nuffnang

Sunday, July 26, 2009

~Tentang Aku~

kali ini bukan dia yang kecewa tapi aku. aku yang salah. aku yang marah. aku yang hampa.. semua rasa ada pada aku . ntahlah .. bila dia kata, mungkin sampai sini.. mungkin tiada jodoh dah.. biar kita jadi kawan ja ..

tapi aku tidak menyesal kerana menyanyanginya.. tidak menyesal mencintainya.. tidak pernah aku rasa rugi mengenali dia. dia telah berbakti untukku. dia pernah mencintai aku. dia pernah menyanyangi aku. aku bersyukur kerna itu. di mana batin ku sakit , dia ada dekat dengan ku. tidak pernah dia menghidarkan dirinya dari ku , tidak pernah dia menghampakan aku. tidak pernah dia berkasar dengan ku. tidak pernah langsung dia membenci diriku.

aku rindukannya tapi aku tidak dapat menerimanya sebagai seorang kawan sebab aku mahu lebih dari itu. aku pernah mimpi bersamanya tapi sebagai sepasang kekasih. aku mahu dia dalam dakapan aku bukan melihatnya dengan mataku saja. aku mahu mengucup tubuhnya bukan hanya mencium baunya. aku mahu dia, hatinya, jiwanya.. aku mahu segalanya tentang dia.

aku harus rehat, rehat dari beban yang dalam kepala ku kian berat. aku mahu sendiri tapi aku pasti aku tak dapat melakukannya kerna apa yang boleh membuat aku tenang adalah dia. mana dia? ada.. cuma aku aku juga tak berani merapati dirinya lagi. cukup aku terus menyebut namanya dalam jagaku, dalam lenaku.

tidak perlu aku mengatakan maaf padanya kerana kiranya aku bersalah , aku pasti dia telah memaafi aku terlebih dahulu. tidak perlu aku melafazkan selamat tinggal kerana aku masih tidak sanggup berpisah dengannya. apa yang aku perlu lakukan ialah terus menyebut namanya.. dalam jagaku, dalam lenaku.

No comments: