nuffnang

Wednesday, June 20, 2012

Cinta Malam .. Kehilangan (b.11)



Sudah genap sebulan Diana memulakan tugasnya sebagai kerani di syarikat yang menguruskan restoran Dhani.Tetapi selama sebulan itu, Diana tidak pernah melihat Dhani menjejakkan kakinya ke pejabat. Bila di tanyakepada rakan sekerjanya yang lain, mereka juga tidak menafikan yang mereka tidak pernah terserempak dengan Dhani sewaktu bekerja. Malahan, ada diantara mereka langsung tidak pernah bersua muka dengan pemilik syarikat itu.

Diana telah ditempatkan di satu ruang kerja yang tidak jauh dari sebuah bilik sederhana besarnya di hujung pejabat syarikat itu. Melalui dinding kaca jelas memperlihatkan hiasan dalaman bilik itu kebanyakannya berupa barangan antik, dari kerusi, meja, cabinet semuanya diperbuat dari kayu yang tampak cantik, unik dan mempunyai ukiran dari zaman renaissance. Di satu dinding, sebelah kanan, tergantung satu lukisan permandangan Kota Paris yang berlatarbelangkan Eiffel Tower sewaktu siang dengan cahaya matahari jelas menyinarkan cahayanya ke atas kota metropolitan itu.

Tiada komputer atau sehelai kertas pun terdapat di atas meja yang terletak di tengah tengah bilik tersebut. Cuma sebatang pen yang berkilauan keemasan saat sinar matahari mencuri masuk melalui tingkap kaca yang tidak berlangsir tersimpan rapi di satu sudutnya . Tiada penghawa dingin, tiada kipas angin, tiada apa apa peralatan eletrik kecuali sebiji lampu meja yang turut mengisi ruang di atas meja tulis kayu itu.

Aneh, tetapi agak menarik. Dengan tanda nama yang tertulis , ‘Pengarah – Mohd. Dhani’ di depan pintu bilik , membuktikan pemilik bilik tersebut adalah Dhani. Pernah sekali, kerana perasaan ingin tahunya, dia cuba memasuki bilik tersebut tetapi saat dia memegang tombol kunci pintu dan cuba memusingnya, dia telah ditegur oleh Kak Ros, tukang cuci pejabat.

Menurut Kak Ros, bilik itu tidak pernah dimasuki oleh orang lain selain pemiliknya. Di dalam aturan pejabat juga tidak sesiapa pun dibenarkan untuk memasukinya kecuali diarah oleh Dhani.Kak Ros juga tidak pernah membersihkan atau mengemaskan bilik tersebut.Lagipun, bilik tersebut sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

“Selama kak bekerja disini, setahun sudah, kak tak pernah masuk bilik ini apatah lagi untuk bertemu dengan En.Dhani,” kata Kak Ros.

“Tetapi, dengar cerita, dia sering kesini sebelah malam selain selalu ke restoran Bulan.Kata orang, En. Dhani itu baik orangnya, muda dan segak pula, kaya lagi tu. Teringin kak nak berjumpa dengan dia,” sambung Kak Ros lagi.

Diana hanya tersenyum mendengarnya,”Saya pun dah sebulan tak bertemu dengannya,”.

“Issshh… untungnya Diana, hensemkah dia? Kakak ni, mahu sangat melihat dia, bukannya apa, asyik dengar cerita orang je. Mana tahu orang-orang tu menipu je.”

Diana ketawa kecil sambil berkata,”Bolehlah… tapi hensem lagi Brad Pitt. Nanti kalau ada kesempatan saya bertemu dia, saya akan menceritakan pasal kakak kat En. Dhani. Saya katakan, ada peminatnya yang teringin sangat nak berjumpa dia, boleh Kak?”.

“Kesitu pulak Diana ni,” ketawa besar Kak Rose.Diana pun turut ketawa melihat gelagatnya. “tapi boleh jugak,” dan terus ketawa.

“Tapi sebulan ni, langsung tiada berita dari dia. Kakak ada dengar apa apa tak tentang En. Dhani?” tanya Diana.

“Tak adalah pulak. Tak apa lah, nanti kakak tolong tanya- tanyakan. Kalau ada yang kakak dapat tahu, kakak akan bagi tau Diana, k?”.

“Terimakasih, kak” balas Diana.

Kesibukan bekerja di tempat baru membuat Diana leka, di tambah pula dengan banyak perkara yang perlu di perlajarinya.Ketiadaan Dhani tidak begitu terasa buatnya.Rakan rakan sekerjanya yang ramah membantu dia menyesuaikan diri di tempat itu menjadikan Diana tidak pernah merasa kesunyian. Di rumah, keletihan dan sibuk pula melayan karenah Daniel membuat Diana lupa akan masa. Sehinggalah waktu tidurnya, mimpi ngeri yang sama menjelma lagi bagai filem lama yang sering diulang di kaca television, setiap dialog, setiap langkah, setiap situasi tidak berubah.

Perbualan dia dengan Kak Ros membangkitkan rasa rindu kepada Dhani. Semenjak hari itu, Diana sering pulang lewat dengan alasan banyak kerja yang perlu disiapkan tetapi kenyataannya, Diana berharap Dhani akan datang ke pejabatnya. Namun setiap kali penantiannya diakhiri dengan kekecewaan.Dhani tidak pernah muncul. Sewaktu pulangnya, Diana akan singgah di restoran, juga berharap agar dapat bertembung dengan bayangan Dhani, hasilnya juga menghampakan. Sesekali dia akan melewati waterfront, namun apa yang di cari tidak ketemu. Dari hari ke hari, seminggu sudah sejak perbualannya dengan Kak Ros, Diana merasakan kerinduan yang teramat sangat terhadap Dhani. Bagaikan kucupan mawar yang menunggu kehadiran sang suria yang bakal terbit di subuh hari untuk mekar, begitu juga Diana yang mengharapkan kehadiran Dhani untuk menceriakan hatinya yang sepi.

Kehilangan Dhani benar benar membuat Diana risau.Kak Ros juga tiada berita mengenai Dhani untuk disampaikan kepadanya. Ditanya kepada pengurus, katanya, Dhani telah menyerahkan segala kuasa kepadanya untuk seketika waktu sehingga dia kembali. Di pejabat, di restoran, rakan sekerjanya, tak seorang pun tahu kemana bos mereka telah pergi, Dhani pula tidak pernah memiliki telefon bimbit.

Walau cuba menafikannya namun perasaan tetap tidak dapat dibohongi. Rindunya pada Dhani semakin menebal. Ombak yang datang membelai pantai akan meniggalkan buihnya pada pasir , malam yang menjelma juga meninggalkan embun pada dedaunan untuk matahari ketika pergi, tetapi Dhani, tiada ucapan selamat tinggal, tiada kata pesan, pergi tanpa jejak.

Sekelumit rasa cinta, rasa sayang wujud hasil dari kerinduan yang tak terbendung.Apakah ertinya berkasih sayang jika kebahagian hakiki tidak mungkin dimiliki.Apakah maknanya cinta jika untuk sementara cuma.

Puas dan penat memikirkan kemana hilangnya Dhani, Diana terlelap di baringan sendirian manakala Daniel dan ibunya sedang lena di bilik sebelah. Dikejutkan dengan satu suara yang memanggil namanya, Diana terjaga.Suara yang sangat dikenalinya dan dirinduinya, seakan mimpi yang mesih berlanjutan. Dalam keadaan separuh sedar, Diana cuba mengamati dari mana datangnya suara tersebut, ternyata dia tidak bermimpi dan suara Dhani yang didengarnya memang hadir dari sebalik jendela yang tertutup. Bangkit dan membuka mangga yang mengunci jendela, Diana menguak sedikit daunnya, cukup untuk dia menjenguk ke tangah laman rumahnya.Kelihatan susuk tegap Dhani berdiri disitu, tersenyum dengan kedua belah tangan didepakan seakan bersedia menyambut pelukan dari Diana.Menolak daun jendela dengan lebih lebar,”Dhani!” hampir menjerit teruja dengan kehadiran Dhani, tetapi menyedari yang dirinya masih berada di rumah, tidak mahu mengejutkan ibunya, Diana memperlahankan suaranya,”Dhani, kemana Dhani pergi?”

“Diana, izinkan saya masuk,” Dhani bersuara.

“Dhani…”

“Diana!” potong Dhani dengan suara yang lebih tegas,”Katakan Diana mengizinkan saya masuk”.

“Diana izinkan Dhani masuk.Masuklah,” ujar Diana lembut.Sekilas pandang, Dhani telah pun berada di depannya. Diana sedikit terkejut, namun kerinduan yang terkumpul membuat dia lupa apa yang baru saja berlaku. Tindakan reflex oleh perasaan yang terpendam membuat Diana memeluk Dhani spontan.

Apa yang dirasai Diana menyedarkan Diana, memandang wajah Dhani, Diana berkata ”Dhani, kenapa badan Dhani sejuk?Muka Dhani pucat?Dhani sakit?Dhani ada pergi klinik?Ada jumpa doctor?Ada makan ubat?Dhani sihat tak? Dhani.. Dhani ok ke?”

Dhani melepaskan drinya dari pelukan Diana. Membalas tatapan Diana, Dhani cuba mengukir senyuman,”Saya tak apa apa. Usahlah Diana risaukan tentang diri saya.Saya sihat,” ujarnya kepada Diana.

“Tapi badan Dhani sejuk.Kalau Dhani sakit, esok kita pergi jumpa doctor.”

“Usah Diana risau, saya tak apa apa. Saya biasa berkeadaan begini.”

“Tapi… “

“uusshhhh… Diana. Cukup.Sekarang, ceritakan pada saya, Diana mencari saya.Kenapa?”

“Rindulah… “ wajah Diana tunduk cuba menyembunyikan rasa malu walaupun sebentar tadi kelihatan agak resah dengan keadaan Dhani.

“Betul Diana rindu?Diana rindu dengan sahabat ini? Diana rindu dengan saya?” tanya Dhani cuba berseloroh.

“Ya lah.Dah orang kata rindu, tak percaya pulak.Lagi pun, Diana baru je dapat gaji pertama, ingatkan nak ajak Dhani pergi makan, jalan jalan ke.Diana belanja!’

“Pergi makan?Sekarang?”

“Apalah Dhani ni.Sekarang dah lewatlah.Esok ke, bila ke… mau tak?”

“Mau..tapi saya tidak dapat berjanji untuk hari esok. Masih ada perkara yang saya perlu uruskan”

“Lerrr..takkan sibuk kot? Bolehlah, untuk Diana?”

“Saya masih ada urusan yang perlu saya selesaikan, bukan saya tak mahu”

“Dhani ni… saya belanja apa saja yang Dhani mau makan asalkan tak mahal.Lepas tu kita duduk di waterfront, macam dulu.Mau tak?”

“Diana..saya mohon maaf kerana saya punya tanggungjawap yang perlu dilaksanakan”

Terdiam sejenak dengan jawapan Dhani, Diana bersuara semula,”Nak buat macam mana, orang tak sudi, tak juga kita nak paksa. Dahlah sebulan lebih tak nampak bayang, luangkan satu hari pun susah,” sedikit merajuk dan meneruskan sebelum sempat Dhani membalas,”Tak pe lah, tapi Dhani boleh bagi tau kemana Dhani menghilang?”

“Saya berada tidak jauh dari Diana.”

“Tidak jauh, macam mana tu?Di mana Dhani berada?”

“Itu sesuatu yang tak penting, Diana tidak perlu mengetahuinya buat masa ini.”

“Maksud Dhani? Diana tak penting?Begitu?”

“Bukan begitu Diana.Diana amat penting buat buat saya. “

“Dah tu?Kenapa?Walau kita ni teman rapat tetapi Dhani tidak berhak memperlakukan Diana sedemikian."

“Maafkan saya sekali lagi.Saya langsung tidak mempunyai niat untuk membuat Diana risau, apatah lagi untuk menyakitkan hati Diana.”

Melihat Diana hanya berdiam diri, Dhani menarik tangan Diana dan mengajaknya duduk di atas katil.Mendongakkan wajah Diana dan memandang tepat ke arah matanya, Dhani menyambung,”Percayalah Diana, Diana orang yang paling penting buat saya.Restoran, kerja, kereta, itu semua buat Diana kerana Diana amat bermakna buat saya.“

“Seluruh alam terdiam medengarkan syair cinta yang saya lafazkan buat Diana. Pungguk tunduk merendah diri melihat kesetiaan saya terus memuja nama Diana. Bintang di langit berkelip mengikut rentak lagu rindu yang saya dendangkan untuk Diana. Dan bidadari ..bidadari merasa iri hati kerana saya tak jemu memuji kecantikan Diana,” sambung Dhani apabila melihat Diana masih membatu.

“Diana… pentingnya Diana buat diri saya sehingga saya sanggup berbuat apa saja yang termampu untuk melihat Diana bahagia. Kerana hormatkan perjanjian yang terikat antara kita dan kemahuan Diana sendiri, madah cinta saya terus simpan di lubuk hati. Kerana sayangkan persahabatan yang terjalin, biarlah tasik kasih saya tenang tanpa kocakan alunan asmara antara kita,” terusnya.

“Dhani…. Diana lebih senang dengan hubungan kita sebegini. Diana dapat merasakan takdir tak akan menyebelahi kita dan jodoh antara kita terbatas sebagai teman saja. Selebarmana pun Diana membuka hati Diana dan membiarkan Dhani menyelami hingga jauh kedalam, Diana pasti Dhani tak akan menjumpai apa yang Dhani cari. Apa yang ada hanyalah satu penghujung yang tak kesampaian dan akhirnya, Dhani yang kecewa,”
Di hati kecilnya, Diana merasa amat gembira dengan pengakuan Dhani.Ternyata Diana bukan sekadar teman biasa buat Dhani. Sungguh dia menginginkan sesuatu kebahagian tetapi melihat Dhani yang kelak merana Diana tidak mampu menghadapinya. Sekurang kurangnya dengan cara ini, kesakitan yang akan ditanggung kemudian tidak sebegitu hebat. Bagi Diana, lebih mudah untuk kehilangan seorang kawan daripada kehilangan seseorang kekasih. Diana merasa air panas mula terkumpul di hujung matanya tunggu retak kantung dan mengalir ke pipi.Harus bagaimana lagi dia mengawal emosinya?Kata kata yang lahir dari hati Dhani tulus keluar melalui mulutnya bagaikan sembiluyang terlekat pada isi, sakit terasa namun tiada ternampak lukanya.

“Diana, usahlah menangis. Usah menyesali nasib yang menimpa,” suara Dhani kedengaran, Diana juga merasakan pipinya disentuh lembut oleh jari Dhani yang sejuk menyapu air mata yang mula mengalir.

Diana menatap wajah Dhani.Wajah di pandangnya memang pucat, putih bagaikan tiada darah panas yang mengalir di dalamnya.Anak matanya yang diketahuinya hitam pekat itu kini kelihatan coklat cerah.Sesuatu yang menarik dan misteri pada wajah membuat Diana tidak mengalihkan pandangannya selain tepat pada wajah Dhani.

“Diana! Ceritakanlah, apa yang menggangu fikiran Diana lagi?” teguran Dhani mengejutkan Diana. Diana cuba mengukir senyuman walaupun hatinya masih merasa satu kesedihan.

“Tapi sebelum tu, Dhani janji dulu, jangan sesekali buat Diana risau lagi. Kalau nak kemana mana pun, bagi tau dulu,K?” tersekat sekat suara Diana mengatakannya.
Aku cuma mengangguk menyetujui permintaannya.Aku dapat merasakan senyuman Dianahanya untuk menutup resah hatinya namun ku balas jua dengan senyuman ku. Diana menceritakan mimpinya kepada aku. Yang membingungkan, kerap mimpi ngeri yang sama mengganggu tidurnya.

“Apa makna mimpi Diana tu, Dhani?” soalnya kepadaku.

Aku yang juga tidak tahu hanya menggelengkan kepalaku.“Diana rasa mimpi itu membawa petanda yang buruk akan terjadi kepada hubungan kita.Diana takutlah, Dhani,” katanya lagi.

“Mimpikan cuma mainan tidur? Mungkin kerana keletihan dan memikirkan yang bukan bukan maka Diana sering bermimpi ngeri,” aku cuba menenangkan hati Diana.

“Tapi kenapa mimpi Diana sama saja,” ujar Diana lagi.

Kata Diana membuat aku berfikir dalam, apa yang di kata Diana aku akui jebenarannya namau aku tetap tidak mempunyai jawapan untuk Diana,”Itu mimpi… tak akan terjadi perkara yang buruk. Dhani tidak akan membenarkan apa apa pun berlaku yang boleh memisahkan kita,” sekali lagi aku cuba mententeramkan hati Diana juga mententeramkan jiwaku.

Dalam diam aku juga yakin mimpi itu membawa satu kemungkinan perkara yang kami tidak ingini terjadi.Mungkin lelaki di dalam mimpi yang bertukar menjadi mahluk ngeri itu aku.Sememangnya aku bukan seorang manusia. Dari hutan ke satu padang yang luas, mungkin menggambarkan kehidupan Diana yang beralih dari kesusahan kepadakesenangan namunkesenangan dan kegembiraan itu tak kekal kerana wujudnya awan hitam, ribut dan petir yang mengganggu kehidupannya. Dan, makluk yang mengejarnya, aku, yang cuba menakluk cintanya. Lari Diana tidak mahu ditawan.Mungkin saja tafsiran aku ini ada betulnya walaupun kenyataan aku mengharapkan perkara yang sebaliknya.

Diana merebahkan kepalanya di pehaku.Jariku membelai lembut rambutnya.Matanya yang terpejam menampakkan bulu mata yang lebat dan panjang tersusun rapi.Bibirnya yang mulus tanpa gincu tetap kelihatan merah jambu terbuka sedikit.Ingin ku sentuhkan bibir itu dengan bibirku namun aku masih belum mampu melakukannya.Kubiarkan Diana terlelap di pangkuan ku. Setelah aku yakin Diana telah terlena. Ku angkatkan kepala dan tubuhnyalalu ku baringkan di kedudukan yang lebih sempurna dengan kepala beralaskan bantal dan tubuhnya ditutupi selimut. Diana menggeliat . Matanya terbuka sedikit memandangku lantas tersenyum, ayu dan menawan. “Dhani….”
“Ya Diana..saya masih disini,” jawapku.

“eeemmmm …” manja kemudian memeluk erat bantal gulingnya.

Aku baringkan tubuhku disebelahnya dan meneruskan permainan jariku di atas rambutnya.Melihat bentuk tubuhnya yang diselimuti membelakangkan aku menjadikan kejantanan aku terusik. Tapi akal fikiran aku mengatasi hawa nafsu kelakianku. Ku biarkan Diana lena.

Sedikit kelegaan terasa setelah apa yang terkandung di dalam hati aku luahkan , tidak semua tetapi sekurang kurangnya aku rasa cukup untuk Diana mengerti perasaan aku terhadapnya. Kalau tidak kerana keyakinan yang tinggi bahawa Diana akan menolak cintaku, aku juga tidak berani berterus terang sedemikian rupa.

Setelah yakin yang Diana telah nyenyak, dengan perlahan aku bangkit dari ranjangnya. Wajahnya ku amati, tampak tenang, bermakna tiada mimpi ngeri mengganggunya malam ini. Beberapa jam lagi subuh akan menjelang dan aku harus beredar segera. Berat hati meninggalkan Diana , aku melompat keluar jendela dan menghilang diantara pekat malam menuju persembunyianku.

Sekelip mata aku telah sampai ke tempat tujuku. Memasuki ruang tamu apartment yang terletak di tingkat tujuh sebuah bangunan yang berdiri di tengah- tengah Bandar Kuching, aku sudah menyangka yang Andre akan berada di situ seperti rutinnya, dengan sebuah buku di tangan duduk di sebuah kerusi dan hanya di terangi lampu yang agak kelam. Tidak seperti di Kota Paris, tiada pendiang disediakan untuk menyalakan unggun api dan kawanku, mentorku , Andre, tetap sama, tada langsung perubahan dalam penampilannya.

“Sudah selesai ?” tanya Andre sejurus menyedari kedatangan aku.

“Sudah… “ ringkas aku menjawap.

“Bagaimana dengan gadis itu?” soal Andre lagi.

“Diana,” aku memperbetulkannya.Aku melabuhkan punggung ku di satu kerusi kosong yang bersebelahan dengannya.Aku menekup muka dengan kedua telapak tangan dan melepaskan keluhan yang panjang.Aku bersandar pada kerusi sofa yang empuk ini dan menjulurkan kakiku.

“Oh ya, maaf . Diana. Bagaimana dengan dia?” soalan yang sama dikeluarkan semula.

“Macam biasa,” dan sekali lagi jawapan ku pendek.

“Dhani… .Aku rasa kamu sudah jatuh cinta dengan manusia biasa itu.”

“Diana! Nama manusia itu Diana!,” tekan ku mengingatkan Andre.

“Maaf, Diana. Kamu sudah jatuh cinta dengan Diana bukan?”

“Tidak.Kami cuma berkawan.”

“Aku sudah terlalu banyak pengalaman bersama kamu dan aku cukup mengenali kamu umpama belakang tapak tangan aku sendiri, lakonan kamu tidak berjaya menipu aku. Aku sebenarnya tak nak ambil peduli hubungan kamu dengan Diana tetapi sebagai seorang kawan aku bertanggungjawap untuk mengingatkan kamu…”

“Tentang apa?! Tentang kewujudan kami yang berbeza, biar rohani atau fizikalnya?Tentang tembok yang terbina di antara dua dunia kami?!... aku masih sedar semua itu. Aku tidak perlu diingatkan tentang asal usul aku, tentang siapa diri aku,” belum sempat Andre menghabiskan ayatnya, aku dengan perasaan geram terus memintas.

“Bagus kalau kamu masih ingat, kalau kamu masih sedar.Aku cuma mahu kamu berhati hati.Kamu sesuatu yang abadi, Diana suatu hari nanti akan mati dan kamu akan merasai pedihnya dan kejamnya dunia kamu ketika itu.”

“Apa kamu tahu tentang cinta, Andre? Apa kamu tahu tentang kasih, tentang sayang? Apa yang kamu tahu soal hati dan perasaan?”

“Aku? Kamu menanyakan apa yang aku tahu tentang cinta? Kamu tanya aku tentang kasih sayang? … Ternyata kamu masih tidak mengenali aku seperti yang aku sangkakan.Terlalu banyak soal hati dan perassan yang aku ketahui. Indah buruk cinta telah aku rasai, manis pahit kehidupan berpasangan telah aku alami… aku telah berada di muka bumi ini terlalu lama, jauh lebih lama dari kamu .. dan kamu masih sangsi terhadap aku?”

“Andre, kalau benar apa yang kamu katakan, kalau memang aku cintakan Diana, kalau sudah hati ini menyayangi Diana, apa yang harus aku lakukan?”

“Ingat Dhani, malam dan siang tak mungkin bersatu. Manusia dan kita juga tidak mungkin bersama.Kalau kamu cintakan dia, lepaskan dia.”

Mendengar kata kata Andre, rasa bagaikan sesuatu yang berat menghempap dada ku.Beban besar yang tak terpikul olehku. Melepaskan Diana? Bagaimana aku mahu melepaskan sesuatu yang aku sayang, sesuatu yang aku cinta?Tetapi aku tidak menyangkal bahawa kata kata Andre itu memang ada kebenarannya. Bumi dan langit walau sering bertemu tidak akan pernah bersama, aku dan Diana untuk bersama dalam satu kehidupan juga sesuatu yang mustahil kecuali satu pengorbanan harus dilakukan. Pengorbanan yang amat besar. Pengorbanan yang tidak sanggup aku lakukan walau untuk mendapatkan Diana sekali pun.

Andre sabar menunggu reaksi aku seterusnya namun aku hanya mampu membisu. Diana… aku sangka aku mempunyai segala kekuatan duniawi namun kamu telah menawan aku cuma dengan cintamu. Aku duga aku bisa menapis segala tangkal yang ada tetapi kamu telah sihirkan aku dengan kasih sayangmu, Diana.

“Percayalah pada ku, Dhani, kamu perlu melepaskan dia kalau kamu sayangkan dia,” terdengar suara Andre menyambung.

“Kalau nasib membenarkan kamu bersama, sanggupkah kamu terus menipu dia tentang kewujudan kamu? Pernahkah kamu terfikir mungkin dia tidak akan mempercayai kamu atau akan meolak segala pengakuan kamu? Kamu akan kekal muda, akan kekal sihat, tidak bagi Diana. Diana akan berubah dari setahun ke setahun, rambutnya akan menjadi putih, kulitnya akan timbul kedutan, matanya akan hilang sinar dan bibirnya akan hilang seri. Badannya akan tewas di makan usia, sakitnya akan datang… dan saat itu kamu akan lihat penderitaannya. Dan ketika itu kamuakan merasai betapa tidak adilnya kehidupan ini. Akhirnya, gugur Diana menyembah bumi, dan kamu akan kembali sunyi..Dhani.Tiada Diana menemani, tiada lagi cinta bersemadi,” Andre meneruskan apabila melihat Dhani masih berdiam diri.

Sanggupkah aku berhadapan dengan semua ini? Mahukah Diana menerima aku sekiranya dia tahu kebenaran tentang diriku yang aku sembunyikan. Mahukah dia terus kekal bersama aku sekiranya dia tahu aku adalah mahluk ganas yang hidup sebagai parasit, hidup dengan menjamu darah, hidup dengan merampas kehidupan yang lain. Mahukan Diana menjadi sahabat kepada .. ‘hantu’?

“Bagaimana dengan rancangan kita, Andre?” aku mengubah tajuk perbualan. Aku lihat, Andre menegakkan tubuhnya semula setelah membongkok merapati aku untuk cuba mendapatkan reaksi tentang apa yang telah di sampaikan.

Kali ini, aku pula yang terpaksa menunggu sebelum Andre bersuara memberi jawapan,” Kita akan teruskan dengan rancangan kita, besok malam! Seperti yang telah dibincangkan, segala barang keperluan telah aku sediakan.”

No comments: