nuffnang

Wednesday, January 4, 2012

Cinta Malam - kelahiran .. atau kematian? ... (b.1)




Apa kamu sedar adanya aku? Apa kamu tahu kewujudan aku? Nama aku? Wajah aku? Bau aku? Sikap aku? Apa kamu tahu siapa aku? Mungkin dalam sangkaan kamu, aku juga seperti kamu? Mungkin dalam tekaan kamu, aku juga manusia biasa seperti semua kenalan kamu? Atau mungkin timbul tanda tanya kenapa aku sering tunduk dan cuma mendiamkan diri bila di tanya tentang asal usulku? Aku ada sebab kenapa perilaku aku sedemikian rupa. Aku punya rahsia yang aku simpan dalam dalam. Aku belum bersedia untuk menceritakan panjang lebar tentang diri aku tetapi yakinlah, aku bukan seperti teman-teman kamu yang lain. Aku juga tidak hampir dengan kenalan kamu yang aku juga kenal. Aku manusia? Soalan kamu akan terjawap, aku berjanji. Atas bumi yang aku pijak dan langit yang aku junjung, aku berjanji satu persatu akan aku ceritakan satu persatu akan aku perkenalkan diri aku sehingga kamu tahu siapa diri ku dan siapa kamu dalam hidup ku.

Seperti yang kamu nampak,pakaian aku serba hitam, aku sering memakai kemeja berwarna hitam yang berjenama dan berseluar panjang juga berwarna hitam dikemas dengan tali pinggang kulit. Rambutku, hitam pekat tebal bersinar panjang paras bahu selalu aku ikatkan ke belakang membuat penampilan aku kelihatan lebih kemas. Dengan wajah bujur sirih, mempunyai hidung yang agak mancung serta sepasang mata yang agak kecil dengan bulu kening yang agak lebat memang mudah untuk aku mendapatkan mana mana gadis yang aku inginkan. Wajah aku yang boleh aku banggakan di litupi kulit lembut pucat tanpa sebarang warna cuma 'blusher' yang aku gunakan sebagai penambah seri, juga supaya aku tidak di pandang aneh. Tubuhku tegap sasa melebihi enam meter ketinggiannya. Sememangnya, aku layak untuk menjadi model pakaian atau pelakon ikalan tv tetapi itu bukan kerjaya yang aku mahukan, malah aku lebih gemar untuk tidak menonjolkan diri.



Aku juga punya keiinginan seperti kamu. Aku juga punya kemahuan seperti teman-teman kamu. Aku juga bermimpi yang indah dan berharap ianya akan menjadi satu kenyataan. Tetapi, pergerakan aku terbatas. Aku cuma mampu hidup di ruang yang terhad. Aku cuma mampu dan berdiri di sudut yang jauh memerhati manusia menggapai impian mereka, mimpi mereka. Berapa ratus kali aku lihat mereka tersenyum tatkala menerima berita gembira, berapa ribu kali aku melihat mereka melonjak melaungkan rasa gembira, berapa juta kali aku mereka menari di bawah terang purnama menyanyikan lagu kejayaan tanpa sedar akan kehadiran aku yang melihat dari jauh. Aku kagum dan senang dengan kegembiraan mereka tapi aku juga cemburu kerana aku tidak bisa merasa seperti mereka.

Aku tidak merasa diri aku malang, tidak juga aku merasa aku beruntung. Aku tidak senantiasa merasa kekurangan. Aku mempunyai kelebihan tersendiri. Kekurangan yang aku miliki mengajar aku menghargai kelebihan yang aku ada. Dengan kelebihan ini, aku telah menjelajah seluruh pelusuk muka bumi. Dengan kelebihan ini aku meneroka benyak zaman. Kelebihan ini juga membantu aku saat dunia sakit dengan segala bermacam wabak. Aku hidup saat perang dunia berlaku, aku hidup saat bom atom yang meragut ribuan nyawa di gugurkan ke atas kota Hiroshima. Aku juga wujud menjadi saksi kekejaman satu manusia terhadap satu manusia yang lain. Aku sudah puas menjelajah, aku rasa sudah cukup pengalaman yang aku miliki, aku sudah jauh lebih banyak yang aku pelajari jika dibandingkan dengan scholar atau cendikiawan di kalangan kamu. Maka aku berakhir di tempat ini. Aku kini cuma mahu disini di temapat asal aku, tanah yang ayah aku cium. udara yang ibu aku hirup. Aku kembali dan mahu berkongsi segala yang aku lihat, yang aku dengar, yang aku hidu, yang aku rasa, terpulang kepada kamu untuk memilih yang mana kamu harus turuti. Aku cuma mahu berkongsi ilmu yang aku kumpul dan kamu yang bijaksana harus tahu yang mana baiknya dan yang mana buruknya.



Biar aku bermula dengan cerita kelahiran aku. Maksud aku, bukan kelahiran yang membentuk fizikal ku tetapi kelahiran jiwa ku, kelahiran roh ku, kelahiran batin ku. Sungguh aku di lahirkan di tempat ini, memang aku di lahirkan oleh sepasang suami isteri dan di beri susu minum dan makan untuk membesarkan aku oleh mereka yang aku panggil ayah dan ibu. Seperti manusia yang lain, kelahiran aku di muka bumi ini cuma sebagai bayi biasa. Menerima kasih, membalas sayang. Ayah aku cuma seorang saudagar, walau sedemikian ayah aku memiliki tanah yang luas dan mempunyai rumah yang besar. Ibu aku hidup dalam kemewahan ayah aku, mempunyai pembantu untuk menguruskan rumahtangga, memiliki koleksi perhiasan emas, permata yang banyak. Aku serta dua lagi adik perempuan aku juga dimanja dengan segala yang kami inginkan. Kehidupan dalam golongan bangsawan sesuatu yang ramai orang impikan tetapi hanya segelintir yang dapat merasa. Aku bertuah kerana di lahirkan dengan persediaan yang lengkap dan disambut dengan kain sutera. Ingat, bukan kelahiran ini yang aku maksud mahu aku ceritakan.... atau lebih betul jika aku katakan kematian aku???

No comments: