nuffnang

Friday, April 20, 2012

Cinta Malam ... sinar (b.8)


"Sedap" kata Diana seraya menyuapkan makanan ke mulutnya. "Dhani tak makan?" tanyanya apabila aku tak menyentuh makanan yang terhidang di depanku.

"Dah makan dah. Diana makan je lah, kalau tak cukup nanti makanlah punya saya," jawapku sambil berseloroh.

"Adakah? kurus sangatkah badan sDiana ni atau memangnya Diana nampak macam orang yang suka makan banyak?" sambil mencebikkan bibirnya kepadaku, Diana membalas.

"Ha ha ha. Maaf, bukan itu maksud saya. Cuma sayanglah, kalau makanan ni di buang." ketawa yang ku lepaskan membuat orang di sekeliling memandang ke arah meja kami.

"Nah! Tau pun tak elok membazir. Jadi, makanlah," kata Diana di tambah dengan senyuman.

"Memang saya tak mampu nak makan lagi dah." jawap ku dengan nada yang lebih serius.

"Tak apalah. Nanti di bungkuskan saja. Biar Diana bawa pulang. Tapi kalau satu rasanya tak cukuplah," diiringi tawa kecil Diana mengeluarkan kata.

"Baguslah macam tu. Nanti kita tambahkan untuk di bungkus bawa balik," senang rasa hatiku melihat Diana yang kelihatan sangat gembira.



Hasrat yang aku ingin sampaikan belum lagi aku luahkan. Aku masih teragak agak untuk menyuarakan keinginanku. Cuba menyusun kata di minda agar Diana tidak tersinggung dengan kata kata ku. Mahukah dia menerima ajakanku seperti yang aku benar benar harapkan? Risau juga kiranya Diana memarahi aku, tapi mana mungkin Diana akan marah kepadaku, lagipun apa yang akan aku utarakan bukan sesuatu yang buruk.

"Dhani!" aku tergaman saat Diana memanggil ku dengan suara yang agak keras seraya memukul sedikit lenganku.

"Kemana aja dia? Sedangkan Diana di depan mata? Ingatkan kekasih,ye?" ujar Diana.

"Ish! Mana ada kekasih pulak! kenapa?" tanya ku.

"Yelah, mengelamun jauh sampai orang panggil pun tak dihiraukan," seakan akan merajuk Diana bersuara lagi.

"Maaf. Saya sebenarnya ada sesuatu yang nak di beritahu pada Diana."

"Apa dia?" menjawap dengan mulut yang masih penuh.

"Begini, saya tahu Diana terpaksa kerja di tempat itu untuk menghidangkan makanan di atas meja makan Diana tetapi andai kata Diana diberi peluang untuk bekerja di tempat lain, mahukah Diana?"

Terdiam sejenak Diana dengan soalan aku,"Kerja lain? Maksud Dhani?"

"Kamu mahu bekerja di restoran ini?" tepat mataku memandang ke dalam matanya mencari jawapan segera.

"Bekerja di restoran ini?" seolah olah kurang percaya, Diana mengulangi pertayaanku.

"Ya. Bekerja di restoran ini. Mahukah Diana?" tanyaku kembali.

"Kenapa dengan kerja Diana sekarang? Maksud Dhani, apa yang Diana lakukan sekarang, jijik? Kotor? Apa yang Diana buat untuk mencari rezeki itu salah?" balas Diana. Wajahnya yang cantik, sedikit kemerahan, mungkin cuba menahan geram.

"Bila pula saya kata begitu? Saya cuma membuka peluang buat Diana untuk membuat pilihan. Terserah kepada Diana kemana jalan yang Diana pilih," dengan tenang aku meluahkan.

"Diana, k? Biar saya berterus terang", aku menyambung. "Sebenarnya, restoran ini milik saya," Aku menunggu reaksi dari Diana. Diam.

"Saya mahu Diana bekerja di sini. Saya mahu Diana mambantu saya menguruskan Restoran ini. Saya mahu agar Diana lebih banyak meluangkan masa bersama anak Diana. Mungkin pendapatan Diana akan kurang daripada apa yang Diana dapat sebelum ini tapi adakah ia dapat menjamin kebahgian Diana bersama anak seperti restoran ini kelak bakal membuka peluang kepada Diana mendapat kesenangan jiwa dan ketenangan hati?" aku cuba menyakinkan Diana. Diana masih membisu.

"Lagipun, ini akan memberi peluang kepada saya untuk mengenali Diana dengan lebih rapat lagi. Bolehkan kalau kita saling kenal mengenali dengan lebih mendalam," sambngku.

Diana hanya mengeluh mendengar penjelesanku. Entah apa yang difikirkannya. Andainya aku juga mempunyai kebolehan seperti Andre, membaca pemikiran orang, mungkin akan menjadi lebih mudah untuk ku mengatur kata. Berpandukan pada gerak tubuh badan Diana aku cuba membaca apa yang tersirat. Ada satu bebanan yang sukar untuk dilepaskannya. Aku bersabar menanti terpancul kata kata dari bibir Diana yang mulus itu.

Akhirnya Diana bersuara dengan wajah yang agak suram,"Diana setuju dengan apa yang Dhani katakan. Diana pun sebenarnya dah penat berkerja di situ sehingga lewat malam dan sudah terlalu banyak alkohol di dalam badan Diana. Diana sememangnya mahu meluangkan masa bersama anak lagipun emak juga kurang sihat. Untuk menguruskan restoran mungkin agak besar buat Diana kerana pengalamanan Diana sebagai GRO tak dapat membantu tapi Diana sanggup belajar asalkan Dhani juga sanggup memberi kepercayaan Dhani sepenuhnya terhadap Diana,".



Tersenyum memandang wajah Diana yang masih redup,"Saya gembira dengan jawapan Diana. Diana jangan risau. Francis, pengurus restoran dan orang kanan saya akan melatih Diana sebaik mungkin dan saya sendiri juga akan sentiasa membantu Diana."

"Tapi " Diana mula nengangkat wajahnya yang tunduk.

Aku segera memotong tuturnya,"Tapi apa yang Diana risaukan? kalau persoalan gaji atau apa saja berkenaan kerja yang saya tawarkan, semuanya Diana usah peduli. Kita boleh berbincang mengenainya kemudian. Sekarang saya cuma mahu Diana mengatakan persetujuan Diana".

"Bukan itu, Dhani. Diana memang mahu bekerja disini. Diana pasti Dhani akan menjaga kebajikan Diana sebaik mungkin. Tapi ini berkenaan permintaan Dhani yang ke dua". wajah Diana yang cantik terselindung oleh kabus suram hatinya. Aku cuma mampu meneka apakah yang mengocak kolam ketenangan jiwa.

"Dhani, Diana senang dapat mengenali Dhani, malah lebih dari itu, Diana sangat bersyukur bertemu dangan Dhani. Pertemuan sekali dulu tak sangka akan merubah hidup Diana. Tapi, Diana harap Dhani jangan terkilan jika Diana katakan, Diana cuma mampu berkawan dengan Dhani dan Dhani jangan terlalu mengharap yang lebih daripada itu," Diana mengucapkan kata satu persatu, mungkin takut perasaan aku terguris.

Sukar aku gambarkan perasaan, apakah aku gembira? Apakah aku sedih? Perasaan yang bercampur baur membuat aku mulai lemas di dalam alam sendiri. Aku seharusnya berasa gembira kerana walaupun aku tertarik dengan Diana namun keadaan aku sendiri tidak bisa aku nafikan. Mana mungkin aku boleh hidup bahagia bersama Diana. Tapi mengapa hati aku terasa bagaikan tercucuk duri yang berbisa? Hampa dengan ucapan terakhir Diana, mengapa perlu aku merasai demikian?

"Diana, saya cuma berharap Diana ikhlas berkawan dengan saya, itu saja. Tak lebih dari seorang kawan. Sudahlah, tak perlu kita ungkitkan perkara itu. Saya sudah cukup gembira dengan persetujuan Diana untuk berkerja disini", ujar ku cuba menyembunyi hati yang tidak keruan.

"Tapi..."

"Diana ..." lembut suara ku memintas Diana daripada meneruskan ucapannya. "Sudah. Makanlah," sambungku kemudian.


Diana tersenyum,"Bila pula Diana kata Diana setuju," dengan nada gurauan Diana berseloroh.

Aku memandang Diana degan tajam membalas. Diana hanya tertawa kecil. Diana meneruskan makannya dan aku cuma memerhati. Sesekali dia membalas pandangan ku sambil tersenyum. Manis, cantik. Bidadari juga akan tertunduk malu jika melihat kecantikan Diana saat itu. Dan aku, sudah membayangkan yang gadis cantik ini akan lebih banyak menghabiskan masanya berada di sisi aku.

Sebaik selesai, Diana aku hantar pulang.

Diana ... kehadirannya tak pernah aku undang namun kemunculannya membuat hidup aku bermakna kembali. Aku sudah mempunyai tujuan untuk meneruskan hidup ini. Kekosongan dan kesunyian mungkin terisi. Mendambakan teman untuk berbual, berkongsi cerita, meluahkan keresahan, kini aku sudah punya bahu untuk mengadu. Itu harapan ku, walau aku sedar, aku cuma hidup saat orang lain tidur. Matahari bukan duniaku tapi Diana akan menyinari pekat yang aku peluk selama ini. Aku tahu siapa diriku dan aku sedar sejauh mana batasan aku. Janjiku, Diana cuma kawanku... kawan yang pastinya membuka jendela kegelapan membiarkan cahaya lepas menerangi aku.

No comments: