nuffnang

Sunday, January 8, 2012

Cinta Malam - Malam Pertama (b.2)



Terserah kepada kamu sama ada mau mempercayainya atau tidak, jika aku katakan aku lahir di Sarawak pada tahun 1853 semasa pemerintahan Rajah Brooke. Dunia aku ketika membesar itu aman dan mewah kerana kedudukan ayah aku yang tergolong daripada orang orang bangsawan yang berasal dari Negara Brunei. Sebagai anak tunggal kepada ayah dan ibuku, aku di manja dan di jaga dengan penuh kasih sayang sehinggalah dipertanggungjawapkan untuk menjaga ladang kelapa yang juga milik keluarga aku.

Aku telah dikahwinkan dengan Dayang Suri, yang juga berketurunan pembesar Brunei, sewaktu aku berumur 20 tahun. Selang setahun kemudian kami dikurniakan seorang anak lelaki. Kehidupan aku cukup sempurna dengan keluarga yang menyayangi aku serta kekayaan yang aku miliki. Tetapi semuanya tidak kekal lama. Aku kehilangan sinar dalam hidupku. Semuanya bermula pada malam itu, malam yang mengubah hidup aku, malam yang membunuhku dan melahirkan aku semula, malam yang membawa aku kepada wujudnya aku saat ini di depan kamu.

Akibat dari kemalangan yang menimpa salah seorang pekerja aku di ladang kelapa memaksa aku untuk tidak terus pulang seperti biasa pada petang itu. Aku yang ditemani pembantu aku, Panji, terpaksa berada lebih lama di ladang bagi membantu seorang pekerja aku yang di patuk ular. Metahari telah malap beberapa detik yang lalu, aku dan Panji melangkah dengan pantas di bawah sinaran cahaya bulan. Walaupun biasa dengan kawasan itu namun malam yang gelap mengundang takut di hati aku. Di wajah Panji juga menampakkan hatinya yang kurang tenang, namun tiada sebarang kata pun yang keluar dari diri masing masing. kami hanya terus melangkah, cuma sesekali berhenti apabila kaki tersandung akar dan tunggul yang menghalang. Perjalanan ke rumah yang cuma mengambil masa 45 minit terasa amat jauh walaupun akhirnya aku sampai di perkarangan rumahku yang diterangi oleh obor dari setiap sudut. Pelita tanah juga turut menerangi dalaman rumahku. Anehnya, tidak seperti biasa, rumah ku kelihatan sunyi. Rumah ku seolah olah tiada berpenghuni. Kemana suara tawa Andi, anakku? kemana dodoi isteriku, Suri? Kemana bayang bayang pembantu rumahku? Langkah ku semakin cepat, aku semakin menghampiri. Panji setia menuruti.

"Suri! Suri! Andi!Andi!" laungku sewaktu kakiku menjejak anak tangga yang pertama. Tiada jawapan. Aku telah sampai di muka pintu yang tertutup rapat. Ku ketuk berulang kali sambil ku laungkan terus nama isteri serta anak ku. Panji hanya diam disebelahku. Ketukan pintu bertambah kuat setelah tiada jawapan aku dengari melainkan bunyi tapak kaki melangkah. Panji yang resah bertindak melanggarkan pintu dengan bahunya. Pintu terbuka luas.



Aku meluru seraya memanggil manggil nama orang orang yang ku sayang. Tanpa sedar aku telah masuk ke kamar tidurku dan Suri dengan tubuhnya terlungkup sambil tangannya memeluk pinggang anak kecilku. Baju kurung kuning yang dipakainya dibasahi merah pekat darah. Dada Andi yang telanjang di sebelahnya juga berlumuran darah. Aku menerpa ke arah Suri dan memusingkan tubuhnya, ternyata dia sudah tidak bernyawa, begitu juga Andi, anakku, yang belum mengetahui erti kehidupan telahpun merasai kematian. Mungkin kerana tangisan serta esakan aku telah menjemput Panji ke sisi aku, tangannya yang memegang bahu ku cuba menteteramkan aku tidak aku endahkan.

"Arghhh.." suara Panji yang kedengaran sewaktu tersungkur di depan ku mengejutkan aku. Segera aku menoleh dan sempat aku mengelak mata parang yang di hayunkan ke arah aku. Dengan segala tenaga, aku bingkas bangun Di depanku dalam kesamaran lampu pelita, aku ternampak dua orang yang bertubuh agak besar tidak berbaju cuma berseluar panjang gelap, masing masing memegang sebilah parang. Aku yang tidak berpikir panjang, Menyerang mereka tanpa bersenjata cuma berbekalkan ilmu persilatan yang aku pelajari dari kecil. Ketangkasan serta amarah ku telah menumpaskan kedua duanya. Duka tak terubat walau dendam terbalas. Aku yang terus menangisi kehilangan Suri dan Andi akhirnya terlelap kerana kepenatan.

Sejak peristiwa itu, hidup aku bagaikan tiada bermakna. Aku mulai berjinak dengan minuman keras dan masaku banyak di habiskan di meja judi. Aku sudah tidak peduli dengan ladang kelapa. Aku sudah tidak ambil berat tentang harta. Sedaya upaya aku cuba melupakan segala namun tiada berhasil. Aku terus dihantui rasa sunyi. Kematian Suri dan Andi benar benar menyeksa batinku.

Di rumah, di katil, aku duduk sendiri dalam gelap. Lampu pelita tidak dinyalakan. Tingkap terbuka luas membawa cahaya bulan penuh sedikit sebanyak membantu penglihatan ku. Sebilah keris tergenggam di tangan. Air mata yang mengalir di pipi tidah di peduli. Hidungku yang masih menghidu bau darah dan mataku yang masih membayangkan tubuh Suri dan Andi menguatkan lagi niatku untuk mengakhiri hidupku. Biar nyawaku juga pergi. Biar aku juga mati dari terus hidup terseksa sebegini. Biar jiwaku tiada daripada membiarkan jasadku menerima deraan yang berterusan. Aku nekad! Hujung keris yang terhunus ku halakan ke dadaku. Mata ku tertutup rapat. Aku sudah bermimpikan Suri dan Andi yang menunggu kehadiranku.

"Ha ha ha..." ketawa yang memenuhi ruang kamar mengejutkan aku.

"Siapa?" jeritku. Senyap seketika sebelum ketawa bergema semula.

"Siapa?" aku yang kini yang sudah berdiri, menjerit sekali lagi. Keris ku genggam lebih erat sambil meninjau ke seluruh sudut kamarku.

"Siapa kamu? Tunjukkan diri kamu dan berdepanlah dengan aku!" kuat suara ku memerintah. Ketawa beransur kurang.

Di sebalik bayang gelap muncul satu lembaga, berpakaian kemas seperti mana pembesar atau orang British berpakaian pada zaman itu. Rambutnya agak panjang namun tersikat rapi. Dalam kegelapan aku masih nampak wajahnya yang putih serta matanya yang berwarna hitam. Dia tersenyum sinis kepadaku. Bagaikan pahlawan gagah, kuda kuda ku pasang, bersedia menerima sebarang ancaman.

"Bukankah kamu mahu mati?" terpancul soalan dari mulutnya. "Kalau kamu mahu, aku boleh membantu untuk mengambil nyawa kamu. Kamu mahu itu?" sambungnya.

"Kenapa kamu peduli? Kalau aku mahu mati sekali pun, biar aku mati di tangan sendiri daripada membiarkan kamu mencabut nyawaku." ujarku keras.

"Kamu memilih kematian kerana kekecewaan yang kamu alami. Tidakkah kamu tahu, ada sesuatu yang lebih baik dari kematian? Aku boleh memberikan kepada kamu satu kehidupan yang tidak pernah kamu ketahui. Aku boleh melarikan kamu dari kesedihan kamu dan membawa kamu jauh dari tempat ini. Mahukah kamu mengikuti aku?", di selang ketawa kecil dia bersuara lagi.

"Sekiranya kesedihan dan kesengsaraan aku bisa hilang dan kamu membawa aku jauh meninggalkan tempat ini. Aku bersetuju", jawapku walau sedikit teragak menerima perlawaannya.

"Baiklah, tetapi kamu akan mati dan kamu juga akan hidup. Seperti aku, kamu akan kekal hidup. Kematian bukan lagi satu nokhtah sebaliknya satu permainan. Masihkah kamu mahu mengikut aku?", tanyanya lagi dengan nada yang lebih serius.



Aku memandang wajahnya yang putih dengan senyuman bibir merah bagaikan merah saga jelas terkena sinaran bulan malam. Aku menatap ke dalam anak matanya yang hitam. Anggukkan aku lemah tapi cukup menyakinkannya bahawa aku sanggup menerima segalanya. Aku tak peduli akan itu semua. Aku cuma mahu lari dari kehidupan aku ini. Sekilas aku ternampak pantulan cahaya dari sepasang giginya yang kelihatan agak panjang dan menonjol berbanding dengan giginya yang lain.

"Kebadian akan menjadi milik kamu", perlahan suaranya seraya dia membongkokkan tubuhnya. Tangan kanannya menekan kepalaku sementara jari runcing kirinya menyikat rambut yang terurai di belakang tengkuk ku. Aku bagaikan di pukau hanya membiarkan diriku diperlakukan sedemikian rupa. Umpama dua batang jarum telah tertusuk di leherku, namun kenikmatan juga terasa. Badan ku menjadi semakin dingin dengan detakan jantungku juga semakian cepat. Seketika aku rasa bebas seperti kupu kupu malam yang tidak peduli tentang apa yang tersembunyi di sebalik gelap petang.

"Emm.. urgghh .. ", sambil mengesat darah yang masih basah di hujung mulutnya, dia menyambung,"Kamu masih belum sempurna. Rehatlah dan tataplah matahari serta nikmatikah cahayanya sepuas kamu keesokan hari kerana itu akan menjadi matahari terakhir dalam hidup kamu. Selepas malam esok, kamu bukan lagi kamu".

Aku yang masih bingung dengan apa yang terjadi serta ucapan yang disampaikan, kaku terbaring di katilku. Apa jua yang terjadi malam esok, aku bersedia, ini yang aku pilih maka inilah yang aku terima. Tiada penyesalan. Tiada pandang belakang. Tiada patah balik. Aku akan teruskan. Malam esok aku akan bersedia. Malam esok yang aku pasti akan membuka lembaran baru dalam diari hidupku.

Cinta Malam .. kelahiran atau kematian (b.1)

1 comment:

V said...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv,Astro Ria ,Astro Warna ,Astro Arena ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,