nuffnang

Thursday, August 13, 2009

...skali lagi ...

.. aku tau .. kau marah padaku .. aku tau kau amat terseksa dengan diri ku .. aku juga sedar bukan ucapan maaf yang bisa mengubat segala keperitan yang kau alami. Maaf juga tidak bisa membuat kau lupa pada apa yang telah aku lakukan. maaf sekadar perkataan .. walau cuma perkataan .. amat bermakna kiranya di ucap dengan ikhlas .. sebagaimana aku yang ego akan mengatakan padamu .. " maafkan aku".. untuk sekian kalinya .. maafkan aku.

.. aku sangka aku boleh meluahkan segala apa yang aku rasakan pada mu tapi aku silap. Terlalu perit hendak ku nyatakan padamu bahawa aku amat merindui serta menyanyangi mu. Sungguh , mungkin diri mu merasai aku telah berubah .. dan mungkin kata kata cinta yang aku lepaskan tiada lagi meresap ke hati mu, tetapi tidak mungkin itu bermakna aku tidak lagi sayang pada mu..

.. pernah aku katakan, keadaan aku menjadikan aku pemberontak. aku sering melarikan diri aku dari tekanan, dari masalah, dari hidup .. kadang kadang .. aku cuba menghilangkan kewujudan diriku dalam dunia ini.. atau aku sering mengimpikan kehidupan yang berlainan... akhirnya aku sendiri juga yang kecewa.

.. mungkin tidak seperti dulu, kau akan anggap angan angan aku cuma mimpi di siang hari. mungkin kau rasa yang dirimu lebih berusaha untuk menjadikan angan angan itu satu kenyataan.. manakala aku hanya menafikan segala tindak tanduk mu .

.. aku lelaki, aku akui , ego ku yang berbintangkan leo tidak mudah tunduk dengan apa apa pun. tapi aku juga insan.. dan kesempurnaan tidak hadir dalam setiap insan, begitu juga aku.. aku juga lemah .. ego ku juga bisa goyah.. sombongku bisa roboh..
tetapi aku bukan perayu .. atau seniman asmara .. aku tidak tahu meluahkan perasaan dengan kata dengan tingkahlaku. aku hanya pandai berdiam ..... berdiam dan terus berdiam .. biarkan diriku yang kecewa!

.. aku faham kiranya segala kasih sayang, cinta, rindu... untuk dirimu berkurangan ..
.. aku faham dan itu semua adalah salahku ..

sekali lagi .. maafkan aku ..

No comments: