nuffnang

Wednesday, July 29, 2009

~Belum berakhir cinta ini~

Jantungku bedebar debar laju daripada biasa.. Apa yang berlaku sebenar nya sebentar tadi?.. Aku berfikir secara logika. Oh, Tuhan tidak sanggup aku lukai hati nya. Aku harap semua yang berlaku sebentar tadi hanyalah hayalan semata mata. Bukan realiti.. fantasi.Alam fantasi yang tiada siapa inginkan. Aku tatap skrin komputer,..tapi tiada siapa yang menyapa di luar sana. "Crimson_hill" yang aku nantikan seperti biasa pergi ke mana sebenar nya...? Aku cuba menyedapkan hati,..erm,..mesti nie pergi ke tandas dan kalau tak pun,.mesti dia pergi buat air ke.. Kalau tak silap, dia kata dia tak sarapan lagi.. Ok,..tak apa lah. Aku sanggup tunggu dengan sabar.. 2minit, 3 minit dan akhir nya 10 minit,.huh!! aku dah hilang sabar dah nie.. Mana dia..? Oh!! Crimson..mana lah kau sayangku. “aiseh men, mengarut pulak aku nie.” (tersenyum sendirian) Tiba-tiba senyuman aku mati. Teringat kembali apa yang kami sembangkan tadi. Aduh..

Apa yang aku nak buat sekarang nie..? Kol dia..? Msg dia..? oh!! tidak,.. Semua itu tidak akan berlaku. Bukan kah dia yang sakitkan hati aku..? Aku tunggu berapa lama dah.. Tiba-tiba dia offline plak. Apa ke benda dia nie..? Ok ke tak mamat nie..?" ish!! geram nya aku. Tak pe aku tunggu je lah. Mana lah tahu, kalau-kalau dia akan hubungi aku sebentar lagi. Aku ingat lagi apa yang kami discuss awal pagi tadi. Salah kah aku..? Aku cuma memberi pandangan je. Tapi kenapa dia diam kalau dia tak suka..? Dia pun berhak untuk bersuarakalau tak suka

Aku menoleh ke tepi dinding. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi.. Tak ada lagi ke..? Kalau ada meeting pun, mesti dah habis time nie.. Tak mungkin lah.. Selalu nya dia akan kol aku.. Tidak pulak kali nie. Sepatut nya dia yang pujuk aku. Bukan aku. Aku tau dia ada meeting hari nie, tapi aku rasa dia tak patut lah tinggalkan aku macam tu je tadi.. Aku tunggu lama dah!! Ini kah balasan terhadap apa yang aku telah buat.?

Sekali lagi aku pandang jam pada tangan ku. Dah 2.00pm dah. Aku rasa aku perlu hubungi dia.. Aku dah tahan lagi. Aku rindu pada dia. Tapi, aku pun kena ego jugak biar dia tahu aku pun sakit hati juga. Tapi aku nak bagi alasan apa bila aku kol dia nanti..? " Erm.. dah ada dah kat dalam kepala otakku yang tak seberapa bijak nie. Macam mana kalau dia tak angkat pulak..? Aku nak buat apa erk...?Tak apa lah biar aku cuba dulu. Kalau tak angkat jugak tak pe lah. Aku nak cuba jugak. Yang aku tahu aku rindu kat dia. Rindu yang teramat sangat. Aku nak bagi tahu kat dia aku sayangkan dia, aku sukakan dia, aku tak boleh hidup tanpa dia, aku ingin berkongsi segala gala nya dengan dia. Namun, belum sempat aku habiskan ayat-ayat ini , tba-tiba aku rasa pipiku basah.. Aku tak boleh lah. Mungkian apa yang kami bualkan tadi buatkan hati dia benar2 tersinggung.

Tapi, kalau aku nak dengar suara dia, aku kena kol dia juga. Kalau tak, macam mana nak baik nanti..? Tanpa berfikir panjang, aku dail jugak nom tu. 016-xxxxxxx. (Senyum).. ada lah. Tak busy lah lain kali ni. Beruntung nya aku. Selalu nya jam nie, time paling sibuk sekali. Nak jumpa klien, jawab dan kol klien lagi.. Aduh!! Amat lah memenatkan. Tapi, aku tahu dia penyabar orangnya. Aku tahu dia sayangkan karier nya sebagai salesman. Erm, bagus. Good!! Excellent!! Marvellous!! Semua nya adalah segala gala nya tentang dia. Perkataan yang sentiasa hadir dalam hidup kami tanpa ada rasa bosan menitip di bibir masing-masing.

Aku tersedar dari lamunan, bila telefon ku berjawab. Itu lah alat telekomunikasi terpantas. Tanpa alat itu, mungkin aku tidak berpeluang mendengar suaranya. Dan mungkin juga aku tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan dirinya kan?


Aku : Hello,.bz kah...?
Dia : Tak lah sangat
Aku : Nak tanya, apa cerita yang eva suruh kite tengok hari tu..? (saje je sebenar
nya nak tanya. Tu je alasan yang ada sebenar nye. Alasan kerna rindu )
Dia : A walk to remember. Tak bez!! Tak bez!! Tak bez lah cita tu (dengan
suara yang agak kasar. Geram nya aku pada waktu itu hanya tuhan yang
tahu)

Pappp!!! Telefon ku letakkan. “Menyesal aku kol. Terkena dah ayat “cinta” dari kau!!” Patut ke kau cakap macam tu..? Apa salah aku.? Salah kah aku kol kau..? Ok , fine. Nanti kau. Masa tu, aku pun tengah marah.. Disaat aku geram, marah yang tak terluah, akhirnya mutiara jernih itu, tumpah jua. Derasnya tidak lah sederas air terjun, namun ia tetap boleh jua kuibarat titisan air hujan menerejuni atap rumah kampungku.. Sakit hati ku ketika itu. Sakit yang teamat sangat. Aku buka page dalam RP ku. Aku masuk setting. Aku klik pada catatan “leave rumah panjai” dan tidak sampai satu minit semua nya dah berakhir... Tiada lagi nama ku. Aku sign in, masih dapat, Cuma tidak terdapat gambar-gambarku yang pernah aku simpan suatu ketika dahulu. Hati ku belum puas. Aku masuk setting sekali lagi, klik lagi pada catatan “leave rumah panjai” Akhirnya aku berjaya juga. Puas!!

Ketika itu,..terngiang ngiang di telingaku “Tinggalkan dia!! Jangan rampas apa yang orang miliki!! Kau tak ada hak nak masuk dalam hidup nyak. Kau ibarat jauh panggang dari api!!” aku terkejut. Suara siapakah itu..? Aku tak tau. Aku tak nak!! Aku tak rela..Oh!! Tidak!! Jangan tinggalkan aku crimson!! Aku tak nak. Aku tak nak berjauhan darimu walau sesaat. Kau lah satu-satu nya yang sangat memahamiku.Dan kemudian nya aku terdengar lagi suara lain. DIA, kenapa kau sanggup buat macam nie kat dia..? Kau tahukah kau sudah melukai hati nya. Sedangkan dia bukan lah ada buat salah besar pada diri kau!! Dia berkasar sebab dia marah. Bukan sengaja pun. Hati dia kan tengah panas!!! Argh!!..aku dah keliru nie..Apa yang aku telah buat nie dan apa yang aku nak buat selepas nie..?

Aku terkenangkan dia. Ku ulang lagu cinta kami berdua. “cintai aku”. Tak seindah lirik lagu. Rupa nya kami hanya sampai di sini. Madah-madah cinta yang ku terima selama ini, hilang begitu sahaja. Hari ini kosong. Tiada lagi “I LOVE U,..” Tiada lagi “I MIZ U”.. Semua khalimah cinta itu telah dibawa angin lalu. Terbang jauh.. Jauh sekali.. Mungkin setinggi gunung everest,, sepanjang selat melaka dan sedalam laut cina selatan.. Pahit nya cinta itu, mungkin pahit dari hempedu,.. masin seperti masinnya laut mati..dan masam dari “buah maram” seperti yang arrabella pernah kata padaku!!


Hmm,.aku buka ym. Manalah tau kalau-kalau dia ada terpapar pada skrin komputer ku. Oppss..hampa!! Tiada lagi dia. Aku klik peti masuk pada emailku. Sekali lagi aku kecewa. Biarlah. Dia tau jaga diri. Bukan nya budak lagi. Biarlah apa nak jadi, jadi lah.. Tapi bagaimana dengan eva..?. Mesti eva cari aku selepas ini. Harap2 dia ada cari aku hari ini. Ada hantar email kepadaku dan ada dengan ku. Di saat aku tengah bersedih, aku perlukan sesorang untuk luahkan segala gala nya. Aku tak nak pendam, Aku takut ia jadi dendam.

Jam nenunjukkan pukul 3.30 petang. Seperti yang aku harapkan, aku terima email dari eva. Gembira nya aku pada ketika itu bukan kepalang lagi. Bagaikan budak-budak kecil aku menjerit keriangan.. argh!! Hanya tuhan je yang tahu betapa gembira nya aku pada ketika itu. Aku bersyukur ada dia. Tanpa berfikir panjang, aku dail nom eva.. 019-xxxxxxx. Aku tunggu dengan sabar dan akhirnya berjawab jua.

Eva : hai,.
Aku : tengah buat apa..?
Eva : tak da pa2..Tengah email dengan kau lah sis..
Aku : eva..erm..
Eva : kenapa..?
Aku : Aku kena cakap sesuatu perkara yang aku rasa perlu kongsi dengan kau. Aku n
crimson ada masalah. Aku dah buang akaun aku kat RP. Hati aku sakit. Aku
kecewa..eva. Kenapa dia buat aku macam nie.?
Eva : tapi kenapa..?
Aku : Sebenar nya aku hanya mencadangkan sesuatu yang berkaitan dengan mimpi aku
dan uncle dia. Tu je. Aku cadangkan kami berkawan buat masa ini. Dia ada cita kat
aku pak cik dia mimpikan emak dia. Emak dia kata masih hidup dalam masa 40
hari dan mak dia juga ada kata yang dia lapar. Tapi mimpi tu ada maksud lain eva.
Crimson nak aku berhati-hati sebab aku pun mimpi perkara yang sama. Aku
bermimpi mak dia suruh aku jauhkan diri dari hidup nya. Dalam mimpi jugak dia
pesan kat aku, aku boleh cari orang lain selain dari crimson. Dia tak restui kami
berdua. Aku sedih eva.. sedia yang teramat sangat. Aku takut andai ada apa-apa
yang jadi pada kami berdua.

Eva : Sabar lah. Mungkin ada hikmah di sebalik nya. Susah lah,.sebab mimpi nie bukan
Boleh diambil mudah. Mimpi adalah satu amaran. Awak dan dia kena berkorban
lah sementara waktu. Saya yang risau tengok awak berdua.
Aku : Aku tak tau nak buat macam mana lagi..
Eva : Sabar lah k. Saya yakin ada penyelesaian stp masalh itu. Awak pun kena yakin k. Awak jaga lah diri awak baik-baik k. Jangan nangis k.
Aku : Ok,..thanks..
Eva : Tak pe. Saya faham.
Aku : bye
Eva : bye.




Dadaku terasa lebih lapang selepas berbual dengan eva. Mugkin eva adalah malaikat ku. Bukan aku tak ada kawan. Ada, tapi tak semua perkara perlu kita kongsi. Dan aku telah pilih eva.Ada sebab tersendiri aku berkata begitu. Aku tak nak jadi seperti sebelum ini. Jangan mudah percaya pada insan bergelar kawan. Crimson pernah berkta, simpanlah untuk diri sendiri.Ada sebab aku berkata begitu., kerna aku lebih tahu tahu dan faham siapa kawan aku, dan siapa mereka.Bukan mudah seseorang menerima apa yang aku alami. Aku kenal kawan-kawan aku.

Ku buai hati ku dengan lagu-lagu cinta. “Mungkin” dalam versi iban. Lagu yang amat aku minati. Tak puas dengan itu, aku ulang dan ulang lagi. Sehinggalah aku berada di tahap kebosanan yang teramat sangat..aku buka rp,. Masuk page menggunakan “password” dirinya. Seribu penyesalan bertaktha di hatiku. Masuk page crimson. Erm,..comel nya dia. Pipi nya yang gebu membayangkan aku pada seseorang. Seseorang yang pernah mengetuk pintu hatiku, seseorang yang pernah melukai aku, dan seseorang yang tidak pernah jemu mendengar segala luahan, keluhan dan rintihan hatiku. Bahagianya aku ketika itu,. Manis nya malam itu, dan mungkin selepas ini tidak akan seperti malam-malam kelmarin di mana setiap lagu “i’m not alone” dari hp ku seolah-olah meminta ku membalas msg dari nya.. Memang romantik pada masa itu.

Cinta, akhir nya kau pergi selama lama nya. Tidak ku sangka tega nya hatimu dalam memendam asmara. Biar pun hanya seketika, aku bahagia. Kau bukan angin, bayu dan pantai. Tapi kau adalah, CINTA!! Cinta yang mungkin tidak ada galang ganti nya. Dan mungkin di antara cinta yang perlu kuagungkan.

Selamat tinggal sayang..selamat tinggal utk selama lama nya. I will mz u 4ever n ever...

No comments: