nuffnang

Thursday, December 22, 2011

Aku dan 8 langkah cintaku...




Tak kenal maka tak cinta, itu kata kata orang yang sering kita dengar. Kamu jatuh cinta kepada aku setelah kamu mengenali aku. Aku tak akan mencintai kamu seandainya aku tak mengenali diri kamu. Kenali wajah kamu, kenali budi kamu, kenali hati kamu, itu yang seharusnya berlaku terlebih dahulu sebelum aku jatuh cinta kepada kamu. Kamu juga seharusnya tahu siapa diri aku yang sebenarnya sebelum madah manja kamu luahkan kepada aku. begitu juga, jangan terlalu mudah jatuh cinta. Ada orang kata, jatuh cinta pandang pertama. Benarkah? atau itu cuma nafsu yang disalah tafsirkan? Pandang pertama hanya pada rupa fizikal. Mendalami hati seseorang, memahami peribadi seseorang bukan cuma sekilas pandang, bukan cuma bertentang mata tapi masa dan kesabaran harus di peruntukan. Kamu, juga aku pasti tahu yang cinta pandang pertama tiada dalam kamus kehidupan. Jodoh sekalipun, cinta wujud bukan dengan sekelip mata. Kamu harus sedar dalam hati kamu jika kamu benar benar menyukai seseorang itu sebelum kamu meneruskan langkah seterusnya.

Ketahuilah jika seseorang yang kamu suka tidak mempunyai hubungan intim dengan seseorang yang lain. Jika ada, kamu harus bersabar sehingga terputusnya hubungan di antara mereka. Sseandainya pula, hubungan mereka bagaikan aur dengan tebing, umpama belangkas, hindarilah diri kamu dari dia dan lupakan saja niat kamu itu. Aku pernah tersilap langkah dan akhirnya aku kecewa. Aku juga tidak mahu perkara yang tersama terjadi kepada kamu. penantian itu penyiksaan, mencintai sesuatu yang pasti bukan milik kita amat memedihkan. oleh itu, jangan kamu menaruh harapan kepada seseorang yang sudah berpunya. Cinta itu buat.. itu kata orang yang mabuk kepayang. kamu yang masih waras sudah pasti sedar akan sakitnya jika hubungan kamu yang sedia ada pada air tenang di gocak oleh jari yang dari mana entah datangnya.



Sesudah kamu menjumpai orang yang kamu suka dan mula jatuh cinta, bukan cuma "aku cinta pada mu" harus kamu utarakan tetapi tunjukkan keinginan kamu sejujurnya dan bukan cuma apa yang kamu ingin rasa. Bila terucap kata aku cinta padamu, katakanlah seikhlasnya. Tunjukkan kamu benar benar mencintai dia dan sanggup berbuat apa saja yang di terima akal demi cinta kamu terhadap dia. Mudah untuk melafazkan kata tetapi sukar untuk membuktikan apa yang dikata. seandainya kamu juga menerima teguran cinta, yakin perlu wujud dalam diri kamu yang teguran itu bukan sekadar omongan kosong, pastikan hadirnya teguran cinta itu bersama kejujuran dan keikhlasan sebelum kamu menerimanya.

Untuk lebih mengenali dia yang kamu cinta, duduklah di tempat dia. Cuba rasa apa yang dia rasa, tahu asal usul dia, siapa dia di sebalik wajah yang kamu lihat dan bukannya cuma berharap dia seperti yang kamu inginkan. Memahami diri dia adalah lebih baik daripada cuba mengubah atau mengarah dirinya yang sedia ada. Terima dia seadanya, kekurangan dia ataupun kelebihan dia. Percayalah bahawa tiada yang sempurna di dunia termasuk dia yang kamu cinta. Yang paling utama, sedarilah bahawa juga dia mencintai kamu seperti mana kamu mencintai dia.

Cintailah dia tanpa sebarang syarat. Sekiranya tujuan kamu mencintai dia hanya mahu mengisi ruang kosong hidup kamu maka itu bukan cinta kamu. Seandainya kamu mencintai dia bukan kerana kepentingan bersama tapi cuma menambah pengalaman dalam kehidupan kamu, maka itu juga bukan cinta kamu. Sekiranya kamu mencintai dia tanpa niat memperbaiki kehidupan dia atau tanpa membiarkan dia menjadi dirinya tetapi seperti yang kamu idamkan maka kamu tidak berusaha mencintai dia tanpa sebarang syarat.

Jangan mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Bukan bermakana kamu harus membiarkan diri kamu di pandang rendah atau membiarkan diri kamu disalah layan. Cuma cinta yang kamu beri tidak semestinya cinta yang kamu dapat. Sedarilah, setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk menyatakan atau menunjukan cinta mereka. Dia mungkin berbeza caranya daripada kamu, kamu cuma perlu mentasirkannya sebaik munkin. Mungkin bagi kamu, ungkapan kata itu penting dalam perhubungan tetapi pada dia, menunjukkan cintanya pada kamu dengan cara yang berbeza lebih mudah.

Sedarilah yang kamu boleh kehilangan dia. Dia akan menjadi lebih berharga dalam diri kamu sekiranya kamu sedar bahawa satu masa kamu mungkin kehilangan dia. Hargai apa yang kamu miliki di saat ini menjadikan kamu lebih berhati hati dalam hubugan dengan dia. Kamu juga harus tahu yang kamu seseorang yang sangat bertuah kerana memiliki dia untuk di cintai. Tetapi jangan terlalu menyajungi dia kerana kelak dia bisa tertekan dan risiko kemungkinan kehilanganya akan lebih besar.



Terus mencintai tanpa henti. Andai jodoh tidak menyebelahi kamu, Kira takdir bukan milik kamu dan dia. Kehilangan dia harus kamu terima dan jangan kamu berhenti untuk bercinta walau kamu pernah merasai peritnya putus cinta. Aku kehilangan kamu tetapi aku bersedia menerima ketukan cinta di hati aku dan aku akan usahakan setiap langkah yang pernah aku lalui bersama kamu dengan dia yang baru.

No comments: