sejam yang lalu aku baru saja menghantar Tina ke rumahnya setelah menikmati makan malam bersama.

Aku mencapai handphone yang kulemparkan di atas katil sewaktu aku memasuki bilik mandi tadi. Di skrinnya terpampang nama Tina membuat aku tertanya tanya kenapa Tina menelefon aku di waktu sebegini padahal kami sering saling berbicara melalui telefon waktu tengah malam sebelum tidur. Aku menekan punat jawap, dan kedengaran suara Tina, "Hello, Daniel. Buat apa tu?"

"Tina, Aku baru sahaja lepas mandi. Kenapa telefon terlalu awal begini?" jawap ku membalas soalan Tina.

"Rindulah. Kenapa? Kalau tak nak, tak apa lah," kedengaran lagi suara Tina seolah olah merajuk.

"Samalah. Tapi tak boleh ke tunggu lewat malam sikit, macam biasa?". aku menyoalnya kembali.

"Tak , Daniel, macam ni, awak, hujung minggu ni, senang tak? Mak dan ayah ajak makan malam di rumah hari Sabtu. Boleh tak?" jelas Tina.

"Lagipun, mereka tu memang dah tahu tentang perhubungan kita cuma mereka tak pernah berjumpa dengan awak. Itulah sebabnya tadi Mak suruh ajak awak makan malam di sini." sambungnya lagi.

Dengan kata kata Tina itu, bagaikan sebutir bom telah meletup di dalam perut aku. Aku terasa mual tiba tiba. Perut aku memulas mulas. Lutut aku berasa tidak bermaya untuk menampung berat tubuhku lagi. Darah ku di pam secepat mungkin oleh jantung yang degupannya bagai enjin keretapi yang sedang bergerak laju. Mulut aku sedaya upaya menyedut seberapa banyak udara yang termampu. Terasa titik air timbul di permuaan dahi, Sintom serangan panic dan gemuruh. Tetapi semuanya hanya untuk seketika waktu, aku normal beberapa minit kemudian.

"Ok, Tina". jawapku dalam keadaan separuh sedar.

Sememangnya aku telah menjangkakan yang suatu masa kelak pasti aku perlu bertemu dengan ibu bapa Tina serta ahli keluarganya yang lain. Cuma aku menjangkakan ianya akan berlaku dalam beberapa bulan lagi dan bukannya sekarang, dengan keadaan dan masalah aku yang belum selesai, aku belum bersedia.

Aku cuba melelapkan mata ternyata, telefon dari Tina mengganggu jiwa ku. Terlalu banyak yang aku perlu sediakan. banyak persoalan yang bermain di fikiran. Akhirnya, aku terlena bersama seribu pertanyaan.

Sabtu datang dengan pantas. Aku sedang berdiri di depan cermin dengan baju T berkolar warna putih serta berseluar jeans yang baru aku beli semalam. Aku mahu kelihatan elok di mata ibu bapa Tina. Kata orang putih 'The first impression is very important', kerana itu pertemuan pertama ini amat penting bagi aku.



Tina pernah menceritakan tentang keluarganya kepada aku. Aku mendapat tahu dia mempunyai 2 orang adik perempuan dan 3 orang adik lelaki yang semuanya masih bersekolah. Ayanhnya berkerja sebagai pegawai kerajaan manakala ibunya merupakan suri rumahtangga sepenuh masa. Tina, walaupun mempunyai cita cita yang besar namun buat sementara waktu dia harus memendamkan cita citanya itu. Tina mempunyai tanggungjawap yang besar dengan umur semuda itu. Kerana ingin melihat adik adiknya berjaya dalam pelajaran, Tina bekerja untuk membantu meringankan beban ayahnya yang perlu menyekolahkan 5 orang lagi adik beradiknya. Tina mengajar aku yang segala harta dan kemewahan yang ada di dunia ini cuma sementara manakala apa yang paling penting dalam hidup seseorang itu adalah keluarganya.

Aku tiba di rumah Tina 15 minit awal daripada waktu yang sepatutnya. Menurut Tina, makan malam akan bermula pukul 7 dan ayahnya tidak suka menunggu. Aku rasa, dengan kehadiran aku yang lebih awal akan memberi tanggapan pertama yang lebih baik. Sewaktu melangkah keluar dari keretaku, aku terpandang Tina yang sedang bersandar di muka pintu. Berpakaian sederhana dengan rambut yang disanggulkan serta apron yang masih melilit di pinggang dia menyambut ketibaanku dengan senyuman manisnya. Aku juga terpandang 2 anak gadis yang comel berdiri di sebelah Tina dengan senyuman lebar mengusik Tina, terlihat tangannya menolak adik adiknya itu. Aku menghampiri dengan perasaan gemuruh tapi senyuman Tina telah memberi aku kekuatan untuk melangkah terus.

Jambangan ros merah yang ku beli terlebih dahulu ku serahkan kepada Tina. Dengan berpakaian comot apron serta terdapat sedikit tepung di mukanya menampakkan keseksian Tina pada pandangan mataku. Walaupun saat itu hati aku memujuk supaya aku bertindak untuk mencium bibir mulus Tina namun akal fikiran aku mengajar supaya aku bertindak sebaliknya. Di tangan aku masih lagi memegang beg kertas, di dalamnya sutas tali leher yang berjenama dan sehelai kain sarung batik. Tina pernah menyebut barang itu adalah kegemaran ayah dan ibunya.

Aku mengekori Tina masuk ke ruang tamu. Rumah yang berukuran sederhana itu nampak kemas dan menarik walaupun tanpa perabot perabot mahal menghiasi. Seorang perempuan linkungan umur 40 an keluar dari satu bilik yang kelihatan seperti dapur. Dia mengesat-ngesat tangannya di apron yang di kenakan sebelum menghulurkan tangannya sambil tersenyum dia menyapa ramah," Masuk Daniel. Jangan malu malu, buat macam rumah sendiri".

Tina yang berdiri di sebelah ku menyiku aku ,"mama.." ujarnya perlahan.

Aku membalas senyuman ibu Tina, sambil menghulurkan buah tangan yang aku bawa,"Terimakasih, Makcik," aku berkata.

"Daniel!" kedengaran suara yang agak garau seolah olah seorang sarjan askar sedang memberi arahan kepada anak buahnya.Aku menoleh dan di sofa kelihatan 2 orang sedang memandang ke arah aku.

"DAniel, mari sini." kali ini dengan nada yang lebih perlahan aku melihat lelaki yang agak berumur melambai ke arah aku. Di sofa sebelahnya, seorang jejaka yang lebih muda sedang memegang segelas air tersenyum pada ku. Aku menghampiri keduanya dan berjambat tangan sebelum aku juga melabuhkan punggung ku di sofa berdekatan. Tina mengikuti ibunya ke dapur.

"Daniel, kopi?" tanya lelaki yang lebih tua yang aku yakin adalah ayah Tina kerana gambarannya mirip seperti yang Tina gambarkan. berbadan agak gempal dengan sedikit uban di rambutnya yang agak nipis. Aku cuma menggangguk dan ku lihat dia sedang menuang kopi yang tersedia ke dalam cawan.

"Ini Joe. Dia sepupu Tina dan rapat sejak dari kecil lagi." dia memperkenalkan seorang lelaki yang lebih muda, mempunyai susuk badan yang tegap serta berperwatakan yang agak tampan di sofa bersebelahan dengannya, menggenggam erat tanganku yang ku hulurkan.

Joe dan ayah Tina mula meneruskan perbualan yang terhenti dengan kehadiran aku. Aku yang sememangnya tidak berminat dengan isu politik hanya duduk seperti tunggul kayu yang cuma tunggu untuk di sepak. Perbualan rancak antara ayah Tina dan Joe, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keyakinan aku, mampukah aku menarik hati kedua ibu bapa Tina dengan kehadiran Joe yang memang mereka kenali dari kecil lagi? Kalu tidak pun, penampilan aku ini berjayakah menambat hati kedua ibu bapa Tina? Semakin lama aku duduk di sofa membisu , semakin banyaklah yang aku fikirkan. Semakin banyak yang aku fikirkan, semakin kecut perut aku dibuatnya. Kehadiran Tina mengganggu lamunan aku." Ayah, Joe, Daniel. Jum makan. Makanan dah disediakan," kata Tina, seakan memahami keadaan aku. Kata kata Tina itu bagaikan loceng terakhir waktu persekolahan dimana kebebasan bermula.

Dari dapur terdengar suara mak Tina memanggil,"Makan! Makan! Tina, jemput semuanya makan."



Cinta Merah ... (1/7) .... Kerusi Kosong ...

Cinta Merah ....(2/7) ... Secawan Kopi ..

Cinta Merah ... (3/7) .... Gaun Cantik ..

Cinta Merah... (5/7) .. aku cinta kamu lebih...

Cinta Merah ... (6/7) .. Cincin Berlian..

Tuesday, November 8, 2011

Cinta Merah ... (3/7) .... Gaun Cantik ..




Semenjak bulan Februari, hidup aku mula berubah. Aku akan merindui dia setiap saat. Sebelum tidurku, doaku pohon namanya ku sebut. Ketika jaga ku pagi hari, wajahnya yang bermain di benakku. Aku akan bergegas ke kedai kopi untuk bersarapan dengannya. Kami akan memesan kopi serta roti bakar bersama telur yang masih lagi menjadi gurauan kamidan berbual sehingga tiba waktunya ke pejabat. Begitulah rutin ku setiap pagi pada hari kerja, begitu jugalah rutin dia.

Ketika matahari melabuhkan dirinya, kami akan bertemu lagi. Berpegangan tangan menikmati udara petang sambil berjalan di persisiran Waterfront, bila terasa penat kami akan duduk di bangku dan menemani bulan menampakkan seri cahayanya menerangi malam yang hadir. Tina, manis semanis seperti adanya, akan membisikkan ke telingaku sepatah kata merangkumi tiga perkataan ajaib. Tiga perkataan yang diidamkan setiap lelaki. Aku amat bertuah kerana saat iyu aku berada di sampingnya dan mendengar dia berbisik, " I Love You," berulang ulang kali.



Tak pernah puas dengan setiap saat yang kami habiskan bersama,di hujung minggunya kami akan bertmu lagi. Aku teringat satu petang minggu, kami berjalan di sebuah pusat membeli belah. Sedang asyik berjalan , tiba tiba dia menyeretku masuk ke sebah butik pakaian wanita. Berlegar legar memerhati pakaian yang beraneka fesyen dan corak, akhirnya dia mengangkat sehelai gaun berwarna hitam putih dari rack yang tersusun rapi dan ditayangkan kepada ku,"Tengok! Cantik tak gaun ni?", tanyanya.

"Ya, Tina. Ianya kelihatan lebih cantik jika dikenakan oleh kamu," dengan kenyataan aku itu, lantas dia mengatur langkah kemas menuju bilik persalinaan untuk mencuba gaun yang masih dalam genggamannya. Kesabaran aku tergugat apabila Tina mengambil masa yang lebih lama daripada yang aku jangkakan. Setelah menunggu beberapa minit, akhirnya Tina muncul di sebalik pintu bilk persalinan itu. Sebelum dia sempat membuka mulut, kata kata kemarahan aku menerjah pendengarannya."15 minit? Nak pakai satu baju pun ambik 15 minit?" tegur ku kasar.

Wajah cerianya beransur pudar membuat aku berasa bersalah meninggikan nada suaraku kepadanya."Tina cuma nak pastikan yang Tina kelihatan sempurna di mata Daniel dengan gaun ini", jawapnya seraya mmusingkan badan dan mula melangkah meninggalkan aku untuk kembali ke bilik persalinan.

Sepantas kilat tangan ku menyambar lengannya. Ku rapatkan diriku kepadanya, terasa dadanya berombak kencang memukul dadaku. Ku merenung dalam ke matanya yang mula berkaca tunggu pecah empangannya. Sambil sebelah tanganku merangkul kemas pinggangnya dan sebelah lagi mengusap lembut pipinya, aku brsuara,"Tina..". Wajahnya yang muram dipaling cuba mengelak dari pandangan ku.

"Tina.." aku mencuba sekali lagi. Dengan mata sayu solah olah memberitahu aku kesedihan hatinya di perlakukan sedemikian rupa mula membalas renungan mataku.

"Maafkan aku, Tina. Walau apa pun yang kamu pakai, warna apa pun yang kamu pilih, kamu sntiasa nampak sempurna di mataku. Malah pakaian tu yang beruntng kerana dapat menyarung tubuhmu yang sempurna. Kamu sempurna kelmarin, kamu sempurna sekarang, kamu akan tetap sempurna keesokannya, bagi ku, kamu sentiasa sempurna", sambung ku.



Sememangnya bidadariku kelihatan sangat cantik dan padan dengan gaun yang dikenakan. Senyuman manisnya mulai terukir, wajah cerianya mulai kembali. Dia ketawa manja keanakan dan berlalu pergi setelah rangkulan pinggangnya ku leraikan. Beberapa pasang gaun lagi di cuba sebelum dia keluar mninggalkan aku yang masih duduk di sebuah bangku tinggi terletak di satu sudut butik tersebut.

Aku bingkas bangun ketika melihat kelibat dia telah pun berada di luar. "Jom, jalan." ringkas sapaannya, sewaktu aku mendekatinya.

Aku yang terpinga pinga cuba menyelidik, "kenapa?"tanya ku.

"Jom lah jalan. kita ke tempat lain', balasnya. Ringkas.

Aku yang masih kurang berpuas hati,menyoal lagi," Tapi kamu tak beli apa apa pun. Gaun tu memang padan dan cantik dengan kamu. kenapa tak beli? Tak suka?".

"Cantik tu memanglah cantik, malah semuanya cantik. Tapi satu ringgit saja lagi jadi dua ratus! mahal sangatlah," jawapnya.

"Berbaloikan harganya dengan gaun sebegitu untuk kamu? Kalau kamu suka, aku boleh belikan", ujar ku lagi.

'Tak payahlah. Tina dah cuba dan Tina rasa puas. Lagipun.." dia terhenti seketika sambil tangannya menyeluk beg tangan yang di jinjing dan mengeluarkan iphonenya. Jarinya yang halus bermain di permukaan iphone, tersenyum dia menghulurkannya kepada ku,"Lihat! Cantikkan? Ini pun dah cukup buat Tina, Boleh Tina tunjukkan dengan kawan kawan nanti." sambungnya lagi.

Di skrin iphonenya terpampang gambar dia sambil memperagakan gaun yang di cubanya tadi. Ternyata dia mengambil fotonya sendiri sewaktu mencuba gaun di butik itu. Dan mungkin kerana itu jugalah aku terpaksa menunggu lebih lama. Karenahnya itu membuat aku senang, menjadikan aku gembira, dia sememangnya bidadari .. aku bahagia..membuat hidup aku lebih bermakna dan kehadirsnnya juga telah menjadikan bunga cinta ku mekar menunggu di petik.



... Cinta Merah ... (1/7) ... Kerusi Kosing...

...Cinta Merah ... (2/7) ... Secawan Kopi ...

... Cinta Merah ... (4/7) ... sarong batik dan tali leher ...

Cinta Merah .. (5/7) .. aku cinta kamu lebih ..

Cinta Merah .. (6/7) ... Cincin Berlian..

Monday, November 7, 2011

Cinta Merah ....(2/7) ... Secawan Kopi ..



Hujan turun dengan lebatnya, aku sedang menikmati secawan kopi sambil membaca seratkhabar. Kemunculan bunyi kerusi bergerak berdekatan mengganggu konsentrasiku.Perasaan ingin tahu memaksa aku mengalihkan pandangan daripada naskah yang sedsng aku baca. Aku mendongak dan di situ, di depanku, kelihatan dia. Berbaju kurung putih di hiasi bunga berwarna ungu, laksana bidadari, dia tersenyum. Senyuman yang paling indah pernah aku lihat, senyuman yang boleh membuat setiap lelaki memandang terjatuh, dan kali ini, senyuman itu untuk aku. Tanpa meminta kebenaran, dia terus duduk di kerusi yang berdepan dengan ku. Jantungku bedegup kencang seperti paluan seribu gendang. Aku cuba berlagak seperti biasa dan berpura meneruskan pembacaan ku.

Datang seorang gadis menghampiri untuk mengambil order, suara lembut dengan tone yang rendah samar samar kedengaran meminta secawan kopi. Tiba tiba suara itu menjadi semakin jelas,"Sejuk. Hujan Lebat." ringkas.

Kurang pasti suara itu di tujukan kepada siapa, aku mendongak ke arahnya, dan sekali lagi aku terpandang senyumannya yang manis itu sambil matanya tertumpu kepada aku. Terasa darahku bergerak laju seperti kereta lumba bergegas ke titik penamat. Muka ku terasa hangat seakan di pancar terik matahari tengahari. Aku tergamam, bermimpikah aku, bidadari tersenyum dan menegurku. Aku, sesuai dengan pekerjaan ku yang sering berulang alik ke tapak pembinaan, cuma berbaju t.shirt dan jeans serta bertopi, berpenampilan sederhana. Dengan lidah bagaikan dibius, mulut bagaikan di kunci, tidak bersedia dengan tegurannya, "mmmm.." terpancul tanpa aku sedari. Menyesal dengan ucapan bodoh dan ringkas itu, aku cuba bersembunyi di sebalik suratkhabar yang aku pegang.

"Hei, awak tak kisahkan kalau saya ambil bahagian hiburan ini?" sambil tangannya mendahului mencapai sebahagian lagi suratkhabar yang terlipat di sebelah cawan kopi ku.

Sekali lagi, "mmmm..." jawapku tanpa mengangkat muka ku yang masih berselindung di balik suratkhabar namun mencuba untuk mengintai tanpa pengetahuannya. Dan untuk sekali lagi, aku terasa seperti keldai. Bodoh! bentak ku dalam hati. Aku bertekad untuk menebus kebodohan aku dengan menyapanya.



"Excuse me," aku memulakan sapaan tanpa sebarang kesilapan, syukur. Dia mendongak dan memandang ku, masih dengan senyuman manisnya itu.

"Tolong hulurkan garam itu," keluar ayat yang begitu sempurna dari mulutku sambil jari ku menunding ke arah botol garam yang terletak berdekatan dia. Seakan telah melepasi satu beban yang amat berat, aku merasa sungguh gembira hingga ingin melonjak tinggi sambil menjerit yang aku telah berjaya. Kepujian harus di beri kerana keberanian aku!

Aku terlihat dia mengankat keningnya dan dahinya berkerut sambil bertanya,"Garam? Untuk apa?".

Aku yang mula menyedari sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Dengan keadaan yang keliru, mata ku liar mengarah sekeliling, mungkin aku terlepas pandang mencari kesilapan. Tidak terlihat oleh ku dua biji telur setengah masak di hadapan ku seperti yang aku sangkakan. Kerana asyik dengan angan ku, aku terlupa memesan sarapan pagi ku terlebih dahulu.Sudah sememangnya dia merasa hairan kerana cuma terdapat secawan kopi yang terhidang."Arrr ..aa .. eerrr .. sorry," hanya itu yang mampu aku luahkan.

Tanpa di duga, bagaikan gunung berapi yang mula meletuskan lavanya setelah berkurun lamanya terpendam, dia meledakkan ketawa sambil tangan kirinya menghempap permukaan meja berkali keli. Aku hanya duduk kaku dengan puluhan mata pelanggan yang memandang ke arah kami. Malunya aku namun keletahnya juga buat aku terhibur.

Dalam diam aku cuba menutup maluku dan berlagak macho, ku hadiahkan senyuman kepadanya. Ketawa mulai surut, dia membalas senyuman ku, tangannya di hulurkan kedepan seraya berkata, " sorry, nama saya Tina," dan di saat itu semuanya bermula ....



... cinta merah ... (1/7) .. Kerusi Kosong ..

... Cinta Merah ... (3/7) ... Gaun Cantik ...

... Cinta Merah ... (4/7)... sarung batik dan tali leher...

Cinta Merah .. (5/7) ... aku cinta kamu lebih...

Cinta Merah ... (6?7) cincin Berlian..

Friday, November 4, 2011

Cinta Merah ... (1/7) .... Kerusi Kosong ...



Sewaktu aku melangkahkan kaki memasuki kedai kopi, aku terpandang dia sedang duduk di tempat biasanya sambil menatap suratkhabar. Di atas meja, secawan air yang wap panasmasih kelihatan naik ke atas, dompet yang berwarna kuning langsat serta iphone terletak bersebelahan sepinggan kueh tiaw goreng yang belum di sentuh.

Berpakaian sederhana dengan blaus berlengan pendek berwarna putih serta bercelana hitam di tambah rantai manik yang berwarna warni, dia kelihatan sungguh anggun. Rambutnya tebal hitam pekat berkilau diikat rapi menampakan lehernya yang jinjang. Matanya yang sedikit besar dan di warnai cokelat gelap menatap terus suratkhabar di tangan tanpa terusik oleh bunyi riuh orang sekeliling. Bibirnya merah umpama merahya sang mawar yang tersenyum riang menerima sapaan sang mentari di waktu pagi. Pipinya yang gebu itu bertambah menarik dengan sedikit kemerahan. Sesekali kelihatan tangannya diangkat, dengan jari telunjuk dia menolak anak rambut yang terjuntai di depan dahi. Kueh tiaw dan air menunggu untuk di jamah... aku terkenangkan saat itu, saat yang telah berbulan lamanya berlalu..



Tetapi kini tempat yang sering didudukinya kosong. Tiada lagi dia, gadis yang aku kagumi. Malah setiap pelanggan yang hadir juga seolah olah menanti kehadiran dia. Kerusinya di biarkan kosong kerana itu adalah tempatnya dan tak seorang pun yang mahu memikirkan sebaliknya.

Aku , aku datang kemari dengan satu harapan. Harapan untuk melihatnya. Harapan untuk menunaikan janjiku kepadanya. Harapan untuk menjadi sebahagian dari dirinya. Aku datang kemari sekali lagi, seperti hari hari kelmarin, kerana aku sangat merinduinya. Saat pertama aku melihatnya di bulan February itu, sebahagian dari diriku telahpun menjadi miliknya.



.. Cinta Merah .. (2/7) .. secawan kopi ...


.. Cinta Merah ,, (3/7) .. gaun cantik ...

... Cinta Merah ... (4/7) ... sarung Batik dan Tali Leher ...

Cinta Merah .. (5/7) .. aku cinta kamu lebih...

Cinta Merah .. (6/7) ..cincin berlian..

Monday, October 31, 2011

... suatu masa ... adanya cinta ..


Suatu masa .. mengapa harus semuanya tinggal kenangan cuma? .. Mengapa harus semuanya sementara cuma? .. mengapa hujan bisa datang lewat sinar matahari yang diharap sampai ke petang? mengapa ombak terus memujuk pantai dan mengubah pasir yang akur dengan belaiannya? mengapa bunga tunduk ke bumi tatkala bulan datang menyapa? .. mengapa harus wujud 'suatu masa'???..



Aku maukan bulan yang terus menemani bintang biar pun sang pungguk tak jemu melafazkan kata rindu.. aku maukan gunung yang tak berganjak walau ribut mengugut kencang .. Aku maukan kasih yang kekal ... sayang yang abadi .. cinta yang boleh ku bawa terbang ke langit ke tujuh .. dan aku mau terus menyanyi... menari .. tanpa ada masa yang mencemburui aku .. tanpa ada waktu meleraikan jemari ku yang menggenggam erat jamari mu .. lantas aku terus menyanyi .. menari bersama kamu ...

Impian cuma... angan angan cuma.. mimpi yang tercipta kerana percaya dunia milik kita dan takdir tunduk pada cinta sejati, akhirnya ternoda kerana nafsu.. tercemar kerana khianat.. tewas pada satu hati yang lemah.. gugur pada sifat keperimanusiaan.

Keras kerak nasi di periuk juga bisa lembut di sirami air.. apatah lagi sekeping hati yang rapuh.. begitu mudah cair dengan kehangatan lafaz ayat ayat cinta... bukan hati tak cinta maka aku tak bisa bermadah manja .. bukan jiwa tak sayang maka mulut tertutup bisu .. tapi aku adalah aku .. sifat aku, fizikal aku, inilah aku yang pernah merenung mata kamu... yang pernah memeluk tubuh kamu.. yang pernah mengucup bibir kamu .. inilah aku yang pernah kamu terima seadanya..

Inilah aku yang kini cuma wujud di hati kamu... kekasih kamu suatu masa dulu....

Thursday, October 27, 2011

.. Hujan ... aku keliru di antara duka dan suka ...



... Hujan.. Hujan yang selalu di kaitkan dengan hati yang lara.. hujan yang sering di samakan dengan duka.. tapi hujan juga yang memberi nyawa.. memberi kehidupan .. tanah tandus tanpa hujan .. dedaunan kering tanpa hujan.. Hujan di rindu tatkala mentari terik memancar .. Hujan juga yang di keji bila sang matahari terus bersembunyi di balik awan hitam…

Lalu .. apakah kamu juga seperti hujan ? Kehadiran kamu ku tunggu di saat hati aku tandus dengan kasih sayang .. di saat jiwa aku layu tanpa cinta.. Apakah kamu hujan? .. bila suatu ketika dulu hadirnya kamu aku elak kerana aku rindukan seseorang lain yang mungkin dapat memberi sinaran pada hati yang samar .. Saat hadirnya kamu menjadikan aku rimas lantas timbul rasa muak jemu .. membuatkan aku terus mejauhkan diri dari kamu...
Hujan?... yang cuma hadir seketika meninggalkan pelangi yang juga beransur pergi.. melepaskan mentari memberi kehagatan pada buni yang kedinginan.




Mau apa lagi aku ?? Bahagiakah aku tanpa kamu? Senangkah aku tiada bayangan kamu mengekori? Atau ... mungkin kerinduan yang mungkin tak terubat membuat aku percaya bahawa aku sedang merayakan ketiadaan kamu... mungkin cuma aku cuba membalut pedih luka yang terhiris akibat keratan tangan aku sendiri tika aku menghalau kamu.. mata aku buta, telinga aku pekak, lidah aku kelu, jari aku kebas .. aku tak tau apa yang aku rasakan .. aku keliru dengan segala pemikiran serta perasaan aku.. Rindukah aku maka masih sayang aku kepada kamu?.. Atau bahagiakah aku maka sudah hilang rasa cinta terhadap kamu?..

Di luar hujan masih turun dengan lebat di iringi angin yang kuat .. pokok bergoyang seolah menuruti irama hujan menimpa bumi .. rokok yang menyala di celah jari bersama asap yang nipis .. lampu yang datang cuma dari skrin laptop menjadikan bilik ini kelihatan muran. Dan aku yang cuba menyusun setiap huruf menghasilkan kata hati terasa sepi ... sepi bilik ini sebati dengan perasaan aku yang juga saat ini muran dan sepi kerana kerinduan aku terhadap kamu belum sempat aku lafazkan...
.. Aku rindukan kamu ….

Thursday, July 21, 2011

walau tak cinta tetap aku sayang


aku tersedar yang aku masih sayangkan kamu ...

Luahan kamu membuat aku terharu .. kisah kamu , duka kamu buat aku tersedu … apa daya ku, aku tidak punya talian apa apa dengan kamu lagi. Aku Cuma teman yang akan setia mendengar keluhan kamu , seribu hajat ingin membantu namun lidah kelu… tubuh kaku … aku tak dapat berbuat apa apa ..

Keperitan hidup kamu, kesakitan hati kamu , Cuma kamu yang tahu dan Cuma kamu yang rasa .. aku cuba untuk memahami , maafkan aku andainya aku gagal ..

Kamu perlu meneruskan kehidupan kamu dengan penuh ketabahan, kamu juga perlu berdiri teguh walau ribut melanda .. kerana waktu ini hanya itu yang dapat aku dan kamu lakukan .. berdoa dan bersyukur .. putus asa bukan satu penyelesaian .. lari bukan satu penyelesaian .. menghadapi dan mencari jalan menyelesaikan masalah , itu yang terbaik di lakukan.

Kemana pergi saudara mara yang dulunya memohon pertolongan kamu .. kemana hilang teman handai yang dulu bernyanyi menari bersama saat bergembira.. mana pergi dia .. yang suatu masa dulu pernah berjanji sehidup semati .. biar yang ringan dijinjing bersama , dan yang berat sama dipikul, janji dia kepada kamu .. ?? kemana perginya bidadari yang seharus menjaga dan membimbing kamu..?? adakah kerna duit, kamu di sayangi .. maka saat semuanya tiada , mereka juga tiada? .. keluhan yang terpancul dari hati mu hanya membuat aku terdiam .. aku tiada punya jawapan ..

Kembali kamu kepada aku .. Cuma untuk melepaskan geram kamu … dan aku terima semuanya kerana aku masih sayang kamu .. kembali kamu , mengingatkan aku kisah lalu merobek luka yang mula terubat… aku terima kerana aku masih sayang kamu .. tapi sayang aku pada kamu tidak lagi di semikan rasa cinta .. kerana cinta aku kepada kamu telah berkubur …

Maafkan aku kerana aku tidak berdaya membantu …. Mampuku Cuma menemani kamu …

Wednesday, July 6, 2011

.. biarkan aku jatuh cinta lagi ...


jatuh cinta lagi...??? biarkan .. biarkan aku jatuh cinta lagi .. aku juga manusia ..lelaki tulen ... punya jiwa.. punya nafsu seperti juga lelaki lain .. sedangkan adam juga bisa memungkiri janjinya .. apatah lagi aku yang cuma manusia biasa tega dengan keinginan naluri ku ..

aku mahu di belai .. aku juga mahu membelai ..
aku mahu di bermanja.. di sayang dan menyanyangi ..
aku mahu hidup aku mahu punya matlamat .. perbuatan aku mahu punya tujuan ..
aku mahu keriangan bertakhta .. kegembiraan bersemi ..
aku mahu menari walau dalam hujan lebat ...
aku mahu menyanyi pada bulan malam gelap ..
aku mahu senyum dan ketawa pada pohon yang bergoyang ..
yang tak pernah jemu di sapa angin bayu ..
pada pasir .. aku mahu tunduk dan ceria
walau berjuta kali di tampar ombak.. beralih namun tetap setia menanti ..
aku mahu itu .. aku mahu apa semua orang mahu ..

tapi .. benarkah aku telah jatuh cinta lagi?..
pada wajah menarik bujur sirih ..
pada rambut lebat hitam gelap panjang berseri ..
pada mata bulat dihias warna cokelat cerah ..
pada bibir merah senyum manis menawan ..
pada kata yang dilafazkan beriring suara merdu umpama tersemat buluh perindu ..
pada sentuhan lembut kulit halus sutera ..
aku jatuh cinta pada semua ini .. jatuh cintakah aku ..

atau aku cuma berkhayal dan terkenang saat aku bersama kamu? ..

andai aku telah jatuh cinta lagi ..
izinkan aku ...
untuk mencintai orang lain ...
izinkan aku ...