nuffnang

Sunday, September 27, 2009

... diari untuk dia ... hari ke tujuh ...

Emm .. aku kerja seperti setiap hari sabtu .. tak banyak buat kerja sebenarnya ..
Pagi aku bercerita dengan adik Lina .. tidak lama .. sehinggalah ke petang setalah aku bangun tidur .. ada request dari adik Lina .. aku tak dapat tunaikan permintaannya kerana aku juga tidak mempunyai kredit ..

.. aku dan abang aku kembali dari kampung setelah melawat kubur emak serta berjumpa dengan uncle di kampung aku aku singgah di kedai .. ingatkan nak tambah kredit tapi tak buka pula kedai hp tu ..

.. malamnya aku dan hijau ke Lo Yau untuk menonton EPL antara Liverpool dan Hull City … dalam perjalanan kami mengalami kemalangan kecil .. kereta di langgar orang .. mujur kecil ja .. segala kerosakan di tanggung oleh orang yang melanggar .. sampai di Lo Yau aku terus ke 7 Eleven yang berdekatan situ untuk mengisi kredit ku .. ku sharekan dengan Adik Lina ..

“kenapa koko sent kredit kat adik ? adik tak minta pun” tanya Adik Lina.

“kan petang tadi adik ada request dari koko”, tanya ku kembali.

“itu kakak yang request dia ada datang sekejap tadi tapi dah balik ke sana”, balasnya. Katanya itu memberi aku seribu penyesalan. Kenapa aku tak isi kredit aku awal awal tadi. Kan kah boleh aku berhubung dengannya tadi. Bukankah dah aku berbicara dengan orang yang aku rindui .. geram aku dengan diri sendiri .. tapi tiada guna ku sesalkan lagi…

Aku terus melayani kerenah adik Lina .. penghibur kala dia tiada ..

Jam 2.38 pagi

No comments: