nuffnang

Sunday, July 19, 2009

~Untuk Dia~

aku sedang menghiburkan hati dengan lagu save our love oleh yngwie malmsteem . Slow rock yang menarik . Sunyi rasa ku .. tiada mssg yang akan datang, aku pasti. tiada klip klip di bahgian bawah laptop aku.. tiada dia .. tiada dia .. aku rindu walau baru sebentar tadi aku mendengar suara dia .. tapi aku dah rindu .

Aku tau aku suka dia, aku suka segalanya tentang dia . aku pasti rinduku hanya untuk dia kerana setiap saat , minit , hari yang aku ingat hanya dia. walau kemana aku pergi atau kemana aku berada , hanya dia yang aku harapkan menjadi temanku .

aku tak sedar bila aku jatuh hati pada dia. Dia tak pernah jemu untuk menghiburkan hati ku. setiap kata yang dilafazkannya, yang aku yakin lahir dari hati dia yang jujur. aku dapat rasakan biarpun payah untuk menyatakan cintanya padaku. bijak dia memilih kata hingga aku tak mudah tersinggung. Indah susunan ayat dia membuatkan aku terasa bagai dihargai. tidak aku nafikan , itu niatnya.

gelak ketawa dia yang aku tunggu dalam setiap perbualan. Tangisan dia meruntun hati. Tapi aku suka kala dia mula bermanja dan aku suka kala dia bercrita. Tiada yang lebih indah selain kata kata rindu dari dia. cukup dengan I miss you, boleh membuat tidur ku lena.

pejamkan matamu wahai puteri. impikan aku ada di sebelah mu. genggam jari ku. biar ku bawa mu ke tempat itu . pantai luas .. air laut membawa ombak ke pantai , bayu bertiup bertiup lembut. bunyi deruan mainkan muzik indah. matahari mula menghindarkan diri dari bulan yang mula menampakkan diri. ribuan bintang memberi kerlipan . jauh di hujung sana , sekumpulan orang membuat unggun api menambah cahaya pada malam yang kian hampir. langkah kaki mu satu persatu, ikut suaraku sambil aku menyanyikan lagu 'cintai aku'. jangan lepaskan tanganmu, percaya padaku, ikuti suaraku. kita hampir ke situ .... dapat rasa pasir halus di tapak kakimu ? dapat rasa angin malam menyelimuti tubuh mu . dapat rasa air laut membelai kaki mu. dapat dengar nyanyian ombak itu. Bukalah mata mu .. kita dah sampai ... aku pasti kita akan kembali lagi ..

No comments: