nuffnang

Friday, July 31, 2009

-Happy Birthday mama-

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku yang kepenatan baru pulang dari latihan futsal terus duduk di hadapan meja solekku. Tidak seperti selalu, aku tidak ditemani anak-anak dan suamiku pada malam ini. Penat katanya. Tapi, tak mengapa, aku faham. Aku faham kerjaya suamiku. Dan aku tahu setiap kali dia balik dari tempat kerja, dia tak pernah mengeluh. Tak pernah dia menyatakan betapa penat nya dia. Sebab itu, aku sayangkan suamiku. Aku? Setiap hari Rabu, begini lah aku. Main futsal bersama kawan-kawan. Aktiviti itu seolah-olah rutin mingguanku. Aku merasa puas dan seronok sekali. Suka!!

“Erm,..hari ini berapa hari bulan ye?” aku bertanya pada diri sendiri. Lantas aku bangun dari tempat dudukku. Membuka helaian demi helaian. Tiba-tiba mataku tertacap pada hari bulan hari nie. “Oh, baru 21 hari bulan” kata hatiku. Tapi, kenapa seolah olah hari nie macam hari teristimewa dalam hidupku..? Rasa nya apa ye..? hmm..puas ku fikirkan apa jawapan nya, namun kosong..tiada apa-apa yang terlintas dalam fikiranku.
Selepas puas meneliti hari-hari di kelendar, aku pun terus mengambil tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.

Walaupun penat, entah kenapa malam nie aku merasa nak bersolek lebih sedikit daripada biasa. Habis seluruh badan kusapukan losyen.,tu pun jenama biasa je “Johson Baby”. Tapi, aku suka. Bau nya mengingatkan aku kepada zaman persekolahan dulu. Mak kata, kena pakai losyen takut kulit kering. Kalau licin baru nampak cantik. Aku tersenyum bila mengingatkan emak. Erm,..rindu nya aku pada mak. Apa mak tengah buat sekarang ya..? Tentu mak rindukan aku. Anak-anakku hanya Emma sahaja yang pernah jumpa emakku. Aku tahu, sebab nya. Tapi, tak mengapa. Aku tahu mak akan maafkan aku. Mak lembut je hati nya. Dalam teringatkan mak, tiba-tiba ingatkan aku terarah pada Claire, Damien, Faith n Ryan.. Alamak!! Dah tidur ke anak-anakku pada waktu ini.?

Kubuka pintu kamar anak-anakku perlahan-lahan. Aduh!! Comel nya wajah mereka pada ketika itu. Tiba-tiba aku rasa rindu sangat pada mereka. Sedangkan hari-hari aku berjumpa dengan mereka. Tidak seperti malam-malam sebelum nya. Anak-anak ku akan berbaris mencium aku dan suamiku. Aku bersyukur ada mereka. Aku bangga dikurniakan dengan anak-anak yang comel dan bijak. Tetapi tak dinafikan, anak-anakku nakal!!

Claire, adalah anak tiriku. Tetapi aku tak pernah meminggirkan Claire. Dia tetap anakku. Claire anak hasil pernikahan suamiku dengan bekas isteri nya. Claire memiliki raut wajah suamiku. Bermata kuyu, berkulit gebu dan putih. Namun Claire masih comel. Claire anak yang pintar jika dibandingkan dengan adik-adik nya yang lain. Namun, Claire sangat sensitif. Mudah terluka, sebab itu, aku selalu lebihkan dia dalam segala hal.Aku tak nak kehilangan Claire. Aku takut ada orang lain cuba merampas hati nya daripada orang lain.





Damien, anak kedua ku. Damien tak ubah seperti Claire. Bermata kuyu, memiliki pipi yang gebu tetapi berlesung pipi seperti aku dan berkulit hitam manis. Damien anakku yang periang, manja dan bersifat degil sekali. Sifat manja nya akan membuatkan adik-adik nya yang lain menyimpan perasaan cemburu. Mungkin kerna jaraknya terlalu dekat dengan kedua-dua adik kembar nya membuatkan dirinya seprti itu.. Kenapa aku kata degil..? Sebab dia susah nak mengalah daripda adik adiknya yang lain.

Ryan dan Faith anakku yang paling nakal sekali. Dalam sehari tak sah kalau tak bergaduh. Namun, mereka memang susah nak dipisahkan. Ibarat isi dan kuku. Pernah sekali Ryan masuk hospital akibat demam teruk. Suamiku terpaksa mengambil cuti, kerna Faith tidak mahu ditinggalkan dengan pengasuhku yang tinggal tidak berapa jauh dari rumahku. Dan, suamiku mengatakan Faith sangat merindui Ryan. Lalu aku menyarankan agar mereka dipertemukan. Seperti sebuah ikatan, mereka saling berpelukan bila diketemukan. Sayu nya hatiku pada ketika itu. Begitu kukuh nya kasih sayang antara mereka.

Aku sayangkan anak-anak aku. Aku tidak ingin berjauhan dari mereka jika boleh. Setelah puas menatap wajah mereka, aku berlalu dengan langkah yang amat berat sekali. Jika boleh, aku teringin tidur di sebelah mereka. Namun aku kesian kah Dan yang tidur bersendirian di kamar tidur kami. Tanpa berfikir panjang, aku terus melelapkam mata di sebelah suamiku. Waktu itu, aku merasakan aku terbang jauh dan jauh dan akhir nya aku terlena. Aku terbangun semula bila aku merasakan pinggangku dirangkul perlahan. Erm,..romantis nya ketika itu. Seperti malam-malam yang kami lalui ketika berkahwin dahulu.

Tiba-tiba, aku merasakan suamiku mengucup leherku. Dan dalam sekelip mata, aku rasakan ada cahaya lain yang ada dalam kamar tidur kami pada ketika itu. Aku yang masih mamai lagi, terus terbangun. Di, situ aku terlihat anak-anakku sedang membawa kek yang dipenuhi lilin-lilin. Betul ke apa yang aku lihat nie..? Comel nya anak-anakku pada ketika itu, Claire dan Damien memakai gaun putih seolah-olah bidadari. Manakala Ryan dan Faith pulak memakai baju biru lembut digabungkan dengan Jeans. Seolah-olah putera yang hadir dalam hidup raja dan permaisuri.

Aku toleh ke tepi dinding. Pukul 12 tengah malam. Dan akhirnya aku menoleh ke arah Dan, suamiku. Tiba-tiba dia berkata “Happy Birthday . sayang”. Dan dalam masa yang sama dia mencium pipiku. Alangkah bahagianya aku pada ketika itu. Selepas itu, aku mengucup pipi anak ku satu persatu. Claire yang pertama, diikuti Damien, Ryan dan Faith sekaligus, argh..bahagianya aku pada ketika itu hanya Tuhan yang tahu.

Malam itu, selepas semuanya selesai suamiku tiba-tiba berkata. “My lov, aku akan menyayangimu sehingga akhir hayatku”. Lantas aku memeluk suamiku. Aku yang hanya memandang suamiku dengan pandangan yang sayu lantas mengalirkan air mata. “Terima kasih atas segalanya sayang. Aku bersyukur melahirkan zuriatmu. Lihat lah, akhirnya anak kita dah besar dan comel-comel belaka kan” jawabku. Akhirnya, malam itu kami tidur berpelukan. Terasa hangat sekali. Malam yang indah dan mimpi yang indah.

No comments: