nuffnang

Saturday, September 19, 2009

diari ku untuk mu .. hari pertama ..

.. jam 10.33 pagi.


.. ari ni , ari pertama hari raya aidilfitri. hari pertama juga aku ditinggalkan ..


pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari dia. tanpa melengahkan masa aku menelefonnya kembali. Aku terpaksa berlakon ceria kerana aku tau dia tak mungkin dapat menerima keadaan aku ketika itu. betapa kosongnya hati aku ..dari semalam aku telah menghitung saat in .. dan setiap saat seakan akan memerli aku . jarum jam bergerak dengan begitu pantas , meninggalkan aku yang tak ketentuan waktu.





".. dan, aku dah on the way ke airport", katanya .. suaranya sayu dengarku. aku tidak tahu apa rasanya waktu itu, yang pasti, aku terasa yang sedih amat. Aku berlagak ceria dan membalas kata katanya.. aku yakin dia pasti kembali kepadaku. aku guna sebaik baiknya masa yang tinggal.





".. Sorry Dan, aku harus pergi sekarang, bye.. bye .. " katanya untuk sekian kali.





".. pergilah.. nanti dah sampai , kol aku, k? " kataku sebelum menekan butang off pada handphone ku.





Aku harus membuatkan diri aku sibuk. Aku tidak sanggup memikirkan tentang dirinya. Mujur ada Lina, adiknya, menemani .. berbicara denganku melalui sms. Dan aku mengabdikan diri pada kerja di rumah yang harus aku sempurnakan.. sebelum aku menziarahi keluarga yang sedang bergembira menyambut 1 syawal.





... jam 10.45 pagi.





mssg dari dia baru sampai ke hp ku .. " dah datang. Tak payah balas mssg, mssg ngan Lina ja", betapa kecewanya kau .. aku teringin mau dengar suaranya kala ini.. tapi aku harus tabah ...



... jam 06.36 petang



aku pergi ke rumah kakak ku . terhibur sedikit hati ku ... namun ingatan ku padanya tak pernah lengkang dari kotak fikiranku... mssg dari Lina ku terima. sempat kami berbalas mssg . Aku cuba menyampaikan kisahku pada dia melalui Lina. Aku tahu yang dia telah selamat balik kampung bersama sama keluarganya.



sampai ke rumah aku sunyi kembali, aku buka laptopku lantas ku karang sepatah dua kata untuk tatapan dia agar dia tahu .. hari ini aku merindui dirinya..

No comments: