nuffnang

Sunday, July 15, 2012

Cinta Malam .. Kehadiran (b12)



Andre, kali pertama aku temui di Kuching sekitar sebulan lebih yang lalu.Sewaktu pulang setelah bertemu Diana aku terus ke pejabatku. Sebaik aku sampai di kawasan meletak kenderaan, Andre muncul di depanku , dengan berkemeja putih serta berseluar hitam dia mendepakan tangannya, kakinya yang tersilang di buku lali tidak terpijak tanah, terapung apung di udara, tersenyum menampakkan gigi taringnya kemudian dia melepaskan ketawa. Aku yang terpegun sejenak melihat kemunculan Andre secara tiba tiba juga turut ketawa kerana kegembiraan bertemu satu- satunya kawan atau kenalan yang sejenis denganku.Akhirnya kami bersatu dalam dakapan. Berjabat tangan, bertepuk belakang, bertanya khabar…

“Andre! Kenapa kamu boleh berada disini?” tanyaku setelah menarik satu nafas panjang.
“Aku baru je sampai sebentar tadi.Melalui alamat yang pernah kamu berikan, aku menemukan tempat ini,” jawap Andre.

“Apa tujuan kamu?”

“Aku cuma mahu melihat keadaan kamu.Aku juga sudah agak bosan dengan Kota Paris, mungkin disini ada sesuatu yang baru untuk aku.”

“Tiada yang tak pernah kamu lihat ada disini. Semuanya sama, mungkin cuma bahasa pertuturan saja yang berbeza. Itu saja tujuan kamu, Andre?” masih kurang percaya dengan jawapan Andre, aku menyoalnya lagi.

“Ayuh, ajaklah aku ke tempat kamu dulu, aku mahu berehat. Nanti aku ceritakan,” ujarnya , keresahan jelas terpampang di wajahnya.
Tidak sabar untuk mengetahui apa yang bermain di fikiran Andre, aku terus menekannya untuk menceritakan apa yang membuat dia runsing dan datang ke Kuching, suatu tempat yang terlalu jauh untuk dia pergi sekadar ingin bertanyakan khabar, mendapatkan aku.

“Aku tidak menyalahkan kamu kerana pergi dari Kota Paris.Malah aku tumpang gembira kerana kamu mempunyai satu tujuan untuk menghabiskan tahun tahun kamu yang panjang.Aku sangkakan, permergian kamu tidak mendatangkan satu kesan yang besar terhadap diri aku. Malang… “ Andre menarik satu nafas panjang sebelum meneruskan kata.

“Malangnya … kesunyian datang umpama tsunami melanda di saat aku tidak menjangkakannya.Perubahan mendadak dalam kehidupan aku telah menjadikan aku seorang warga Kota Paris yang tidak tahu menghargai keindahan malam di bumi metropolitan itu.Aku lebih banyak menghabiskan masa berkurung di dalam persembunyian ku. Aku keluar sekadar untuk melakukan sesuatu yang perlu seperti mendapatkan darah. Tidak ..aku tidak membunuh manusia, aku menjamu dahagaku dengan darah binatang. Dengan darah tikus, ayam, lembu, apa saja yang dapat membantu aku untuk terus bangkit dari tidur… “ berhenti sejenak ….

“Hidup aku kosong, ketiadaan kamu, Dhani, tamparan yang sangat hebat buat ku, menyesali kerana membiarkan kamu pergi sendiri sentiasa menghantui aku. Hakikat yang aku cuma satu mahluk diantara jutaan manusia menmbuat aku berasa terlalu asing di dunia malam ku sendiri. Aku sudah lupa ada matahari … aku sudah tak ingat pada mekar bunga di pagi hari… tapi kamu , Dhani.. sebahagian dari hidup aku, aku tidak dapat menahan diriku dari terus memikirkan kamu, merindui saat suka duka sewaktu kita bersama… Satu malam, aku melakukan pemburuanku di lorong gelap. Aku berpuashati dengan melepaskan dahaga ku pada seekor kuching liar. Sewaktu mahu untuk kembali ke tempatku, satu bunyi seakan kotak berat di alih dari kedudukannya membuat langkah aku terhenti. Deria bau aku mengesan bau manusia… kaujuga tau baunya kan, bau darah manusia, bay nafas hangat yang dihembus oelh manusia?” dia bertanya kepada ku dan aku cuma mengangguk mengiyakannya.

Andre meneruskan,” Aku mencari dan disebalik timbunan kotak kotak besar aku menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tunduk cuba menyembunyikan dirinya, berjaket kulit yang kelihatan lusuh, rambut pendek namun tidak terurus, wajahnya yang sedikit comot menampakkan ketakutan yang amat sangat. Tunduk tidak berani menentang mataku, dia bersuara dengan terketar ketar minta dilepaskan. Mungkin dia telah melihat aksi aku yang menghisap darah kucing tadi maka dia tidak berani untuk bersemuka dengan ku… Walaupun dia merayu tanpa henti namun aku terus saja merangkul bahagian belakang kolar jacketnya. Terlalu lama aku tidak merasai darah manusia…. Naluri penghisap darah masih ada dalam tubuhku dan secara spontan tanpa aku sedari aku telah membenamkan gigiku ke tengkuknya. Saat aku menyedut darahnya, perasaan kesal dan dan tersedar akan perbuatanku membuat aku berhenti. Taring yang membenam, ku tarik… tubuh yang dalam pelukanku, ku lepas… jatuh longlai ke lantai tidak sedarkan diri, lelaki itu ku angkat dan ku bawa bersamaku ,”

“Kemudian?” aku menggesa Andre meneruskan ceritanya setelah aku melihat dia diam untuk satu jangka waktu yang agak lama.

“Lucas tersedar beberapa jam selepas itu di persembunyianku. Lucas namanya, aku ketahui kemudian.Aku juga mendapat tahu yang dia gelandangan yatim piatu yang berkeliaran di Kota Paris.Tersedar di satu tempat yang asing baginya serta meihat aku yang masih disampingnya membuat Lucas mengundurkan diri menjauhiku. Badannya terketar ketar, wajahnyanampak cemas dan jelas menggambarkan ketakutan yang mengisi setiap ruang hatinya. Seperti kamu, aku juga telah mengarah dia menghirup kembali darahnya yang ada di dalam tubuhku…. Saat Lucas tidak sedarkan diri, fikiran aku banyak melayang kepada kamu.Lucas sebaya dengan umur kamu.Hatiku memujuk aku untuk menjadikan Lucas salah satu daripada kita dengan harapan Lucas boleh mengisi kekosongan yang kamu tinggalkan. Ternyata perhitungan aku salah,” ..keluhan yang amat panjang Andre lepaskan dan ayat terakhir membuat aku merasakan satu masalah besar telah timbul.

“ Salah? Maksud kamu?Apa maksud kamu dengan perhitungan yang salah?” bertubi tubi soalan yang aku lemparkan, tidak sabar untuk mengetahuiapa yang terjadi selanjutnya.
“Seperti mana aku mengajar kamu, Lucas juga ku ajari apa yang perlu diketahui kecuali tentang darah manusia.Aku tidak mahu dia juga menjadi seperti kita suatu masa dulu.Aku hidangkan dia darah haiwan, sedaya upaya aku, aku menjauhkan dia dari darah manusia. Aku gagal bila pada satu malam, sewaktu aku dan Lucas berjalan di satu taman kami bertemu dengan seorang lelaki yang telah cedera akibat dari pergaduhan yang ku andaikan di antara kumpulan-kumpulan samseng Kota Paris. Lelaki yang cedera di bahagian perut akibat tikaman sesuatu yang tajam itucuba menghentikan darahnya daripada terus mengalir dengan telapak tangannya. Kesakitan yang ditanggungnya dapat kami rasai melalui erangan yang dikeluarkan sambil mulutnya terus memohon pertolongan.Kesian dengan keadaan lelaki tersebut, aku dan Lucas bersedia untuk membantu.Percayakan Lucas aku telah meninggalkan lellaki itu bersamanya manakala aku ke kedai ubat yang berhampiran untuk mendapatkan keperluan bagi membalut lukanya.Sekembalinya aku ke situ, ku lihat mulut Lucas comot dengan kesan darah.Lelaki tadi ku periksa dan ternyata dia sudah tidak bernyawa.Lucas menyeringai kepadaku menampakkan gigi taringnya yang masih ada kesan darah.Matanya kelihatan bersinar, kalau aku manusia sudah pasti aku lari kerana rupanya saat itu sangat menggerunkan.Namun aku juga adalah dia dan dia adalah kejadian yang aku cipta. Marah dengan apa yang berlaku, aku telah melepaskan satu tumbukan yang tepat mengenai mukanya. Tersungkur ke tanah namun senyum masih tetap terpapar pada wajahnya.Pada ibu jarinya, dia menggosokkan bahagian mukanya yang terkena tumbukan ku. Bangkit dan cuba menerkam, Lucas tersungkur sekali lagi bila aku mengelak dan melepaskan satu lagi tumbukan yang terkena bahagian tubuhnya. Walaupun masih tersenyum namun kali ini aku dapat perhatikan yang dia telah mengalah. Masih baring di tanah yang basah oleh embun malam, Lucas meminta maaf daripadaku , mungkin dia dapat membaca fikiranku yang amat marah dengan tindakan dia, takut kemungkinan aku akan membunuhnya. Aku pasti membunuhnya jika tidak kerana itu! Seharusnya aku membunuhnya!” kali ini, ku lihat wajah Andre menujukkan satu kebencian dan marah jelas kedengaran pada nada suaranya yang semakin meninggi.

“Namun aku berubah hati, Lucas ku biarkan terus berbaring sehingga dia bangun dan mendapatkan aku yang mula meninggalkan tempat itu. “Katakan, apa yang telah berlaku kepadaku? Tenagaku, tubuhku, deria yang aku miliki, kenapa semuanya ku rasakan lain, bagaikan sesuatu kekuatan yang luar biasa wujud di dalam diri aku.Kenapa aku menjadi begitu tertarik kepada darah orang tadi? Apakah darah dia telah menghasilkan apa yang aku alami sekarang?Andre… kamu menyembunyikan sesuatu dari ku.Aku perlu tahu dan kamu akan memberitahu segalanya kepadaku,” Lucas telah mendesak aku. Aku tidak berdiam diri, di situ di taman itu aku menceritakan tentang rahsia yang cuba aku sembunyikan. Aku juga menceritakan tentang kamu kepadanya, tentang kehidupan lampau saat kita berdua menikmati segala kejadian yang ada pada kita. Lucas mengemukakan soalan dan aku menjawapnya, “ Andre menarik nafas lagi, kali ini ku biarkan dia.

“Malam malam seterusnya, perhubungan kami mulai ku rasakan merenggang, Lucas tidak lagi sering mengikutku untuk mencari mangsa.Sesekali aku sempat bertemu dia di tempat tinggal kami, kebanyakan masa, dia mengelak untuk bertembung denganku.Sering menghilangkan diri membuat timbull rasa curiga di dalam diriku. Bila ku tanya kepadanya, dimana dia berada atau apa yang dia telah lakukan, dia hanya tersenyum tanpa menjawap pertanyaanku. Satu malam dia pulang lebih awal daripada biasa.Bersamanya, seorang gadis berambut perang, mempunyai wajah yang cantik dan berpakaian agak seksi dengan skirt kulit yang sangat pendek, hampir menampakkan seluar dalamnya, memakai boot melepasi lututnya dan berjacket kulit, semuanya serba hitam.Ku lihat Lucas mengarah gadis itu untuk duduk di satu kerusi manakala dia mendapatkan aku. Dengan suara yang perlahan tetapi tegas dia berbisik kepadaku,” Jadikan gadis itu seperti kamu jadikan aku!”. Aku memandang gadis tersebut sebelum aku mengalihkan pandangan ku kepada Lucas dan menolak permintaannya.Tiada reaksi yang ditunjukkan selain berjalan kearah gadis yang duduk setia menunggunya.Ku lihat dia mencumbui gadis itu.Gadis yang seolah olah lemas dan hilang dalam dunianya sendiri membalas cumbuan Lucas dengan penuh ghairah. Lucas yang juga kelihatan hanyut daam mainan asmara itu akhirnya memalingkan mukanya kepadaku dengan satu pandangan yang amat tajam, sempat dia menayangkan taringnya dalam satu senyuman sebelum dia membenamkan taringnya itu di tengkuk gadis yang sudah berada dalam rangkulannya. Bagaikan telah mencapai klimaks saat bermain cinta, terdengar jeritan halus dilepaskan oleh gadis tersebut sebelum beransur diam dan rebah di atas lantai, dadanya masih berombak menandakan yang dia masih hidup. Aku hanya kaku melihat segala yang berlaku tanpa berbuat apa- apa,” Andre diam sekali lagi, memandang siling seolah olah segala yang diceritakan tertulis di situ.

“ Lucas kemudian memandangku,”Sekarang kamu sudah tiada pilihan, kamu memerlukan teman, aku juga memerlukan seseorang untuk menemaniku. Jadikan dia seperti kita, jadikan dia seperti aku!atauaku akan terus membunuh manusia, biar pupus semuanya. !,” ujarnya kepadaku. Lucas yang sudah arif akan kelemahanku telah menaikkan kemarahan aku. Umpama seekor singa yang lapar menerkam mangsa, ku menerpa ke arahnya.Memandang rendah terhadap kekuatanya mengakibatkan aku terpelanting dengan sekali terajang olehnya dan setiap serangan aku selepas itu dibalas sehingga menyebabkan aku tersungkur. Tewas! Aku tidak mampu bersaing denganya dan aku yakin dia telah menjamu dirinya dengan darah manusia hingga menjadikan dia lebih kuat daripada sebelumnya, malah daripada aku yang hanya meminum darah binatang.Aku tunduk dan akur pada permintaannya.Lucille atau Lucy seperti mana yang Lucas memanggil gadis itu, dibiarkan tidur sehingga keesokkan malamnya.Tidak seperti kamu dan Lucas, Lucy dihidupkan semula bukan dari darahku akan tetapi darah Lucas. Itulah resepi utama yang menjadikan aku, kamu, Lucas dan kemudian Lucy seperti apa yang kita kini. Darah kita sendiri perlu disedut semula dari mereka yang telah menghisap darah kita. Kehadiran Lucy dalam kehidupan kami merupakan satu bebanan yang perlu aku tanggung. Lucy tidak pernah mahu meminum darah haiwan dan Lucas, kerana sayangkan Lucy, dia juga telah membelakangkan janjinya kepadaku dan terus menjadikan manusia sebagai mangsa. Ditemani Lucy, Lucas menjadi semakin liar. Kematian pelik yang sering berlaku mula terhebah di kaca TV dan dada suratkhabar. Hubungan aku dengan Lucas yang retak menjadi semakin runcing sehingga Lucas tidak pernah kembali ke persembunyian kami dan aku tidak juga bertemu dia untuk seketika waktu, mungkin kerana rasa bersalah, aku tidak memperdulikannya atau apa yang dilakukan oleh dia dan temannya.”

“Jadi? Tujuan kamu kesini untuk mencari aku dan….?”aku mencelah ceritanya dan cuba mengorek tujuannya ke Bandar Kuching ini.

“Biar aku habiskan cerita ku dulu,” ujarnya sebelum meneruskan,” Aku sudah bosan dengan Lucas, aku sudah bosan memikirkan apa dia lakukan, aku muak dengan perangai Lucy. Aku langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliingku, aku tidak ambil kisah tentang manusia di sekitarku sehinggalah aku dikunjungi tetamu - tetamu yang takdi jemput dan tak terduga olehku.”

“Tetamu –tetamu?Siapa?” sekali lagi aku memintas ceritanya.Fikiran aku menjadi semakin gusar.

“Tetamu- tetamu yang tak diundang, tiga orang, kehadiran mereka memberi satu kejutan kepadaku.Ingatkah kamu, dulu, di Kota Paris, kita pernah mencari orang orang kita, orang orang yang sejenis kita, sebangsa kita. Ingatkah kamu, sejauh mana kita teroka bumi Paris, selama mana masa yang pernah kita habiskan, tidak seorang pun dari kalangan jutaan warga Kota Paris yang boleh kita panggil saudara di temui. Ya, tetamu-tetamu ini adalah mereka yang kita cari. Seperti mana yang kita sangkakan, memang wujud lebih ramai penghuni malam, akan tetapi fahaman atau etika yang dipegang membuat mereka lebih senang untuk tidak menonjolkan diri dan hidup secara rahsia. Kumpulan yang hadir menggelarkan diri mereka ‘Pengawas’. Menurut mereka ‘Pengawas’ adalah satu kumpulan yang terdiri daripada generasi terawal bangsa kita.Tidak diceritakan tentang asal usul mereka tetapi apa yang yang aku fahami, kumpulan ini diadakan untuk menjamin yang bangsa kita dapat hidup selesa di kalangan manusia biasa. Untuk mengekalkan apa yang dikecapi, rahsia kewujudan masyarakat penghuni malam harus disimpan ketat. Pemantauan yang sering di lakukan oleh mereka menyebabkan aku, kamu dan saudara kita hidup tanpa diganggu dan cerita kewujudan kita kekal sebagai satu mitos bagi manusia yang ada di muka bumi ini.Kehadiran mereka di persembunyian ku hanya untuk memberi satu amaran. Amaran yang sangat keras. Amaran yang menyedarkan aku dari lena yang amat panjang. Amaran yang membuat aku bertindak.Rocque, yang bertindak sebagai jurucakap diantara mereka mungkin juga merupakan ketua pada tanggapan ku, telah mengarahkan aku melakukan sesuatu keatas apa yang berlaku di Kota Paris , katanya,” Andre, apa yang dilakukan oleh Lucas dan temannya perlu dihentikan segera sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Tindakan mereka keterlaluan dan menyimpang jauh dari etika kewujudan kita sebagai penghuni malam.Kamu yang telah menjadikan Lucas maka kamulah yang bertanggungjawap.Selama berkurun lamanya, kewujudan kita di bumi ini tidak pernah terganggu. Lucas telah menimbulkan risiko yang amat besar keatas apa yang sedang kita nikmati sekarang. Generasi tertua menjadi runsing dan risau sekiranya segala tindakan Lucas menyebabkan tercetusnya masalah yang lebih besar. Risau satu hari nanti kita perlu mempertahankan kewujudan kita dangan cara yang lebih keras. Kamu faham maksud saya? … Risau mungkin satu hari nanti kita perlu berperang dengan manusia untuk mendapatkan tempat di bumi yang satu ini.Kamu tidak dapat membuang masa lagi… kamu harus mencari Lucas dan hentikan kegiatannya, kalau terdesak, kamu bunuh saja dia, penggalkan kepalanya, biar bercerai dari badan. Kalau kamu gagal… segala yang kami serta generasi terawal pertahankan akan musnah dan kamu yang akan dipersalahkan. Kepercayaan kami sepenuhnya terhadap kamu untuk menjalankan tanggungjawap kamu sebaik mungkin. Kami akan terus memantau….”

Dari detik itu juga aku telah menjejaki Lucas, Maklumat yang aku perolehi menambah kebimbangan aku. Bukan hanya Lucas dan Lucy saja malah kumpulannya telah bertambah besar, diantara 8 hingga 10 ahli kesemuanya.Mungkin melalui apa yang dilakukan terhadap Lucy, Lucas telah mempelajari cara mencipta penghuni malam yang lain dan dijadikan pengikutnya. Bermaharajalela di Kota Paris untuk satu jangka waktu, sebelum mula berpindah setelah menyedari mereka di buru.”

“Kenapa Pengawas tidak menyelesaikan masalah itu sendiri, dengan segala ilmu dan kuasa yang mereka ada, bukankah lebih mudah untuk mereka melakukannya dari membiarkan kamu bersendirian menentang kumpulan Lucas ?” aku mencelah .

“Itu tanggungjawap aku. Aku perlu melaksanakannya dan begitulah cara Pengawas bertindak, membiarkan mereka yang bertanggungjawap menyelesaikan sesuatu masalah. Sekiranya aku gagal, Pengawas akan mengambil alih, bukan saja Lucas dan kumpulannya malah aku juga akan musnah!” sahut Andre pada pertanyaanku. Aku diam dan membiarkan Andre meneruskan apa yang mahu disampaikan.

“Melalui berita di kaca TV dan dada akhbar yang menyiarkan tentang kematian yang tragis dan aneh, aku terus menjejaki mereka. Mereka tidak kekal lama di satu -satu tempat. Kegiatan mereka berpindah-pindah dari satu tempat umpama nomad yang menetap di satu tempat sekiranya terdapat makanan dan mulai mencari tempat lain bila kehabisan makanan. Ini menybabkan aku mengalami kesukaran , namun ianya tidak mematahkan semangat aku. Mengekori mereka dari satu pekan ke pekan yang lain, dari satu bandar ke bandar yang lain , dari satu negeri ke negeri yang lain, aku masih gagal .. sehinggalah melepasi benua dan lautan aku cuba menjejaki mereka dan membawa aku ke sini. Menurut apa yang aku kumpul. Mereka telah berada di sini beberapa hari yang lepas. “

“Jadi mereka ada di Kuching?” sedikit terkejut dengan kenyataan Andre. Aku tidak pernah mengetahu apa yang terjadi di Bandar Kuching. Aku tidak menonton TV dan tidak juga membaca suratkhabar tempatan, bagaikan katak dibawah tempurung yang langsung tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar. Lagipun, aku tidak pernah mahu ambil peduli tentang apa yang berlaku selain dari restoran ku dan Diana. Tapi terasa seperti Diana pernah menceritakan tentang pembunuhan yang kerap dinyatakan di akhbar.Cara pembunuhan yang ngeri dan jumlah kes yang banyak berlaku telah menarik minat media dan orang ramai tetapi tidak aku. Kini setelah mendengar cerita Andre, timbul rasa menyesal kerana tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku di sekitarku.

“Berita berita di kaca TV dan suratkhabar telah mengesahkannya. Cara pembunuhan mangsa yang disiarkan sama macam apa yang telah dilakukan, tidak mengira lelaki atau perempuan, yang tua atau muda, tiada satu corak yang nyata tapi kesemuanya mati dalam keadaan yang ngeri. Setip magsa mempunyai dua gigitan pada tengkuk dan dada yang terbelah menampakkan tulang dan isi dalaman tetapi tanpa jantung.Bahagian dada yang terbelah bagai dilapah dengan sesuatu yang tumpul dan jantung telah dikorek keluar.Aku heran, mengapa jantung yang diambil? Apa mukjizat jantung kepada mereka aku tak tahu.,” kata Andre.

Aku sendiri pernah membunuh malah pernah melakukan sesuatu yang kejam tetapi apa yang aku dengar di luar jangkaanku, jauh dari apa yang pernah aku lakukan. Apa yang diceritakan membuat aku sendiri berasa gerun. Entah berapa ribu, mungkin jutaan nyawa telah aku ambil tetapi aku hanya perlukan darah mereka. Tidak pernah aku mengusik bahagian anggota badan yang lain. Jantung?!Kenapa jantung yang di jadikan sasaran mereka? Mereka memang kejam! Kegiatan mereka harus dihentikan segera! “Baiklah. Dimana kita akan bermula? Kamu tahu di mana mereka bersembunyi?“aku merasakan aku perlu membantu Andre didalam misi mulianya ini.
Andre tersenyum lebar, ternyata di memahami maksud kata-kataku,”Aku tak tahu. Berpandukan kawasan kejadian dan segala maklumat yang diperolehi kita akan memulakan pemburuan ke atas mereka. Terimakasih Dhani kerana mahu membantuku sesuatu yang aku perlukan kerana kamu lebih mengetahui Bandar ini dan hanya kamu saja yang aku ada.,” katanya pula.

Aku membalas senyuman Andre ,”Rehatlah dulu, subuh akan menjelang tak lama lagi. Malam nanti kita mulakan pemburuan kita, sahabat!” dengan itu kami memasuki bilik tersembunyi yang kosong tidak berdinding dan beralaskan tilam nipis kami tidur menanti siang menghilang dan diganti malam semula.

No comments: