nuffnang

Sunday, February 12, 2012

Cinta Malam - pulang (b.5)



Aku asyik memikirkan pertemuan aku dengan Ahmad dan juga isterinya Julia, pasangan muda yang sedang menikmati bulan madu mereka di kota Paris ini. Aku bertemu mereka sewaktu aku sedamg duduk di sebuah bangku di taman Eifel. Aku, yang saat itu baru saja membunuh seorang lagi manusia kerana aku sendiri mahu hidup, hanya ingin menghabiskan masa malam ku sebelum aku kembali ke peraduan ku.

Ahmad dan Julia, masing masing memakai baju yang agak tebal bagi menahan kesejukan malam, berpegangan tangan melintas di depanku. Rambut Ahmad, walaupun di tutupi topi namun masih kelihatan ketebalan serta warnanya. Bercermin mata dan memiliki hidung yang sedikit pesek, membuat aku tertanya asal usulnya. Julia juga yang kelihatan tersenyum riang, memiliki raut wajah serta warna kulit orang yang sebangsaku. Maksud aku, orang yang sekampung denganku, orang yang dilahirkan di tanah tempat aku dilahirkan. Prasangka aku terbukti apabila aku mendengar perbualan di antara mereka. Ternyata bahasa yang digunakan juga adalah bahasa ibunda ku, bahasa Melayu yang lama tidak aku dengari.

"Maaf, tadi saya terdengar perbualan kamu berdua. Apakah kamu berdua juga berasal dari Sarawak?", kaki dan mulut aku lebih pantas bertindak.



Ahmad dan Julia memandang aku dengan wajah kehairanan atau terkejut mungkin kerana kehadiran aku secara tiba tiba di depan mereka. Aku tersenyum. Ahmad dan Julia juga tersenyum, "Ya. Kami dari Sarawak. Dari Kuching sebenarnya." jawap Ahmad ringkas.

"Oh! Samalah kita, saya juga berasal dari Kuching tapi sudah sekian lama saya tak kembali ke sana. Kamu berdua ni, datang kesini untuk jalan-jalan sajakah?" tanyaku lagi.

"Kami sebenarnya baru saja bernikah minggu lepas. Ini adalah percutian bulan madu kami. Encik pula? Buat apa di sini?"

"Saya seorang peniaga barangan antik. Kedai saya telah lama bertapak di sini. Sudah terlalu lama saya disini hinggakan saya hampir terlupa bagaimana rupa Kuching sekarang ini." kataku. Aku memang memiliki sebauh kedai menjual barangan antik. Kedai yang di jaga oleh pembantuku waktu siang dan malam. Aku sendiri hanya sekali sekala berada di situ. Hasil dari kedai tersebutlah yang aku gunakan untuk membayar rumah atau apa saja keperluan duniawi ku.

"Ayuh! kita duduk di sana" sebelum sempat Ahmad berkata aku telah pun menunding jariku ke arah sebuah kedai kopi yang terletak berhampiran. Seolah olah dipukau, Ahmad dan Julia menuruti langkah ku menuju ke kedai tersebut.

Setelah duduk, Ahmad dan Julia memesan minuman mereka serta 'sandwich' bersama 'french fries' manakala aku hanya menggeleng kepalaku ke arah pelayan. Tidak sabar aku bertanya lagi,"Ahmad! macam mana keadaan Kuching sekarang? Cantikkah? Amankah? Semakin pesatkah Kuching sekarang? Seperti Kota Paris ini?".

Entah mengapa, aku merasa rindu dengan kampung halaman aku. Aku rindukan budaya orang orangku, aku rindukan nyanyian dan paluan gendang bangsaku, aku rindukan haruman tanah airku, Aku rindukan bumiku! Aku mahu pulang setelah merantau lebih dari 150 tahun, kini aku ingin pulang. Aku sudah jemu dengan kehidupan ini. Aku sudah bosan dengan hiruk pikuk kota moden ini. Mungkin kesunyian aku terubat saat aku di tempat asalku nanti. Mungkin ketenangan yang aku dambakan ada di kampung halaman ku kelak.



"Kuching sekarang telah maju. Banyak bangunan baru didirikan, orang semakin ramai yang berhijrah ke Kuching. Jalan raya turut diubah suai untuk menampung bilangan kenderaan yang meningkat. Encik dah berapa lama berada di sini? Kenapa encik tak balik?" suara Ahmad manjawap pertanyaan ku.

"Tak usah risau pasal saya. Memang sudah terlalu lama saya di sini. Saya tiada mempunyai saudara lagi di Sarawak, itu yang saya tahu. Sudahlah Mad, Kamu teruskan saja crita kamu tentang Kuching. Aku mahu mendengarnya. Julia pun, jangan segan, ceritakanlah Kuching padaku." pintaku pada Ahmad dan Julia.

Malam itu, dengan cerita Ahmad dan Julia, sedikit sebanyak membantu aku mengenali Kuching. Sememangnya, sebelum ini aku tidak ambil peduli tentang Sarawak, apatah lagi Kuching. Tempat yang dulunya menjadi tempat jatuh bangunku sewaktu kecil, kini hampir tak wujud dalam peta kehidupam aku. Entah badai apa yang melanda, setelah mendengar segalanya tentang Kuching, hati aku bagai di tarik untuk kembali ke bumi asalku.

Ketika bertemu Andre di ruang tamu tempat biasanya, mengadap unggun api sambil membaca sebuah buku, aku mulai bercerita pada dia tentang pertemuan aku tadi. Andre yang mendengar hanya tersenyum.

"Andre, aku mahu pulang!" hasrat hati akhirnya ku luahkan pada Andre. Seolah olah telah menjangkakan apa yang aku fikirkan, Andre hanya tersenyum terus.

"Mahukah kamu menemani aku pulang? Aku rindukan bumi asalku, Andre, aku mahu pulang. Segera!" ujarku lagi.



"Kalau kamu mahu pulang, pulanglah. Aku mahu terus disini. Aku selesa tinggal di kota Paris ini." balas Andre.

"Tapi kamu pun tau, tiada apa lagi yang menunggu kamu di sana. Kamu seperti biasanya, akan menjadi orang asing, walaupun di tempat sendiri. Tidak perlu aku mengirigi kamu. Kamu seharusnya sudah pandai berdikari. Tenaga kamu pun dah hampir sekuat aku. Segala yang aku tau tentang kehidupan kita telah pun aku kongsikan kepada kamu. trpulang kepada kamu bagaimana cara kamu menurutinya." sambung Andre panjang.

Aku terdiam mendengar kata kata Andre yang ada benarnya. Aku tetap menjadi orang asing walaupun dikelilingi orang sebangsa ku kelak. 167 tahun hidup dalam dunia gelap cukup mengajar aku segalanya tentang dunia kehidupan malam. Tapi, selama ini. Andrelah yang menjadi teman ku, menjadi penjagaku. Mampukah aku berdiri di atas kaki sendiri? Dapatkah aku mengatasi segala rintangan yang mendatang tanpa Andre di sisi? Tapi sampai bila aku harus bergantug pada Andre?

"Andre, aku mau pulang. Walau tanpa kamu, aku tetap mahu pulang. Cuma aku minta kamu tolong uruskan pemergian aku secepat mungkin. Bolehkan?" berat rasa mahu meninggalkan Andre tapi kemahuan hati aku tidak dapat aku nafikan lagi. Aku benar benar mahu melihat tanahairku.

"Mungkin satu hari kelak aku akan kembali atau kamu akan berubah fikiran dan menyusul aku." sambungku lagi.

"Baiklah. Aku tak akan menghalang kamu. Aku akan uruskan permergian kamu secepat mungkin. Kamu, jangan sesekali lupa apa yang aku ajarkan. Jangan sesekali kamu lupa kamu tu siapa dan dimana dunia kamu. Aku tak akan mengikut kamu tapi kalau kamu perlukan aku, hubungilah aku." Andre yang sememangnya luas pengalaman serta mempunyai ramai kenalan yang boleh membantu, mempersetujui kemahuanku.



Minit minit seterusnya, aku dan Andre berbincang cara cara yang mungkin aku gunakan untuk ke sana. Kami berbicara, mengungkit kisah lama, bergurau, ketawa, sesuatu yang lama kami tidak lakukan bersama. Aku mengkagumi Andre, dia penciptaku, dia guru ku dan dia penjaga ku. Bukan saja kerna dia satu satunya orang yang sejenis aku yang aku kenali tetapi juga sifat pergaulannya, tunjuk ajarnya serta kematangan yang di kongsi dengan aku. Andre dan kota Parisnya bakal aku tinggalkan. Suungguh aku sudah tidak sabar untuk menjejaki kaki ku di Bumi Kenyalang. Aku akan pulang.