nuffnang

Wednesday, August 19, 2009

~Andai Aku Sebelum mu~

Payahnya aku melupakanmu,
Pedih nya aku tanpamu,
Aku bukan lah sekuat mana pun,
Sakitnya di kala aku mula menidakkan diri tanpamu,

Datangmu hanya seketika,
Kau bukan bayu mahupun angin,
Namun kau umpama keris yang mengiris,
Pedihnya tusukan itu,.
Hanya aku yang tau dan mengerti bagaimana besarnya luka ku itu,
Bukan iodin mahupun acraflavine penyembuhnya,..
Bukan..tapi, ..hanya cinta yang dulu..
Cinta yang aku dambkan setiap hari,
Tanpa ada malam nya..

Sungguh,
Aku dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku,
Namun aku tidak menyangka,
Kita terpisah dengan cara begini,..
Dimana aku sangat merindukan kasih sayangmu..
Ke mana harus ku cari sedangkan kau hilang dan terus menyepi,..

Indahnya cintamu,
Namun aku tidak berkesempatan merasakan belaianmu,
Sungguh, kau hanya pandai bermain dengan kata,
Mencipta seni asmara hingga mampu membelai jiwa,
Namun aku harap kau tidak lupa,..
Hidup ini hanya sementara..

Kini,
Aku umpama layang-layang yang putus tali,
Melayang tanpa arah dan tujuan,
Sendiri aku melalui di kala kau ku perlukan,
Usah lah dikau memujuk,
Aku tau kau bukan lelaki itu,
Dan bukan hanya aku cintamu,
Namun aku harap kau tidak menyesal jika aku pergi dulu sebelumu,..
Cuma satu yang aku minta,.
Kau jadi lah saksi nya nanti..

Selepas itu,
Sayangi lah anak-anakmu di mana jua kau berada,
Sahabat-sahabatmu yang selalu di sampingmu,
Hargai lah mereka..
Dan tak lupa jua kepada pengganti kepada diriku,
Kudoakan kau bahagia selama nya,.AMEN..

No comments: