nuffnang

Sunday, July 12, 2009

...Impian...

.. Akan ku bina istana untuk kita, dan menikmati gelombang cinta ..
di dada ku .. dan di dadamu .. degupan seiring irama .. Lagu may, sketsa sebuah cinta sering ku dengar.

Aku terlalu gembira dengan kehadiran mu dalam hidup ku .. impian aku amat besar ..

Aku impikan .. betemu kekasih yang membawa kebahgiaan dalam diri ku walau ke hutan belantara ku berjalan. berpegang tangan bersama kekasih yang akan membawa ku terbang ke awan tinggi..

Aku ingin menjadi penulis agar ku mampu membariskan setiap perkataan menjadi ayat ayat cinta yang akan ku lafazkan pada kekasihku..

Aku ingin menjadi pelukis dan akan ku lukiskan di setiap dinding di pelusok dunia dengan potret mu agar kemana ku pergi diri mu ada di situ

Aku ingin skali menjadi pengarah filem dan ku ciptakan cerita cinta kita untuk dunia menikmati keagungannya

Mahu ku bina taj mahal untuk kekasih ku beradu ..

Mahu ku bina Taman Tergantung untuk kekasih ku bermain ..

Izinkan aku nyanyikan lagu cinta buat mu

Dengarlah dendangan melodi rindu ini

Hayatilah kalimah kasih sayang yang ku tulis

Agar tiada kesangsian di antara kita

Inginku ku petik bintang untuk hiasan rambutmu

Inginku capai bulan untuk ku hadiahkan padamu

Inginku pintal awan menjadi kata pujian untukmu

Agar kau tahu betapa ikhlas impianku

Biarku daki ribuan gunung serata dunia

Biarku renang jutaan sungai dan lautan

Biarku rentasi gurun tandus seluruh benua

Agar kau tau aku nekad mendampingmu

tetapi kekasihku ..

dia berkata..." bukan semua yang kita mahu akan jadi milik kita .. kalau takdir menentukan maka jodoh kita yang punya.." ... apakah harus kita cuma berharap pada takdir tanpa usaha untuk menjadikan impian ini satu kenyataan .

No comments: