nuffnang

Wednesday, January 18, 2012

Cinta Malam - Darah Merah (b.3)



Aku terjaga dari tidur saat matahari telah melabuhkan cahayanya dan sinaran purnama penuh melewati jendela yang terbuka luas. Keindahan pagi disapa cahaya suria di temani sejuk embun yang kian mengering membuat aku terlena setelah aku menikmati ciptaan Tuhan yang paling agung untuk kali terakhir. Walau aku tak pasti apa maksud dia yang mengatakan sedemikian tetapi di sebalik hati kecil aku memang terasa ada benarnya. Sinar yang memancar tepat terkena kulit aku terasa lain, bukan panas apatah lagi dingin. Hendak ku katakan sakit, walau terasa bagai ditusuk ribuan jarum halus, namun kesakitan yang aku rasa terasa nikmat pula sebaliknya. Saban hari aku melihat terang cahaya suria namun pagi tadi tidak seperti hari terdahulu, cahaya yang memancar seakan kelihatan seperti kilaun emas tulin yang tiada cacat celanya, cantik dan indah di serikan tujuh warna pelangi sewaktu embun melintas lalu. Pagi tadi aku tidur selenanya, tiada mimpi mengusik, aku lena nyenyak senyenyak bayi di buaian, tiada resah, tiada khuatir berkunjung, tiada apa apa hanya tidurku.

Kini aku hanya memeluk lutut ku, masih di atas katil, memikirkan apa yang terjadi malam kelmarin. Siapa dia tetamu aku yang tak ku undang? Siapa dia yang memujuk aku untuk mencari satu kelainan dalam hidup aku? Siapa dia yang memukau aku dengan janji kebahagian yang aku cari? Katanya, dia akan berkunjung lagi. Katanya, malam ini aku akan melihat sesuatu yang lain, katanya lagi, malam ini aku akan sempurna. Apa maksud dia? Tahukan dia apa kesempurnaan yang aku impikan? Aku cuma mampu menunggu jawapan yang mungkin tak lama lagi tiba. Bulan penuh, salakan panjang serigala hutan kedengaran, pungguk melagukan lagu rindu, cengkerik menari diiringi bunyian tersendiri, katak berdendang bersahutan, aku tetap menunggu.

Dunia yang sebentar tadi riuh dengan bunyi bunyian segala makhluk Tuhan tiba tiba senyap apabila hembusan angin menerpa kamar tidurku. Sunyi. Sepi. Terasa sejuk tubuhku terkena angin yang berlalu. Sejenak aku rasa bagaikan ada sesuatu melangkah ke kamarku melalui tingkap yang terbuka, namun tiada satu apa pun yang terlihat oleh mataku. Liar mata ku memerhati sekeliling, gelap, kosong, tiada satu pun yang bernyawa selain aku yang masih di katilku. Mungkin dia telah datang, detik hatiku, tetap aku hanya berdiam diri.

"Dhani... " satu suara menegurku, tolehan aku ke arah suara itu menemukan aku dengan dia. Berdiri di belakang ku, masih dengan pakaian yang kemas serta rambut yang terikat rapi, wajahnya yang kian hampir jelas kelihatan di sinari cahaya bulan malam, licin tanpa sebarang parut namun kelihatan pucat, matanya yang sedikit kedalam dengan anak mata yang hitam serta pipi yang agak cengkung di tambah dengan bibirnya yang merah memperlihatkan hujung taring di kedua bucu bibirnya itu menjadikan penampilannya kelihatan menggerunkan tetapi tetap menawan mata yang memandang.

"kamu sudah sedia, Dhani?" soalnya terus setelah melihat aku hanya berdiam diri.

"Kamu pasti lapar", sambungnya. Aku yang sememangnya lapar terus membatu.



"Ambil ini, Dhani. Hisaplah darah aku ini. Biar darahku mengurangkan rasa lapar kamu. Biar darah ku ini bersatu dengan darah kamu. Biar darah aku ini sebati dengan tubuh kamu. Darah aku ini akan menghidupkan kamu", ujarnya lagi sambil lengannya yang telah di lukai sebentar tadi di ajukan ke arah bibir ku. Aku yang pada mulanya teragak agak kini menyentap lengannya. Dengan rakus aku menyedut darah yang keluar dari lukanya. Timbul rasa heran dengan kelakuan aku sendiri namun tidak aku endahkan. Darah yang mulai meresap ke seluruh uratku memanaskan tubuhku. Persis unta di padang pasir yang kehausan singgah di oasis, aku terus menyedut tanpa memperdulikan segala yang ada di sekelilingku sehinggalah kepala aku ditolak dengan kuat menyebabkan aku terpelanting. Ku lihat dia menggosok gosok darah yang tertinggal di lengannya. Matanya memandang tepat ke arah aku. Memerhati aku yang sedang mengesat bibirku dengan tapak tangan ku. Mungkin dia bersedia untuk menahan terkaman yang akan aku lakukan kerana aku masih belum puas. Aku masih lapar. Aku masih mau darah. Aku menerkam dan cuba menggigit lengannya tapi seperti jangkaku, dia yang telah bersedia sekali lagi telah meolak aku dan menyebabkan aku terpelanting tersandar pada dinding.

"Kamu mahu lagi? Aku tahu kamu belum puas. Ikut aku", ringkas arahannya. Belum sempat aku menjawap, terasa tubuh ku bagaikan di tarik dan sekelip mata aku berada di satu pesta keramaian. Sekumpulan anak anak muda sedang berjoget mengikut irama paluan gendang yang di mainkan dari satu sudut. Pantun berbalas, nyanyian, ketawa mengisi ruang udara. Bulan masih terang.

"Biar aku tunjukkan kepada kamu dulu. Kemudian kamu akan ikut. Nah, sana, ayuh", katanya sambil dia menunding ke arah seseorang yang berjalan menuju pinggir hutan yang berhadapan kami. Segera aku mengekori langkahnya merapati orang itu. Tanpa belas aku lihat dia menerkam dan terus membenamkan taringnya di tengkuk orang itu sebelum sempat dia menyedari kehadiran kami. Kulihat dia bangun seraya mengesat bibirnya. Orang tadi kini terbaring kaku tanpa nyawa.

"Kamu laparkan? Tu sana tu, masih ramai yang boleh kamu nikmati darahnya. Kamu perlu lakukan seperti aku tadi untuk kamu terus hidup. Kamu harus bersedia mencabut nyawa orang lain supaya nyawa kamu tidak putus." jelasnya panjang. Aku yang masih terkejut dengan aksi ngeri sebentar tadi cuma diam.

"Lihat sana." bisiknya ke telinga ku. Aku yang juga sedang memerhati terlihat seorang lelaki berkain pelikat serta berbaju melayu sedang melangkah menuju ke arah anak sungai yang terletak sedikit jauh dari tempat keramaian. Langkah di atur dengan penuh hati hati untuk menyembunyikan kehadiran kami. Kami sudah begitu hampir dengan orang itu.

"Kamu dah bersedia. Sekarang lakukan apa yang kamu perlu lakukan", bisiknya ke telingaku lagi. Aku yang tidak pasti apa mahu dilakukan hanya membatu. Membunuh? Aku tidak sanggup membunuh. Aku bukan pembunuh. Kenapa darah dia menghidupkan aku? Soalan yang berkali kali bermain di fikiran aku. Aku terus berdiam diri. Keliru dengan apa yang berlaku. keliru dengan keadaan diri sendiri. Aku masih keliru dan aku masih terus berdiam diri.

Tiba tiba hembusan angin yang kuat menyedarkan aku. Andre yang tadi di sebalah ku sekarang sudah berada di atas mangsanya. Kelihatan tubuh yang tidak bermaya di pangkuannya.

"Dhani! kesini", arahnya. Aku bergegas mengatur langkahku ke arahnya.



"Nah, hisap darah dia ni," sambungnya bila aku sudah berada di sebelahnya sambil menunjukkan bekas gigitan taringnya. Darah mengalir keluar dari dua lubang yang baru tercipta. Darah merah pekat mengiurkan aku. Aku yang sememangnya belum puas dengan darah yang aku ambil dari Andre mulai membenamkan taring aku, yang aku juga baru sedar kewujudannya, ke tengkuk orang sudah tidak bermaya itu. Degupan jantung aku selari dengan degupan dia. Darahnya terus aku hisap. Degupan jantungnya senakin lemah, nafasnya kian terputus putus, aku masih rakus menyedut darahnya. Sekali lagi, kepala aku di tolak dengan kuat. Aku terpelanting lagi.

"Ingat! jangan disedut habis darahnya. Darah yang terkahir bukan milik kita. Kamu mesti ingat itu. Jangan biarkan dia mati ketika kamu sedang menikmati darahnya. Kamu akan binasa sekiranya kamu melakukan apa yang di tegah", panjang Andre mengingatkan aku. Aku hanya diam dan memandang kearah Andre yang mematahkan tengkuk mangsanya dengan tujuan membunuhnya. "Dan ini untuk memastikan dia sudah mati", sambungnya.

Inikah aku? Aku yang telah menjadi raksasa? Siapakah aku sebenarnya ini? Siapakah aku yang sanggup menghisap darah orang lain dan langsung membunuhnya? Inikah kehidupan yang telah di janjikan? Inikah kebahagian yang dikatakan? Sungguh aku tak nafikan yang aku sememangnya terasa lebih segar, lebih hidup, lebih kuat. Saat darah mangsaku di hisap, bukan setakat mengenyangkan aku tetapi bagaikan aku sedang menikmati santapan yang enak yang biasanya disediakan untuk raja raja. Lebih mengkhayalkan dari ektasi.Lebih memabukkan dari wine, vodka, ataupun minuman keras yang lain. Tidak aku nafikan, bagaikan pemabuk yang ketagihan arak, aku mau terus menghisap darah manusia.
Teatapi pembunuhan itu yang sering bermain di kepala aku. Untuk membunuh seseorang, aku masih tidak sanggup.

"Bangun Dhani", ku sambut tangan yang dihulurkan Andre kepada ku."Cukup. Kita harus pergi dari sini sebelum orang lain menyedari kehilangan rakan rakan mereka."

Andre yang mendahuluiku melangkah satu persatu, mengelak duri dan onak dengan cermat. Aku yang mengekori turut melakukan yang sama cuma aku terasa seperti aku bukan hanya berjalan ataupun berlari. Aku seolah olah terapung apung di udara. Tubuhku yang terasa ringan bagaikan tak terpijak bumi. Secelik aku mendapati aku sedang berada di satu tempat yang asing. Satu ruang kosong. Berdinding. Satu katil bercadarkan kain sutera putih. Nak ku katakan sebuah bilik, ternyata bilik ini tidak mempunyai tingkap. Nak ku katakan peti, ruang yang luas menyangkalkannya. Cuma satu pintu yang juga ditutup rapat. Tiada cahaya bulan menembusi namun penglihatan ku masih jelas.

"Subuh akan tiba. Matahari akan naik. Ini kamarku. Kamu tidur di sini. Kita tak boleh bergerak di bawah sinaran matahari kerana pancaran ultra ungunya boleh membakar tubuh kita. Masih banyak yang perlu kamu pelajari tentang kehidupan kamu sekarang. Kamu kini cuma ada aku. Dunia kita cuma malam, teman teman kamu dan juga siang bukan lagi milik kamu. Tidur dan rehat secukupnya, tiba malam aku akan tunjuk ajar kamu segala yang kamu perlu tahu", terang Andre setalah melihat air muka ku yang kehairanan. Aku yang cuma diam sepanjang pengalaman masih tidak tahu nak berkata kata, masih terkejut, masih mencari jawapan, aku yang masih keliru dengan segala apa yang terjadi kepadaku malam ini terus diam berbaring di lantai yang tak beralas cuma berbantalkan lengan. Mata ku di pejamkan namun aku masih tidak berhenti memikirkan segalanya. Andre yang di atas katil agaknya sudah terlena.