nuffnang

Thursday, August 2, 2012

kasih merah ... cinta malam .. kerjaya (b14)


Diana memulakan harinya dengan penuh ceria, kehadiran Dhani malam tadi sungguh tidak dia duga, kegembiraan yang berbunga di hati jelas terbayang pada raut wajahnya yang cantik. Sudah menjadai rutinnya, setiap pagi dia akan menyediakan minuman milo panas serta memasak sarapan untuk Daniel dan ibunya sebelum dia ke pejabat. Ibunya yang juga telah bangun membantu dia menyiapkan sarapan.Mee goreng yang panas diangkat dari kuali dan diletakkan di atas pinggan yang kemudian diletak di tengah meja makan.Sebahagian dari mee itu pula di masukkan di dalam dua bekas makanan, salah satu kecil untuk Daniel dan satu lagi besar sedikit untuk dia sendiri sebagai bekalan.Diana lebih gemar membawa bekal daripada makan di luar, selain daripada berjimat wang dia juga tidak mahu membazirkan makanan yang telah disediakan.Sebotol air minuman juga disediakan untuk Daniel.Setelah selesai dengan tugasnya, dia mengejutkan Daniel yang masih tidur. Daniel yang masih di tadika akan menaiki bas sekolah semasa pergi dan pulangnya.

Diana sendiri akan bergerak setelah bersalaman dengan ibunya dan mengucup kening Daniel serta memastikan yang segala tugas di rumah telah disempurnakannya. Menaiki Viva merah pemberian Dhani, bertemankan rancangan radio tempatan dia terus ke pejabat. Lagu lagu yang dimainkan oleh DJ radio telah membuat dia terhibur, memandu dengan kadar kelajuan sederhana, lebih kurang memakan selama 30 minit untuk dia sampai di tempat letak kereta pejabatnya.

Pagi itu, Diana akan menemani En. Rahman, pengurus am, dan En. Mokhtar, Chef Restoran Bulan, menghadiri satu mesyuarat. Mesyuarat yang akan diadakan di bilik mesyuarat pejabat Syarikat Pengurusan Event dan Katering Bulan itu juga akan dihadiri oleh beberapa orang yang mahu menganjurkan seminar untuk usahawan usahawan tempatan. Khidmat professional daripada Syarikat Pengurusan Event dan Katering Bulan di perlukan bagi memastikan seminar mereka berjalan dengan lancar sebagaimana yang mereka inginkan.

Walaupun masih baru dalam bidang ini, Diana dengan cepat telah mempelajari selok belok perniagaan dari En.Rahman.Pengurus yang diamanahkan untuk menjaga syarikatnya oleh Dhani juga telah diamanahkan untuk menjaga kebajikan Diana.Kepercayaan yang diberikan oleh Dhani telah digunakan sebaik mungkin oleh Rahman.Berbadan agak gempal dan warna kulit yang sedikit gelap, Rahman mempunyai pengalaman yang meluas dalam bidang yang diceburinya. Sebagai pengurus yang berwibawa, Rahman senantiasa memastikan anak buahnya juga boleh berjaya dan membawa nama syarikat ke satu tahap yang dibanggakan. Untuk mendidik Diana bukanlah satu beban tetapi satu kewajipan bagi Rahman, oleh yang demikian, segala ilmu perniagaan tidak dia lokek untuk dikongsikan dengan pekerja bawahannya termasuk Diana.

Rahman tersenyum melihat Diana muncul di muka pintu biliknya dengan berpakaian sut biru gelap Nampak elegan.Fail dikepit kemas di bawah ketiaknya sambil dia melangkah masuk dan membalas senyuman Rahman,”Dah siap, boss.Tak lama lagi tetamu akan datang?” kata Diana.

“Chef dah ready?” tanya Rahman.

“Chef ada di pantry. Sedang minum kopi sementara menunggu tetamu datang,”jawap Diana.

“Baiklah.Ayuh, panggil Chef.Kita tunggu mereka di bilik mesyuarat.Sambil itu kita boleh berbincang dulu sebelum mereka sampai. Dan pastikan kak Ros ada sediakan minuman serta makanan ringan,” Rahman mengarah seraya menolak kerusinya kebelakang dan berdiri.

“Baik Boss!,” Diana keluar dan memanggil chef yang masih berada di pantry untuk segera ke bilik mesyuarat. Walaupun dia telah memberitahu Kak Ros tentang mesyuarat pagi itu dan barang yang perlu disediakan, sekali lagi Diana berpesan kepada Kak Ros tentang perkara yang sama untuk memastikan dia tidak melakukan kesilapan.

Di dalam bilik mesyuarat, jam menunjukkan pukul 8.45 pagi.Ada lebih kurang 15 minit lagi untuk mesyuarat bermula seperti yang telah dijadualkan, para tetamu yang ditunggu belum Nampak batang hidungnya lagi. Kesempatanin diambil oleh Rahman untuk berbincang dengan Chef dan Diana,”Mesyuarat ini penting, ini merupakan projek terbesar yang akan kita tangani setelah setahun lebih Bulan beroperasi. Itupun kalau kita berjaya menyakinkan mereka yang datang nanti dengan kemampuan syarikat kita,” katannya.

“130 buah booth, sejumlah 600 peserta dan dianggarkan ribuan akan mengujungi seminar dan pameran usahawan usahawan tempatan ini. Memang agak besar, kemampuan kita memang teruji, tambahan sayrikat langsung tidak pernah terlibat dalam mana mana pengajuran event sebesar ini,” ujar Diana yang sudah maklum tentang apa yang mahu dibincangkan di dalam mesyuarat kali ini.

“Memang syarikat kita tak pernah tetapi saya pernah menganjurkan sesuatu seminar dan pameran yang jauh lebih besar ini.Dari segi kewangan, syarikat kita memang mampu, manakala pengalaman saya serta kerjasama diantara staff Bulan akan menjamin kejayaan kita,”ujarnya Rahman panjang lebar.

“Saya percaya kita boleh melakukan.Bagaimana chef?Boleh?” kata Diana dan bertanyakan kepada Chef Mokhtar apabila melihat beliau hanya berdiam diri.

“Boleh memanglah boleh tapi tenaga kerja harus ditambah.Bahagian dapur sudah cukup sibuk dengan restoran, inikan pula menyediakan makanan untuk 600 delegats setiap hari dan malam selama tiga hari.Banyak kerja tu,” jawap Chef Mokhtar.

“Tenang Chef, saya telah memikir perkara itu. Chef cuma menyediakan makan malam saja untuk delegates yang ada. Untuk makan siangnya, saya dah merancang untuk di’sub’kan kepada syarikat catering yang lain. Amacam Chef, boleh pakai? Kalau chef masih perlukan kakitangan, syarikat bersedia mengambil beberapa orang pekerja sementara untuk membantu,” kata Rahman pula.

Chef Mokhtar hanya terdiam, mungkin masih memikirkan saranan Rahman. Diana pula mengangguk mungkin memahami atau menyetujui apa yang telah dikatakan oleh Rahman. Belum sempat Chef Mokhtar menjawap, kelihatan beberapa orang lelaki yang berpakaian agak kemas dengan bertali leher manakala yang perempuan pula berbaju kurung dengan fesyen tersendiri.En.Rahman bangun diikuti oleh Diana dan Chef Mokhtar untuk menyambut tetamu yang datang.Saling membalas senyuman dan bersalamanan serta memperkenalkan masin masing sebelum mengambil tempat duduk yang telah disediakan.Seramai tujuh orang tetamu yang hadir untuk mesyuarat. Mewakili persatuan usahawan usahawan Borneo amnya dan Kuching khususnya, tetamu ini datang untuk berbincang tentang seminar dan pameran yang akan dianjurkan. Diantara mereka cuma 2 orang yang kelihatan agak muda, yang lainnya mungkin sudah menjangkau umur 50 an.

Setelah bermuasyarat hampir 3 jam, akhirnya, Haji Daud yang betindak sebagai ketua tetamu itu berkata,” Saya sangat berpuas hati dengan kertas cadangan dan persembahannya.Walaupun syarikat ini baru lagi tapi kewangannya yang kukuh menyakinkan saya syarikat ini dapat membantu kami.Tambahan pula adanya En.Rahman yang berpengalaman dan reputasi Chef Mokhtar dan restorannya yang memberansangkan.Sediakan kertas kerja seterusnya kerana kami sebulat suara setuju melantik Syarikat Pengurusan Event dan Katering Bulan sebagai konsultan kami untuk event julung kali yang kami anjurkan ini.”

“Terimakasih Ji, terimakasih juga buat yang lain. Kertas kerja akan disiapkan mengikut persetujuan yang telah dicapai di dalam masyuarat kali ini. Saya bagi pihak syarikat berbesar hati kerana dapat membantu dan menjadi sebahagian daripada tenaga kerja yang akan menjayakan event ini. Cik Diana akan lebih kerap berjumpa dengan pihak haji dan peserta peserta lain untuk mendapatkan maklumat lengkap bagi persediaan booth dan sebagainya. Manakala dalam soal makanan, kita akan adakan satu sesi cuba rasa bagi memastikan apakah pilihan Tuan Haji dan yang lain. Chef Mokhtar akan berhubung dengan pihak tuan Haji,” ujar Rahman pula.

“Syabas! Kita akan lebih kerap bertemu selepas ini. Jangan hampakan kami,” tegas Haji Daud.

Diana yang duduk dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya hanya mendengar dan memerhati kedua dua ketua ini berdialog.Walaupun menyedari sepasang mata asyik merenung dan melihat dia, Diana hanya berlagak biasa tanpa timbul rasa curiga.Sepasang mata milik anak muda yang bersama kumpulan tetamu itu, berpakaian kemeja putih dan bertali leher, ketinggian sederhana, berkulit sawo matang, memiliki bulu kening yang agak lebat dan mempunyai bentuk hidung yang agak mancung, memang kelihatan tampan. Namun hati Diana tak terusik pun dengan kenakalan mata pemuda itu yang lebih banyak memerhati dirinya daripada yang lain.

“Sebagai seorang yang professional, memuaskan hati dan memenuhi keperluan Tuan Haji dan persatuan sudah menjadi tanggungjawap kami.Kita bersurai disini?”En.Rahman bersuara.

“Bagus. Kita bersurai,” Haji Daud setuju.

“Tuan tuan dan puan puan, saya menjemput tuan tuan dan puan puan menjamu tengahari di Restoran Bulan. Anak buah saya telah sediakan makanan untuk kita,” celah Chef Mokhtar yang lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan dijalankan tadi.
Dengan pengumuman itu, mesyuarat bersurai dan tetamu, Chef Mokhtar serta En.Rahman beredar menuju ke Restoran Bulan.Diana menuju ke meja kerjanya, walapun telah diajak untuk menyertai makan tengahari itu, Diana telah menolaknya dengan alasan mahu menyiapkan kertas kerja secepat mungkin. Mengingatkan mata yang tak putus memerhati tingkah lakunya membuat Diana berasa kurang selesa untuk terus bersama kumpulan dari persatuan usahawan itu, lagipun terasa sayang jika mee goreng yang dibekalkannya pagi tadi tidak dimakan.Melihat keadaan pejabat yang sudah kosong tanpa penghuni, Diana mengambil bekalannya dan beralih ke pantry untuk mengisi perut yang sudah mulai bekeroncong.

Sering berseorangan ketika makan tengahari, Diana menyediakan minuman milo untuk dirinya.Duduk dan mula menikmati bekalan mee gorengnya.Walaupun mulutnya kumat kamit mengunyah makanan namun fikiran Diana jauh melayang. Tidak puas menatap wajah Dhani, tidak cukup merenung mata Dhani, Diana masih merindui. Walaupun jemarinya telah meramas jemari Dhani dan tidurnya dalam pelukan Dhani tetapi ini semua membuat Diana menjadi seorang perindu yang terus mengharapkan kemunculan dan kehadiran Dhani di depannya. Terlalu asyik dia mengelamun tanoa disedarinya, Kak Nor juga telah berada di dalam pantry.

“Ke kutub utara dah agaknya?”Kak Ros bersuara.Mungkin tak didengarnya, Diana hanya berdiam.

“Woi!Selamat petang!” dengan nada yang sedikit kuat, kak Ros bersuara lagi. Kali ini bagaikan dikejutkan halilintar yang cuba menyambar, Diana sedikit terlompat.
“Apalah Kak Ros ni?Buat orang terkejut je,” ujar Diana sambil mengurut ngurut dadanya untuk melegakan dirinya.

“Isshhh ..Kamu yang jauh sangat pergi bukan Kak Ros yang salah,” sindir Kak Ros sambil mencuci gelas dan piring yang digunakan di dalam mesyuarat tadi.

“ Tak adalah Kak Ros, masih di Kuching. Saya teringat hal hal meeting tadi je. Nampaknya, saya akan jadi lebih sibuk..haisss…” keluh Diana.

“Tapi bukan itu petanda bagus, maknanya, tak lama lagi kamu akan naik pangkat!Bolehlah belanja Kak Ros,” kata Kak Ros pula.

“Tak naik pangkat pun tak kisah Kak Ros, asalkan gaji naik… cukup..boleh belanja Kak Ros di mana saja..” Diana menyambut gurauan Kak Ros.

Memang kerja akan bertambah berat, di beri tugas untuk mengendali urusan booth dan keperluan lain persatuan usahawan usahawan tempatan ini akan menjadikan Diana sibuk. Temujanji perlu diatur dan perjumpaan bersama delegats atau usahawan usahawan yang terlibat perlu disegerakan.Mengenangkan perjumpaan yang perlu dihadapi, Diana merasa lemah. Walaupun bersedia namun segala ini dirasakan terlalu membebaninya sehingga dia sendiri kurang yakin dengan kemampuannya. Namun tanggungjawap yang diamanahkan kepadanya harus dipikul sebaik mungkin.

“Kak Ros.. ,” Diana bersuara semula.”En.Dhani tak pernah datang ke pejabat waktu siangkah?” sambungnya.

“Setahu kakak, tak pernah. Heran. Tapi mungkin dia ada urusan lain atau syarikat lain yang perlu diawasi waktu siangnya kali. Kenapa Diana bertanya?”Kak Ros menjawap.

“Tak ada apalah, Kak.Saja nak tau. Agak pelik juga ya,” Diana cuba berselindung dengan mempamerkan wajah selamba walaupun dia agak heran dengan kenyataan Kak Ros tadi, tambahan kemunculan Dhani dengan wajah pucat dan berbadan sejuk secara tiba tiba juga membuat Diana dipenuhi dengan tanda tanya.

Diana menghabiskan mee gorengnya sebelum kembali ke meja kerja untuk meneruskan apa yang ditinggalkan. Meneliti nama nama peserta dan syarikat yang mengambil bahagian, Diana membuat perancangan untuk temujanji. Sebentar lagi dia akan menelefon syarikat syarikat tersebut dan menetapkan temujanji yang di atur. Sedang asyik Diana membaca maklumat syarikat yang berada di depannya, telefon bimbit yang disimpan di dalam laci meja berbunyi. NO yang terpapar pada skrin telefin diamatinya, namun tanpa nama ternyata dia tidak mengenali pemanggilnya. “Hello,” Diana memulakan.

“Hello. Diana?” tanya suara yang keluar dari telefon itu.

“Ya,”

“Diana. Ini Rafiq. Rafiq dari Syarikat Jaya Benar.Emmm … Cik Diana tak sertai makan tengahari tadi.Cik Diana dah makan?”

“En.Rafiq?”Diana teringat anak muda yang memiliki mata nakal yang sering mencuri pandang Diana semasa mesyuarat tadi.Diana yang tidak memounyai minat langsung untuk melayani panggilan tersebut menjawap ringkas,”Tak.Sibuk sikit.Saya dah makan bekalan yang saya bawa dari rumah tadi.”

“OK lah kalau begitu. Nanti kata sembang lagi,” kata Rafiq.

“OK. Bye,” segera Diana menyahut lantas memadamkan telefonnya. Niat Rafiq seolah olah dapat dibacanya dan Diana sedikitpun tidak menunjukkan minat walaupun pada pandangannya, Rafiq seorang pemuda yang tampan dan segak, juga seorang usahawan yang berjaya, merupakan jejaka idaman kebanyakan wanita muda tetapi tidak pada Diana. Tumpuan Diana kini hanyalah pada kerjanya. Dia mahu berusaha segigihnya demi menjamin kejayaan buat dirinya secara tidak langsung menjamin masa depan anaknya, Daniel.

Senarai nama peserta dan syarikat di ketepikan apabila melihat anak jam sudah hampir menunjukkan pukul 5 petang. Diana tidak berniat untuk bekerja lebih masa hari ini.Dia telah berjanji pada Daniel untuk membawa dia dan neneknya menjamu selera di restoran segera kegemarannya, KFC, yang terletak di Satok. Sebelum itu, dia mahu membawa Daniel berjalan jalan di Wisma Satok, mungkin akan membeli sepasang dua pakaian untuk dirinya juga untuk Daniel. Dengan segera dia mengemaskan mejanya dan melangkah keluar pejabat.Sempat dia menoleh kearah bilik Dhani, seperti biasa, bilik itu kosong tak berpenghuni.

No comments: