nuffnang

Thursday, April 5, 2012

Cinta Malam ... Bulan (b.7)



Restoran hampir penuh dengan pelanggan, cuma tinggal beberapa meja yang masih kosong tapi aku percaya sebentar lagi tempat kosong itu juga akan diduduki orang. Diterangi cuma oleh lampu neon malap dan cahaya dari lilin yang dinyalakan pada setiap meja. Bunyi music violin yang lembut dan perlahan dari peti suara yang disangkut pada setiap sudut mengisi suasana restoran mewah ini, di selangi bunyi sudu berlaga serta suara manusia yang sekan berbisik sesama mereka. Selain meja serta kerusi yang diperbuat dari kayu jati, restoran ini juga dihiasi dengan perabot perabot lama serta barangan antik. Pelayan pelayan yang lengkap berpakaian dengan baju putih berlengan panjang ala zaman reinassance untuk lelaki manakala yang perempuan mengenakan blaus putih yang berenda di leher serta berskirt hitam panjang menjadikan restoran ini kelihatan begitu eklusif. Aku yang menitik beratkan khidmat profesional telah mendidik pelayan pelayan ini untuk mejalankan tugas mereka dengan lebih efisien. Sementara di sebelah kanan restoran ini aku sediakan bilik yang lebih kecil saiznya dan ku jadikan bar serta lounge yang masih aku samakan rekabentuknya cuma pelayannya mengenakan baju berwarna merah. Bilik santai ini, sesuai untuk pelanggan pelanggan ku meneruskan segala urusan mereka di meja makan dengan lebih keselesaan.

Bulan, nama restoran eklusif yang baru ku buka sejak 3 bulan yang lalu telah mendapat sambutan yang baik. Tambahan dengan promosi yang aku lakukan serta kritikan yang baik dari pengkritik makanan telah menjadikan restoran ini pilihan ramai warga koporat Kuching. Bulan telah menjadikan aku sibuk semenjak 9 bulan yang lalu, bermula dari mereka bentuk hinggalah ke pembukaan dan pengurusannya. Beroperasi setiap malam dari pukil 7.00 hingga hampir subuh, Bulan tempat aku menghabiskan banyak masa. Bukan kerana aku memerlukan duit, aku sememangnya punya sudah banyak duit, tapi aku merasakan aku perlu melakukan sesuatu di bumi lahirku ini.

Peristiwa pertemuan aku dengan Diana telah mencetuskan idea unutk membuka restoran Bulan. Segala surat perkenalan diri aku telah dipalsukan untuk memudahkan urusan duniawiku. Rakan ku di France juga banyak membantu aku. Untuk waktu yang panjang, kesunyian aku terisi namun jiwa lelaki aku yang masih wujud dalam diri tetap kosong.



Aku punya jiwa, punya pemikiran, punya nafsu, punya kemahuan, segala rasa yang ada pada manusia, sedih, gembira, senang, susah, sakit, aku juga turut memiliki. Yang membezakan aku dengan kaum adam yang lain cuma jantungku. Degupan jantungku begitu lemah hampir tiada kedengaran. Darah yang mengalir dalam tubuhku bukan darahku. Nadi yang terdetik bagai tak terasa kerana begitu perlahan. Aku sebenarnya belum mati.

Aku bukan hantu, aku cuma makhluk yang hidup di waktu malam. Pontianak, pocong, langsuir, penanggal mahupun jin bukan golongan aku. Aku tak pernah bersua dengan mana mana makhluk halus itu namun kewujudan mereka aku percaya kerana aku juga wujud. Aku masih tahu apa yang baik, apa yang tidak. Aku masih sedar apa yang betul, apa yang salah. Ya, aku mengaku aku membunuh manusia tapi kerena aku juga mahu hidup. Tidak aku nafikan, aku mau kejadian ini suatu ketika dulu tapi bukan bermakna aku bersekutu dengan iblis. Aku bukan pengamal ilmu hitam. Aku tahu siapa itu Tuhan tapi bukan juga Tuhan yang aku sembah. Aku hanya aku yang tidak terikat atau berpegang dengan apa apa dipercaya manusia biasa.

Kehidupan aku abadi sebab itu aku masih berpijak di atas tanah sehingga kini. Walaupun usia ku ratusan tahun namun wajahku, penampilanku tetap muda sehingga masa sudah bosan bermain dengan usiaku. Azan berkumandang tidak menakutkan aku, salib juga tidak menggetarkan aku apatah lagi jampi serapah para dukun dan bomoh yang langsung tiada kesan ke atas aku, cuma cahaya matahari yang aku hindari. Cahaya matahari yang mengandungi sinaran ultra violet itu bisa membakar kulitku. Pernah aku cuba, ternyata tangan yang aku dedahkan kepada matahari hangus. Kesakitan yang aku rasakan teramat sangat bagai jutaan jarum halus menusuk nusuk silih berganti cuba menembusi kulitku. Kata Andre, kepalaku yang terpisah dari badanku juga bisa membunuhku. Sebagai pemangsa, aku telah melatih deria aku untuk menjadi lebih peka, mata ku boleh melihat dalam malam yang paling gelap, telingaku boleh mendengar bunyi jarum jatuh ke atas tepung, aku mampu melompat tinggi, aku mampu bergerak laju tanpa dilihat mata kasar, tenaga aku berkali ganda kuatnya daripada lelaki biasa.

Memang dulu kehidupan aku liar, membunuh tanpa memilih mangsa. Dulu, tiada belas kasihan dalam kamus hidupku. Dulu, tiada yang salah, tiada yang buruk. Dulu, cuma ada satu pilihan. Semuanya demi satu alasan, aku perlu hidup! Kini, semenjak menjejak kaki di tanahairku, darah manusia bukan lagi dalam rantaian makanan aku. aku mempunyai pilihan, tetap darah tetapi darah binatang dan dengan adanya Restoran Bulan aku tidak lagi perlu berburu. Darah lembu yang segar dihantar oleh pembekal setiap malam. Berada di antara orang orang dan bangsa bangsaku, aku mahu kehadiranku di sedari. Aku mahu berdiri seiringan mereka, aku mahu berbual dengan mereka. Wajahku di sapu solekan supaya kepucatannya tidak jelas, pakaianku dengan fesyen terkini, sentiasa berbaju berlengan panjang serta bersarung tangan agar dingin tubuhku tidak tersentuh mereka. Mengauli manusia walau aku tak akan menjadi seperti mereka, aku tetap akan merindui sang matahari..... dan Diana, aku rindukan Diana!!



Diana tidak pernah luput dari kotak fikiranku. Sejak pertemuan dulu, aku tidak pernah bersemuka dengan dia lagi namun bila kesepian menerpa, aku akan kembali ke tempat itu. Di sebalik dinding aku bersembunyi, di antara bayang bayang, aku mengintai. Diana sentiasa kelihatan cantik walau apa jua pakaian yang dikenakannya di badan. Duduk di satu sudut terasing di dalam pub, aku suka melihat telatah Diana melayani pelanggannya. Senyumnya tetap manis, ketawanya masih menghiburkan, sesekali aku terlihat tangannya mengalih tangan tangan lelaki yang gatal cuba melayari tubuhnya. Selesai kerjanya, aku akan mengekorinya pulang. Di rumah, Diana akan melakukan tanggungjawapnya sebagai seorang ibu, membasuh, menyediakan sarapan, kemudian mengucupi anak anaknya sebelum dia sendiri merebahkan badan di atas tilam. Dan aku, pandangan aku lewat jendela menemani tidurnya sehingga sudah sampai masanya aku juga harus beradu.

Malam ini, selesai membahagikan tugas kepada pekerja ku, bermotosikal berkuasa tinggi aku menuju ke tempat dimana Diana bekerja. Setelah meletakkan motosikal di tempat parking, ku atur langkah menuju ke arah pintu. Keadaan yang agak lengang kerana jam baru menunjukkan pukul 10 malam memudahkan aku mencari Diana yang sedang duduk di kaunter Bar bersama rakan sekerja yang lain. Segera aku hampiri, "hi," tegurku.

"Eh! Abang!" sedikit melonjak dari tempat duduknya. Ternyata aksinya membuat aku senang hati, Diana masih ingat denganku dan mungkin gembira melihat kedatanganku.

"Kemana abang pergi? Abang janji nak kembali tapi tak pernah muncul pun", dengan suara manja seakan merajuk, Diana menyambung.

"Beginilah Diana, mula mula, panggil saja saya Dhani. Abang itu terlalu formal buat saya. Saya mahu menjemput Diana makan bersama saya. Saya ada sesuatu yang saya mahu bicara dengan Diana. Boleh?", soalan Diana masih belum ku jawap.

"Boleh. Bila?" pantas dan ringkas jawapan Diana.

"Sekarang? Boleh? Saya nak bawa Diana ke sebuah restoran yang istemewa", aku kembali bertanya.

"Sekarang? Tapi saya kerja. Kalau..".

"Sekarang. Saya akan ganti rugi untuk Diana. Berapa saja yang Diana mahu, saya akan bagi tapi saya harap Diana ikut saya. Kalau boleh Diana jangan bekerja malam ni. Saya janji saya tak akan mengapa apakan Diana. Tolong...", segera aku pintas sebelum Diana menghabiskan ayatnya.

Terdiam sejenak, sebelum Diana berkata,"OK. Kejap. Dhani tunggu diluar. Diana bagitau tokey dulu". Bertongkatkan lenganku, Diana bangun dari bangkunya dan menuju di sebalik kaunter. Aku pun melangkah keluar.

Seketika kemudian, kelibat Diana muncul dari pintu. Aku yang sudah pun duduk di atas Ducati-1199-Panigale ku yang berwarna merah, menghulurkan helmet kepadanya.

"Wow! Diana tak pernah naik motosikal, apa lagi motosikal sebegini!" keriangan jelas terbayang di raut wajahnya. Sinar matanya menampakkan kegembiraan hatinya sewaktu aku membantu dia memakai helmet di kepalanya. Aku hany tersenyum.

"Awas! Peluk erat erat", kataku kepadanya setelah Diana melabuhkan punggungnya di atas motosikal, seraya tangannya ku tarik ke arah pinggangku. Segera ku pulas minyak, dan Ducati meluncur laju.



Sampai. Daun pintu ku selak dan Diana yang masih mangatur rambutnya, ku jemput masuk. Pelanggan telah pun memnuhi setap meja yang ada di Restoran Bulan. Sebuah meja yang tersedia dua buah kerusi terletak agak jauh dari meja yang lain, sebatang lilin yang belum dinyala dan sejambak bunga ros tersedia di atasnya. Aku mengajak Diana ke situ. Salah seorang pelayan yang menedari kehadiran aku segera merapati. Lilin di nyalakan dan menu diserahkan kepada Diana. Setelah membelek seketika, Diana memulangkanya kembali. "Restoran Bulan. Apa yang enak di sini? Dhani mesti tau, Dhani je lah yang order. soal makan Diana tak memilih sangat tapi kalau ada Teh C Peng Special, Diana mau air itu", kata Diana.

"OK. Teh C Peng, dua dan Chicken Chop with Mushroom Sauce, dua. Diana?" pesanku kepada pelayan sambil menunggu persetujuan Diana. Diana cuma mengangguk, tersenyum.

Setelah pelayan beredar, aku perhati Diana yang kini sedang memegang jambangan bunga ros sambil jarinya dilarikan diats kelopak ros satu persatu." Dhani yang sediakan?" sambil menghdu dia mulai bertanya.

Aku yang masih mengarang kata untuk memulakan perbualan hanya tersenyum. Bagaimana aku mahu menyampaikan hasrat yang lama telah aku pendamkan. Setujukah dia dengan undanganku? Setujukah dia dengan rancanganku? Biar saja bibir aku berkata, Biar saja hati aku bersuara, Aku jujur dan aku ikhlas. Apa pun keputusannya, aku akur.....

No comments: