nuffnang

Thursday, August 2, 2012

kasih merah .. cinta malam ... monologue...


Wahai teman … biar apapun bangsamu, apapun agamamu, warna kulitmu atau bahasa pertuturanmu… ini adalah aku dan cerita ini pengakuan aku. Aku tegaskan sekali lagi, kejadianku benar-benar wujud. Mungkin tanpa sedar kamu, kita telah terserempak. Mungkin disaksikan bulan dan bintang, kita pernah bertegur sapa.
Tiada satupun dalam olahan kata kataku merupakan imaginasi yang terhasil dari mimpi atau anganku. Tiada apa apa yang ditulis oleh jariku tanpa diperintah oleh suara hatiku. Akal dan fikiran yang waras membantu aku dalam setiap huraian perasaanku. Demi jiwa yang menghidupkan jasad, aku paparkan kejujuran. Demi mata yang melihat dan telinga yang mendengar, kebenaran aku buktikan melalui bicara penaku.
Apa yang telah berlaku dan dialami bukan sesuatu yang mustahil.

Andai kamu percaya pada syurga dan neraka tanpa melihatnya, andai kamu percaya manusia berevolusi hanya berdasarkan satu teori, andai kamu percaya pada hantu, jin dan bunian hanya mendengar cerita mengenainya, mengapa tidak kamu percaya kepada kewujudan aku. Bukan aku memaksa untuk kamu mempercayai, hak kamu tiada siapa yang boleh merampasnya tetapi alangkah baikya kalau dalam hati kamu tidak menafikan kewujudanku. Tidak juga bermakna tanpa kepercayaan kamu aku tidak dapat meneruskan kehidupan aku ini tetapi bukankah lebih baik sekiranya kamu telah bersedia apabila satu hari nanti aku muncul di hadapan kamu. Tidak aku, mungkin bangsa aku yang lain dan masa itu kamu tahu apa yang kamu harus lakukan kerana kamu telah bersedia sejak awal.

Kata orang, setiap kejadian ada sebabnya, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.Setakat yang aku ceritakan, adakah kamu melihat hikmah itu?Setakat mana yang kamu ketahui tentang aku, adakah kamu jumpa sebab kejadianku? Tidak perlu kamu bersusah payah memikirkanya, dengan satu perkatan akan kamu ketahui, TIDAK! Tiada hikmahnya, tiada sebabnya. Sehingga kini aku masih tidak pasti apakah kejadian aku ini satu kutukan atau satu anugerah kehidupan… sampai akhir hayatku kelak, sekiranya ajal menghadirkan diri padaku, aku juga tidak akan tahu … aku juga sudah bosan memikirkannya..bukan sesuatu yang merisaukan aku.

Tentu ada yang bertanya mengapa aku menceritakan sesuatu yang perlu dirahsiakan.Tentu ada yang menyoal mengapa kebenaran yang pernah aku pertahankan akhirnya aku bongkar.Mengapa etika bangsaku, aku langgari?Mengapa usaha Pengawas, aku musnahkan?Mengapa harapan perintah bangsa terawal aku abaikan? … akan sia-siakah perjuangan aku dan Andre, sahabatku? Yakinlah, tidak mudah untuk aku melepaskan pegangan ini tetapi apa yang tersirat di dalam hati hampir terlaksana. Segala jawapan akan tersurat di lembaran seterusnya.


Kemana cintaku berakhir… kemana Diana dalam hidupku … ???
Dengan pena yang menulis, dengan helaian yang mengandung, cerita aku bersambung ….

No comments: