nuffnang

Monday, January 30, 2012

Cinta Malam .. Korban ku (b.4)



Mata birunya yang separuh tertutup memandang tepat ke arah aku. Rambut gelap keperangannya berselerak tak terkemas. Bibir bergincu merah yang sedikit terbuka seoah olah mahu menyatakan sesuatu tetapi tak termampu. Telanjang tanpa seurat benang pun pada tubuhnya, mendedahkan payudaranya yang montok, kulit yang tampak bersih tanpa sebarang calar, putih gebu. Kaki yang sedikit terkangkang menampakkan bahagian sulit yang dilitupi rambut rapi yang ternyata sering di gunting kemas. Gadis yang terbaring di ranjang tidurku sememangnya cantik di tambah lapisan make up dengan ala kadar pemakaian menambah serinya.



Sejam yang lalu aku temui Anna di lorong lorong gelap yang sering dikunjungi kaum Adam. Di lorong ini, di kota Paris, gelap yang cuma di terangi lampu neon yang mencuri keluar dari jendela jendela di sekitarnya, menerima ramai pengunjung yang datang dengan berbagai tujuan. Di loroang ini segala kegiatan kejahatan dunia atau nikmat dunia boleh diperolehi. Anna, seperti kebanyakan gadis gadis yang menghuni lorong ini berpakaian menjolok mata untuk menarik pelanggan. Anna berdiri di satu pintu tangga sambil jarinya mengepit sebatang rokok. Asap dikeluarkan perlahan lahan melalui mulut dan hidungnya. Sesekali kelihatan dia menghampiri lelaki yang lewat didepannya kemudian kembali ke tempat asalnya setelah bertegur sapa. Kecantikannya serta memiliki bentuk tubuh yang menggiurkan menarik aku merapatinya.

Matanya menjeling menggoda aku. Aku hanya membalas dengan satu senyuman sebelum aku menegurnya,"Belum ada pelanggan?"

"Belum. Apa awak mahu jadi yang pertama untuk malam ni?", menjawap serta mambalas dengan satu soalan.

Aku tersenyum lagi. "Aku mahu tapi bukan hanya yang pertama tetapi juga yang terakhir untuk malam ini. Boleh?", tanyaku lagi.

Pada mulanya dia teragak agak dengan undangan aku tetapi setelah dia melihat genggaman wang yang agak tebal di tangan aku yang aku keluarkan dari saku celana ku, diamulai tersenyum. Menunggu jawapannya yang tak kunjung tiba aku menyoal lagi," mahu kamu mengikut aku ke tempat ku dan melayani aku semahuku? Ini milik kamu kalau kamu mahu".

Anna bersuara,"Kalau itu milik saya, malam ini malam yang tak akan awak lupakan dan persembahan saya tetap akan kamu ingat seumur hidup awak", diiringi tawa kecil dia cuba merampas wang yang aku genggam tetapi tangan aku lebih pantas mengelak.

"Ayuh!", ujarku dan manarik tangannya untuk mengikuti aku.

Saat tibanya kami di kamar yang sememangnya aku sediakan di rumahku untuk upacara sebegini, dia mula membuka butangku. Dengan lagak seorang profesional yang pakar dalam kerjayanya, dia mencumbui aku tanpa aku perlu bersuara. Aku rebah di katil, dan dia meniarap di antara kakiku. Dengan mainan lidahnya aku seperti di bawa terbang tanpa mempedulikan apa yang ada di depanku. Seakan sudah faham akan mahuku, dia membenamkan senjataku ke dalam dirinya. Tiada apa yang aku perlu lakukan selain membiarkan dia melakukan apa saja yang dia mahu ke atas diriku. Duduknya di atas perutku memperlihatkan wajahnya yang cantik sesekali berkerut sambil mengerang kenikmatan dan tanganku terus mengelus dan memerah buah dadanya. Ternyata kata kata Anna tentang persembahannya benar, menakjubkan dan aku membiarkan diriku terus dimanjakan.

"Argghhhhhh ", jeritan halusnya menandakan dia sudah mencapai kemuncaknya. Akhirnya dia terkulai di atas dadaku. Aku juga yang turut kepuasan memeluk erat tubuhnya sambil mulutku merayap di sekitar leher dan tengkuknya. Nafasnya seakan akan sesak kedengaran deras. Terasa degupan jantungnya yang kencang di dadaku. Bermula dengan mulut aku yang ku buka seluasnya, aku langsung membenamkan taringku ke tengkuknya selari dengan urat darahnya.

"Arrghhhh...", sekali lagi Anna menjerit tetapi lebih kuat dari tadinya. Tubuhnya meronta cuba melepaskan diri setelah merasai kesakitan di tengkuknya namun kekuatan aku jauh lebih berbeza menghalangnya dari berbuat apa apa. Anna tewas di pelukanku. Darahnya ku hisap, degupan jantungnya yang tadi kencang kini beransur lemah. Selesai dengan sajianku, tubuh Anna ku alih dan ku baringkan di sebelahku.



Anna bukan korbanku yang pertama. Sudah berkali kali aku melakukan perkara yang sama keatas gadis lain. Sudah beratus mungkin beribu yang telah menjadi korbanku, baik perempuan mau pun lelaki, aku tidak memilih, yang penting bagi ku, aku mahu hidup dan darah adalah satu satu cara untuk aku terus hidup.

Dulu, seratus tahun yang lampau, saat Andre mendidik aku, korban dan membunuh manusia yang lain merupakan satu keperluan. Mengendap dan menerkam korban secara tiba tiba menjadi taktik buruan kami sentiasa. Setelah berabad lamanya, keperluan telah menjadi hiburan. Bosan dengan cara yang sama, aku mulai mengubah cara ku memerangkap mangsa dan melanggani pelacur adalah salah satu darinya. Aku gemar bermain main dengan mangsaku terlebih dahulu sebelum menghantar mereka ke pintu kematian. Aku berlegar di kalangan manusia normal, aku bersuka seperti mereka, aku menari bersama mereka, menyanyi dengan mereka tanpa mereka sedari aku adalah pemangsa, aku adalah Syaitan yang hanya bertopengkan manusia. Aku senang dengan keadaan aku, tiada resah, tiada sunyi, tiada derita seperti yang pernah aku alami dulu. Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang, kalau ini dikatakan hidup.

"Dhani! Tunggu apa lagi!? Kamu mahu membiarkan mayat itu reput dan membusukkan rumah ini? Kamu mahu orang di sekeliling kita datang kerana adanya bau aneh di sini. Dah! Buangkan mayat itu. Jangan biarkan orang tau tentang kewujudan kita," entah darimana datangnya Andre yang tiba tiba bersuara mengejutkan aku dari lamunan ku.

Tanpa mambalas teguran Andre, yang sememangnya tidak senang dengan perbuatan aku itu, aku mendekati mayat Anna, malang Anna, kamu cantik tetapi kerana kecantikan kamu itu yang menjadikan kamu korban malam ini, detik hati ku seraya ku tutupkan matanya dengan telapak tanganku dan mengesat titis darah yang keluar dari 2 lubang yang ku buat di tengkuknya sebelum aku mengangkat tubuhnya yang telanjang. Kejadian aku ini telah memberi aku deria serta kekuatan yang luar biasa jauh dari kemampuan manusia normal, tubuh Anna ringan seakan mengangkat sehelai kertas, kelajuan sepantas kilat membawa aku dan Anna ke satu tempat. Di tempat ini, jauh dari pandangan manusia, aku yakin , tiada siapa yang akan menjumpai mayat Anna.

Sekembalinya aku, Andre aku lihat duduk di depan pendiang api yang telah dinyalakan seolah olah memanaskan badannya yang sebenarnya tidak merasa sejuk atau panas. Tidak menyedari atau sememangnya tidak mempeduli kehadiran aku, mata andre terus tertumpu pada anggun api. Merapati, aku menegur,"Andre."

Dengan wajah marah, Andre berpaling,"Aku tidak suka dengan cara kamu. Kamu mempermainkan mangsa kamu. Kenapa kamu tidak lakukan seperti apa yang aku ajar, seperti yang selalu kita lakukan dulu. Memburu di dalam gelap!".

Tertawa kecil aku menjawap,"Mereka berhak untuk bergembira di akhir akhir hidup mereka. Bukankah dengan cara ini lebih mulia? Mereka tidak akan sedar ajal mereka sampai dan bila tiba saatnya sekurang kurangnya mereka telah ketawa."

Melangkah pergi menuju ke peraduanku, meninggalkan Andre yang masih terus duduk menatap anggun api, aku menyambung," Subuh akan menjelang."



2 keranda yang di perbuat dari kayu oak merah tersimpan di bilik bawah tanah adalah milik aku dan Andre. Dilapis dengan tilam nipis beralaskan sutera putih memang peraduan yang nyaman buat ku. Bunyi bunyi riuh rendah di luar, di kota Paris, masih kedengaran walau matahari mahu bangkit. Sudah lama aku di sini. Aku meninggalkan tanah air mengikuti kapal sadagar yang berlabuh. dari satu tempat ke satu tempat aku merantau. Andre menjaga ku dan membimbingku dengan baik. Dimana adanya kami, disitu adanya kematian. Malahan, di atas kapal saat pelayaran, ramai kelasi kelasi yang mati dan penyakit yang disalahkan walaupun aku dan Andre tahu penyebab sebenarnya. Dari satu tempat ke tempat yang lain, satu negara ke satu negara yang lain, satu kota ke kota yang lain kami mengembara sehingga ke sini, ke kota Paris ini, belum pernah aku menemui makhluk lain seperti kami walaupun menurut Andre terdapat ramai golongan jenis kami yang berkeliaran di muka bumi ini. Tanah air tidak pernah di rindui, sejarah dulu tidak pernah diingati, pengalaman baru dicari, penemuan sesuatu yang seperti kami di harap. Bunyi bisng, angan indah, kisah silam, semuanya lenyap saat aku menutup keranda ku.

Wednesday, January 18, 2012

Cinta Malam - Darah Merah (b.3)



Aku terjaga dari tidur saat matahari telah melabuhkan cahayanya dan sinaran purnama penuh melewati jendela yang terbuka luas. Keindahan pagi disapa cahaya suria di temani sejuk embun yang kian mengering membuat aku terlena setelah aku menikmati ciptaan Tuhan yang paling agung untuk kali terakhir. Walau aku tak pasti apa maksud dia yang mengatakan sedemikian tetapi di sebalik hati kecil aku memang terasa ada benarnya. Sinar yang memancar tepat terkena kulit aku terasa lain, bukan panas apatah lagi dingin. Hendak ku katakan sakit, walau terasa bagai ditusuk ribuan jarum halus, namun kesakitan yang aku rasa terasa nikmat pula sebaliknya. Saban hari aku melihat terang cahaya suria namun pagi tadi tidak seperti hari terdahulu, cahaya yang memancar seakan kelihatan seperti kilaun emas tulin yang tiada cacat celanya, cantik dan indah di serikan tujuh warna pelangi sewaktu embun melintas lalu. Pagi tadi aku tidur selenanya, tiada mimpi mengusik, aku lena nyenyak senyenyak bayi di buaian, tiada resah, tiada khuatir berkunjung, tiada apa apa hanya tidurku.

Kini aku hanya memeluk lutut ku, masih di atas katil, memikirkan apa yang terjadi malam kelmarin. Siapa dia tetamu aku yang tak ku undang? Siapa dia yang memujuk aku untuk mencari satu kelainan dalam hidup aku? Siapa dia yang memukau aku dengan janji kebahagian yang aku cari? Katanya, dia akan berkunjung lagi. Katanya, malam ini aku akan melihat sesuatu yang lain, katanya lagi, malam ini aku akan sempurna. Apa maksud dia? Tahukan dia apa kesempurnaan yang aku impikan? Aku cuma mampu menunggu jawapan yang mungkin tak lama lagi tiba. Bulan penuh, salakan panjang serigala hutan kedengaran, pungguk melagukan lagu rindu, cengkerik menari diiringi bunyian tersendiri, katak berdendang bersahutan, aku tetap menunggu.

Dunia yang sebentar tadi riuh dengan bunyi bunyian segala makhluk Tuhan tiba tiba senyap apabila hembusan angin menerpa kamar tidurku. Sunyi. Sepi. Terasa sejuk tubuhku terkena angin yang berlalu. Sejenak aku rasa bagaikan ada sesuatu melangkah ke kamarku melalui tingkap yang terbuka, namun tiada satu apa pun yang terlihat oleh mataku. Liar mata ku memerhati sekeliling, gelap, kosong, tiada satu pun yang bernyawa selain aku yang masih di katilku. Mungkin dia telah datang, detik hatiku, tetap aku hanya berdiam diri.

"Dhani... " satu suara menegurku, tolehan aku ke arah suara itu menemukan aku dengan dia. Berdiri di belakang ku, masih dengan pakaian yang kemas serta rambut yang terikat rapi, wajahnya yang kian hampir jelas kelihatan di sinari cahaya bulan malam, licin tanpa sebarang parut namun kelihatan pucat, matanya yang sedikit kedalam dengan anak mata yang hitam serta pipi yang agak cengkung di tambah dengan bibirnya yang merah memperlihatkan hujung taring di kedua bucu bibirnya itu menjadikan penampilannya kelihatan menggerunkan tetapi tetap menawan mata yang memandang.

"kamu sudah sedia, Dhani?" soalnya terus setelah melihat aku hanya berdiam diri.

"Kamu pasti lapar", sambungnya. Aku yang sememangnya lapar terus membatu.



"Ambil ini, Dhani. Hisaplah darah aku ini. Biar darahku mengurangkan rasa lapar kamu. Biar darah ku ini bersatu dengan darah kamu. Biar darah aku ini sebati dengan tubuh kamu. Darah aku ini akan menghidupkan kamu", ujarnya lagi sambil lengannya yang telah di lukai sebentar tadi di ajukan ke arah bibir ku. Aku yang pada mulanya teragak agak kini menyentap lengannya. Dengan rakus aku menyedut darah yang keluar dari lukanya. Timbul rasa heran dengan kelakuan aku sendiri namun tidak aku endahkan. Darah yang mulai meresap ke seluruh uratku memanaskan tubuhku. Persis unta di padang pasir yang kehausan singgah di oasis, aku terus menyedut tanpa memperdulikan segala yang ada di sekelilingku sehinggalah kepala aku ditolak dengan kuat menyebabkan aku terpelanting. Ku lihat dia menggosok gosok darah yang tertinggal di lengannya. Matanya memandang tepat ke arah aku. Memerhati aku yang sedang mengesat bibirku dengan tapak tangan ku. Mungkin dia bersedia untuk menahan terkaman yang akan aku lakukan kerana aku masih belum puas. Aku masih lapar. Aku masih mau darah. Aku menerkam dan cuba menggigit lengannya tapi seperti jangkaku, dia yang telah bersedia sekali lagi telah meolak aku dan menyebabkan aku terpelanting tersandar pada dinding.

"Kamu mahu lagi? Aku tahu kamu belum puas. Ikut aku", ringkas arahannya. Belum sempat aku menjawap, terasa tubuh ku bagaikan di tarik dan sekelip mata aku berada di satu pesta keramaian. Sekumpulan anak anak muda sedang berjoget mengikut irama paluan gendang yang di mainkan dari satu sudut. Pantun berbalas, nyanyian, ketawa mengisi ruang udara. Bulan masih terang.

"Biar aku tunjukkan kepada kamu dulu. Kemudian kamu akan ikut. Nah, sana, ayuh", katanya sambil dia menunding ke arah seseorang yang berjalan menuju pinggir hutan yang berhadapan kami. Segera aku mengekori langkahnya merapati orang itu. Tanpa belas aku lihat dia menerkam dan terus membenamkan taringnya di tengkuk orang itu sebelum sempat dia menyedari kehadiran kami. Kulihat dia bangun seraya mengesat bibirnya. Orang tadi kini terbaring kaku tanpa nyawa.

"Kamu laparkan? Tu sana tu, masih ramai yang boleh kamu nikmati darahnya. Kamu perlu lakukan seperti aku tadi untuk kamu terus hidup. Kamu harus bersedia mencabut nyawa orang lain supaya nyawa kamu tidak putus." jelasnya panjang. Aku yang masih terkejut dengan aksi ngeri sebentar tadi cuma diam.

"Lihat sana." bisiknya ke telinga ku. Aku yang juga sedang memerhati terlihat seorang lelaki berkain pelikat serta berbaju melayu sedang melangkah menuju ke arah anak sungai yang terletak sedikit jauh dari tempat keramaian. Langkah di atur dengan penuh hati hati untuk menyembunyikan kehadiran kami. Kami sudah begitu hampir dengan orang itu.

"Kamu dah bersedia. Sekarang lakukan apa yang kamu perlu lakukan", bisiknya ke telingaku lagi. Aku yang tidak pasti apa mahu dilakukan hanya membatu. Membunuh? Aku tidak sanggup membunuh. Aku bukan pembunuh. Kenapa darah dia menghidupkan aku? Soalan yang berkali kali bermain di fikiran aku. Aku terus berdiam diri. Keliru dengan apa yang berlaku. keliru dengan keadaan diri sendiri. Aku masih keliru dan aku masih terus berdiam diri.

Tiba tiba hembusan angin yang kuat menyedarkan aku. Andre yang tadi di sebalah ku sekarang sudah berada di atas mangsanya. Kelihatan tubuh yang tidak bermaya di pangkuannya.

"Dhani! kesini", arahnya. Aku bergegas mengatur langkahku ke arahnya.



"Nah, hisap darah dia ni," sambungnya bila aku sudah berada di sebelahnya sambil menunjukkan bekas gigitan taringnya. Darah mengalir keluar dari dua lubang yang baru tercipta. Darah merah pekat mengiurkan aku. Aku yang sememangnya belum puas dengan darah yang aku ambil dari Andre mulai membenamkan taring aku, yang aku juga baru sedar kewujudannya, ke tengkuk orang sudah tidak bermaya itu. Degupan jantung aku selari dengan degupan dia. Darahnya terus aku hisap. Degupan jantungnya senakin lemah, nafasnya kian terputus putus, aku masih rakus menyedut darahnya. Sekali lagi, kepala aku di tolak dengan kuat. Aku terpelanting lagi.

"Ingat! jangan disedut habis darahnya. Darah yang terkahir bukan milik kita. Kamu mesti ingat itu. Jangan biarkan dia mati ketika kamu sedang menikmati darahnya. Kamu akan binasa sekiranya kamu melakukan apa yang di tegah", panjang Andre mengingatkan aku. Aku hanya diam dan memandang kearah Andre yang mematahkan tengkuk mangsanya dengan tujuan membunuhnya. "Dan ini untuk memastikan dia sudah mati", sambungnya.

Inikah aku? Aku yang telah menjadi raksasa? Siapakah aku sebenarnya ini? Siapakah aku yang sanggup menghisap darah orang lain dan langsung membunuhnya? Inikah kehidupan yang telah di janjikan? Inikah kebahagian yang dikatakan? Sungguh aku tak nafikan yang aku sememangnya terasa lebih segar, lebih hidup, lebih kuat. Saat darah mangsaku di hisap, bukan setakat mengenyangkan aku tetapi bagaikan aku sedang menikmati santapan yang enak yang biasanya disediakan untuk raja raja. Lebih mengkhayalkan dari ektasi.Lebih memabukkan dari wine, vodka, ataupun minuman keras yang lain. Tidak aku nafikan, bagaikan pemabuk yang ketagihan arak, aku mau terus menghisap darah manusia.
Teatapi pembunuhan itu yang sering bermain di kepala aku. Untuk membunuh seseorang, aku masih tidak sanggup.

"Bangun Dhani", ku sambut tangan yang dihulurkan Andre kepada ku."Cukup. Kita harus pergi dari sini sebelum orang lain menyedari kehilangan rakan rakan mereka."

Andre yang mendahuluiku melangkah satu persatu, mengelak duri dan onak dengan cermat. Aku yang mengekori turut melakukan yang sama cuma aku terasa seperti aku bukan hanya berjalan ataupun berlari. Aku seolah olah terapung apung di udara. Tubuhku yang terasa ringan bagaikan tak terpijak bumi. Secelik aku mendapati aku sedang berada di satu tempat yang asing. Satu ruang kosong. Berdinding. Satu katil bercadarkan kain sutera putih. Nak ku katakan sebuah bilik, ternyata bilik ini tidak mempunyai tingkap. Nak ku katakan peti, ruang yang luas menyangkalkannya. Cuma satu pintu yang juga ditutup rapat. Tiada cahaya bulan menembusi namun penglihatan ku masih jelas.

"Subuh akan tiba. Matahari akan naik. Ini kamarku. Kamu tidur di sini. Kita tak boleh bergerak di bawah sinaran matahari kerana pancaran ultra ungunya boleh membakar tubuh kita. Masih banyak yang perlu kamu pelajari tentang kehidupan kamu sekarang. Kamu kini cuma ada aku. Dunia kita cuma malam, teman teman kamu dan juga siang bukan lagi milik kamu. Tidur dan rehat secukupnya, tiba malam aku akan tunjuk ajar kamu segala yang kamu perlu tahu", terang Andre setalah melihat air muka ku yang kehairanan. Aku yang cuma diam sepanjang pengalaman masih tidak tahu nak berkata kata, masih terkejut, masih mencari jawapan, aku yang masih keliru dengan segala apa yang terjadi kepadaku malam ini terus diam berbaring di lantai yang tak beralas cuma berbantalkan lengan. Mata ku di pejamkan namun aku masih tidak berhenti memikirkan segalanya. Andre yang di atas katil agaknya sudah terlena.

Sunday, January 8, 2012

Cinta Malam - Malam Pertama (b.2)



Terserah kepada kamu sama ada mau mempercayainya atau tidak, jika aku katakan aku lahir di Sarawak pada tahun 1853 semasa pemerintahan Rajah Brooke. Dunia aku ketika membesar itu aman dan mewah kerana kedudukan ayah aku yang tergolong daripada orang orang bangsawan yang berasal dari Negara Brunei. Sebagai anak tunggal kepada ayah dan ibuku, aku di manja dan di jaga dengan penuh kasih sayang sehinggalah dipertanggungjawapkan untuk menjaga ladang kelapa yang juga milik keluarga aku.

Aku telah dikahwinkan dengan Dayang Suri, yang juga berketurunan pembesar Brunei, sewaktu aku berumur 20 tahun. Selang setahun kemudian kami dikurniakan seorang anak lelaki. Kehidupan aku cukup sempurna dengan keluarga yang menyayangi aku serta kekayaan yang aku miliki. Tetapi semuanya tidak kekal lama. Aku kehilangan sinar dalam hidupku. Semuanya bermula pada malam itu, malam yang mengubah hidup aku, malam yang membunuhku dan melahirkan aku semula, malam yang membawa aku kepada wujudnya aku saat ini di depan kamu.

Akibat dari kemalangan yang menimpa salah seorang pekerja aku di ladang kelapa memaksa aku untuk tidak terus pulang seperti biasa pada petang itu. Aku yang ditemani pembantu aku, Panji, terpaksa berada lebih lama di ladang bagi membantu seorang pekerja aku yang di patuk ular. Metahari telah malap beberapa detik yang lalu, aku dan Panji melangkah dengan pantas di bawah sinaran cahaya bulan. Walaupun biasa dengan kawasan itu namun malam yang gelap mengundang takut di hati aku. Di wajah Panji juga menampakkan hatinya yang kurang tenang, namun tiada sebarang kata pun yang keluar dari diri masing masing. kami hanya terus melangkah, cuma sesekali berhenti apabila kaki tersandung akar dan tunggul yang menghalang. Perjalanan ke rumah yang cuma mengambil masa 45 minit terasa amat jauh walaupun akhirnya aku sampai di perkarangan rumahku yang diterangi oleh obor dari setiap sudut. Pelita tanah juga turut menerangi dalaman rumahku. Anehnya, tidak seperti biasa, rumah ku kelihatan sunyi. Rumah ku seolah olah tiada berpenghuni. Kemana suara tawa Andi, anakku? kemana dodoi isteriku, Suri? Kemana bayang bayang pembantu rumahku? Langkah ku semakin cepat, aku semakin menghampiri. Panji setia menuruti.

"Suri! Suri! Andi!Andi!" laungku sewaktu kakiku menjejak anak tangga yang pertama. Tiada jawapan. Aku telah sampai di muka pintu yang tertutup rapat. Ku ketuk berulang kali sambil ku laungkan terus nama isteri serta anak ku. Panji hanya diam disebelahku. Ketukan pintu bertambah kuat setelah tiada jawapan aku dengari melainkan bunyi tapak kaki melangkah. Panji yang resah bertindak melanggarkan pintu dengan bahunya. Pintu terbuka luas.



Aku meluru seraya memanggil manggil nama orang orang yang ku sayang. Tanpa sedar aku telah masuk ke kamar tidurku dan Suri dengan tubuhnya terlungkup sambil tangannya memeluk pinggang anak kecilku. Baju kurung kuning yang dipakainya dibasahi merah pekat darah. Dada Andi yang telanjang di sebelahnya juga berlumuran darah. Aku menerpa ke arah Suri dan memusingkan tubuhnya, ternyata dia sudah tidak bernyawa, begitu juga Andi, anakku, yang belum mengetahui erti kehidupan telahpun merasai kematian. Mungkin kerana tangisan serta esakan aku telah menjemput Panji ke sisi aku, tangannya yang memegang bahu ku cuba menteteramkan aku tidak aku endahkan.

"Arghhh.." suara Panji yang kedengaran sewaktu tersungkur di depan ku mengejutkan aku. Segera aku menoleh dan sempat aku mengelak mata parang yang di hayunkan ke arah aku. Dengan segala tenaga, aku bingkas bangun Di depanku dalam kesamaran lampu pelita, aku ternampak dua orang yang bertubuh agak besar tidak berbaju cuma berseluar panjang gelap, masing masing memegang sebilah parang. Aku yang tidak berpikir panjang, Menyerang mereka tanpa bersenjata cuma berbekalkan ilmu persilatan yang aku pelajari dari kecil. Ketangkasan serta amarah ku telah menumpaskan kedua duanya. Duka tak terubat walau dendam terbalas. Aku yang terus menangisi kehilangan Suri dan Andi akhirnya terlelap kerana kepenatan.

Sejak peristiwa itu, hidup aku bagaikan tiada bermakna. Aku mulai berjinak dengan minuman keras dan masaku banyak di habiskan di meja judi. Aku sudah tidak peduli dengan ladang kelapa. Aku sudah tidak ambil berat tentang harta. Sedaya upaya aku cuba melupakan segala namun tiada berhasil. Aku terus dihantui rasa sunyi. Kematian Suri dan Andi benar benar menyeksa batinku.

Di rumah, di katil, aku duduk sendiri dalam gelap. Lampu pelita tidak dinyalakan. Tingkap terbuka luas membawa cahaya bulan penuh sedikit sebanyak membantu penglihatan ku. Sebilah keris tergenggam di tangan. Air mata yang mengalir di pipi tidah di peduli. Hidungku yang masih menghidu bau darah dan mataku yang masih membayangkan tubuh Suri dan Andi menguatkan lagi niatku untuk mengakhiri hidupku. Biar nyawaku juga pergi. Biar aku juga mati dari terus hidup terseksa sebegini. Biar jiwaku tiada daripada membiarkan jasadku menerima deraan yang berterusan. Aku nekad! Hujung keris yang terhunus ku halakan ke dadaku. Mata ku tertutup rapat. Aku sudah bermimpikan Suri dan Andi yang menunggu kehadiranku.

"Ha ha ha..." ketawa yang memenuhi ruang kamar mengejutkan aku.

"Siapa?" jeritku. Senyap seketika sebelum ketawa bergema semula.

"Siapa?" aku yang kini yang sudah berdiri, menjerit sekali lagi. Keris ku genggam lebih erat sambil meninjau ke seluruh sudut kamarku.

"Siapa kamu? Tunjukkan diri kamu dan berdepanlah dengan aku!" kuat suara ku memerintah. Ketawa beransur kurang.

Di sebalik bayang gelap muncul satu lembaga, berpakaian kemas seperti mana pembesar atau orang British berpakaian pada zaman itu. Rambutnya agak panjang namun tersikat rapi. Dalam kegelapan aku masih nampak wajahnya yang putih serta matanya yang berwarna hitam. Dia tersenyum sinis kepadaku. Bagaikan pahlawan gagah, kuda kuda ku pasang, bersedia menerima sebarang ancaman.

"Bukankah kamu mahu mati?" terpancul soalan dari mulutnya. "Kalau kamu mahu, aku boleh membantu untuk mengambil nyawa kamu. Kamu mahu itu?" sambungnya.

"Kenapa kamu peduli? Kalau aku mahu mati sekali pun, biar aku mati di tangan sendiri daripada membiarkan kamu mencabut nyawaku." ujarku keras.

"Kamu memilih kematian kerana kekecewaan yang kamu alami. Tidakkah kamu tahu, ada sesuatu yang lebih baik dari kematian? Aku boleh memberikan kepada kamu satu kehidupan yang tidak pernah kamu ketahui. Aku boleh melarikan kamu dari kesedihan kamu dan membawa kamu jauh dari tempat ini. Mahukah kamu mengikuti aku?", di selang ketawa kecil dia bersuara lagi.

"Sekiranya kesedihan dan kesengsaraan aku bisa hilang dan kamu membawa aku jauh meninggalkan tempat ini. Aku bersetuju", jawapku walau sedikit teragak menerima perlawaannya.

"Baiklah, tetapi kamu akan mati dan kamu juga akan hidup. Seperti aku, kamu akan kekal hidup. Kematian bukan lagi satu nokhtah sebaliknya satu permainan. Masihkah kamu mahu mengikut aku?", tanyanya lagi dengan nada yang lebih serius.



Aku memandang wajahnya yang putih dengan senyuman bibir merah bagaikan merah saga jelas terkena sinaran bulan malam. Aku menatap ke dalam anak matanya yang hitam. Anggukkan aku lemah tapi cukup menyakinkannya bahawa aku sanggup menerima segalanya. Aku tak peduli akan itu semua. Aku cuma mahu lari dari kehidupan aku ini. Sekilas aku ternampak pantulan cahaya dari sepasang giginya yang kelihatan agak panjang dan menonjol berbanding dengan giginya yang lain.

"Kebadian akan menjadi milik kamu", perlahan suaranya seraya dia membongkokkan tubuhnya. Tangan kanannya menekan kepalaku sementara jari runcing kirinya menyikat rambut yang terurai di belakang tengkuk ku. Aku bagaikan di pukau hanya membiarkan diriku diperlakukan sedemikian rupa. Umpama dua batang jarum telah tertusuk di leherku, namun kenikmatan juga terasa. Badan ku menjadi semakin dingin dengan detakan jantungku juga semakian cepat. Seketika aku rasa bebas seperti kupu kupu malam yang tidak peduli tentang apa yang tersembunyi di sebalik gelap petang.

"Emm.. urgghh .. ", sambil mengesat darah yang masih basah di hujung mulutnya, dia menyambung,"Kamu masih belum sempurna. Rehatlah dan tataplah matahari serta nikmatikah cahayanya sepuas kamu keesokan hari kerana itu akan menjadi matahari terakhir dalam hidup kamu. Selepas malam esok, kamu bukan lagi kamu".

Aku yang masih bingung dengan apa yang terjadi serta ucapan yang disampaikan, kaku terbaring di katilku. Apa jua yang terjadi malam esok, aku bersedia, ini yang aku pilih maka inilah yang aku terima. Tiada penyesalan. Tiada pandang belakang. Tiada patah balik. Aku akan teruskan. Malam esok aku akan bersedia. Malam esok yang aku pasti akan membuka lembaran baru dalam diari hidupku.

Cinta Malam .. kelahiran atau kematian (b.1)

Wednesday, January 4, 2012

Cinta Malam - kelahiran .. atau kematian? ... (b.1)




Apa kamu sedar adanya aku? Apa kamu tahu kewujudan aku? Nama aku? Wajah aku? Bau aku? Sikap aku? Apa kamu tahu siapa aku? Mungkin dalam sangkaan kamu, aku juga seperti kamu? Mungkin dalam tekaan kamu, aku juga manusia biasa seperti semua kenalan kamu? Atau mungkin timbul tanda tanya kenapa aku sering tunduk dan cuma mendiamkan diri bila di tanya tentang asal usulku? Aku ada sebab kenapa perilaku aku sedemikian rupa. Aku punya rahsia yang aku simpan dalam dalam. Aku belum bersedia untuk menceritakan panjang lebar tentang diri aku tetapi yakinlah, aku bukan seperti teman-teman kamu yang lain. Aku juga tidak hampir dengan kenalan kamu yang aku juga kenal. Aku manusia? Soalan kamu akan terjawap, aku berjanji. Atas bumi yang aku pijak dan langit yang aku junjung, aku berjanji satu persatu akan aku ceritakan satu persatu akan aku perkenalkan diri aku sehingga kamu tahu siapa diri ku dan siapa kamu dalam hidup ku.

Seperti yang kamu nampak,pakaian aku serba hitam, aku sering memakai kemeja berwarna hitam yang berjenama dan berseluar panjang juga berwarna hitam dikemas dengan tali pinggang kulit. Rambutku, hitam pekat tebal bersinar panjang paras bahu selalu aku ikatkan ke belakang membuat penampilan aku kelihatan lebih kemas. Dengan wajah bujur sirih, mempunyai hidung yang agak mancung serta sepasang mata yang agak kecil dengan bulu kening yang agak lebat memang mudah untuk aku mendapatkan mana mana gadis yang aku inginkan. Wajah aku yang boleh aku banggakan di litupi kulit lembut pucat tanpa sebarang warna cuma 'blusher' yang aku gunakan sebagai penambah seri, juga supaya aku tidak di pandang aneh. Tubuhku tegap sasa melebihi enam meter ketinggiannya. Sememangnya, aku layak untuk menjadi model pakaian atau pelakon ikalan tv tetapi itu bukan kerjaya yang aku mahukan, malah aku lebih gemar untuk tidak menonjolkan diri.



Aku juga punya keiinginan seperti kamu. Aku juga punya kemahuan seperti teman-teman kamu. Aku juga bermimpi yang indah dan berharap ianya akan menjadi satu kenyataan. Tetapi, pergerakan aku terbatas. Aku cuma mampu hidup di ruang yang terhad. Aku cuma mampu dan berdiri di sudut yang jauh memerhati manusia menggapai impian mereka, mimpi mereka. Berapa ratus kali aku lihat mereka tersenyum tatkala menerima berita gembira, berapa ribu kali aku melihat mereka melonjak melaungkan rasa gembira, berapa juta kali aku mereka menari di bawah terang purnama menyanyikan lagu kejayaan tanpa sedar akan kehadiran aku yang melihat dari jauh. Aku kagum dan senang dengan kegembiraan mereka tapi aku juga cemburu kerana aku tidak bisa merasa seperti mereka.

Aku tidak merasa diri aku malang, tidak juga aku merasa aku beruntung. Aku tidak senantiasa merasa kekurangan. Aku mempunyai kelebihan tersendiri. Kekurangan yang aku miliki mengajar aku menghargai kelebihan yang aku ada. Dengan kelebihan ini, aku telah menjelajah seluruh pelusuk muka bumi. Dengan kelebihan ini aku meneroka benyak zaman. Kelebihan ini juga membantu aku saat dunia sakit dengan segala bermacam wabak. Aku hidup saat perang dunia berlaku, aku hidup saat bom atom yang meragut ribuan nyawa di gugurkan ke atas kota Hiroshima. Aku juga wujud menjadi saksi kekejaman satu manusia terhadap satu manusia yang lain. Aku sudah puas menjelajah, aku rasa sudah cukup pengalaman yang aku miliki, aku sudah jauh lebih banyak yang aku pelajari jika dibandingkan dengan scholar atau cendikiawan di kalangan kamu. Maka aku berakhir di tempat ini. Aku kini cuma mahu disini di temapat asal aku, tanah yang ayah aku cium. udara yang ibu aku hirup. Aku kembali dan mahu berkongsi segala yang aku lihat, yang aku dengar, yang aku hidu, yang aku rasa, terpulang kepada kamu untuk memilih yang mana kamu harus turuti. Aku cuma mahu berkongsi ilmu yang aku kumpul dan kamu yang bijaksana harus tahu yang mana baiknya dan yang mana buruknya.



Biar aku bermula dengan cerita kelahiran aku. Maksud aku, bukan kelahiran yang membentuk fizikal ku tetapi kelahiran jiwa ku, kelahiran roh ku, kelahiran batin ku. Sungguh aku di lahirkan di tempat ini, memang aku di lahirkan oleh sepasang suami isteri dan di beri susu minum dan makan untuk membesarkan aku oleh mereka yang aku panggil ayah dan ibu. Seperti manusia yang lain, kelahiran aku di muka bumi ini cuma sebagai bayi biasa. Menerima kasih, membalas sayang. Ayah aku cuma seorang saudagar, walau sedemikian ayah aku memiliki tanah yang luas dan mempunyai rumah yang besar. Ibu aku hidup dalam kemewahan ayah aku, mempunyai pembantu untuk menguruskan rumahtangga, memiliki koleksi perhiasan emas, permata yang banyak. Aku serta dua lagi adik perempuan aku juga dimanja dengan segala yang kami inginkan. Kehidupan dalam golongan bangsawan sesuatu yang ramai orang impikan tetapi hanya segelintir yang dapat merasa. Aku bertuah kerana di lahirkan dengan persediaan yang lengkap dan disambut dengan kain sutera. Ingat, bukan kelahiran ini yang aku maksud mahu aku ceritakan.... atau lebih betul jika aku katakan kematian aku???