nuffnang

Tuesday, August 18, 2009

~Warkah Untukmu~

Kepada : daniel

Sunyi nya aku pada hari ini. Tiada skype yang menyapa ku. Entah kenapa aku berperasaan begini. Aku seolah olah membiarkan semua nya berlaku begitu sahaja. Entah..mungkin jua aku merindui nya. Aku tahan,..dan tak pasti berapa lama aku boleh begini..tanpanya...namun yang pasti hatiku keras seperti batu. Rumah panjai.com pun aku tak buka lagi, selepas GOE yang kubuka bisa menenggelamkan blog, skype..dan apa-apa carian yang berkaitan dengan intenet.

Aku tatap skrin telefonku. Namun tiada msg @ mizcall yang ada.. Mungkin dia menuduh ku sengaja tak angkat telefon. Aku tak menafikan. Hatiku bertambah sayu bila dengar suara nya. Mungkin buat sementara waktu, aku ingin mengelak dari suara nya. Aku tak ingin meyemai rindu di hati. Biarlah aku begini. Menanti sesuatu yang aku tak pasti ada jawabnya. Tidak mengapa kata hatiku, mungkin ada hikmah di sebaliknya. Aku jua ingin tahu, apa yang ada. Namun, adakah jawab nya..? Entah, kelu seribu bahasa, tak akan memberi seribu makna.

Aku buka microsoft office words 2003. Ku luahkan bicara hatiku kerna aku tak tahu hendak luahkan pada siapa lagi. Mungkin aishetaru peneman setiaku. Aku selesa berbicara dengan nya. Dia tak pernah mengiakan mahupun menidakkan. Tapi, aku kena jua luahkan segala isi yang terpendam.

Pening nya kepalaku akibat ubat yang ku telan pagi tadi. Badanku lemah walaupun aku sudah mengambil sedikit makanan pagi untuk sarapan pagi. Bubur, telu masin, dan ayam sudah cukup mengenyangkan walaupun aku tidak berselera. Semuanya kerna arra dan math. Aku tidak ingin mereka tahu apa yang ada pada hatiku. Aku hanya boleh bercerita dan menyatakan aku demam. Memang aku demam, tapi ada sesuatu lagi di sebalik semua itu. Ada lagi sakit yang kian menunjah-nunjah kepalaku. Fikiranku berserabut dan aku kini menjadi seorang penunggu.

Aku masih sayangkan dirimu. Aku bukan pelangi yang menyinari hidupmu. Aku tak layak diibaratkan seindah itu. Aku mungkin hanya persinggahan dimana pertemuan kita diatur dengan cara begini.. Cara yang mungkin tidak boleh diterima oleh insan-insan lain.. Sekali lagi maafkan aku.. Jika ada jodoh, tunggu lah aku. Dan biarlah Tuhan yang menentukan segala nya..

Yang merindui..
Anne angel.

No comments: