nuffnang

Thursday, October 27, 2011

.. Hujan ... aku keliru di antara duka dan suka ...



... Hujan.. Hujan yang selalu di kaitkan dengan hati yang lara.. hujan yang sering di samakan dengan duka.. tapi hujan juga yang memberi nyawa.. memberi kehidupan .. tanah tandus tanpa hujan .. dedaunan kering tanpa hujan.. Hujan di rindu tatkala mentari terik memancar .. Hujan juga yang di keji bila sang matahari terus bersembunyi di balik awan hitam…

Lalu .. apakah kamu juga seperti hujan ? Kehadiran kamu ku tunggu di saat hati aku tandus dengan kasih sayang .. di saat jiwa aku layu tanpa cinta.. Apakah kamu hujan? .. bila suatu ketika dulu hadirnya kamu aku elak kerana aku rindukan seseorang lain yang mungkin dapat memberi sinaran pada hati yang samar .. Saat hadirnya kamu menjadikan aku rimas lantas timbul rasa muak jemu .. membuatkan aku terus mejauhkan diri dari kamu...
Hujan?... yang cuma hadir seketika meninggalkan pelangi yang juga beransur pergi.. melepaskan mentari memberi kehagatan pada buni yang kedinginan.




Mau apa lagi aku ?? Bahagiakah aku tanpa kamu? Senangkah aku tiada bayangan kamu mengekori? Atau ... mungkin kerinduan yang mungkin tak terubat membuat aku percaya bahawa aku sedang merayakan ketiadaan kamu... mungkin cuma aku cuba membalut pedih luka yang terhiris akibat keratan tangan aku sendiri tika aku menghalau kamu.. mata aku buta, telinga aku pekak, lidah aku kelu, jari aku kebas .. aku tak tau apa yang aku rasakan .. aku keliru dengan segala pemikiran serta perasaan aku.. Rindukah aku maka masih sayang aku kepada kamu?.. Atau bahagiakah aku maka sudah hilang rasa cinta terhadap kamu?..

Di luar hujan masih turun dengan lebat di iringi angin yang kuat .. pokok bergoyang seolah menuruti irama hujan menimpa bumi .. rokok yang menyala di celah jari bersama asap yang nipis .. lampu yang datang cuma dari skrin laptop menjadikan bilik ini kelihatan muran. Dan aku yang cuba menyusun setiap huruf menghasilkan kata hati terasa sepi ... sepi bilik ini sebati dengan perasaan aku yang juga saat ini muran dan sepi kerana kerinduan aku terhadap kamu belum sempat aku lafazkan...
.. Aku rindukan kamu ….

4 comments:

syuxer said...

hujan mendamaikan jiwa..diiringi dengan lagu yang kena jiwa kita mampu mengkhayalkan kita..:)..selamat berkenalan bro..singgah dari innit dan nanged..follow u #3

Unknown said...

waa... lewat aku temui blog yang hebat ini... salam perkenalan... tulisan kamu bagus sekali ye... macam pujangga... tapi.. bagai ada garis luka dalam bait-bait kata kamu tu... udahh....

Unknown said...

thanks Syuxer .. sememangnya Hujan memberi rahmat..

Unknown said...

terimakasih Sam.. luahan hati .. realiti tak terjadi seindah yang kita harapkan..