nuffnang

Thursday, October 15, 2009

.. terimakasih .. sayang ...

sayang .. jangan terlalu runsingkan perasaan aku. Aku sangat sangat mempercayai kamu dan setiap kejujuran kamu aku hargai. tidak aku nafikan.. perasaan cemburu tetap ada tapi itu kerana aku menyanyangi mu sepenuh hatiku. cintaku padamu umpama matahari .. takkan padam walau dalam hujan ribut. yang aku perlu dari kamu hanya teguran I Love You ..

hari ini .. aku terlalu sibuk, maafkan aku kerana tidak dapat melayani mu .. janji ku pada mu . walau seribu tahun aku akan tunggu tetap, ku pegang .. takkan ada apa apa yang boleh mengoyahkan perasaan cintaku padamu .. kawan kawan ku tahu .. kerana hanya nama mu yang sering bermain di bibirku.. tuhan juga tahu kerana setaip malam aku bermohon padanya agar dirimu dilindungi dari segala jua malapetaka .. alam turut menjadi saksi kerana sering ku nyanyikan namamu dalam setiap langkahku .. burung bersiul mengikut irama laguku ..
namamu teratas dalam kejadianku .

sayang .. aku menggagumi rupamu .. kecantikan mu aku abadikan dalam mindaku .. kerana aku tak mahu terlepas sesaat pun untuk tidak mengingati mu .. kemerduan suara mu ku semadikan di hatiku .. agar di setiap hembusan nafasku .. aku melafaskan namamu .. tapi bukan kerana hanya rupa .. bukan hanya kerana suara .. aku lebih menyanjungi mu kerana kamu memiliki sifat sifat menarik seorang wanita yang di idamkan setiap jejaka .. aku beruntung kerana itu.. anugerah tuhan yang diberi padamu .. telah kamu gunakan sebaik mungkin ..

aku bangga memiliki gadis seperti kamu yang penyayang .. kesusahan kamu tanggung sendiri kerana kamu mahu keluarga mu menikmati kesenangan.. aku gembira kerana kamu .. kerana pengorbanan yang kamu curah padaku .. tapi aku amat sayang kepada kamu kerana cintamu tidak pernah meninggalkan aku .. aku bersyukur .. kerana tuhan mengkurniakan seorang teman seperi kepada ku ..

terimakasih sayang ....

No comments: