nuffnang

Friday, September 25, 2009

.. diari untuk dia ... hari ke dua ..

Aku terjaga pukul 7 pagi tadi tapi aku tidak mahu bangun dari tidurku. Aku mahu terus tidur supaya masa berlalu dengan lebih pantas. Aku trebangun lagi setelah handphone ku berbunyi. Adik Lina yang menghantar sms kepada ku. Buat aku bingkas bangkit dari tilam ku.

Aku menghabiskan masa ku pagi tu dengan menyambung kerja mengecat bilik ku .

Selepas makan tengahari, seperti biasa , mee dan telur , aku tidur dan bermimpi. Aneh ku rasakan mimipiku .

Aku mimpi yang aku berada di rumah anak yatim dan seorang budak lelaki meminta aku mengajarnya bermain lastik. Aku dikejutkan skali lagi oleh adik Lina. Message dari nya datang lagi .

Aku meneruskan hari aku yang bosan dengan kerja kerja rumah. Tiada yang menarik berlaku. Sehingga Adik Lina message ku lagi . Katanya , dia ada satu permintaan , dia mahu aku memanggilnya ‘Adik Lina’. Aku gembira . Terasa kehadiran aku dalan hidupnya dihargai. Sempat ku sampaikan ‘mushroom’ ku padanya. .

Aku amat merinduinya, aku cuba mengelak memikir dirinya bersama orang lain, tapi andai dia bergembira di sana , aku bersyukur. Dia berhak untuk bergembira!

Jam 9.59 malam .

No comments: